Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[089z]

 

 

 

Ringkasan:

Bidaah di dalam Jemaat Rasul [089z]

(Edisi 2.0 19950128-20000311)

 

Karya ini membincangkan pasal asal-usul heresi atau bidaah Kolose dan Galatia. Secara logiknya ianya sebahagian daripada siri Kasih Karunia-Hukum dan berkenaan posisi ke atas hukum menurut Paulus.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Bidaah di dalam Jemaat Rasul [089z]

 


Jemaat rasul berhadapan dengan masalah sejak dari kelahirannya. Apabila pertelingkahan timbul berkenaan ketepatan dan kesahihan amalan-amalan, mereka lazimnya merujuk kembali kepada Paulus untuk menyelesaikannya. Ada antaranya yang merupakan amalan-amalan fizikal ringkas yang mengurangi ciri kerohanian jemaat, sementara yang lain pula adalah lebih rumit lagi dan sering disalahfaham hari ini. Surat-surat kepada umat-umat Kolose dan Galatia adalah penting bagi memahami akal fikiran asal jemaat Perjanjian Baru dan bidaah yang terjadi.

 

Tulisan-tulisan Paulus lazimnya telah disalahfaham kerana ahli-ahli teologi mempunyai kosmologi alkitab yang salah, di mana mereka menganggap Tuhan sebagai suatu trinitas dan hukum-hukumNya telah dihapuskan. Dengan penemuan Skrol-skrol Laut Mati (DSS) kita mempunyai pengetahuan tambahan mengenai apa yang difahami orang-orang pada zaman Kristus. Heresi di Kolose membabitkan pendamaian Sidang Elohim. Orang-orang Galatia memulakan ritualisme (pengupacaraan) untuk menyenangkan roh-roh elemental, tanpa memahami bahawa mereka adalah para iblis.

 

Surat-surat kepada kedua-dua umat Kolose dan Galatia bertujuan untuk menekankan Kristus sebagai satu-satunya Pengantara di antara umat pilihan dan Tuhan dan satu-satunya korban penebusan bagi keselamatan. Surat-surat tersebut memangnya tidak melenyapkan hukum Tuhan. Paulus, sepertimana para rasul lain tidak dan tidak boleh bertentangan dengan Kristus. Yohanes telah menafikan suatu heresi yang serupa tetapi lebih maju lagi, yang cuba untuk meninggikan posisi Kristus serta menyangkal kematian dan pengorbanan menyeluruhnya. Ini merupakan roh antikristus (1Yohanes 4:1-6). Pemahaman sejati mengenai Ketuhanan mula diubah dan pada abad kedua telah mengakibatkan perpecahan di dalam jemaat-jemaat itu.

 

Kesalahan-kesalahan yang timbul di dalam jemaat kerasulan terbentuk daripada serangan-serangan ke atas hukum itu melalui upacara pendamaian angkatan malaikat. Ini agak senang untuk didedahkan dan hujah-hujahnya dihancurkan. Mereka melanjut kepada dusta merbahaya yang meninggikan Kristus sehingga setara dengan Allah yang Mahatinggi. Setiap kepalsuan itu bertujuan untuk memisahkan gereja daripada kekuasaan dan perintah-perintah Tuhan.

 

Apabila saja Ketuhanan itu dikompromikan dan kebenaran itu telah diputarbelitkan serta diabaikan, mereka yang ‘mengaku’ pengikut-pengikut Kristus itu telah menerima kesesatan sehingga mereka percaya pada dusta (2Tesalonika 2:11). Ayat ini adalah daripada Yesaya 66:1-4, di mana Tuhan memilih kesesatan atau gangguan terhadap mereka yang beragama palsu. Paulus memetik daripada kitab Perjanjian Lama di sini dan juga di dalam Roma bab 1. Pemerintahan agama-agama palsu melibatkan penganiayaan dan penindasan kebenaran. Itulah sebabnya kenapa Unitarianisme, iaitu ibadah Allah Sebenar yang Tunggal, telah dianiayai dengan berat selama abad-abad yang telah berlalu.

 

Sebaik saja kebenaran Ketuhanan itu dikompromikan dan trinitarianisme telah didirikan, kesesatan itu menjadi sempurna dan hukum itu telah jatuh dan ditinggalkan. Hari ini, serangan ke atas Ketuhanan telah melampaui cubaan-cubaan mudah kesetaraan-bersama dan keabadian-bersama. Selain daripada menjadikan orang mati sebagai tumpuan penyembahan, contohnya penyembahan Maria, santo-santo dan relik-relik, hujah-hujah berbahaya telah diutarakan, yang mempersoalkan kewujudan Tuhan sebagai suatu kuasa yang melampaui segalanya. Hujah-hujah itu timbul daripada animisme Babilon lama serta cabang-cabangnya di dalam agama-agama timuran. Idea-idea ini adalah suatu kelaziman di dalam Gnosticisme dan kini muncul di dalam teologi proses, yang merupakan pewaris moden kepada fahaman Gnosticisme itu.

 

q