Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[106bz]

 

 

 

Ringkasan:

Persembahan Unjukan Berkas [106bz]

(Edisi 2.1 19950416-20000423)

 

Persembahan Unjukan Berkas adalah penting bagi memahami implikasi penuh pengorbanan Kristus, dan kuasa yang diberikan kepadanya dari segi kebangkitannya daripada mati.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995,  2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Persembahan Unjukan Berkas [106bz]

 

 


Kristus memulakan suatu urutan persembahan-persembahan yang diunjukkan ke hadapan Tuhan, yang dibawa ke hadapan muka Tuhan. Kristus merupakan buah hasil sulung dan ini dilambangkan dengan Acara Persembahan Unjukan Berkas yang diadakan semasa tempoh Paskah/Roti Tidak Beragi. Dia adalah yang pertama di dalam suatu urutan tertentu, yang berterusan selanjutnya sehinggalah tempoh masa bangsa-bangsa lain digenapi dan kesemua daripada 144, 000 di dalam Israel itu telah ditetapkan.

 

Imamat 23 menunjukkan bila masanya persembahan Unjukan Berkas itu harus dibuat. Ianya dibuat pada hari esoknya setelah hari Sabat mingguan di dalam tempoh Paskah/Roti Tidak Beragi.

 

Persembahan Unjukan Berkas mewajibkan agar tidak memakan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sehinggalah persembahan itu dibuat pada hari itu (Imamat 23:14). Jadi sebelum Persembahan Unjukan Berkas itu, hasil tuaian lama dimakan. Ini berpadanan dengan Yosua 5:11-12 di mana gandum baru dimakan selepas Paskah di dalam negeri baru Kanaan.

 

Ini adalah kerana Unjukan Berkas adalah yang pertama daripada hasil-hasil sulung tuaian yang baru. Kristus merupakan hasil sulung itu. Dia disertai suatu persembahan makanan roti dan wain. Domba jantan yang dipersembahkan adalah Kristus.

 

Ini berpadanan dengan Yohanes 20:1, 14-18 di mana kita menemui bahawa Maria telah pergi ke kubur itu pada awal pagi hari Minggu sewaktu masih gelap dan batu kuburan itu telah dibuka. Jadi, Kristus telahpun dibangkitkan pada Sabtu malam. Ianya pada penghujung hari Sabat sementara memasuki hari pertama minggu. Daripada percakapannya dengannya di dalam Yohanes 20:15-17 kita tahu bahawa dia belum lagi naik ke syurga dan tidak boleh dicemari sesiapapun dengan menyentuhnya sehinggalah dia berbuat demikian. Dia menunggu untuk menggenapi pengorbanan ini, diunjukkan sebagai hasil sulung, agar dia kemudiannya dapat mengambil tempatnya di syurga sebagai Imam Besar kita. Daripada Ibrani kita tahu bahawa dia terpaksa membawa korban darah demi memasuki Tempat Maha Kudus. Korban darah itu adalah dirinya sendiri dan Tempat Maha Suci itu adalah hadirat Allah Bapa.

 

Kepentingan hal ini adalah bahawa Tuhan memerlukan seorang pemimpin umatnya yang rela mengorbankan dirinya bagi kepentingan umatnya. Iblis tidak sanggup berbuat demikian dan kerana itu telah dibuang dari syurga. Pengorbanan diri sendiri untuk saudara ini adalah teladan yang telah diberikan bagi kita semua. Kesemua murid-murid itu kecuali Yohanes telah mati syahid, juga menunjukkan kasih mereka kepada semua saudara di dalam usaha untuk memenangi musuh itu serta kuasa-kuasa dunia ini.

