Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[082z]
Ringkasan:
Perhubungan Diantara Keselamatan melalui rahmat dan Hukum
(Edisi 2.0 19941217-20000408)
Karya tulis ini memulakan dengan kedudukan Alkitab tentang Allah sebagai sumber kepada keselamatan. Kedudukan hukum dalam pertalian kepada keselamatan melalui rahmat akan dibincangkan. Obligasi dibawah hukum akan dibincangkan dan ianya dijelaskan mengapa Kristian memelihara hukum.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 2000 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Malam untuk Berjaga-jaga
Perdebatan bahawa rahmat telah menghapuskan keperluan untuk memelihara hukum adalah sesuatu yang sudah lama. Ianya berdasarkan anggapan yang salah dan penyimpangan tulisan Kitab. Karya ini menyertai karya tentang Trinitarianisme, yang mana menyangkal tuntutan yang tidak berdasar dan menyimpang ini. Permulaannya adalah bahawa Allah Bapa adalah sumbar kepada Keselamatan (Yes 12:2). Allah (El Strong’s Hebrew Dictionary 410) adalah keselematanku... YAH YHVH SHD 3050, 3068.......telah menjadi keselamatan.
Kristus, dibawah arahan dari Allah, adalah alat kepada keselamatan kita. Rahmat adalah pengampunan yang tidak layak dan Allah memberikan pengampunan ini kepada mereka yang dia panggil, dan memberikan kepada Kristus untuk penjagaan dan arahan. Tidak ada keselamatan selain dalam Kristus, yang telah diberikan oleh Allah, supaya dosa boleh diampunkan (Kisah 4:12).
Injil adalah kuasa kepada keselamatan, melalui Yesus Kristus (Rom 1:14-17). Allah disembah menurut kepada tulisan Kitab. Kristus adalah pengantara, yang memberikan hukum kepada Musa, dan membawa keselamatan, dari Allah. Tetapi dia bukan Allah Satu yang Tunggal, dan tidak disembah.
Allah membawa kita kepada pertobatan, yang membawa kepada keselamatan (2 Kor 7:10). Semua tulisan Kitab memimpin dalam kebenaran, dan boleh memimpin untuk keselamatan melalui iman dalam pengorbanan Kristus (2 Tim 3:15,16). Kristus telah dipersembahkan sebagai korban bagi dosa kita, dan menjad pendamai kita, tetapi ini tidak bererti kita boleh melanggar Hukum Allah, sehingga Kristus datang kembali (Ibr 9:28).
Wahyu 22:18,19 mengatakan kamu tidak boleh mengubah tujuan tulisan Kitab. Mereka yang mendatangkan kemurkaan Iblis adalah mereka yang dipanggil kudus dan memelihara perinah hukum Allah (Wah 12:17, 14:12, 22:14). Inilah mereka yang mempunyai hak kepada pohon kehidupan – yang seharusnya matlamat sesiapa yang mendakwa bersama dengan Allah Bapa dan mempunyai iman dalam pengorbanan Kristus.
Dalam Matius 5:18,19 dan Lukas 16:16,17 Kristus menyatakan bahawa tidak ada bahagian kecilpun hukum yang akan berlalu, sehingga rencana Allah akan diselesaikan. Kristus mengajar umat manusia untuk memelihara Hukum Allah, seperti yang dia lakukan.
Dalam Yohanes 7:19 Yesus mencaci orang Yahudi yang mahu membunuh dia kerana tidak memelihara Hukum. Roma 8:7 mengatakan fikiran daging adalah seteru kepada Allah. Iblis dan orang Yahudi telah dikutuk melalui kepatuhan Kristus, seperti dalam struktur Kristian dunia ini yang dikutuk kerana mendakwa hukum itu telah dihapuskan.
Mereka yang mengajar perkara ini adalah yang paling kurang dalam Kerajaan Allah – selepas pagan, kafir, golongan ateis – mereka adalah yang terakhir. Tidak ini mendatangkan takut dalam hati mereka, bahawa Allah telah berfirman ini adalah takdir mereka? Nampaknya tidak.
Perdebatan yang salah tentang rahmat yang menghapuskan hukum berdasarkan pada “mati kepada hukum” dari Roma 7:4. Kristus memelihara hukum dalam roh, seperti yang diberitahu juga kepada kita untuk dilakukan, dan ianya mustahil untuk memelihara hukum secara “spiritual” dan juga tidak melakukannya secara “fizikal”. Kristus juga memelihara hukum dalam daging, tetapi mengangkat seluruh tujuan hukum kepada tahap spiritual, perkara yang kita harus capai dan kekalkan, sementara kita dipimpin oleh Roh Kudus.
Hukum membuka fikiran kita kepada pengetahuan tentang perkara yang Baik dan Jahat, dam tanpa Roh Kudus kita tidak boleh memelihara hukum (Rom 7:5-7). Hukum adalah kudus, dan baik (Rom 7:12) dan bersumber dari sifat keperibadian Allah.
Yohanes 14:15 dan Yohanes 15:10 memberitahu kita untuk memelihara hukum dan kemudian Kristus dan Allah akan berdiam dalam diri kita.
Dalam Matius 19:17 Kristus memberitahu kita untuk memelihara perintah hukum sekiranya kita ingin memasuki kehidupan. Tentu saja itu adalah objek untuk menjadi seorang Kristia?
Jadi apakah yang terpaku bersama dalam salin dalam Kolose 2:14? Mereka yang ingin menghapuskan hukum mengatakan bahawa hukumlah yang dipakukan bersama salib itu.
