Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[075z]

 

 

 

Ringkasan:

Berkat dan Kutukan [075z]

(Edisi 2.0 19941105-19990309)

 

Karya ini mengkaji Ulangan 28 dan aplikasinya kepada bangsa.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Berkat dan Kutukan [075z]

 

 


Allah Bapa telah mengeluarkan Taurat itu dan urutan bagi kepimpinan planet ini melalui para pengantara kepada Israel, dan melalui Malaikat Hadirat itu kepada Musa di Sinai. Musa telah diarahkan untuk menuliskan Hukum-hukum itu secara terperinci, di bawah pimpinan tangan Tuhan, namun hukum itu telah wujud sejak penciptaan.

 

Adam telah diajar mengenainya, tetapi telah gagal untuk memeliharanya. Nuh, pemimpin yang benar selepas Banjir itu telah memberitahu para bangsa mengenai Hukum itu, dan mereka tiada alasan. Namun manusia telah mencemarkan Hukum tersebut. Hukum Tuhan adalah sempurna, dan mampu mengerjakan keselamatan dan kegembiraan seluruh manusia.

 

Sistem Babilon antarabangsa, yang disokong aliran utama Kristian dan berdasarkan pada sistem Triune, serta dikembangkan oleh Rom, adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Ianya telah memimpin dunia ke dalam amalan-amalan yang berlawanan dengan Hukum Tuhan. Hasil-hasil daripada sistem ini adalah keadaan dunia sekarang ini yang penuh kemerosotan dan peperangan.

 

Berkat-berkat serta Kutukan-kutukan Ulangan 28 terjadi pada peringkat bangsa, dan tidak terbatas pada Yehuda. Hukum itu telah diberikan kepada Israel, dan Yehuda adalah salah satu daripada 12 suku Israel.

 

Jadi berkat dan kutukan itu khususnya ditujukan kepada bangsa Israel – namun melibatkan semua bangsa. Sebarang bangsa, yang bertaubat dan menurut Hukum itu, akan menuai kebaikan-kebaikan berkat-berkat itu, sama seperti seluruh dunia menerima kutukan-kutukan itu kerana tidak menurut.

 

Ketika Tuhan menyenaraikan berkat-berkat untuk penurutan Israel, Dia sedang membangunkan sebuah negara, termulia dan indah sebagai suatu teladan bagi seluruh dunia (Ulangan 28:1-14). Kalaulah Israel telah taat, para bangsa di sekeliling mereka sudah pasti takjub dengan kebijaksanaan serta pemahaman mereka, iaitu hasil daripada penurutan sedemikian (Ulangan 4:5-8).

 

Tuhan akan mengalahkan semua musuh (Ulangan 28:7). Musa hanya perlu mengangkat tongkat kayunya dan memberitahu umat itu untuk berdiam, dan Laut Merah itu terbuka, Israel diselamatkan, dan kuasa-kuasa Mesir semuanya telah mati lemas. Tuhan telah berbuat demikian bagi umatNya.

 

Israel akan menjadi umatNya yang suci, dengan syarat mereka memelihara perintah-perintahNya (Ulangan 28:9).

 

“..nama YHVH telah disebut atasmu” (Ulangan 28:10). Orang-orang akan mengetahui itu, dan mengenali kekuasaan yang diberikan kepada Israel dan berasa takut.

 

Hujan pada musimnya menghasilkan kekayaan bagi sesuatu bangsa, dan ia tidak perlu meminjam, dan ini adalah bergantung pada penurutan (Ulangan 28:11-12). Jadi, keadaan-keadaan seluruh dunia kini adalah bukti keadaan rohani yang kekurangan di dalam perhubungan antara para bangsa dengan Tuhan.

 

Sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Kehendak Tuhan dan HukumNya menunjukkan bahawa seseorang itu mengikuti tuhan-tuhan yang lain, iaitu permusuhan bagi Tuhan, dan akibatnya adalah tiada berkat.

 

Allah adalah adil – juga tidak ada ganjaran bagi tidak menurut.

 

Ulangan 28:15-68 adalah suatu amaran hukuman-hukuman paling berat ke atas para individu dan bangsa, bagi tidak menurut. Tuhan menangani para bangsa sebagaimana Dia menangani para keluarga, dan para bangsa dihakimi sepertimana Golongan Surgawi yang memerintah mereka. (lihat karya Malaikat YHVH [024] dan karya-karya lain).

 

Ayat-ayat ini jelas sekali menunjukkan bahawa kemakmuran dunia ini saling berkait dengan Hukum-hukum Tuhan.

 

Apabila bangsa atau seseorang individu menolak atau meninggalkan hukum Tuhan dan menjauhi jalanNya, fikiran mereka dikuasai suatu roh yang lain. Fikiran-fikiran mereka menjadi jahat dan terkunci kepada sistem ibadah Triune Babilon yang palsu. Islam adalah akibat langsung Trinitarianisme. Agama ini adalah Unitarian sepertimana Jemaat Tuhan sebenar sejak dari permulaan.

 

Iblis kini mempermainkan aliran utama Kristian terhadap kefanatikan pengikut Islam yang sesat, yang akan menghasilkan jihad dan pembinasaan umat-umat pilihan Tuhan.

 

Jika sesuatu agama itu tidak berbicara menurut hukum (taurat) dan kesaksian (Yesaya 8:20) ertinya tiada terang di dalam mereka.

 

Kutukan-kutukan tersebut meliputi penyakit, wabak, kebuluran, penyusutan, kegilaan, kebutaan dan kekeliruan pemikiran. Peperangan dan penawanan umat pilihan, perhambaan anak-anak kita, serta lain-lain bencana perang digambarkan dengan jelas. Tuhan, di dalam FirmanNya, tidak berbicara dengan kata-kata ringan – TIDAK ADA yang disamarkan di dalam perbicaraanNya. Kejadian-kejadian yang menakutkan digambarkan sepenuhnya.

 

Urutan ini diperlukan untuk menetapkan proses pertaubatan. Dengan melihat akibat-akibat berat daripada tindakan-tindakan kita secara keseluruhan, yang mengakibatkan kutukan-kutukan itu, ramai yang akan dibawa kepada pertaubatan. Kita akan tidak berkuasa. Kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghentikan akibat-akibat itu, dan satu-satunya jalan kita adalah pergi kepada Tuhan.

 

Apabila pemusnahan perang-perang zaman akhir tiba ke atas para bangsa, umat-umat pilihan akan dianiayai dengan berat. Kerana kita berbicara sepertimana yang Tuhan katakan, kita akan dipersalahkan kerananya.

 

Namun selepas itu, akan ada suatu pemulihan, seperti yang ditunjukkan di dalam Yeremia 30:11-24. Tuhan mengatakan “Maka kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Allahmu.” (Yeremia 30:22).

 

Cukuplah untuk mengatakan bahawa ianya penting untuk setiap orang dan bangsa mendengar amaran-amaran Berkat dan Kutukan Allah yang Mahakuasa di dalam Ulangan bab 28.

 

q