Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[109z]
Ringkasan:
Berbicara dalam Bahasa Lidah [109z]
(Edition 2.0 19950422-20000619)
Kertas kerja ini meliputi dua subjek: Apa Alkitab cakap mengenai bercakap dalam bahasa lidah dan keaslian Markus 16:9-20.
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 1995, 2000 Wade Cox)
(Summary by Patti Gambier, Ed. Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Berbicara dalam Bahasa Lidah
Bercakap dengan lidah terdapat dalam banyak gereja yang percayakannya tanpa seseorang menerima pemberian ini dari Roh suci. Seringkali ramai orang dalam kongregasi bercakap tanpa erti dan dengan tiada pengertian atau pemerhatian mengenai dengan maksudnya. Kelakuan ghairah terdapat dalam Shamanism, dan berkait rapat dengan penerimaan oleh keilahian atau roh lain dan inspirasi. Dalam contoh Kisah 2, kurnia baik bercakap dalam bahasa lidah (glossolalia) telah disifatkan sebagai ahli sejarah, pandai berbahasa dan pintar (Catholic Encyclopaedia) dan mujizat adalah dalam pendengaran.
Apakah yang dikatakan oleh Alkitab? Ini adalah pertanyaan yang serius oleh Paulus. Kisah 2:3-4 mengatakan bahawa Roh Suci datang kepada murid-murid dan memberikan mereka keupayaan berbahasa.
Kisah 2:5-11: Perkara yang penting ialah setiap bangsa yang hadir telah mendengar ajaran Alkitab dalam bahasa mereka masing-masing. Kisah 10:46 menguatkan lagi pandangan ini.
Kisah 2:12-47 menunjukkan Petrus berkhotbah kepada orang ramai dan ramai bertaubat dan telah dibaptiskan.
Perhatikan Kisah 10, yang bercakap dengan khayal Petrus mengenai dengan makanan haram. Apabila Cornelius dan rakan-rakannya telah dibaptiskan, mereka juga bercakap dalam bahasa lidah (Kisah 10:44-47). Ini menunjukkan kepada Petrus bahawa Allah juga bekerja dengan orang-orang Jahiliah. Kisah 19:6 adalah yang seterusnya akan disebut mengenai berbahasa dalam bahasa lidah.
1Koristus 7:7 menunjukkan bahawa ini adalah satu kurnia oleh Roh Suci selepas pembaptisan, tetapi tidak diberi kepada semua.
Paulus menerangkan dalam 1 Korintus 12:1-31 bahawa terdapat kurnia-kurnia yang berlainan yang diberikan kepada orang-orang yang berlainan sebagaimana kehendak Allah. Ia juga ditunjukkan dalam ayat 10 bahawa dengan kurnia lidah, terdapat juga interpretasi yang sama (Rom. 12:6-8).
Dalam 1 Korintus 13, Paulus seterusnya menerangkan kurnia-kurnia ini dalam pasal 12, adalah tidak berguna kecuali disertai denagn kasih Allah.
Dalam 1 Koristus 14 meneruskan: Kasih seharusnya tujuan kita, dan lidah dan nubuatan adalah sangat penting dalam aspek kasih. Paulus menunjukkan cara penggunaan yang betul kurnia bahasa khas dan nilai dalam kongregasi jika mereka boleh diterjemahkan dan difahami oleh semua. Mericau adalah – bahasa syaitan, dan tiada nilai kepada semua orang.
Paulus menekankan bahawa mengajar adalah untuk kemajuan gereja, dengan kefahaman (1 Kor. 14:6-14).
Dalam ayat 15 dan 16 Paulus menunjukkan tempat lidah dalam doa (Rom.8).
Ayat-ayat 26-28 menunjukkan bahawa Allah mengetahui dan memahami dan menyediakan sebagaimana Ia kehendaki.
1Korintus 14:19-25 menyatakan secara spesifik bahawa penggunaan lidah dengan tidak menentu dilihat sebagai tanda keadaan yang tidak stabil. Alat yang paling berguna dalam konversi adalah nubuatan yang jelas.
Ayat 26-33 menerangkan peraturan penggunaan lidah atau bahasa asing.
Ayat 39 dan 40: Biarlah segala perkara dilakukan dengan baik dan teratur.
Jadi, dari ayat-ayat Alkitab ini, ia boleh dilihat bahawa berbahasa dalam bahasa lidah adalah diterima sebagai sebahagian daripada perkabaran injil. Ia adalah kurnia spesifik kepada individu yang dipilih dan diberkati oleh Allah. Semua mestilah boleh memperbaiki, kalau tidak, ia cuma berbahasa tanpa guna. Kurnia mestilah digunakan dengan betul dalam kasih Allah untuk mengajar semua bangsa.
Keaslian Markus 16:9-20
Kebanyakan Alkitab tidak memuatkan bahagia akhir Markut, atau hanya menyentuh secara ringkas sahaja.
Adalah berguna untuk membaca The Companion Bible (Appendix 168). Kebanyakan kritikan-kritikan moden tidak menerima 12 ayat Markus. Walau bagaimanapun, versi Alkitab Companion, mempertahan kemasukan mereka. Jadi, dua belas ayat terakhir yang ditambah kepada Markus, iaitu ayat 9-20, mestilah dikendali dengan penuh hati-hati dan tidak digunakan sebagai menetapkan mana-mana jenis ajaran.
Ajaran mengenai berbahasa dalam bahasa lidah adalah jelas dari ayat-ayat yang digunakan dalam karya ini kurnia yang terlibat adalah bahasa-bahasa yang digunakan hanya untuk mengajar saudara-saurara apabila bahasa diperlukan untuk mengajar, dan untuk konversi orang-orang yang tidak percaya. Hasilnya ialah penampilan dengan penuh disiplin Roh Suci dalam kuasa, kesopanan dan keberaturan.