Ia adalah “cheirographan” – tulisan yang menentang kita yang telah disalibkan disana. Ia adalah hukuman, harga yang kita harus bayar kerana berdosa. Kematian kekal, hukuman atas dosa, telah disalibkan disana. Kristus telah membayar harga ini, dan kematiannya serta kebangkitannya telah membuka jalan bagi semua untuk dibangkitkan, setiap seorang dalam susunannya sendiri (1Kor 15:22-23).
Matius 22:36-40 memperincikan dua hukum yang terutama yang mana tergantung semua hukum dan para nabi. Hukum yang pertama dan terutama adalah ditujukan kepada Allah yang benar sahaja. Ini adalah ujian pada zaman akhir nanti – yakni Ketuhanan, dan pemahaman bahawa terdapat hanya SAtu Allah yang benar.
Jemaat-jemaat aliran Kekristianan yang utama, yang mana memberitakan tentang Allah tiga dalam satu, dan Kristus adalah sama serta kekal seperti Allah, akan gagal dalam ujian ini.
Roma 7:13 – hukum ini tidak menyebabkab kematian, tetapi dosa, yang melanggar hukum, akan membawa kepada kematian (1 Yohanes 3:4).
Perdebatan bahawa hukum itu tidak spiritual, dan oleh itu bukan dari Perjanjian Baru adalah salah (Maz 119:1; roma 7:22).
Roma 10:4 –kerana “Kristus adalah akhir kepada hukum” telah disalah pakai oleh pihak yang memberontak. “akhir” adalah atlamat, kesimpulan, objektif yang dikehendaki, yang menjadi fakta, dan tentunya bukan penghentian kepada hukum.
Ibrani 8:10-13 – hukum ini ditulis dalam fikiran dan hati umat Allah oleh Roh Kudus. Ianya tanggung jawab mereka pada masa itu untuk mengharapkan harapan yang lebih besar, untuk memperbaiki kelakuan mereka. Pemikiran mereka, cara kehidupan mereka. Mereka dihakimi pada tahap yang lebih tinggi.
Memelihara hukum perintah adalah pra-syarat untuk mengekalkan Roh Kudus (1 Yoh 3:24; Kisah 5:32).
Titus 2:10-13 menunjukkan bahawa “rahnat Allah” (Yesus Kristus) telah muncul bagi keselamatan semua umat manusia, membawa kita kepada kehidupan yang baik, sementara kita menunggu kemunculanNya, yang menjadi harapan kita.
Allah adalah penyelamat kita. Dia memanggil, Dia memimpin kita kepada pertobatan, Dia memberikan kita Yesus Kristus (lihat Yohanes 6:44). Kristus adalah alat kepada keselamatan. pengorbananNya merangkumi semua segi hukum korban, supaya tidak ada keperluan untuk membunuh binatang. Hukum ini digantung pada masa sekarang, tetapi akan dimulakan semula dibawah pemerintahan Kristus dalam milenium.
Iman dalam korban ini dikawal oleh Allah bagi mengungkap keselamatan (1 Pet 1:5). Hasil dari iman dalah Keselamatan (1 Pet 9:10).
Dosa memerintah sejak dari Adam sehingga Musa (Roma 5:12-14). Oleh kerana itu, Hukum Allah telah bermula dai penciptaan. Musa telah menerima hukum bertulis ini. Semua orang telah berdosa (Roma 3:23). Kerana Allah telah menebus orang dari dosa, rahmat dimulakan (Roma 5:12-21). Lihat Roma 8:1 – Mereka yang berada dalam Kristus tidak mempunyai penghancuran (Roma 8:1). Kita berjalan menurut kepada roh dan dipimpin oleh Roh Kudus (Roma 8:4-6). Jadi Hukum tidak ditiadakan oleh rahmat, sekiranya konsep adalah kamu hanya memelihara hukum dengan Roh Kudus. Ianya melalui Roh Kudus kita memahami tujuan hukum yang sebenar.
Fikiran fizikal adalah seteru kepada Allah, dan tidak takluk kepada hukumNya (Roma 8:7). Oleh kerana itu, sesiapa sahaja yang mengajar bahawa rahmat meniadakan hukum, mempunyai fikiran yang jahil. Kita perlukan Roh Kudus untuk memelihara hukum sepenuhnya, dan dipanggil sebagai anak-anak Allah, mewarisi bersama dengan Kristus, dan mengongsikan kebangkitan dll. Lihat Roma 8:11-14, 15, 16; Yoh 1:17; Gal 2:16, 20-21.
Kita menjadi pengambil bahagian dalam sifat keperibadian yang kudus (2 Pet 1:4). Hukum diteruskan dari sifat keperibadian Allah. Oleh kerana Allah tidak berlalu, demikian juga dengan hukumNya. Kita dikehendaki untuk memeliharanya. Tradisi manusia mendakwa hukum dan perintah Allah telah dibatalkan (Mat 15:2-6; Mar 7:3-13). Kita percaya kepada hukum dan bukan tradisi manusia.
Hukum oral orang Farisi membuat hukum bertulis Allah menjadi bebas kepda orang Yudah. Pastikan kita kita tidak membiarkan bebas dan tradisi fahaman Gnostisisme, dalam bentuk aliran Kekristianan yang utama yang menguasai kehidupan kita. Misteri tidak mempunyai hukum ini beroperasi dalam jemaat pada zaman Paulus dan Yohanes (2Tes 2:7-10; 1Yoh 2:3-5).
Kasih kepada kebenaran adalah penting keselamatan umat pilihan (2Tes 2:10).