Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[100z]
Ringkasan:
Signifikans Roti dan Anggur
(Edisi 2.0 19950408-19990214)
Karangan ini menunjukkan korban tubuh dan darah serta simbolisme unsur-unsur iman.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1996, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan oleh John Pierce, ed.
Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Signifikans Roti dan Anggur [100z]
Keajaiban pemberian makanan kepada
orang banyak dengan roti dan ikan membabitkan pengertian tentang apa maksudnya
tubuh Kristus dibagi-bagikan (Yohanes bab 6).
Dua belas bakul sisa makanan
(Yohanes 6:13) menggambarkan pemenuhan dua belas bangsa, untuk pembahagian
kepada 144,000. Tiada yang hilang dalam bakul-bakul itu. Semuanya habis, untuk
pembahagian kepada suku-suku, di bawah dua belas rasul.
Kristus dimeteraikan oleh Allah
Bapa (Yohanes 6:27). Ini meterai kebenaran, dan Roh Kudus ialah Roh kebenaran.
Justeru dia dipisahkan dan ditandakan oleh Allah Bapa sebagai Mesias. Kita
dimeteraikan dengan cara yang sama.
Kristus memberi orang ramai suatu
keajaiban, yang menunjuk kepada konsep pemberian makanan Israel. Yohanes
6:34-37 kembali kepada dua belas bakul itu dan arahan untuk mengumpulkan
semuanya supaya tiada yang terbuang. Semua (termasuk bangsa lain) dibahagikan
kepada dua belas suku Israe. Mereka semua diberikan kepada Kristus oleh Allah
Bapa.
Trinitas menyerang pengertian ini
iaitu hal kita menjadi sebahagian daripada tubuh Kristus dan dimeteraikan
dengan Kristus, di dalam sistem Tuhan.
Kristus mengatakan Bapa menghendaki
supaya semua yang melihat Anak dan percaya padanya beroleh hidup kekal; dan
akan dibangkitkan pada akhir zaman (Yohanes 6:40). Hidup selamanya bukan
sekadar kepercayaan dalam Kristus. Kristus jelas tentang itu (Matius 7:21).
Hidup kekal ialah mengenali Allah yang Maha Esa dan Yesus Kristus yang
diutusNya (Yohanes 17:3).
Kita tidak mungkin menjadi
sebahagian daripada tubuh Yesus Kristus melainkan kita ditentukan dari semula
oleh Bapa dan diberikan kepada Yesus Kristus (Yohanes 6:41-44). Konsep orang
dipilih dikembangkan oleh Paulus dalam Roma 8:29-32.
Tuhan memanggil kita dan
menyerahkan kita kepada Yesus Kristus. Kita kemudian dibenarkan dan dimuliakan
dalam Kristus. Kita tidak mungkin mengerti melainkan Bapa memanggil kita. Ada
orang mendengar dan memang dipanggil, namun mereka tidak dipilih kerana mereka
tidak mampu masuk pengadilan sekarang (lihat Yohanes bab 6).
Mereka yang sudah melihat Bapa
ialah roh-roh (Yohanes 6:46). Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan
(Yohanes 1:18). Tiada seorangpun telah melihatNya, dan tiada seorangpun
sekali-kali dapat melihatNya (1Timotius 6:16). Dia abadi sendirian.
Jadi jika kita percaya pada
Kristus, kita kemudiannya diberi hidup kekal daripada Tuhan (Yohanes 6:47).
Tuhan memberi hidup kekal kepada Kristus, kepada Angkatan malaikat, dan kepada
kita.
Kristus berkata bahawa dagingnya ialah
roti itu (Yohanes 6:48-51). Kita harus memakan daging itu untuk menjadi tubuh
Kristus. Tubuhnya menjadi daging. Kita harus memakan dagingnya melalui roh,
untuk menjadi tubuhnya.
Untuk hidup kekal kita harus
memiliki pengetahuan akan Allah maha esa, dan anakNya Yesus Kristus. Kita harus
memakan dan meminum darah dan tubuh Yesus Kristus pada perayaan Paskah (Yohanes
6:53-54).
Kristus hidup dalam Bapa, dan Bapa
ada dalam dia. Jadi dengan memakan Kristus kita hidup dalam Kristus dan dalam
Bapa (Yohanes 6:57). Kita menjadi keluarganya. Trinitas cuba membuang itu.
