Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[081z]

Ringkasan:

Satu Bersama Dengan Bapa

(Edition 2.0 19941210-19990523)

Satu Bersama (consubstantial) bererti “Dari satu bahan (intisari) dengan Bapa yang mana segala sesuatu dijadikannya”.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Satu Bersama Dengan Bapa



Satu bersama dengan Bapa bererti “Dari satu bahan (intisari) dengan Bapa yang mana segala sesuatu dijadikannya”. Dasar fahaman Unitarianisme adalah bahawa umat pilihan adalah satu bersama dengan Bapa sebaba Kristus juga satu bersama dengan Bapa.

Deklarasi Trinitarian mengenai perihal bersatu bersama adalah bahawa Kristus adalah dari satu bahan dengan Bapa, yang mana dia mewarisi beberapa aspek dari Bapa, yakni dia adalah bersamaan dan berkekalan dengan Bapa.

Anggapan bahawa keadaan bersatu bersama diperlukan sifat-sifat ini untuk diberikan kepada Kristus, bersama dengan sifat Maha Tahu dan Maha ada adalah kesalahan fundamental fahaman Trinitarianisme. Wahyu 1:1 menunjukkan bahawa Allah perlu mendedahkan rahsia kepada Kristus supaya ianya boleh diperlihatkan kepada Yohanes. Selepas kematian dan kebangkitan Kristus, dia tidak lagi mempunyai sifat maha tahu, tetapi harus diberitahu oleh Bapa.

Golongan Trinitarian mahu mengasingkan Kristus dari umat pilihan, dengan berkata warisannya dan kedudukannya adalah berbeza dari warisan umat pilihan. Ini tidak mengendahkan banyak tulisan kitab bahawa umat pilihan adalah berwaris bersama dengan bersaudara bersama dengan Kristus (lihat Ibr 1:1; Gal 4:7, 3:29; Rom 8:14,16,17; Ibr 2:11; 1 Yoh 3:2).

Dari penerimaan Roh Kudus, yang mana adalah kuasa yang berasal dari Allah Bapa, melalui Kristus, kita menjadi Anak-anak Allah. Tetapi Kristus adalah satu-satunya anak Allah (monogenes) yang dilahirkan. Kristus membawa ramai anak-anak kepada kemuliaan. Warga sorga juga adalah anak-anak Allah, seperti yang dikatakan oleh Ayub dalam Ayub 1:6, 2:1, 38:7.

Dengan mengatakan bahwa hanya Kristus yang satu bersama dengan Bapa, ia menyangkal keupayaan umat manusia untuk berkongsi sifat Allah yang ilahi (2 Pet 1:4). Yohanes 17:11 “supaya mereka menjadi satu sama seperti kita” bererti bahawa kesatuan Kristus yang dikongsikan dengan Allah boleh juga dikongsikan dengan umat pilihan.

Roh Kudus Allah, yakni kuasa yang mengikat warga alam semesta dengan Dia, adalah kuasa yang mana Dia akan, pada satu hari nanti menjadi “semua di dalam semua.” Ini adalah matlamatNya (Kel 3:14) – terjemahan yang sebenarnya dari “Aku adalah Aku”.

Dengan menuruti Hukum-hukum Allah, dan percaya kepada pengorbanan Kristus yang menyelamatkan; melalui pertobatan dan menerima kurnia Roh Kudus, kita mengambil bersama sifat Allah, dan menjadi satu bersama dengan Bapa, melalui operasi Roh Kudus.

Iblis juga adalah satu bersama dengan Bapa sama dengan cara Kristus satu bersama dengan Bapa, kedua-duanya dihasilkan dari Roh Kudus, sebab semuanya adalah Warga Elohim. Pemberontakan Iblis menyababkan dia dan pengikutnya disingkirkan dari tujuan matlamat Allah. Mereka juga perlu bertobat untuk kembali bersama dengan Bapa.

Allah sendiri adlah berkekalan (1 Tim 6:16), tetapi Dia akan memberikan kekekalan kepada kita, tertakluk kepada penurutan kita terhadap Hukum-hukumNya, dalam kebangkitan yang pertama. Keupayaan umat pilihan untuk menjadi makluk roh, theoi atau tuhan-tuhan atau elohim, akan disalurkan kepada semua umat manusia dalam kebangkitan yang kedua, apabila mereka lahir dari Allah, kedalam Kerajaan Allah, mampu melihat Allah (1 Yoh 3:2).

Kita harus memberikan kehendak kita kepada matlamat Allah, seperti yang dilakukan oleh Kristus. Dia menyatakan di dalam kitab bahawa Dia hanya melakukan perkara yang dibenarkan oleh Bapa untuk dia lakukan, yakni mengucapkan perkataan Allah, dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Bapa untuknya.

Kristus mempunyai kebebasan untuk memilih di dalam hidupnya di bumi. Ramai yang berfikir dia sudah diprogram hanya untuk menurut. Dia tahu dalam firasatNya, bahawa Kristus tidak akan gagal, tetapi ini tidak membuka dasar kebebasan moral dari Kristus, dan dia melaksanakan pilihannya dalam penurutan kepada kehendak Allah, yang harus dilakukan oleh umat pilihan. Melalui FirasatNya yang tentu, Allah juga boleh memberi pra-pentahbisan terhadap umat pilihan (Rom 8:29, 30).

Berita baik (Injil) mengenai Kerajaan Allah adalah pengetahuan bahawa Allah dengan progresif dan sistematik memberikan diriNya, melalui Roh Kudus, kepada umat manusia dan warga yang sudah jatuh, supaya Dia akan menjadi “semua di dalam semua.” (1 Kor 15:28, Ef 4:6).

q