Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[076z]
Ringkasan:
Binitarianisme dan Trinitarianisme [076z]
(Edisi 3.0 19941112-20001202)
Karya ini mengkaji dasar logik bagi kedua-dua Binitarianisme dan Trinitarianisme. Asal-usul luar Alkitab doktrin-doktrin tersebut serta penubuhannya dipertunjukkan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Binitarianisme dan Trinitarianisme [076z]
Kepalsuan Diteis atau Binitarian hadir di dalam banyak cabang-cabang Jemaat-jemaat Tuhan. Kedua-dua Binitarianisme dan Triniatarianisme adalah bersifat bidaah dan perlu ditangani.
ISBE menerangkan konsep-konsep elohim. “Perkataan Ibrani (Elohim) adalah plural bentuknya, dan sungguhpun ianya biasanya bermaksud Tuhan, ianya boleh digunakan dalam ertikata plural atau banyak.” Jadi ia boleh bermaksudkan tuhan-tuhan lain (Keluaran 20:3; Yosua 24:16), dewa-dewa asing (Yeremia 5:7), dewa atau tuhan bangsa-bangsa (Yesaya 36:18) (ISBE vol 2 mukasurat 505).
Alkitab menyokong penggunaan “elohim” sebagai suatu yang plural, dan juga menggunakan perkataan itu dalam ertikata singular. Istilah ini diperluaskan untuk meliputi angkatan malaikat yang telah murtad, selaku tuhan lain atau asing, dan tuhan-tuhan bangsa, serta angkatan malaikat yang setia di syurga. Membataskan istilah “elohim” itu kepada Allah Bapa dan anakNya Yesus Kristus, bererti menyangkal Alkitab.
Pada zaman Kristus, para bangsa difahami berada di bawah pimpinan para elohim yang disebut sebagai Anak-anak Tuhan di dalam Ayub 1:6; 2:1, dan Iblis merupakan salah seorang daripada mereka, sepertimana juga makhluk pra-penjelmaan yang kemudiannya menjadi Mesias.
Mazmur 89:5-8 merujuk kepada YHVH yang setia di dalam perkumpulan orang-orang kudus. Dia sangat dihormati (ditakuti) di dalam jemaat (majlis dalaman atau rahsia) orang-orang kudus. Jemaat ini sebanyak 30 orang, daripada Wahyu 4:15.
Teks-teks Alkitab merujuk kepada elohim sebagai utusan-utusan (atau malaikat) dan bahawa Kristus merupakan Malaikat YHVH.
Dakwaan asas Binitarianisme adalah bahawa
terdapat hanya dua makhluk, iaitu Tuhan dan Kristus, yang merupakan
pencipta-pencipta, yang mana ini bertentangan dengan Alkitab. Mereka tidak
membezakan antara YHVH dan YHVH Semesta Alam (Yesaya 44:6-8 dan selanjutnya),
iaitu Eloah, dan yang lebih tinggi lagi. Mereka juga tidak menerangkan maksud
sebenar YHVH dan pernyataan ‘eyeh ‘asher ‘eyeh atau “Aku akan jadi apa yang aku
akan jadi” – kata-kata yang disebutkan kepada Musa oleh Kristus, malak
(malaikat, utusan) Tuhan (Keluaran
Yesaya 44:6 menggambarkan dua YHVH itu.
Satu adalah Raja
Jadi Binitarianisme adalah suatu bidaah yang jelas, yang memberikan kesetaraan-bersama dan keabadian-bersama kepada Yesus bersama dengan Allah Bapa dan mendakwa adanya hanya dua elohim dan tiada lagi anak-anak Tuhan yang lain.
Kristus merupakan yang sulung daripada
makhluk-makhluk yang dicipta Allah Bapa (Kolose
Para Trinitarian mahukan Bapa, Anak dan Roh Kudus sebagai tiga bahagian daripada satu makhluk. Mereka menyokong adanya tiga hypostases di dalam satu ousia, sebagai jalan untuk tidak memuatkan tiga orang ke dalam satu, yang berasingan tetapi tidak boleh dibahagikan – suatu kontradiksi dari segi istilah dan menjadi “rahsia” klasik apabila disemuka untuk memberikan penerangan.
Dogma/Kepercayaan Trinitas itu mula-mula sekali menonjolkan dirinya sebagai Binitarianisme pada Sidang Majlis Nicea tahun 325 TM, dan tidak dirumuskan sepenuhnya sehinggalah tahun 381 di Constantinople dan akhirnya pada tahun 450-451 di Chalcedon. Ianya didalilkan dan diketengahkan oleh golongan Athanasia untuk mengalahkan pendapat Arian mengenai penciptaan Kristus berdasarkan Ibrani 3:2; Amsal 8:22; Yohanes 16:28, 20:17 dan sebagainya. Ini merupakan doktrin asal Gereja – posisi Unitarian mengenai Allah Bapa sebagai pencipta Angkatan Surgawi, yang mana Kristus merupakan yang sulung daripada segala ciptaan (Kolose 1:15; Wahyu 3:14).