Yesus tahu siapa yang Tuhan telah
berikan kepadanya (Yohanes 6:64). Sewaktu dia mula-mula diberikan murid-murid
itu, dia tahu siapa akan tinggal, dan siapa yang tidak akan tinggal. Roh
menyampaikan maklumat kepada umat pilihan. Umat tahu mereka sebahagian daripada
tubuh Kristus. Mereka tahu sama ada mereka melakukan dosa.
Tuhan mengaruniakan orang kepada
Kristus (Yohanes 6:65). Sekiranya kita tidak mengerti bahawa Yesus Kristus
bukanlah Allah yang maha esa, kita tidak akan berada dalam kebangkitan pertama.
Kita tahu daripada Korintus bahawa
kita semua diberikan karunia-karunia Roh, dan kita semua diletakkan dalam
tubuh. Agar kita boleh dimasukkan ke dalam tubuh itu, Kristus harus
dibagi-bagikan sebagai roti, dan dikumpulkan dalam bakul-bakul.
Dua belas bakul penuh diambil untuk
dua belas murid ini sebagai hakim-hakim. Salah seorang murid ini sebenarnya
dikaruniakan kepadanya agar dia akan mengkhianatinya (Yohanes 6:70). Dia
bercakap tentang Yudas bin Simon Iskariot (Yohanes 6:71). Dia digantikan
seorang lain yang mengambil bakulnya.
Kita hidup dalam Kristus, dan
Kristus dan Allah Bapa hidup dalam sesama sendiri. Kita semua saling berkaitan.
Kita mempunyai tugas untuk dilakukan, yang ditetapkan lama sebelum kita
terbentuk dalam kandungan (Yeremia 1:5). Kita semua ditempatkan bersama untuk
bekerja.
1 Korintus 10:21-22 berkata kita
tidak boleh mendapat bagian daripada perjamuan Tuhan dan perjamuan roh-roh
jahat. Ketika kita makan tubuh dan darah Kristus, kita minum daripada cawan Roh
Kudus dan hukum Tuhan. Kita tidak boleh menggabungkan itu dengan bagian
daripada sistem roh jahat. Hanya ada satu roti, tubuh Kristus. Hanya ada satu
cawan, cawan Tuhan.
Kristus menentukan dirinya untuk
korban, dan pastinya tiada lagi yang cukup baik. Kristus hanya mungkin
dikorbankan sekali dan untuk semua. Dia perlu turun sebagai daging, kemudian
dia menjadi Roh. Tiada korban darah dalam alam rohaniah. Satu makhluk perlu
menjadi manusia dan mati. Iblis tidak bersedia untuk berbuat begitu, namun
Kristus bersedia. Itulah kiasan Kain dan Habel dalam mana korban Habel lebih
diperkenan daripada korban Kain. Kepimpinan kita ialah kepimpinan pengorbanan
diri, penyerahan hidup kita untuk saudara-saudara kita.
Anggur pula melambangkan darah.
Setiap tahun, Israel ditahirkan melalui darah lembu-lembu jantan, namun dengan
Kristus, ia sekali dan untuk semua. Dia menjadikannya mungkin untuk kita juga
menjalin hubungan dengan Tuhan, dengan menerima Roh Kudus.
Untuk melakukan ini, kita harus
dibersihkan daripada dosa melalui simbolisme korban Kristus ini. Kita mengambil
bagian daripada kodrat ilahi itu (2Petrus 1:4). Kita dikaruniakan Roh Kudus,
dan kita mempunyai meterai kodrat ilahi pada kita dan kita harus memantulkan
kemuliaan Tuhan.
Sementara kita bersama, dan bekerja
menurut kehendak Tuhan, kita bersama dengan Kristus. Kita berpakaian dan kita
menghasilkan buah. Apabila kita berhenti melakukan kehendak Tuhan, kita
berhenti menghasilkan buah dan kita dibuang (Yohanes 15:1-6).
Konsep anggur datang daripada buah
anggur ialah konsep Roh Kudus. Konsep tubuh dan darah Kristus ialah perkara
utama Perjamuan Suci.
Kita dikaruniakan kepada Kristus
oleh Tuhan. Kita tidak mungkin memperolehi hidup kekal kecuali kita memiliki
Roh Kudus, dan mentaati perintah-perintah Tuhan. Kita harus memelihara Sabat
dan Paskah untuk terus memiliki Roh Kudus dan berada dalam kebangkitan pertama.
q