Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[090z]

Ringkasan:

Pengutukan Pohon Ara

(Edition 1.0 20020310-20020310)

Pengutukan terhadap Pohon Ara oleh Yesus mempunyai maksud yang penting bagi ritual dalam Jemaat Allah. Ia jatuh di dalam rentetan Pembersihan dan Pengudusan Kaabah Allah.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 2002 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Pengutukan Terhadap Pohon Ara



Pengutukan terhadap Pohon Ara oleh Yesus Kristus mempunyai maksud yang penting bagi ritual dalam Jemaat Allah. Ia jatuh di dalam rentetan pembersihan dan pengudusan Kaabah Allah. Dalam Matius 21 kita membaca tentang Pengutukan Pohon Ara di dalam rentetan berikutan dari kemasukan Yesus ke Yerusalem dan pembersihan Kaabah.

Matius 21:1-11: Yesus tiba di Yerusalem

Ayat 12-17: Yesus membersihkan Kaabah

Ayat 18-22: Yesus mengutuk Pohon Ara

Ayat 23-27: Kekuasaan Yesus dicabar

Sekiranya kita melihat ini dalam perhubungan kepada Mrkus 11, kita lihat bahawa rentetan ini berubah. Justeru itu, terdapat satu siri kejadian yang berlaku yang mana berulang.

Markus 11:1-11: Yesus tiba ke Yerusalem

Ayat 12-14: Yesus mengutuk Pohon Ara

Ayat 15-19: Yesus membersihkan Kaabah

Ayat 20-24: Teladan dari Pohon Ara yang kering layu

Ayat 27-33: Kekuasaan Yesus dicabar

Urutan ini menunjukkan bahawa Dia telah masuk ke dalam Kaabah paa hari berikutnya dan membersihkannya. Dia masuk ke dalam Kaabah untuk memastikan ianya bersih sejak dari hari Abib pertama dan seterusnya, yang menurut Hukum dan bahagian yang kita lihat ini tersenarai di dalam Yehezkiel 45: 18-25.

Terdapat rujukan lain terhadap ujian dalam Kejadian 8:13, Keluaran 12:18, 29:1-14. Dalam Yehezkiel 43:18 kita lihat bahawa pentahbisan bermula dengan mezbah, manakala pentahbisan para imam diperlukan oleh keimamatan Lewi di bawah Hukum (Imamat 8:1-10). Justeru itu, di sini kita sedang menangani keimamatan yang sudah disucikan dan memulakan korban mezbah di dalam system yang baru. Dengan ini golongan Zadokai adalah satu-satunya kaum Lewi yang diakui (Yeh 40: 46, 44: 15, Petikan Wah 7). Ini adalah keimamatan Melkisedek. Keimamatan ini telah mendahului Lewi dan memberi persepuluhan untuknya di dalam darah daging Abraham. Sem adalah imam besarnya sejak dari zaman Noah. Ianya ditempatkan di Yerusalem sehingga Daud menduduki Yerusalem. Raja di sana digelar sebagai Adonai-Zedek atau Melkesedek pada dasar yang berterusan seperti yang kita lihat dari Alkitab (petikan dari karya Melkesedek (No. 128)). Makhluk ini bukan Yesus Kristus atas beberapa alas an berlandaskan Alkitab. (Petikan dari karya Malaikat YHVH [024]).

Bulan-bulan baru akan diserapkan di dalam system milenial sebagai hari-hari tidak bekerja (Yeh 45 dan seterusnya, Yes 66: 23-24).

Urutan pembersihan adaalah dari Abib Pertama sehingga Abib ke-7 dan Yesus melakukannya pada Abib ke-10 semasa Dia merasa kelaparan. Dia semestinya berpuasa, kerana pada hari biasa, kelaparan tidaklah menjadi persoalan.

Lihat karya Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159].

Lukas 19:28-48 juga mencatatkan tindakan yang dirujuk di dalam Matius 21 dan Markus 11. Ajaran, satu penyembuhan Kristus di dalam Kaabah sangat marah dengan imam besar, guru-guru dan penatua-penatua bahawa diu dalam ayat 47, kita diberitahu mereka “cuba untuk memusnahkan Dia”. Dalam Lukas 22:2, ia jelas menyatakan mereka “cuba mencari jalan bagaimana mereka boleh membunuh Dia”.

Pada penghujung Abib 13, Dia dan murid-muridNya pergi ke bilik atas untuk perjamuan suci dan pengkhianatan, pencubaan Mesiah dan penyaliban domba paskah pada petang 14 Abib.

Pelajaran dari Pengutukan Pohon Ara, seperti mana ia terjadi di tengah-tengah persediaan bagi perayaan paskah, juga menghubungkan kepada proses pembersihan. Mereka yang di dalam Jemaat Allah yang tidak menghasilkan buah ditinggalkan layu kekeringan dan mati.

Pada bahagian akhir kurun yang ke-20, proses pembersihan tidak dilaksanakan dan persediaan bagi perayaan Paskah tidak diarahkan kepada penyucian dan keselamatan Israel dan bangsa-bangsa.

Perumpamaan berikut di dalam Matius dan Markus mengenai para pekerja lain dan kita diamalkan di Yudea, Lewi dan Israel.

Markus 12:1-12 adalah mengenai para nabi dan kristus sendiri, dan kebun anggur adalah seluruh umat Israel.

Markus 12:13-17 : Perumpamaan yang melibatkan Kaisar menejankan pengasingan perkara Jemaat dari mereka yang dari dunia zaman persediaan.

Markus 12:18-27: Kristus menangani golongan Saduki mengenai kebangkitan. Bercakap mengenai Jemaat sebagai Anak Sulung dari orang mati; Mereka yang telah tertidur di dalam nama Tuhan.

Ia adalah proses persediaan Kaabah yang telah diambil sejak dari 1 Abib sehingga 21 Abib. Bulan berpuasa di bawah tujuh hari lebih dekat kembali kepada proses-proses normal di dalam perhitungan omer terhadap pentakosta dan penuaian gandum, yang mana penuaian Jemaat terhadap Anak Sulung.

q