Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[074z]
Ringkasan:
Mentaliti Kultus [074z]
(Edisi 2.0 19941029-20000108)
Karya ini membincangkan mentaliti atau
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Mentaliti Kultus [074z]
Istilah “kultus” secara umumnya diberikan sekarang ini kepada mazhab-mazhab bukan aliran utama, di mana ajaran-ajaran mereka berlainan daripada ajaran-ajaran aliran utama Kristian. Paulus sendiripun, seorang murid Yesus Kristus di dalam Jemaat Tuhan awal, disebut sebagai seorang “ketua mazhab Nazarene”.
Jadi kebenaran yang diajarkan Yesus Kristus serta para pengikutnya telah sentiasa diancam, selama 2000 tahun yang sudah. Ini adalah perbezaan sebenar, yang telah mendefinisikan Jemaat Tuhan sebenar daripada semua kultus-kultus, termasuklah apa yang dipanggil sebagai aliran utama Kristian.
Kamus Oxford Universal mempunyai definisi “kultus”.
1. Ibadah.
2. Bentuk tertentu ibadah keagamaan, khususnya dari segi upacara-upacara luarannya – yang meliputi seluruh rangkabentuk keagamaan.
3. Ibadah terhadap seseorang atau sesuatu benda, sekarang ini khususnya yang dilakukan oleh suatu kumpulan pengikut. Konsep ini diaplikasikan di mana orang-orang meletakkan struktur organisasi keagamaan mereka, atau kesetiaan mereka terhadap seseorang, melebih Allah dan HukumNya, dan dengan itu melanggar Perintah Pertama.
Kesetiaan ini, yang diutamakan melebihi kebenaran yang nyata yang ditetapkan di dalam hukum serta kesaksian Alkitab, telah disebutkan secara nubuatan di dalam Yesaya 8:16-20. “Aku harus menyimpan kesaksian ini dan memeteraikan pengajaran ini di antara murid-muridku.” (ayat 16). “‘Carilah pengajaran dan kesaksian!’ Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar.”(ayat 20).
Jika organisasi agama pada mana seseorang itu terikat, yang sebelumnya mengakui hukum dan kesaksian itu, dan kini mengajar lain daripada ajaran Alkitab, maka ertinya tidak ada terang di dalamnya dan ianya BUKANLAH sebahagian daripada umat pilihan, dan merupakan suatu kultus. Mereka yang terus tinggal adalah sebahagian daripada suatu kultus, sama seperti sebarang kumpulan menyeleweng yang bukan menurut Alkitab adalah suatu kultus.
Apabila mazhab-mazhab Kristian mula meniru konsep-konsep Trinitarian, menurut doktrin-doktrin sidang-sidang majlis jemaat, mereka menjadi kultus-kultus. Tidak kira berapa ramai pengikut yang terlibat, hakikat bahawa sesuatu kumpulan itu taat kepada seorang ketua melebihi kebenaran Alkitab yang jelas, adalah suatu penanda suatu kultus. Sama ada pemimpinnya adalah Paus, ataupun H.W. Armstrong adalah tidak penting.
Umat-umat pilihan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus, dan terikat di situ oleh kepercayaan di dalam Allah Sebenar yang Tunggal dan AnakNya Yesus Kristus seperti di dalam Yohanes 17:3. Dari segi sejarahnya, apabila ajaran-ajaran diperkenalkan ke dalam jemaat-jemaat Tuhan yang cuba untuk menjadikan Kristus setara dengan Tuhan, serta memisahkan kemanusiaanNya daripada ketuhananNya, maka umat-umat pilihan telah terpaksa menyusun semula diri mereka, dan memisahkan diri mereka daripada kumpulan yang mempromosikan doktrin-doktrin palsu ini, yang jelas dilabelkan sebagai doktrin Antikristus.
Ini bukanlah sesuatu yang baru. Yohanes murid Kristus terpaksa berdepan dengan bidaah-bidaah seperti ini, seawal tahun 56 TM (Companion Bible Appendix 180). Yohanes perlu menyangkal hujah yang cuba untuk memisahkan Kristus, yang mengatakan bahawa sebahagian daripada diri Kristus ada di atas sana, bahawa Dia adalah Tuhan, dan setara dengan Tuhan, dan bahawa sebahagian daripadaNya tidak mati pada kayu salib itu. Ini adalah bidaah dan merupakan doktrin Antikristus.
