Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[096z]

Ringkasan:

Perbezaan di dalam Hukum

(Edition 2.0 19950318-19990614)

Karya ini akan meneliti perbezaan diantara hukum moral dan hukum korban dan menerangkan aspek secara luas mengenai hukum-hukum Allah.  Bentuk perbezaan adalah sebahagian daripada dasar aktiviti-aktiviti dalam Kejadian.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Ringkasan: Perbezaan di dalam Hukum [096z]



Salah faham mengenai Kolose 2:14 telah menyebabkan beberapa kumpulan dalam Kekristianan moden secara salah menegaskan bahawa hukum telah dimansuhkan.  Pengorbanan Kristus telah membuka ‘cheirographon’, dokumen penghutangan, dimana dosa kita yang terkumpul.

Hukum telah bermula dari sifat Allah dan tiada cacat celah, sempurna, suci, baik dan benar, seperti Dia.  Dia tidak berubah dan hukumNya juga tidak berubah.  Hukum tersebut ditulis pada hati orang yang terpilih oleh Roh Suci dan oleh itu kita menaruhkan sifatNya (2Pet.1:4).  Allah menghendaki setiap orang untuk memelihara hukum-hukumNya, atau menerima hukuman (Maz. 55:19).

Berbahagialah orang yang berjalan didalam hukum (Maz. 119:1-2; Yeh. 11:20, 18:17).  Penurutan dikehendaki untuk kebenaran (Kisah 2:13).  Matius 5:19 secara jelas menyatakan bahawa sesiapa yang melanggar walau sedikitpun hukum  atau mengajar tentang penghapusan hukum akan kehilangan tempatnya didalam kerajaan Allah dan akan dikira paling sedikit.

Terdapat dua badan hukum, iaitu moral dan upacara.  Dengan pengorbanan, Kristus telah memenuhi hukum  upacara atau upacara korban, yang mana merujukkan kepada dia sebagai korban yang terunggul.  Dia telah menebus sekali dan selamanya semua akibat dosa manusia dan malaikat-malaikat yang mendurhaka.  Korban-korban yang dipersembahkan secara berterusan dari tahun ketahun tidak akan membuat seseorang sempurna, tetapi sebagai peringatan tentang dosa-dosa setiap tahun (Ibr.10:1-3).

Kita melihat kepada sistem penebusan terhadap kegagalan menuruti hukum moral.  Kristus adalah korban yang terunggul untuk penbusan tersebut, tetapi hukum moral masih lagi wujud dan setiap orang dikehendaki menurutinya.  Hukum upacara ini telah dibuka supaya perhubungan kita dengan Allah akan menjadi satu daripada roh.  Hukum moral adalah rohani dan Kristus memperkembangkan hukum, memperluaskannya dari bentuk fizikal kepada matlamat rohani yang lebih luas (Mat. 5:21-22, 27-28).

Decalogue menjelaskan tentang dua hukum besar, mengasihi Allah dengan segala hati, jiwa dan fikiran dan yang kedua ialah mengasihi jiran sebagaimana kita mengasihi diri sendiri, dan dari sini terkandunglah semuanya hukum dan ajaran nabi-nabi (Mat. 22:40).  Hukum telah ditulis oleh jari Allah (Kel. 31:18) dan dipanggil Hukum Diraja (Yak. 2:8).  Kita semua akan diadili oleh hukum, kedua-dua fizikal dan tujuan rohani.

Pemeliharaan hukum-hukum Allah dan kesaksian Yesus Kristus diperlukan untuk memperolehi pohon kehidupan (Wah. 14:12; 22:14).  Hukum moral wujud dari penciptaan, yang berasal dari sifat-sifat Allah.  Roma 5:14 mengatakan bahawa kematian berkuasa dari Adam kepada Musa.  Sebagaimana kematian adalah akibat dosa (Rom. 6:23) dan dosa adalah pelanggaran hukum (1Yoh. 3:4) ia diteruskan bahawa hukum wujud sebelum ia diberikan kepada Musa di Gunung Sinai.  Semua dosa adalah bertentangan dengan Allah (Maz. 51:4).