 

Kedua-dua dunia fizikal dan rohani merupakan tujuan pengorbanan Kristus ini. Persembahan unjukan berkas ini serta korban-korban yang berkaitan terikat bersama. Kesemua korban darah serta persembahan unjukan yang dibuat menunjuk kepada pengorbanan muktamad Kristus ini. Semua ini dibuat untuk menunjukkan bahawa suatu pendamaian dan pengudusan fizikal terhadap Tuhan adalah suatu syarat untuk kita mendekati Tuhan. Kristus kini telahpun mencapai itu.

 

Keluaran 29:24-27 berbicara mengenai suatu persembahan bagi pengudusan keimamatan Harun. Keluaran 29:29-30 menunjukkan bahawa persembahan khusus yang sulung adalah untuk menyucikan keimamatan serta mentahirkan pakaian mereka agar mereka dapat melayani di dalam Tempat Kudus. Kristus menggantikan pelayanan fizikal Harun itu melalui pengorbanannya. Mesias difahami adalah Mesias kepada Harun dan dia merupakan Mesias imam. Dia menjadi Imam Besar bagi suatu aturan yang baru iaitu Melkisedek. Lain-lain petikan alkitab berkenaan pendamaian keimamatan itu kepada Tuhan adalah Imamat 8:27-29, Imamat 9:21, dan Imamat 10:14-15. Daripada konsep Persembahan Unjukan ini, keimamatan diberikan sebahagian. Bahagian ini kini dilanjutkan kepada Umat-umat Pilihan, menunjukkan suatu pendamaian kita dengan Kristus, sebagai sebahagian daripada Persembahan Unjukan itu. (Imamat 14:12-24). Kristus mentahirkan pakaian umat pilihan melalui persembahan unjukan agar mereka boleh menjadi para imam serta berpakaian untuk datang ke hadapan Tuhan. (Lihat juga Yehezkiel 44:17 dan selanjutnya, Zakharia 3:5, Matius 22:11-12, Wahyu 3:4, 18, 6:11, 7:9, 14 dan 16:15).

 

Imamat 7 adalah berkenaan [Persembahan] Korban Penebus Salah, yang dipersembahkan bagi keimamatan. Ini juga digenapi di dalam Kristus. Setiap lelaki, seluruh suku Lewi dan setiap Imam harus disucikan kepada Tuhan dan di dalam Kristus setiap Umat Pilihan, setiap orang yang dipilih dan dibawa masuk ke dalam iman ini sebagai seorang Imam haruslah disucikan melalui Kristus sebagai Korban Penghapus Dosa dengan kematiannya.

 

Perlambangan ini berlanjutan dengan Korban Keselamatan dari Bab 7:11 sehingga ayat 25 serta Persembahan Khusus dan Dada. Pengorbanan Kristus membolehkan untuk kita damai selamat dan menggenapi nubuatan-nubuatan di dalam Yesaya sebagai Raja Damai. Dia mengorbankan dirinya untuk kedamaian dan melenyapkan korban Persembahan Keselamatan (Kedamaian). Apabila dikatakan bahawa Kristus telah menggenapi segala korban-korban itu, ianya bukan saja melalui kewujudannya. Dia juga melakukannya melalui pengorbanannya.

 

Korban sajian cemburuan di dalam Bilangan 5:12-31 juga berkaitan. Persembahan Unjukan untuk mendamaikan perempuan itu kepada suaminya adalah juga untuk mendamaikan umat pilihan dari segala bangsa kepada lakinya iaitu Kristus. Perempuan itu terkutuk kerana perzinaannya (Bilangan 5:21) sebagaimana Israel kerana berhalanya. Mesias mendamaikan Israel serta Angkatan Surgawi kepada Tuhan melalui Persembahan Unjukannya.

