Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[085z]

 

 

 

Ringkasan:

Asas Kehidupan Kristian [085z]

(Edisi 2.0 19941231-20000408)

 

Karya ini menunjukkan posisi Alkitab bahawa hukum bersepuluh merupakan asas kehidupan Kristian. Ini kemudiannya dibincangkan. Ianya membawa kepada karya-karya lain di dalam siri Kasih Karunia-Hukum.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Asas Kehidupan Kristian [085z]

 


Kristus mendefinisikan asas kehidupan Kristian sebagai memelihara hukum taurat yang telah diberikan di Sinai, yang merupakan syarat penting bagi hidup kekal (Matius 19:1). Semua umat Kristian sejati haruslah menumpu pada pemeliharaan Hukum Bersepuluh, bukan saja secara fizikal tetapi juga secara rohani. Ajaran gereja/jemaat haruslah menurut seluruh hukum dan kesaksian, yang merupakan ukuran bagi seorang guru yang sejati (Yesaya 8:20). Perintah-perintah itu merupakan intipati ajaran-ajaran yang ditetapkan hukum itu serta para nabi. Para ibubapa harus mengajarkannya kepada anak-anak mereka setiap hari di dalam setiap keadaan. Seluruh gaya hidup kita haruslah mencerminkannya di dalam cara-cara kita berfikir dan bertindak.

 

Empat perintah pertama adalah berkenaan hubungan serta ibadah kita terhadap Tuhan. Semuanya mengenalpasti Dia sebagai Allah Sebenar yang Tunggal, Bapa kepada semua, melarang kita daripada menyetarakan mana-mana makhluk, termasuk Yesus Kristus, dengan diriNya. Perintah-perintah itu juga mengenalpasti sistem keagamaan mana dengan siapa seseorang itu dikaitkan. Sebarang organisasi yang tidak memelihara Hukum Tuhan bukanlah Kristian. Nama Tuhan memberikan kekuasaan serta suatu tanggungjawab untuk bertindak bersama untuk memberitakan injil Kerajaan Tuhan kepada semua bangsa.

 

Seseorang itu tidak boleh mempersembahkan korban-korban rohani yang boleh diterima kepada Allah Sebenar Tunggal jika tinggal di dalam persekitaran mereka yang tidak memelihara Hukum-hukumNya yang timbul daripada perwatakanNya. Kita dimestikan keluar daripada sistem-sistem pemberontak dan tidak setia itu. Hari Sabtu, Sabat hari ketujuh, yang menyalur kepada hari-hari suci, menunjukkan kepada kita sistem kalendar dengan mana kita tahu bila untuk menyembah Allah Sebenar yang Tunggal. Mendirikan suatu hari ibadah yang lain daripada hari ketujuh bukan saja melanggar perintah itu, tetapi juga sendirinya menjadi suatu simbol berhala, kerana ianya di luar kehendak Tuhan. Ianya suatu perbuatan memberontak dan dengan itu serupa dengan persihiran (1Samuel 15:23).

 

Kita dapat mengenali Tuhan jika kita memelihara HukumNya (1Yohanes 2:3). Empat perintah pertama terletak di bawah tajuk utama hukum: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.” (Markus 12:30; Matius 22:37-38). Kita tidak boleh bersatu dengan Tuhan dan tidak memelihara perintah-perintahNya. Kehidupan Kristian adalah berdasarkan pada pemahaman betul dan hubungan dengan Tuhan. Pernyataan Tuhan datang melalui penurutan (Matius 11:26-27). Yesus Kristus taat setia sampai mati kepada Hukum-hukum Tuhan dan Bapanya itu (Filipi 2:6-8).

 

Sumber keyakinan di dalam suatu hidup Kristian adalah penurutan rendah diri kepada kehendak Tuhan seperti yang dihuraikan di dalam Kitab Suci. Kita diberikan Roh Tuhan melalui penurutan (1Yohanes 3:24). Tuhan menyatakan rahsia-rahsiaNya, rencana serta tujuanNya bagi semua bangsa kepada kita melalui RohNya (1Korintus 2:10; Efesus 3:5).