Kita harus hidup menurut kebenaran dan dengan itu berhubungan dengan Tuhan dan Yesus Kristus, dan dari situ kita mengasihi saudara-saudara kita kerana kita semua berjalan di dalam kebenaran (1Yohanes 2:1-10).
Kristus merupakan pembela kita dengan Bapa – jadi Dia tidak mungkin adalah Bapa (1Yohanes 2:1-6).
Kasih terhadap sesama sendiri merupakan tanda umat-umat pilihan. Apabila umat mengasihi organisasi mereka atau pemimpin mereka sehingga menyisihkan kebenaran itu, kumpulan itu adalah suatu kultus, dan umat-umat pilihan harus meninggalkan organisasi tersebut, lantas memenangi ke atas si jahat itu (1Yohanes 2:7-11).
Kita menunjukkan kasih kita terhadap Tuhan
melalui penurutan kita padaNya (1Yohanes
Allah mengaruniakan anakNya (Yohanes
Yesus telah diutus oleh BapaNya, untuk
melaksanakan kehendak Bapa dan menyempurnakan pekerjaanNya (Yohanes
Jika seseorang itu tidak menurut Tuhan, bagaimanakah dia melanjutkan Tuhan? Terus tinggal bersama kultus yang mengajar lain daripada kebenaran, serupa dengan melakukan pekerjaan Iblis baginya. Dia tidak ingin sesiapapun berjaya sebagai seorang Anak Tuhan. Jika kamu terus diam di situ, menyetujui penipuan itu, Iblis tidak akan mengganggu kamu.
Mereka yang mengajarkan penipuan-penipuan
keluar daripada tubuh Kristus, umat pilihanNya (1Yohanes
Dakwaan-dakwaan palsu ini jelas sekali berkaitan dengan Trinitarianisme sehinggakan teks pada 1Yohanes 4:1-2 telah diubah untuk menyembunyikan fakta itu (lihat ANF Vol 1, nota kaki mukasurat 443). Ahli sejarah Socrates mengesahkan bahawa petikan tersebut telah dicemari mereka yang ingin “mengasingkan” kemanusiaan Yesus Kristus daripada ketuhananNya.
Dia yang berbuat betul adalah benar. Dia yang melakukan dosa adalah milik iblis (diabolos). Kebenaran haruslah jelas dibicarakan di kalangan umat-umat pilihan, dan disampaikan kepada bangsa di dalam bahasa mudah (1Yohanes 3:1-10).
Kita haruslah mengasihi di dalam perbuatan
dan kebenaran (1Yohanes
Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan
(1Yohanes
Kalau kita mengasihi Tuhan kita memelihara perintah-perintahNya. Kita dapat mengalahkan dunia dengan mempercayai Yesus adalah Anak Tuhan – bukannya suatu bahagian halus daripada suatu ketuhanan Trinitarian (1Yohanes 5:1-5).
1Yohanes 5:6-12 – Para Trinitarian memperkuatkan kesesatan mereka dengan mengubah 1Yohanes 5:7 (rujuk RSV dengan KJV dan nota pada ayat 7 di dalam Companion Bible).
Dosa-dosa fikiran dan kata-kata umat-umat
pilihan adalah sebahagian daripada proses pemenangan harian yang berterusan.
Dengan itu umat-umat pilihan dihakimi berdasarkan pemikiran, kata-kata dan
perbuatan, dan tidak boleh menjadi anggota-anggota kultus, yang patuh pada
manusia sambil menentang atau mengabaikan Alkitab dan kebenaran (1Yohanes
Mereka yang terus tinggal di situ diberikan suatu proses kesesatan (Yesaya 66:4; 2 Tesalonika 2:9-10). Jika kamu tidak mencintai kebenaran itu kamu tidak dapat diselamatkan (ayat 11). Tuhan mengutuskan suatu kesesatan yang kuat.
Karya ini mengandungi komen-komen berkenaan
suatu
Kristus sememangnya telah datang, dan memberikan kepada kita pemahaman untuk mengenali Allah yang Benar (1Yohanes 5:2).
“Anak-anakku, waspadalah terhadap segala
berhala.” (1Yohanes
Wahyu 18:4 “Pergilah kamu, hai umat-Ku, pergilah dari padanya supaya kamu jangan mengambil bagian dalam dosa-dosanya, dan supaya kamu jangan turut ditimpa malapetaka-malapetakanya.” (RSV).
Perempuan sundal yang dimaksudkan sebagai
KELUARLAH DARIPADANYA, UMATKU.
q