Ianya suatu tindakan penyelindungan Trinitarian untuk mengelirukan mereka yang tidak berjaga-jaga, dengan memanggil semua Unitarian sebagai “Arian”. Arius wujud pada abad keempat sementara Jemaat bersifat Unitarian sejak dari mula pada abad pertama.
Bentuk Unitarian agama Kristian ini, yang salah dilabel sebagai Arianisme, adalah berciri antarabangsa dalam skopnya. Lihat petikan di dalam karya yang diringkaskan (ERE Arianisme mukasurat 782).
Dari tahun 590-1850 TM, perempuan sundal besar itu telah menganiaya yang lain, demi menghapuskan para Unitarian, dengan berjuta-juta kematian, namun kebenaran itu terus berkekalan.
Jemaat-jemaat Unitarian merupakan jemaat-jemaat kebangsaan, bukan berdasarkan politik dan tidak menginginkan pemerintahan universal. Gereja Rom ingin memerintah dunia dan para Maharaja menginginkan suatu sistem keagamaan yang mahu melakukan itu.
Posisi Alkitab Unitarianisme yang betul tidak pernah dipencilkan sebagai suatu isu serius oleh ahli-ahli teologi Athanasia, dan setelah tahun 590 TM sebarang hujah telah dibekukan kerana Rom sudahpun menguasai apa yang kononnya dipanggil pandangan “Kristian”, terasing daripada posisi tertinggi kewibawaan Alkitab.
Penyusunan semula umat-umat pilihan pada masa kini, adalah berdasarkan pada pemahaman akan Tuhan Sebenar yang Tunggal, dan anakNya Yesus Kristus sebagai asas bagi kehidupan kekal (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20).
Menyembah Allah Sebenar yang Tunggal satu-satunya adalah dasar iman kita dan kita tidak menyembah AnakNya, Yesus Kristus.
Teks 2Tesalonika 2:3 disalahgunakan untuk memaksudkan “kemurtadan” atau “pemberontakan” sebagai suatu pengurangan di dalam bilangan umat-umat pilihan, tetapi sebenarnya ia adalah suatu “apostasia”, suatu pemberontakan atau kemurtadan “daripada kebenaran”. Dengan itu umat pilihan akan dipaksa keluar daripada jemaat-jemaat, apabila Kristus dijadikan setara dan se-abadi dengan Tuhan. Menerima doktrin palsu ini membenarkan Gereja membuat dakwaan ia mendapat kuasa daripada Tuhan dan mengubahkan masa (Daniel 2:21) – (hakmilik Tuhan), hukum-hukum, dan menganiaya orang-orang kudus (Daniel 7:25). Manusia kemurtadan yang berkuasa itu, mengambil bagi dirinya kewibawaan Kristus, menjadikan dirinya wakil Kristus yang khusus, dan di dalam konteks Trinitarian, sebagai Tuhan.
Trinitas merupakan syarat pertama yang membawa umat pilihan ke dalam antinomianisme dan kemurtadan, dan merupakan sebab kepada kejatuhan era jemaat Sardis (Wahyu 3:1-6), dan “pemuntahan keluar” era Laodikia (ayat 14-22).
Era Filadefia dari ayat 7-13 “tidak menyangkal nama-Ku” – (itulah isunya di sini), dan “kekuatanmu tidak seberapa” namun ianya dikasihi Tuhan.
Cadangan doktrin Trinitarian di dalam Jemaat-jemaat Tuhan pada abad ke 20 merupakan ujian besar untuk mengasingkan umat-umat pilihan Tuhan. Mereka yang tinggal di dalam struktur-struktur organisasi keagamaan, yang terikat pada organisasi itu, dan orang-orang yang menguruskannya, dan kepada doktrin-doktrin palsu Binitarianisme dan Trinitarianisme, telah kehilangan tempat-tempat mereka di dalam kebangkitan pertama.
Terdapat hanya Satu Tuhan Sebenar, satu-satunya penguasa yang abadi (1Timotius 6:14-16 RSV). Kristus Bukan Tuhan, sungguhpun dia mengambil bahagian di dalam perwatakan ilahi itu, sepertimana kita juga (2Petrus 1:4), dengan itulah kita semua wujud bersama dengan Tuhan.
Filipi 2:6-7 (RSV) menunjukkan bahawa Kristus tidak ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan, dan adalah taat setia. Umat-umat pilihan juga harus taat setia.
1Korintus 11:3 – Ini merupakan struktur sebenar hierarki tersebut, dan kesetaraan tidak boleh ditafsirkan daripada pernyataan kitab ini.
Perkiraannya mudah saja: satu=satu, dan menyembah suatu Trinitas, ataupun Kristus, adalah suatu perlanggaran Perintah Pertama.
Karya Binitarianisme dan Trinitarianisme [076] mempunyai dua tambahan, yang berguna untuk dikaji – “Posisi Tidak Logikal Trinitarianisme” dan “Soalan-soalan untuk ditanyakan kepada para Trinitarian”.
q