Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[105z]

 

 

 

Ringkasan:

Musa dan Dewa-dewa Mesir [105z]

(Edisi 3.0 19950415-20001212)

 

Karya ini menerangkan caranya bagaimana Musa menangani Firaun. Kerja-kerja dan tulah-tulah kecelakaan yang dikenakan ke atas Mesir diterangkan berdasarkan setiap dewa-dewa Mesir yang disangkal Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1994, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Musa dan Dewa-dewa Mesir [105z]

 

 


Cerita Musa bukan saja suatu cerita mengenai pembebasan sekumpulan hamba dari Mesir pada milenium kedua SM. Ianya merupakan cetak biru bagi rencana keselamatan. Musa adalah prototaip Kristus ataupun Mesias.

 

Kehidupan Musa sebagai Rencananya

 

Rencana keselamatan digambarkan daripada keadaan-keadaan kelahiran Musa dan peringkat-peringkat hidupnya. Riwayat hidup Musa terbahagi kepada tiga bahagian 40 tahun. Dia hidup sehingga 120 tahun umurnya (Ulangan 34:7).

 

Empat puluh tahun pertamanya dihabiskan di Mesir. Empat puluh tahun kedua digunakannya di Midian sebagai seorang gembala (Kisah 7:29,30) dan empat puluh tahun terakhir di gurun belantara.

 

Empat Puluh Tahun Pertama

 

Simbolisme tiga urutan-urutan empat puluh tahun itu hanya mungkin difahami daripada sistem Jubli dan Kalendar Suci. Daripada rencana keselamatan sebagaimana yang digariskan oleh minggu dan hari Sabat; kita mendapat konsep enam ribu tahun diikuti dengan sistem milenium tersebut, atau pemerintahan Yesus Kristus seperti yang tertulis di dalam Wahyu 20:2-6 yang panjangnya selama seribu tahun. Petrus memahami penyamaan satu hari kepada seribu tahun ini di dalam 2Petrus 3:8.

 

Lebih penting lagi, daripada hidup Musa kita faham bahawa urutan enam ribu tahun itu terbahagi kepada tiga peringkat yang terdiri daripada empat puluh jubli setiap satu. Iaitu 40 x 50 = 2000 tahun. Fasa pertamanya adalah dari penciptaan Adam sehingga perjalanan Abraham, untuk menubuhkan bangsa Israel.

 

Betapa pentingnya fasa pertama itu tidak diketahui. Pemahaman antropologi manusia adalah suatu subjek yang lain dan dibincangkan di dalam karya-karya Cox, Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik [B5], CCG, 1990, 2000; dan juga Nefilim [154] CCG, 1996.

 

Cubaan untuk menghapuskan Musa pada waktu kanak-kanak, membayangi percubaan untuk menghapuskan Kristus pada waktu kecilnya, daripada pembunuhan anak-anak oleh Herod di dalam Matius 2:13-14.

 

Kristus juga merupakan simbol bagi penebusan seluruh Israel dan dengan itu planet ini. Kristus dipanggil keluar dari Mesir (Hosea 11:1 dipetik di dalam Matius 2:15), yang digunakan sebagai simbol sistem dunia ini di bawah pimpinan angkatan surgawi pemberontak itu.

 

Empat Puluh Tahun Kedua

 

Musa melarikan diri dari Mesir dan menjadi orang pelarian, setelah membunuh orang Mesir itu (Kisah 7:27-30).

 

Maksudnya bagi masa yang digunakan menggembala binatang itu, adalah untuk menunjukkan bahawa Israel akan menghabiskan masa empat puluh Jubli, iaitu 40 X 50 = 2000 tahun, dari zaman Abraham hingga Mesias, untuk membangunkan sejarahnya serta tradisi alkitabnya, dalam kata lain, simpanan kebijaksanaan.

 

Tempoh Empat Puluh Tahun Ketiga

 

Penebusan dunia ni selaku “Israel yang Lebih Besar” akan bermula dengan Mesias, sepertimana ianya telah bermula bagi Israel fizikal dengan Musa.

 

Keajaiban-keajaiban

 

1. Ular-ular

 

Ular/tongkat yang menelan ular-ular orang-orang Mesir itu (Keluaran 7:10-13) menunjukkan bahawa Yahovah adalah yang tertinggi.

 

2. Darah

 

Sungai Nil serta segala air di Mesir telah ditukar menjadi darah dan ikan-ikanpun mati (Keluaran 7:17). Tentangan di sini adalah terhadap Buto serta dewa-dewa kawasan delta Nil.

 

3. Katak

 

Katak-katak itu mewakili roh-roh, bukan saja dari Mesir, tetapi juga roh-roh jahat zaman akhir, yang seperti katak, yang keluar daripada mulut naga itu, binatang serta nabi palsu tersebut (Wahyu 16:13).

