Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[110z]

 

 

Ringkasan:

Teori Peperangan Keadilan [110z]

Melepaskan Penunggang Kuda Pertama dan Kedua

(Edisi 1.0 19950429-19991009)

 

Sehinggalah zaman reformasi, Gereja Roman Katolik telah menyokong penguatkuasaan kuasa sivil dan kepaderiannya dengan suatu siri penipuan berunsurkan falsafah yang samar-samar serta penuh kepalsuan. Hujah ini kemudiannya dikenali sebagai Teori Peperangan Keadilan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Teori Peperangan Keadilan [110z]

 

 


Sehinggalah zaman reformasi, Gereja Roman Katolik telah membenarkan perlaksanaan kuasa sivil dan kepaderiannya melalui satu siri hujah falsafah yang penuh kepalsuan. Hujah-hujah ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan kekerasan serta campur tangan Gereja di dalam kuasa negara walaupun adanya larangan-larangan alkitab daripada Perjanjian Baru. Hujah ini dikenali sebagai Teori Peperangan Keadilan.

 

Secara umumnya, pembentukan Teori Peperangan Keadilan ini timbul daripada tulisan-tulisan Augustine dari Hippo. Hujahnya terbit daripada dua perkara. Pertama, dia merupakan seorang murtad Athanasia yang tidak memahami rencana keselamatan dan, kedua, kelompok Athanasia (yang kini dikenali sebagai Ortodoks atau Katolik) telah cuba untuk merasionalkan iman mereka dengan kuasa yang baru mereka perolehi; dan doktrin mereka telah diubah agar sesuai.

 

Gregory telah mengubahsuaikan rasionalisasi Augustine untuk membentuk semula suatu empayar sementara dan bersifat kepaderian di bawah kuasa mutlak Paus/Pope. Gregory IX telah menegaskan semula posisi ini yang telah membawa kepada doktrin yang sedia ada di mana semua negeri wujud hanya dengan kuasa Rom.

 

Kesemua negara feudal di Eropah bergantung pada gereja ini untuk pentadbirannya yang licin. Dengan penubuhan suatu sistem negara feudal yang agak stabil di bawah penguasaan Roman Katolik dengan penundukan sebarang gangguan dalaman serta ancaman luaran, dua perkara terjadi. Pertama, pertumbuhan penduduk yang besar dan, kedua, minat di dalam falsafah serta sains telah bertambah.

 

Pertumbuhan pusat-pusat pembelajaran dan pengetahuan, serta masalah-masalah falsafah terhadap kesahihan peperangan, menimbulkan persoalan-persoalan berat di kalangan anggota-anggota jemaat dan persoalan-persoalan falsafah dan etika yang ditimbulkan peperangan (crusade) Albi(h)ensian dan penubuhan Penyiasatan-Penganiayaan (Inquisition) memerlukan penerangan.

 

Demi menyelamatkan Gereja Rom daripada dilema falsafahnya ini, Thomas Aquinas, sebagai seorang daripada pembuat dasar ajaran (kepercayaan) utama, didorong untuk mengambil karya-karya Augustine dan  mengeluarkan suatu siri pertanyaan. Jawapan-jawapan kepada butir-butir pertanyaan pada Question (Soalan) 40 berkenaan Peperangan merupakan dasar kepada Teori Peperangan Keadilan bagi umat Kristian Athanasia dan selanjutnya dunia barat. Butir-butir pertanyaan Aquinas adalah: 1. Adakah jenis peperangan yang dibenarkan? 2. Bolehkah golongan paderi melibatkan diri di dalam peperangan? 3. Bolehkah pihak-pihak yang bertentang menggunakan tipu-muslihat? 4. Bolehkah peperangan dilakukan pada hari-hari perayaan? (Lihat karya penuh Teori Peperangan Keadilan [110] untuk perbincangan selanjutnya).

 

Tentangan terhadap jawapan-jawapannya ini, adalah bahawa komen-komen Kristus di dalam Yohanes 18:36 yang menyatakan bahawa kerajaannya bukan dunia ini, jelas sekali mendahului tafsiran Aquinas serta Augustine ini. Demi mengelak daripada tentangan ini, ianya perlu bagi Gregory serta gereja untuk mengumumkan bahawa Kerajaan Tuhan di atas dunia ini adalah di dalam bentuk Gereja/Jemaat dan Empayar Roman Katolik, dan kepausan adalah Vikar (Wakil) Kristus.

 

Daripada tulisan-tulisan ini penyusunan kod Teori Peperangan Keadilan muncul di dalam Bull (Fatwa Paus) Unam Sanctam [Latin – Satu Yang Suci (iaitu Jemaat)]. Penekanan ajarannya yang utama adalah berkenaan perpaduan serta kewajipan menjadi sebahagian daripada gereja, dan kedudukan Paus sebagai pemimpin tertinggi, dan tanggungjawab yang timbul di situ daripada penundukan kepadanya untuk keselamatan.

 

Saranan-saranan utama Bull tersebut adalah:

 

Pertama, perpaduan gereja serta kewajipan untuk menganggotainya diterbitkan dengan rujukan kepada bahtera banjir yang satu serta pakaian Kristus yang tidak berjahit. Sepertimana adanya perpaduan di dalam tubuh begitu juga adanya kesatuan pada kepimpinan di dalam Paus sebagai pewaris kepada St. Petrus, atau dalam kata lain, sesiapa yang tidak tunduk kepada Paus menyangkal dirinya sendiri sebagai domba Kristus. Posisi ini benar-benar bertentangan dengan doktrin-doktrin jemaat serta struktur Perjanjian Baru, dan nubuatan Perjanjian Baru, khususnya Wahyu bab 2 dan 3.

