Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[086z]
Ringkasan: Iman dan Perbuatan [086z]
(Edisi 2.0 19950701-20000327)
Karya ini menunjukkan hubungan antara Iman dan Perbuatan. Ia menunjukkan syarat untuk bertaubat dari perbuatan yang mati. Diperhatikan bahawa pertunjukan iman dianggap oleh para rasul sebagai dari perbuatan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 1995, 2000 Wade Cox)
(Ringkasan Diedit oleh Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Iman dan Perbuatan
Ianya merupakan kebenaran asas bahawa orang benar akan hidup oleh iman (Habakuk 2:4; Roma 1:17; Ibrani 10:38). Ramai orang hari ini membuat kesilapan dengan berfikir bahawa iman mengambil tempat pemeliharaan hukum Tuhan. Kristus sendiri menyatakan bahawa hukum terdiri dari bahagian-bahagian dan hal-hal penting adalah keadilan, belas kasihan dan iman. Dia mengatakan hal-hal ini harus dilakukan, tanpa mengabaikan yang lain (Matius 23:23).
Iman adalah tiang hukum taurat, bukannya pengganti. Sesungguhnya, tanpa iman hukum itu tidak dapat dipelihara dalam sekitaran yang menyukarkan. Paskah telah dipelihara oleh Musa melalui iman, bukan sebagai pendahulu kepada iman. Maka iman lebih dahulu dari hukum dan merupakan sebahagian dari hukum itu (Ibrani 11:28).
Mereka yang bergelar Kristian moden percaya mereka akan diselamatkan oleh iman dalam Yesus Kristus. Namun ini hanya betul sebahagiannya. Seorang Kristian harus bertaubat dari perbuatan mati. Terdapat tindakan-tindakan serta corak-corak pemikiran yang menyebabkan kita tidak layak untuk hidup kekal (Ibrani 6:1-12). Kita harus taat kepada hukum-hukum Tuhan, yang dengannya kita menjadi sempurna (Yakobus 2:22; Yohanes 6:28-29; Ibrani 11:1-39).
Iman adalah elemen perlu dengan apa kita menurut Tuhan dalam hukumNya. Umat percaya yang dahulu masih belum menerima janji hidup kekal Tuhan, yang disimpan untuk mereka. Iman sahaja bukanlah jaminan keselamatan. Iman dipasangkan dengan hukum untuk kesejahteraan individu sebagai elemen yang diperlukan dalam penyembuhan (Yakobus 5:15).
Iman membantu kita untuk mengasihi sesama sendiri seperti diri kita sendiri. Kita tidak patut memandang rupa atau berat sebelah, iaitu dosa. Tuhan tidak memandang rupa (bulu) (2 Samuel 14:14; Kisah 10:34; Roma 2:11; Yakobus 2:1-26). Iman telah sentiasa disertai oleh perbuatan.
Abraham dibenarkan oleh perbuatan (Roma 4:2). Iman tanpa perbuatan adalah mati (Yakobus 2:21-26). Perintah-perintah untuk mengasihi Tuhan dipelihara melalui iman dan melalui perbuatan, iaitu memelihara hari ketujuh hari Sabat suci. Perintah-perintah untuk mengasihi sesama sendiri ditunjukkan oleh perbuatan dan bukan dengan iman saja.
Kunci kepada kerajaan Tuhan adalah penurutan melalui iman dalam Yesus Kristus. Perintah yang terkecil janganlah dilanggar (Matius 5:19; 19:16-22). Jika kita mengatakan kita mengasihi Tuhan dan tidak melakukan apa-apa, maka kita tidak memelihara iman ini dan tidak akan mewarisi kerajaan Tuhan. Kata-kata tanpa perbuatan tiada ertinya (Efesus 6:1-20).
Iman adalah salah satu bahagian perlengkapan senjata Tuhan.
Alkitab, khususnya Kitab-kitab Perjanjian Lama, adalah firman Tuhan, iaitu senjata utama, pedang roh, untuk melawan musuh itu. Iblis, si pendusta, berusaha menumbangkan umat Tuhan dengan ajaran sesat yang menghapuskan hukum-hukum Tuhan dan menggantikannya dengan ajaran-ajaran manusia (Matius 15:9; Markus 7:7).
Mengenali Tuhan ertinya memelihara perintah Tuhan (1 Yohanes 2:3). Jika sesiapa mengatakan ianya tidak perlu untuk memelihara hukum Tuhan maka mereka adalah pembohong dan kebenaran tidak ada dalam mereka (1 Yohanes 2:4). Jangan tertipu oleh guru-guru palsu yang mengkhutbahkan doktrin-doktrin para iblis. Tiada terang di dalam mereka! (Yesaya 8:20).
q