Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[080z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Penghakiman Iblis Setan

(Edisi 2.0 19941203-19991212)

 

Karangan ini membincangkan waktu pada hujung pemerintahan milenium Kristus apabila iblis setan dihakimi berbanding perbuatan umat pilihan dalam Milenium akhir.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)

(Ringkasan ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Penghakiman Iblis Setan [080z]

 



Untuk membincangkan hal penghakiman iblis setan, seseorang harus memastikan pandangan dan kepercayaan purba orang berkenaan peranan sebenar yang dimainkan (dan terus dimainkan) identiti-identiti sedemikian dalam pemerintahan bangsa-bangsa, dengan Iblis, pemimpin mereka sebagai tuhan dunia ini.

 

Iblis merupakan kerub penjaga yang asal dalam alam syurgawi, namun dia mencemari peranannya, dan diturunkan pangkat, bersama-sama dengan mereka yang menyertai pemderhakaannya.

 

Dalam Wahyu 1:10-20, jelas bahawa Kristus ialah Malaikat, Kepala Jemaat-jemaat Tuhan. Setia zaman jemaat diperintah oleh seorang malaikat kepada siapa Kristus menyampaikan pesan yang diberikan oleh Allah Bapa.

 

Dalam 1 Timotius 5:21 Paulus memasukkan malaikat-malaikat setia bersama umat pilihan, dan dengan itu secara logiknya mereka akan dimasukkan dalam apa-apa janji kepada umat pilihan manusia.

 

Para penulis patristik (penulis Kristian awal) berpendapat bahawa para malaikat bertanggungjawab atas jemaat-jemaat, dan memerintah struktur yang dicipta itu. Konsep peranan para malaikat ini dalam memerintah alam duniawi dipercayai oleh Israel dan Kitab-kitab Perjanjian, dan juga oleh bangsa-bangsa.

 

Ulangan 32:8 menyatakan Tuhan menetapkan sempadan bangsa-bangsa bumi menurut bilangan makhluk-makhluk ilahi. Sesetengah ayat menulis “menurut anak-anak Israel”, iaitu suatu ubahan sengaja selepas kematian Kristus, untuk menyembunyikan peranan makhluk-makhluk malaikat.

 

Daniel 4:13,23: “Penjaga” merupakan istilah yang digunakan untuk makhluk-makhluk malaikat yang mengeluarkan perintah untuk mengatur segala aktiviti duniawi.

 

Kedua-dua Kristus dan Kepala Malaikat Mikhael berpihak untuk Israel, dengan Mikhael sebagai entiti bawahan (Daniel 12:1).

 

Semua bangsa, tiap satunya di bawah seorang malaikat derhaka, beratur untuk menentang bangsa terpilih, Israel. Bagaimanapun, Origen berpendapat bahawa Kuasa-kuasa itu boleh insaf, sebab ada bangsa secara keseluruhannya lebih cepat menerima Kristus daripada bangsa lain.

 

Keinsafan kuasa-kuasa malaikat derhaka ini amat penting bagi soal Kemahakuasaan Tuhan. Pandangan Origen tentang keinsafan mereka ini betul, menurut falsafah Alkitabiah.

 

Iblis telah dihakimi (Yohanes 16:11). Para malaikat belum lagi dihakimi (1 Korintus 6:3).

 

Dalam Kejadian 3:15 tumit umat manusia dan kepala Iblis “diremukkan”. Kedua-duanya tidak tewas, jadi jurang itu boleh dirapatkan dan Angkatan derhaka dan sesungguhnya Iblis, boleh bertaubat.

 

Filipi 2:1-11: Segala perbuatan Iblis dihakimi menurut perbuatan Kristus, sebab kedua-duanya memegang pangkat Bintang Fajar. Iblis setan, sebagai para pemimpin bangsa-bangsa akan dihakimi menurut umat pilihan, yang akan mentadbir bangsa-bangsa dalam Milenium.

 

Kekristianan moden tidak mengerti urutan kematian dan kebangkitan dan hidup kekal untuk manusia, justeru tidak dapat memahami bahawa iblis setan memang mempunyai kemampuan untuk bertaubat. Sebaik saja fikiran ditetapkan bahawa iblis setan tidak dapat bertaubat, dan bahawa Iblis memang jahat dari semula (yang sebenarnya tidak, daripada Yehezkiel 28:15) dan bahawa manusia memiliki jiwa abadi, dan dapat hidup selamanya tanpa memerlukan Allah Maha Esa untuk keselamatan, maka 1 Korintus 6:2,3 juga ditafsir salah.

 

Mari kita kaji Yesaya 14:1-30.

 

Ayat 1-3: keadaan milenium apabila Iblis diikat selama 1000 tahun (Wahyu 20:1).

Ayat 4-7: permulaan milenium, dengan kejatuhan kuasa binatang.

