Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[102z]

Ringkasan:

Aku Haus [102z]

(Edisi 1.0 20000416-20000418)

Kata-kata terakhir yang dikatakan oleh Kristus pada kematiannya mempunyai signifikans nubuatan dan berkait kepada seluruh struktur Hukum-hukum Korban serta pembayaran dosa dan pendamaian kepada Tuhan seperti yang diramalkan dalam Mazmur dan kesaksian yang lain.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 2000 Wade Cox)

(Ringkasan oleh John Pierce, Diedit oleh Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Ringkasan: Aku Haus

Rasul Yohanes mencatatkan kata-kata terakhir Mesias, sebelum kematiannya pada pancang itu (stauros). Dia merupakan saksi.

Terdapat tujuh ucapan dari salib itu. Matius 27:46 dan Markus 15:34 mencatatkan satu ucapan. Lukas mencatatkan tiga ucapan dalam Lukas 23:34, 43, 46. Yohanes juga mencatatkan tiga ucapan dalam 19:26, 27, 28 dan 30.

Ianya jelas dari Lukas 23:44 bahawa janji kepada penjenayah itu dibuat sebelum kegelapan tersebut.

Kata-kata Mazmur 22:1 diucapkan pada mulanya, atau sewaktu tempoh tiga jam kegelapan itu. Dalam kematiannya Kristus menjadi saksi terhadap para imam dan sistem korup yang telah mereka biarkan bangkit. Dari titik ini mereka berada di bawah Tanda Yunus dan ditempatkan di bawah pembatasan ke pertaubatan atau kemusnahan.

Mazmur 22 adalah Mazmur Si Penderita, yang menceritakan tentang Si Penderita dan juga kemuliaan yang menyusuli.

Dalam Yohanes 19:23-24 kita perhatikan satu lagi nubuatan yang akhir digenapi. Perajurit-perajurit membahagi-bahagikan pakaiannya dan membuang undi untuk jubahnya seperti yang dinubuatkan (Mazmur 22:18). Ini merupakan bahagian akhir nubuatan itu dan mungkin berlaku selepas ucapan Mazmur 22 itu. Namun Tuhan tidak menyembunyikan mukaNya daripada dia atau meninggalkannya seperti yang Mazmur nyatakan (Mazmur 22:24).

Kristus menyerahkan ibunya kepada murid yang hadir, yang serta-merta mengambilnya dalam penjagaannya. Kristus kemudiannya mula menggenapi Kitab Suci dan nubuatan dengan berucap Aku Haus. Mereka kemudiannya mencelupkan bunga karang dalam anggur asam dan meletakkannya dalam mulutnya. Apabila Yesus menerima anggur asam itu dia berkata Sudah selesai (teleõ). Ini bermakna bahawa segala perkara yang perlu dilakukan telahpun siap, kerana Alkitab tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35). Dia kemudiannya menundukkan kepalanya dan meninggal. Matius mengatakan menyerahkan nyawanya (rohnya) (Matius 27:50).

Satu-satunya catatan Kitab Suci yang belum lagi digenapi tidak dapat digenapi sehinggalah dia bersedia dan telah menyerahkan nyawanya (rohnya). Hari ini adalah 14 Nisan pada tahun 30 TM (CE), hari Rabu. Penyaliban hari Jumaat adalah sebahagian dari Easter (lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)). Ia juga mempunyai kaitan dengan sistem Anak Lembu Emas (lihat Anak Lembu Emas (No. 222)), (lihat juga karya-karya Daud dan Goliat (No. 126) dan Piņata (No. 276)).

Hari berkenaan, hari Khamis, pada tahun 30 TM, merupakan Hari Tinggi iaitu Hari Kudus Pertama Perayaan Roti Tidak Beragi. Malam itu Paskah akan dimakan (lihat Hari Paskah (No. 98)).

Hari ini mesti tidak dicemari dan umat harus tidak dicemari dengan menyentuh bangkai menurut Hukum Taurat. Oleh itu mereka harus memastikan kematian dalam tempoh waktu yang dibenarkan. Kaki dua orang yang disalib bersamanya telah dipatahkan. Apabila mereka sampai kepada Kristus mereka lihat bahawa dia sudahpun mati dan mereka tidak mematahkan kakinya, namun seorang perajurit telah menikam lambungnya dengan tombak dan darah dan air keluar.

Ini adalah untuk menggenapi catatan lain Kitab berhubung kematiannya (lihat Mazmur 34:20 dan Zakharia 12:10).

Dia kemudiannya dibawa pergi oleh Yusuf dari Arimatea yang telah memohon dengan Pilatus untuk tubuhnya dan telah diberinya. Dengan Nikodemus, mereka membawanya untuk dikuburkan dalam kubur Yusuf sendiri, yang masih baru. Fakta ini juga penting kepada kesuciannya sebagai korban tersebut.

Dalam Mazmur 40 kita perhatikan Kristus sebagai Seluruh Korban Bakaran.

Dalam Mazmur 69 kita perhatikan Kristus sebagai Korban Penebus Salah (Ini juga adalah pandangan Bullinger, rujuk nota kepada Mazmur 69:1).

Mazmur 69:9 merujuk kepada Yohanes 15:25.

Mazmur 69:14-20 dianggap Bullinger merujuk kepada Getsemane dalam Matius 26:36-45. Ia meliputi peristiwa-peristiwa perbicaraan serta penyaliban tersebut di mana musuh-musuh Kristus berada di hadapannya.

Mazmur 69:21 merujuk kepada penyaliban (Matius 27:34-48; Yohanes 19:29). Ini adalah nubuatan yang harus digenapinya sebelum kematiannya sebagai Mesias, dengan meminum anggur asam. Perbuatan tersebut dan tawaran hempedu sebelumnya, membawa kutukan pada Yehuda.

Mazmur 69:25 merujuk kepada Yudas dalam Kisah 1:20 seperti mana ia disebutkan di situ. Ini adalah halnya sekarang dalam ertikata dua belas rasul. Kita ada dua belas rasul yang akan menghakimi semua suku. Seorang rasul bertanggungjawab atas dan mewakili setiap suku. Suku Lewi menjadi menjadi golongan imamat, namun hanya terdapat dua belas suku saja yang terlibat. Yudas melambangkan pengkhianatan, oleh Yehuda, terhadap Mesias sebagai Utusan Perjanjian yang membawa mereka keluar dari perhambaan dalam Keluaran itu. Dia dari suku Yehuda dan kaum Betlehem Efrata.

Ianya lebih dari sekadar satu rujukan kepada Yudas. Mazmur 69:22-28 Bullinger berpendapat merujuk kepada Roma 11:9,10. Petikan ini menyusul dari Roma 11:8 yang merujuk kembali kepada Yesaya 9:10. Tidak ragu lagi bahawa nubuatan-nubuatan ini adalah berhubung kegagalan Yehuda sebagai satu bangsa untuk mencapai Roh Kudus pada waktu itu dan tradisi-tradisi mereka menjadi perangkap lengkap kepada mereka.

Tuhan akan menyelamatkan Sion dan akan membina kota-kota Yehuda. Dalam zaman akhir mereka akan dipulihkan dan Roh Kudus akan dicurahkan atas mereka melalui Mesias yang telah dibunuh mereka itu. Dia akan kembali untuk menyelamatkan mereka yang tertunggu-tunggunya. Ini adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta kesaksian dan iman Yesus Kristus, atau Yosua Mesias (Wahyu 12:17; 14:12).

q