Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[092z]
Ringkasan:
Jiwa
(Edisi 2.0 19950225-20010127)
Pegangan sistem keagamaan secara umumnya telah menjadi satu iaitu menyatakan bahawa jiwa adalah kekal. Ini bukan pegangan Alkitab yang betul.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 2001 Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Jiwa
Satu bidaah terakhir yang besar untuk memasuki jemaat adalah mendakwa jiwa itu kekal. Ini juga adalah pegangan kebanyakan agama di sluruh dunia. Kepercayaan terhadap jiwa yang wujud sebagai entiti selepas mati adalah satu idea kuno yang berakar dari fahaman animisme Babilon dan berasal dari penipuan Iblis kepada Hawa ‘kamu tidak akan mati’ di Taman Eden.
Pegangan Alkitab agak jelas dan ringkas. Semua orang akan mati dan kekal mati sehingga kebangkitan, sama ada dalam kebangkitan yang pertama atau kedua. Tidak ada orang yang sudah dibangkitkan, selain dari Kristus (Yoh 3:13), yang lain termasuk umat pilihan masih lagi tertidur (1 Tes 4:13-18; 1 Kor 15:20). Tetapi orang yang mati akan dibangkitkan (1 Kor 15:16-18). Doktrin Jiwa menyerapkan dalam fikiran umat manusia bahawa ia akan wujud selepas kematian dan oleh kerana ini ia tidak sepenuhnya bergantung kepada Allah untuk kurnia hidup dalam kebangkitan dan kewujudan mereka yang berterusan.
Orang juga ditipu dalam pemikiran bahawa mereka boleh berhubung dengan orang yang sudah mati dan berhubung dengan roh moyang mereka, dimana mereka sebenarnya bercakap dengan warga semesta yang jatuh. Berhubung dengan roh adalah bomoh. Ia melanggar hukum yang pertama dan dengan ini ia adalah pemberontakan terhadap Allah (1 Sam 15:23).
Wahyu menunjukkan dua kebangkitan dari orang mati. Yang pertama berlaku pada masa kedatangan Mesiah pada permulaan Milenium (Wah 20:4-6). Umat pilihan atau umta yang dipilih Allah akan dibangkitkan dalam daging dan kemudian ditukar kepada makluk roh yang kekal. Fungsi mereka kemudiannya akan membantu Kristus dalam pemerintahan planet ini dalam masa 1000 tahun. Karya tulis ini menyediakan standar yang akan digunakan untuk menghakimi iblis nanti di penghakiman takta besar putih yang mana tertulis dalam Wahyu 20:5-15.
Pada penghujung milenium semua umat manusia akan dibangkitkan dan dilatih semula dalam jangka masa seratus tahun (Yes 65:20). Konsep tentang jiwa yang kekal tidak mendapat tempat dalam struktur Alkitab. Ianya adalah di luar kehendak Allah dan bergantung kepada dirinya sendiri, bukan kepada Allah, dan ini adalah fahaman politeis. Orang hanya akan mendapat dua perkara dalam hidupnya. Mereka boleh ditebus dibawah keadaan yang lebih baik dalam kebangkitan yang kedua, tetapi mereka tidak mempunyai kehidupan yang kekal.
Ajaran tentang perpindaham jiwa adalah penyelewengan terhadap kebangkitan yang benar. Kebangkitan daging bergantung kepada Allah bagi kewujudan pada masa hadapan. Dasar teori perpindahan jiwa seperti yang dicatatkan, bermula dengan penipuan kepada Hawa ‘kamu tidak akan mati’ (Kej 3:3-4) dan berterusan di dalam misteri-misteri orang Babilon. Teori ini telah diserapkan dalam kepercayaan Buddha dan Celtik dan akhirnya memasuki Kekristianan, khususnya ajaran Gnostik. Ia adalah penipuan dasar dari semua sistem dunia ini. Ahli teologi Augustine pada kurun yang kelima menyatakan dalam bukunya ‘City of God’ (Kota Allah) bahawa doktrin jiwa adalah mustahil untuk disokong bersama dengan bukti-bukti dalam Kitab Suci. Tetapi ini tidak menghalang dia menulis semua penipuan ini yang mana telah menukar haluan sejarah.
Jemaat pilihan yang asal percaya kepada kebangkitan daging dan menyangkal doktrin jiwa sebagai kafir. Kesilapan ini memasuki serta merosakkan jemaat kemudiannya bersama dengan misteri-misteri kultus dan tuhan tritunggal. Doktrin jiwa adalah pandangan yang memberontak yang mana mengatakan bahawa manusia tidak akan mati. Ia adalah percubaan untuk meniadakan penghukuman kerana dosa terhadap umat manusia. Perdebatan bahawa manusia akan menjadi seperti elohim (tuhan), darihal pengetahuan, adalah ditegaskan oleh Iblis (Kej 3:5). Kebenarannya adalah bahawa keupayaan untuk menjadi elohim adalah bergantung sepenuhnya kepada kebangkitan dari kematian melalui rahmat Sang Mesiah, Yesus Kristus yang menyelamatkan.
Penyangkalan terhadap milenium fizikal juga adalah sebahagian daripada penipuan dan percubaan untuk menegaskan pewarisan kehidupan kekal yang tidak bersyarat. Kehidupan kekal hanya boleh dicapai melalui pengetahuan tentang Satu Allah yang Benar dan AnakNya Yesus Kristus. Tidak ada yang disebut Jiwa yang Kekal. Orang mahu percaya peniupuan ini kerena mereka tidak boleh menuruti Allah. Tanpa Roh Kudus fikiran mereka akan bertentangan dengan Allah (Rom 8:7). Mereka tidak boleh menuruti Allah dan tidak boleh menyesuaikan diri kepada sifat keperibadianNya. Roh Kudus adalah kunci kepada kebangkitan kepada kehidupan (Rom 8:11-14).
Umat pilihan memiliki sifat keperibadian Allah sebagai pengambil bahagian bersama dengan Yesus Kristus (2 Pet 1:4). Hanya Allah yang kekal (1 Tim 6:16). Dia diam dalam terang yang tidak boleh didekati dan tidak ada orang yang pernah melihat atau yang akan melihat Dia. Hanya sebagai roh (elohim) kita boleh pergi kedalam kudrat kehadiran Allah. Ini hanya boleh dicapai melalui kesetiaan kita terhadap Hukum Allah dan pengorban Yesus Kristus, yang menjadi mengantara kita bersama dengan Satu Allah yang Benar (Yoh.17:3; 1 Yoh.5:20; Gal.3:19-20; 1 Tim.2:5; Ibr.8:6, 12:24).
q