Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[104z]
Ringkasan:
Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT [104z]
(Edisi 1.0 20010525-20010525)
Karya ini menerangkan apa yang dimaksudkan Paulus sebagai Pekerjaan Hukum di dalam surat-suratnya. Ia menunjukkan bahawa Pekerjaan-pekerjaan Hukum adalah suatu kelompok penulisan yang wujud semasa abad pertama, Miqsat Ma’ase Ha-Torah atau MMT, yang hanya telah ditemui baru-baru ini. Ini membuatkan (pernyataan) Paulus lebih bermakna lagi untuk umat-umat Kristian moden.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT [104z]
Karya ini mengkaji konsep pekerjaan-pekerjaan hukum yang disebutkan Paulus.
Roma
Kebanyakan umat Kristian moden menganggap bahawa dia berbicara mengenai hukum Musa. Mereka menganggap bahawa dia mengatakan bahawa hukum itu telah dihapuskan.
Kita telah terpaksa menunggu sehinggalah Skrol-skrol Laut Mati (DSS) ditemui dan diterjemahkan. Daripada penemuan-penemuan itu barulah kita dapat benar-benar memahami Paulus. Kita boleh melihat sekarang ini bahawa istilah Paulus itu iaitu pekerjaan-pekerjaan hukum tidak merujuk kepada hukum-hukum Tuhan bagi keselamatan kepada semua. Mereka merujuk kepada suatu kelompok tulisan yang khususnya meliputi korban dan pentahiran, iaitu penyucian berupacara. Paulus menangani suatu pandangan hukum itu, yang dipegang oleh mazhab Qumran, dan telah menjadi kebiasaan di dalam Judaisme bukan-rabbinikal pada abad pertama dan tidak menjadi sebahagian daripada tradisi serta terjemahan Talmud. Ianya tidak menjadi sebahagian daripada apa yang kita fahamkan sebagai pemikiran Judaisme umum. Ianya kemudiannya lenyap.
Kini istilah pekerjaan-pekerjaan hukum itu secara umumnya telah dianggap sebagai melakukan hukum taurat, sedangkan sebenarnya ianya satu tajuk iaitu Pekerjaan-pekerjaan Hukum, terjemahan tajuk Ibraninya Miqsat ma’ase ha-torah (MMT). Mula dari sekarang, kita akan mengenali ini sebagai suatu tajuk naskhah Yahudi abad pertama, yang cuba untuk menyampaikan idea pembenaran melalui pekerjaan. Galatia 3:1-14 memberikan penerangan lanjut.
Paulus merujuk kepada Abraham di dalam teks Galatia, kerana Abraham diperkirakan sebagai seorang yang benar, daripada teks-teks di dalam Kejadian. Para terpelajar telah menyatakan (lihat karya penuh Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT [104] untuk butir yang lebih terperinci) bahawa seluruh komposisi kebenaran Abraham adalah daripada Kejadian 22:16 di mana Abraham rela untuk mengorbankan anaknya Ishak atas perintah Tuhan. Juga bahawa Paulus tidak mungkin telah menyebut tentang pekerjaan hukum, dan menggunakan teladan Abraham, kecualilah contoh tersebut mengkhusus kepada tindakan dan diperkirakan kepada pembenaran. Dalam kata lain, dinyatakan bahawa dia diperkira sebagai seorang yang benar kerana apa yang telah dilakukannya. Lebih lanjut lagi, dasar pekerjaan hukum yang memberikan pembenaran itu mungkin juga telah diambil daripada Mazmur 106:30-31.
Apa yang telah dilakukan Judaisme kontemporari, dan kemudiannya Jemaat, adalah mengambil konsep ini di mana Pinehas telah berdiri, dan melalui tindakannya itu, melalui apa yang telah dia lakukan, diperkira benar untuk semua generasi. Jadi mazhab Qumran dan MMT, serta kumpulan-kumpulan yang memikirkan bahawa hukum akan mengenakan pembenaran melalui pekerjaan, telah mengambil teks ini dan mempergunakannya untuk membenarkan pembenaran melalui tindakan-tindakan individu-individu.
Pandangan fizikal mengenai pembenaran ini tetap dipegang sungguhpun adanya banyak teks-teks Alkitab di dalam Yesaya, contohnya Yesaya 9:1-6, yang menceritakan tentang Mesias, dan Yesaya 53, yang memperkatakan tentang penderitaannya dan pelenyapan dosa. Kesemua teks tersebut menunjuk kepada pengorbanan penebusan Mesias untuk melenyapkan dosa. Namun orang-orang ini berfikir bahawa melalui pekerjaan mereka boleh mencapai pembenaran. Seperti yang dikatakan Paulus “Hai orang-orang Galatia yang bodoh, siapakah yang telah mempesona kamu? .. Adakah kamu telah menerima Roh karena melakukan hukum Taurat atau karena percaya kepada pemberitaan Injil?” Dan kemudiannya dia membincangkan tentang Abraham. Paulus menyedari bahawa posisi mereka datangnya daripada dua teks tersebut, sungguhpun dia tidak menyebut pasal Pinehas. Namun apa yang pasti adalah bahawa teks berkenaan Abraham yang dibenarkan kerana penurutannya serta pekerjaannya di dalam pengorbanan Ishak, merupakan dasar kepada pemikiran mereka.