Syaitan memberontak menentang Allah dengan berdusta kepada Hawa.  Dia sebenarnya melanggar enam daripada sepuluh hukum, dan dengan mencipta patung untuk disembah dan mencemarkan nama Allah, dia melanggar dua laig!  Pada zaman Kristus, telah difahami bahawa Syaitan dan iblis-iblisnya melakukan perbuatan zina terhadap anak-anak perempuan manusia (Kej. 6:4; Yud. 6-7), dengan ini melanggar hukum yang ketujuh.  Melalui sistem agama yang salah yang dia telah bentuk, dia telah melanggar hukum yang keempat.  Jadi, hukum melibatkan makluk tanpa kewujudan fizikal dan juga manusia dan korban Kristus cukup untuk menebus segala dosa-dosa bagi semua.  Syaitan, sebagai Allah dunia ini, telah membentuk sistem dimana semua manusia secara berterusan akan berdosa menentang Allah, dengan itu, ia menyembah Syaitan dan sistemnya secara sengaja.

Ibrani 9 menunjukkan bahawa perjanjian baru menerangkan tentang hukum pengorbanan,  dimana tidak boleh dimansuhkan sehingga bait Allah telah dimusnahkan dalam tahun 70 CE.  Jadi, perjanjian baru adalah memansuhan peraturan-peraturan yang berkenaan dengan pengorbanan dan bukannya pembukaan hukum-hukum Allah (Ibr. 9:10).

Terdapat aspek yang lebih luas mengenai hukum Allah yang menunjukkan bahawa hanya hukum moral sahaja daripada bahagian badan hokum, yang berada dalam keadaan yang teratur sejak penciptaan.  Decalogue telah memperluaskan dua hukum pertama.  Hukum-hukum mengenai makanan wujud sebelum air bah dan perbezaan diantara binatang yang halal dan yang haram telahpun diketahui oleh Nuh (Kej. 7:2).  Hukum tentang perpuluhan tidaklah berhubung kait dengan hukum pengorbanan, sebagaimana Ibrahim memberikan perpuluhan kepada Melchizedek dari Salem empat ratus tahun sebelum Musa berada di Sinai (Kej. 14:18-20).

Keseluruhan badan hukum Allah merangkumi setiap aspek kehidupan dan kebaktian.  Pada kedatangannya, Messiah akan membentuk pelaksanaan diseluruh dunia sebagai struktur hukum bagi pemerintahan segala planet (Zak. 14:16-19; Yes. 66:20; Yeh. 45 and 46).  Neksus antara hukum dan akibat-akibat akan dipulihkan dan orang akan memahami perhubungan diantara pemeliharaan hukum dan berkat dan pelanggaran hukum, pemberontakan dan kutukan (Ul. 28; Im. 26).

Terdapat perbezaan yang jelas antara hukum Allah dan hukum pengorbanan yang dimansuhkan melalui korban Kristus.  Hukum upacara tidak mengatur Sabat, yang mana melengkapkan hukum.  Mereka hanya mengarah kewajiban upacara keagamaan di Bait Allah yang mana berfungsi sebagai ketua sekolah untuk membawa kita kepada Kristus (Gal. 3:24).

Kristus menggenapi segala aspek korban-korban tersebut.  Pemahaman tentang perbezaan telah ditegaskan dari The Irish Articles Of Religion 1615 dan banyak tulisan-tulisan lain (see paper Distinction in the Law (No. 96) for quotes).  Walau bagaimanapun, ajaran salah mengenai bentuk trinitas dari persidangan Constantinople 381 CE and Chalcedon 451 CE tidak diterangkan.  Setanpun tahu bahawa Allah adalah satu dan gementar (Yak. 2:19).  Jadi, Syaitan memperdayakan seluruh dunia (Wah. 12:9) dengan dusta yang besar dan dia dan iblis-iblisnya mengetahui perkara ini.

Pesta Allah (Ima. 23) tidak dipelihara oleh arus utama Kekristianan, jadi, rencana Allah telah hilang.  Urutan pesta menunjukkan pemulihan planet, kerajaan Allah dan takdir yang terpilih.  Dengan penolakan pemulihan fizikal Millennium dan kebangkitan kedua, orang tidak boleh memahami maksud utama Pesta.  Jika mereka menerima kejadian-kejadian ini, ia akan mengutuk sistem yang salah yang mereka ikuti.

Umat pilihan akan diadili berdasarkan pengetahuan mereka mengenai Allah yang benar (Yoh. 17:3; 1Yoh. 5:20) dan bahawa dia sahaja yang hidup selama-lamanya (1 Tim. 6:16).  Kesalahfahaman mengenai dari apa Kristus terpaku pada salib adalah berasal dari kebodohan mengenai apa yang telah diajar oleh Kristus dan para rasul.  Benih perempuan, iaitu Jemaat yang benar adalah mereka yang memelihara hukum-hukum Allah dan kesaksian Yesus Kristus (Wah. 12:17, 14:12).

q