Ayat 8,9: kebangkitan kedua (Wahyu 20:5).

Ayat 10-12: Kuasa Iblis ditahan, dan dia “menjadi seperti kita” – iaitu seorang manusia. Kristus menjadi manusia, dan memilih untuk menurut Tuhan. Kemudian Iblis akan menjadi manusia dan juga perlu membuat pilihan akhir: Hidup kekal atau kematian kekal (Filipi 1:1-11).

Ayat 13-23: Kristus ialah “tunas adil” tetapi Iblis ialah “taruk jijik”.

Ayat 24-30: segala perkembangan sampai Milenium.

 

Iblis setan boleh bergaul dengan manusia, tetapi tunduk kepada Kristus dan umat pilihan daripada pentahbisan 70 itu (Lukas 10:17-20).

 

Iblis setan mempunyai berbagai tingkat kebebasan, dan diberikan tempat tinggal.

 

Matius 8:28-32 (khususnya ayat 29) menunjukkan mereka tahu mereka mempunyai waktu yang ditetapkan untuk dihakimi.

 

Markus 5:1-10 (ayat 7): iblis setan mengenali Yesus sebagai Anak Allah yang Mahatinggi. Kenapa Kekristianan moden tidak juga mengakui kebenaran ini, dan meninggalkan segala bohong Binitarianisme dan Trinitarianisme?

 

Kuasa iblis setan dan Iblis dipindahkan kepada kuasa binatang, dan dua Saksi itu dibunuh, selepas tiga setengah tahun nasihat kepada dunia, dengan menggunakan kuasa-kuasa sama yang pernah dimiliki Musa (Wahyu 11:1-14).

 

Angkatan malaikat juga mempunyai seorang malaikat atas mereka yang berada di dalam jurang maut (Wahyu 9:1-11). Ada empat malaikat yang dibebaskan pada hari-hari kemudian, dan mereka menguasai tentera 200 juta dan menghapuskan satu pertiga manusia.

 

Iblis ditahan sepanjang waktu milenium, tetapi kuasanya dipulihkan pada akhir waktu itu, untuk menguruskan bangsa-bangsa (Wahyu 20:1-3). Ayat 4-10 menunjukkan betapa cepatnya umat manusia ditipu sekali lagi oleh pendusta besar itu (Wahyu 12:9).

 

Nabi palsu dan binatang itu ialah konsep-konsep, sama seperti maut dan kerajaan maut. Tidak akan ada lagi nubuatan palsu atau organisasi jahat yang menguasai dunia.

 

Ayat 11-15 menunjukkan keadaan akhir sekali. Mereka yang menerima pemerintahan Tuhan akan diubah menjadi makhluk-makhluk roh. Orang yang tidak sepakat akan mati dan mayat-mayat mereka dibakar.

 

Penghakiman Iblis bukanlah untuk neraka, tetapi untuk satu waktu di masa depan apabila dia dan angkatan derhaka itu akan menerima pembetulan, dan proses kepimpinan yang diterangi dan rahmat daripada Tuhan.

 

Tuhan tidak menghendaki sesiapapun binasa (2 Petrus 3:9), jadi ada harapan bahawa semua makhuk ciptaanNya, taat dan tidak taat, dan semua manusia dapat bertaubat dan menjadi anak-anak Tuhan yang kekal.

 

Menganjurkan bahawa iblis setan tidak boleh bertaubat, dan terserah kepada hukuman kekal dalam neraka, ialah satu proses pemikiran iblis, dan mempersoalkan kasih Tuhan untuk semua ciptaanNya.

 

Kemahatahuan Tuhan menyedari bahawa Angkatan malaikat dan manusia akan berdosa, dan melainkan Dia membangunkan satu sistem untuk membolehkan semua bertaubat dan diselamatkan, Dia tentunya sudah berlawanan dengan peraturan-peraturanNya sendiri – iaitu Tuhan tidak memandang bulu (Ulangan 10:17, Roma 2:11). Justeru, Angkatan syurgawi boleh bertaubat dan diselamatkan oleh korban Kristus.

 

Korban Kristus untuk menebus dosa sekali untuk selamanya, tidak terbatas kepada manusia, tetapi juga meliputi seluruh Angkatan syurgawi. Kristus ialah imam besar Angkatan syurgawi, serta manusia.

 

Pada permulaan ciptaan Iblis dan Angkatan malaikat semuanya adalah sebahagian daripada kawanan itu. Iblis tidak kurang sebagai saudara kita, sebagai seorang anak Tuhan, dan sebab itu, mempunyai jalan untuk pertaubatan dan hidup kekal, sama seperti setiap manusia.

 

Keputusannya terletak pada setiap manusia, dan keputusan itu dimiliki Iblis dan Angkatan derhaka itu juga.