Qimron dan Strugnell telah membentuk semula Pekerjaan Hukum di dalam teks-teks DSS itu. Ianya terdiri daripada tiga bahagian. Ianya, pertama sekali, suatu kalendar yang terdiri daripada baris-baris nombor dari 1 hingga 21. Kedua, ianya merupakan bahagian-bahagian hukum itu, yang terdiri daripada set kedua teks-teks Ibrani, bernombor 1 hingga 82. Ketiga, ianya suatu epilog, yang terdiri daripada satu set ketiga teks-teks, dari 1 hingga 32.
Harus diingati bahawa ini adalah kertas (papirus) berusia 2,000 tahun, dan ada kepingannya yang hilang. Terdapat bahagian-bahagian tertinggal di dalam kepingan-kepingan itu. Satu contoh terjemahan adalah:
3 dan ketulenan […itu. Dan berkenaan karunia-karunia yang disemai…] benih gandum yang baru milik [bangsa lain yang mereka…]
4 dan biarlah […] mereka menyentuhnya dan meng [otorkannya, dan tiada seorangpun harus makan]
5 sebarang benih gandum baru milik [bangsa lain], [juga janganlah] membawanya ke dalam tempat suci.
Di sini kita dapat membayangi konsepnya – jangan menyentuh – jangan memakan – jangan merasa. Komen-komen Paulus kini jelas pengertiannya. Dia berbicara mengenai Pekerjaan Hukum, iaitu teks ini. Dia mengatakan bahawa kamu tidak boleh dipesonakan oleh ajaran palsu ini. Ianya mengatakan – jangan menyentuh ini, dan jangan merasa itu, dan jangan melakukan ini. Ini bukannya memberikan pembenaran. Pembenaran kamu adalah di dalam Kristus Yesus. Ini adalah suatu penemuan radikal yang baru, dan ianya suatu teks dan terjemahan yang penting. Teks-teks tersebut menghancurkan hujah-hujah Protestantisme moden yang mengatakan bahawa hukum itu telah dilenyapkan.
Apa yang mereka lakukan, sebenarnya, adalah memberitahu orang-orang Farisi dan pihak-pihak rabbinikal bagaimana sepatutnya struktur itu. Nampaknya teks ini telah menjadi suatu dokumen yang sungguh meyakinkan di seluruh Timur Tengah pada abad pertama. Begitu meluas sekali sehinggakan Paulus telah mengambil sebahagian daripada Roma dan Galatia untuk melawan ajaran-ajaran teks ini. Memang begitu luas sekali.
Paulus terpaksa berhadapan dengannya, kerana ianya jelas sekali telah menjangkiti Jemaat Galatia. Ianya bukan suatu kebetulan bahawa ia telah menyelubungi Galatia, namun hanya disebut sepintas lalu saja di dalam Roma kerana masyarakat Yahudi di Rom lebih jauh lagi dari Yerusalem daripada Galatia. Lebih jauh jaraknya, semakin kurang masalahnya, namun jelas sekali di dalam Timur Tengah mereka mempunyai masalah yang berat.
Ianya popular pada masa Bait Suci telah ditandakan untuk dimusnahkan. Itulah sebabnya kenapa Bait Suci dan kesemua sekitaran ini terpaksa dibinasakan. Ianya untuk menghapuskan sistem Yahudi bukan Alkitab ini; agar seluruh struktur itu dapat bergerak maju di dalam suatu sistem yang lebih bersih dan kita dapat melihat maksud rohaninya, dan sebaliknya tidak terikat kepada segala upacara ini.
Namun, satu daripada mangsa penghapusan ini adalah pengetahuan mengenai kewujudan material ini. Kita tidak pernah tahu bahawa Pekerjaan Hukum itu adalah sebenarnya satu teks. Ianya satu buku. Ianya bukan sekadar suatu tindakan atau perbuatan.
Kini kita dapat melihat teks-teks ini berdasarkan kemungkinan bahawa Paulus sebenarnya merujuk kepada MMT. Ini belum terbukti sepenuhnya lagi, tetapi para ahli terpelajar sekarang ini agak pasti bahawa itu adalah maksudnya. Implikasi-implikasinya besar sekali. Jemaat terbukti benar dengan adanya penemuan ini. Agama Kristian moden dapat melihat sepenuhnya sekarang ini bahawa Jemaat Tuhan telah sentiasa betul sejak dari mula lagi. Hukum Tuhan seperti yang tertulis di dalam Alkitab tidak pernah dilenyapkan.
q