 

4. Lalat

 

Tanda ini adalah untuk menetapkan suatu benteng antara Israel dan orang-orang Mesir, kerana tanah Goshen di mana orang-orang Israel tinggal tidak mendapat kecelakaan ini. Lalat-lalat ini juga merupakan simbol Beelzebul, iaitu dewa Ekron.

 

5. Tulah Lembu Peliharaan

 

Lembu dianggap suci di Mesir bagi Apis dan dengan itu pembinasaan lembu tersebut merupakan tentangan langsung terhadap manifestasi Apis.

 

6. Barah

 

Firaun masih tidak mahu melepaskan Israel dan kerana itu suatu tulah barah dikenakan ke atas orang-orang Mesir (Keluaran 9:8-12). Ahli-ahli sihir juga mengalaminya, lantas mempamerkan ketidakmampuan mereka untuk mengawal masalah ini. Keadaan ini akan terjadi pada zaman akhir, apabila manusia sekali lagi akan mengalami luka-luka yang menakutkan, yang timbul daripada tanda binatang itu (Wahyu 16:11).

 

7. Hujan batu/es

 

Orang-orang Mesir diberikan tempoh dua puluh empat jam untuk memasukkan binatang ternakan mereka ke dalam tempat perlindungan, atau tidak mereka akan mati di padang, kedua-dua orang dan binatang. Kecelakaan ini akan sekali lagi digunakan pada hari-hari terakhir (Wahyu 11:19; 16:21). Mereka yang takut akan Tuhan memasuki tempat perlindungan; mereka yang tidak, mati di padang (Keluaran 9:21).

 

8. Belalang

 

Belalang digunakan untuk menyempurnakan pembinasaan padang-padang yang telah dimulakan oleh hujan batu itu (Keluaran 10:3-6).

 

9. Kegelapan

 

Ini merupakan serangan langsung ke atas kuasa dewa tertinggi Mesir iaitu Ra Dewa Matahari atau Amun-Ra. Kegelapan yang tebal ini meliputi Mesir selama tiga hari, namun umat Israel mempunyai terang di mana mereka berdiam (Keluaran 10:21-23).

 

10. Pembunuhan Anak Sulung

 

Tuhan membuat keputusan untuk membunuh anak sulung Mesir (Keluaran 11:4), namun untuk melindungi Israel, agar perbezaan di antara kedua-dua umat itu diketahui. Anak sulung adalah kudus bagi Tuhan dan merupakan simbol buah hasil sesuatu bangsa.

 

Ketetapan upacara Paskah kemudiannya telah didirikan pada bulan Abib, atau Nisan, di mana dengan upacara ini, telah ditetapkan sebagai permulaan tahun kudus. Domba Paskah adalah Mesias dan dia telah dibunuh menurut syarat-syarat upacara itu, iaitu sebagai pelepasan daripada dosa dan penebusan. Domba tersebut seharusnya disembelih pada empat belas haribulan pada waktu malam. Di dalam bulan pertama pada hari keempat belas pada waktu malam, kita juga diperintah untuk memakan roti tidak beragi sehinggalah malam hari kedua puluh satu (Keluaran 12:18). Ini adalah perayaan Roti Tidak Beragi dari 15 Abib hingga 21 Abib.

 

Selepas penyembelihan Paskah itu, darahnya disapukan pada tiang-tiang serta ambang pintu dan Israel tinggal di dalam rumah. Maksud Paskah itu adalah bahawa ianya malam di mana malaikat kematian melepasi Israel. Dia harus mati sama seperti yang ditentukan upacara ini, bagi membuka jalan bagi Israel ke dalam suatu perhubungan dengan Tuhan.

 

Orang-orang Israel telah berkhemah di Pi Ha Hiroth di hadapang Baal-Zefon. Ada yang membaca Baal-Zefon sebagai Dewa Ribut Taufan atau Pembinasa, sementara yang lainnya sebagai Dewa Musim Salji. Walau bagaimanapun kita berhadapan dengan satu lagi konsep ketuhanan serta kecelakaan kesepuluh Mesir. Oleh itu kita melihat di sini sepuluh pentuhanan tanah-tanah Mesir serta Osiris.

 

Sementara di situ, orang-orang Israel telah dikejar Tentera Mesir. Kristus meletakkan dirinya di dalam Tiang Api dan Awan di antara Israel dan angkatan Mesir itu. Ceritanya jelas diketahui daripada Keluaran 14:10.

 

Musa telah diperintahkan untuk mengangkat tongkatnya dan membahagi laut itu dan kemudiannya bergerak maju, agar kereta-kereta kuda itu akan dipandu masuk dan angkatan Mesir itu lemas. Ini menggambarkan pengerasan hati Firaun yang terakhir oleh Tuhan. Maka ini adalah tulah kesepuluh dan terakhir. Dalam cara ini Tuhan menangani dewa-dewa Mesir melalui Musa dan menyelamatkan Israel.

 

 

q