 

Nazar khusus seorang nazir juga tidak lagi sesuai digunakan bagi kita. Melalui pengorbanan Kristus kita telah didamaikan sebagai orang-orang nazir sehinggakan kita boleh mengambil roti serta wain Kristus. Sebabnya kenapa orang nazir menjauhi wain adalah kerana dia tidak mempunyai Roh Kudus. Yang terhampir yang boleh mereka capai adalah melalui upacara penyucian ini; Roh Kudus tidak dicapai kecualilah ia dikaruniakan Tuhan di dalam keadaan-keadaan tertentu sepertimana Samson. Tiada apa-apa yang boleh kita lakukan untuk mendamaikan diri kita kepada Tuhan. Pengorbanan Kristus adalah perlu bagi tujuan ini dan dengan itu kita adalah orang-orang nazir untuk selamanya kepada Tuhan. Terang serta wajah Tuhan tersinar ke atas kita, dan nama Tuhan diletakkan pada kita, sebagai sebahagian daripada bangsa Israel (Bilangan 6:27).

 

Persembahan Unjukan Berkas Kristus juga memulakan pengiraan masa kepada Pentakosta (daripada Imamat 23:15-17), yang merupakan simbolisme bagi penebusan umat pilihan di dalam kebangkitan pertama. Tujuh Sabat mingguan nyata dikira dari hari selepas Sabat minggu untuk sampai kepada Pentakosta, yang jatuh pada hari esok Sabat ketujuh. Jadi kedua-dua Unjukan Berkas serta Pentakosta jatuh pada hari pertama minggu iaitu hari Minggu (50 hari antaranya).

 

Lima puluh hari ini menunjukkan sistem Jubli tersebut di dalam manusia. Ia mewakili lima puluh tahun Roh Kudus berkembang di dalam manusia. (Iaitu daripada seorang dewasa pada umur 20, dan dengan jangka hayat purata tujuh puluh tahun, menjadikannya 50 tahun kehidupan dewasa). Persembahan ini juga menunjukkan penurunan Roh Kudus ke atas Umat-umat Pilihan. Umat pilihan menerima Roh Kudus itu sebagai suatu umat yang berkuasa pada Pentakosta pertama pada tahun 30 TM. Ini menggenapi simbolisme roti-roti beragi (Imamat 23:15-17); yang diisi ragi atau ditambah dengan Roh Kudus.

 

Korban Pentakosta daripada Imamat 23:18 juga membabitkan tujuh domba, satu lembu jantan muda dan dua kambing jantan dengan korban curahan dan sajian. Tujuh domba itu mewakili tujuh Jemaat Tuhan (Wahyu 1-3). Lembu itu adalah lembu yang dikorbankan sebagai pemimpin utama umat pilihan dan dua kambing itu pula melambangkan dua saksi (Wahyu 11). Ini juga dilambangkan oleh kaki dian di dalam Bait Suci, yang menjurus kepada kedatangan kembali Mesias. Terdapat sepuluh semuanya.

 

Korban wain dan curahan itu adalah umat-umat pilihan. Hanya mereka yang telah dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus yang tahir/suci dari segi korban-korban dan persembahan itu. Dengan pengorbanan Kristus dia menjadi Imam Besar umat pilihan yang didirikan sebagai batu-batu hidup bait Tuhan, Tempat Kudus. Persembahan Khusus serta benda-benda kudus diletakkan dengan umat-umat pilihan, para imam Tuhan (Bilangan 18:11-18).

 

Apa yang ditunjukkan semua ini adalah konsep pentahiran di dalam Israel dan penerimaan oleh Tuhan. Kesemua persembahan-persembahan ini diunjukkan ke hadapan Tuhan agar mereka datang ke hadapan Tuhan dan diambil masuk ke dalam sistemNya. Kristus telah memulakan urutan ini, hasil pertama yang diunjukkan di hadapan Tuhan. Dia telah memulakan pentas itu untuk semua umat pilihan dibawa keluar daripada Para Bangsa dan dibaptiskan, ditebuskan serta diunjukkan di hadapan Tuhan. Kita menjadi para imam, terasing dan dikuduskan kepada Tuhan bagi bersedia untuk tempoh Milenium itu.

 

 

q