 

Setelah kasih akan Tuhan, perintah terbesar kedua adalah: “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.” (Matius 22:39; Markus 12:31). Semua manusia adalah saudara sesama kita. Enam perintah terakhir Hukum Bersepuluh memberitahu kita bagaimana untuk saling berhubung. Suatu hubungan kekeluargaan yang penuh kasih adalah batu binaan asas semua bangsa. Masyarakat mencerminkan keadaan keluarga di dalamnya, sama ada dengan akibat baik atau buruk. Ianya tanggungjawab semua umat Kristian untuk menyediakan keperluan keluarga mereka (1 Timotius 5:8; Markus 7:6-13). Melalui hukum, kita diadili pada tahap rohani yang lebih tinggi, jadi marah atau membenci seseorang adalah serupa dengan membunuh mereka.

 

Bernafsu atau mempunyai keinginan di dalam fikiran terhadap seorang yang lain yang bukan pasangannya adalah serupa dengan melakukan zina. Mencuri bukan saja mengenai pengambilan benda-benda fizikal, tetapi juga reputasi, nama atau masa seseorang. Ianya keganasan terhadap saudara sesama kita lantas memutuskan perhubungan kita dengan Tuhan. Kebenaran dan keadilan secara luhurnya adalah konsep-konsep yang sama, jadi kita haruslah adil dan baik secara moral di dalam segala urusan kita dengan orang lain. Mengkehendaki atau mempunyai keinginan melampau terhadap sesuatu yang bukan milik kita boleh dikatakan sejenis berhala. Ianya meletakkan benda-benda material atau suatu hubungan yang salah di atas hubungan seseorang itu dengan Tuhan. Ini menjadikan suatu objek lain sebagai tumpuan keinginan, lantas memperlihatkan sifat pekeliling perintah-perintah itu di mana pelanggaran perintah akhir kemudiannya melanggar perintah pertama, iaitu meletakkan sesuatu lebih dahulu daripada Tuhan. Jika kita melanggar satu aspek maka kita melanggar seluruh hukum itu. Dosa merupakan pelanggaran hukum tersebut (1Yohanes 3:4).

 

Kristus menerangkan pengertian sebenar hukum tersebut (Matius 5:21-48). Mengasihi saudara sesama kita berlanjutan daripada mengasihi Tuhan (1Yohanes 4:20). Allah adalah kasih (1Yohanes 4:16). Dengan itu, hukum-hukum Tuhan adalah kasih yang berkerja, pertama sekali kepada Tuhan dan kemudiannya kepada manusia (1 Yohanes 3:16-24). Jika kita tidak mengikut kebenaran ini kita dibiarkan sesat sehingga kita mempercayai kebohongan (2Tesalonika 2:11). Kita diselamatkan oleh pengorbanan Kristus dan setelah pembaptisan kita harus hidup penuh ibadat sebagai teladan kepada dunia. Teladan ini lazimnya adalah seumpama domba di kalangan kumpulan serigala (Matius 10:16; Lukas 10:3). Teladan Daniel menunjukkan kepada kita apa yang diharapkan daripada kita (Daniel 6:3-28). Ianya mewakili karunia Roh Kudus kepada umat-umat Kristian sejati di antara masyarakat duniawi tidak percaya.

 

Fikiran yang tidak percaya di bawah pengaruh musuh itu iaitu Iblis, berusaha untuk membinasakan kita. Serangannya tertumpu kepada perintah pertama, iaitu ujian bagi umat-umat pilihan sehingga pada kematian. Daniel memelihara hukum itu dan kekal setia di dalam suatu ujian yang berat sekali, sebagai suatu teladan kepada umat-umat, untuk menunjukkan bahawa Tuhan bertakhta tertinggi.

 

Kehidupan Kristian adalah Kehidupan seperti Kristus, iaitu meletakkan kasih terhadap Tuhan melebihi segalanya. Daripada kasih akan Tuhan ini datangnya kasih terhadap manusia, sehinggakan musuh-musuh kita. Pada zaman akhir ramai orang yang dibebani hal-hal dunia ini, dengan materialisme serta sikap mementingkan diri sendiri sebagai suatu ciri masa-masa ini, dengan ramai orang yang terperangkap di dalam pelbagai agama-agama yang murtad (2Timotius 3:2-9). Kita haruslah berpegang teguh kepada kebenaran itu sebagaimana ianya dinyatakan di dalam seluruh lembaran Alkitab, menunjukkan melalui kasih kita terhadap Allah Sebenar yang Tunggal serta sesama sendiri bahawa kita adalah umat Tuhan.

 

q