 

Kedua, empat prinsip dan kesimpulan berikutnya timbul daripada Bull tersebut:

 

  1. Di bawah kawalan gereja adalah dua pedang iaitu dua kuasa yang melambangkan teori dua pedang zaman pertengahan, yang mewakili rohani dan sekular.
  2. Kedua-dua pedang itu dipercayai dikuasai gereja, di mana yang rohani dipegang oleh tangan-tangan para paderi sementara yang sekular dipakai untuk gereja oleh pihak-pihak sivil, tetapi di bawah penguasaan kuasa rohani itu.
  3. Pedang yang satu harus tunduk kepada yang satu lagi; kuasa sivil harus tunduk kepada kuasa rohani yang mempunyai keutamaan, kerana kebesaran serta kemuliaannya juga memilik hak untuk membimbing serta menubuhkan kuasa sekular, mempunyai kuasa penghakiman ke atasnya apabila ia tidak berbuat betul. Suatu kuasa duniawi yang diadili suatu kuasa rohani, yang sebaliknya diadili kuasa rohan tertinggi (kepausan) yang diadili pula oleh Tuhan. (Dapat dilihat daripada sini bahawa kekuasaan Peperangan Keadilan ini bersifat feudal atau hierarki mutlak).
  4. Kekuasaan itu, sungguhpun dikaruniakan kepada dan dikuatkuasakan oleh manusia, adalah bersifat ilahi dan telah diberikan kepada Petrus melalui perintah ilahi dan disahkan di dalam dirinya serta pewaris-pewarisnya. Sesiapa saja yang menentang kuasa yang dilantik Tuhan ini, menentang hukum Tuhan dan, seperti seorang pengikut Manichea (yang percaya pada sejenis teologi dualis atau berdua) harus menerima dua prinsip. Oleh itu sekarang ini kami mengisytiharkan, mengatakan, menentukan dan mengumumkan bahawa bagi setiap insan manusia ianya perlu bagi keselamatan untuk tunduk kepada kekuasaan Paus Roma.

 

Dengan itu, daripada semua di atas ianya ditunjukkan bahawa posisi Peperangan Keadilan ini adalah suatu doktrin Gereja Roman Katolik.

 

Disebabkan masalah yang sedia wujud ini, para bangsa dan pemimpin telah berusaha untuk menggantikan Rom dengan suatu kuasa sekular dunia, dan pergerakan terkini bagi mendirikan suatu Kerajaan Sedunia telah semakin pesat dengan disokong oleh Eropah Tengah yang mana negara-negaranya mengimpikan pembangunan semula kekuasaan sedunia Eropah milik Empayar Rom Suci. United Kingdom telah mengesahkan Akta Satu Eropah tahun 1986 (Single European Act 1986) dan menyerahkan kekuasaan kepada Parlimen Eropah, yang secara langsungnya melenyapkan hak-hak monarki serta kedaulatan mutlat rakyat British (butir-butirnya terdapat di dalam karya T. C. Hartley, Foundation of European Community Law, Oxford, 1981 dan menunjukkan perkembangannya daripada Perjanjian Rom sehinggalah peristiwa ini). England telah begitu mengikat dirinya kepada sistem Eropah di bawah Perjanjian Rom ini sehinggakan penyusunan semula politik dalaman hanya mungkin dapat dilakukan secara sah melalui penyerahan daripada Eropah yang secara sendirinya boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Eropah dan boleh digunakan untuk membolehkan pencerobohan berdasarkan Teori Peperangan Keadilan seperti di atas.

 

Di bawah doktrin-doktrin yang telah ditubuhkan oleh undang-undang gereja, keamanan dunia tidak mungkin tercapai kecualilah Eropah dan Rom menguasai dunia sepenuhnya dengan menguatkuasakan kuasa penuh sivil dan kepaderian. Sejarah telah menunjukkan bahawa jika ianya dianggap sesuatu yang boleh dicapai maka Eropah dan Rom akan bertindak untuk mencapai tujuan ini.

 

Buku Wahyu menunjukkan, melalui alegori, bagaimana urutan sejarah ini akan berlangsung.

 

Teori Peperangan Keadilan tetap tidak dapat dipertahankan kesahihannya hari ini sepertimana pada waktu para paderi Roma membentuknya untuk menyokong nafsu tidak terkawal untuk menguasai dunia, mendapatkan kuasa dan kekayaan. Keanggotaan di dalam suatu perbadanan atau organisasi sedunia tidak diperlukan langsung untuk keselamatan. Doktrin bahawa Jemaat adalah suatu struktur korporat atau fizikal atau suatu organisasi, yang mana keanggotaan di dalamnya adalah perlu bagi keselamatan, adalah suatu bidaah.

 

 

Penunggang kuda pertama di dalam Wahyu atau Apocalypse, iaitu berkenaan agama palsu, telah dilepaskan daripada Sidang-sidang majlis Jemaat awal. Ia mendirikan serta memulakan penunggang kuda kedua iaitu peperangan. Setelah tempoh 1,260 tahun itu tamat, sistem agama palsu itu sudah mengasingkan dunia. Ia telah membahaginya kepada pihak-pihak bersenjata dan mendirikan suatu sistem ketenteraan yang memulakan peristiwa-peristiwa berantai revolusi dan peperangan moden. Bermula dengan Perang Saudara Amerika, yang sulung daripada peperangan-peperangan moden, ianya berkembang kepada peperangan-peperangan abad kedua puluh. Berserta dengan teknologi peperangan adalah materialisme milik kompleks perindustrian ketenteraan. Penunggang kuda ketiga dan keempat dilepaskan dan mengikuti dua penunggang pertama itu. Perang Dunia Ketiga yang akan datang serta peperangan-peperangan seterusnya akan membunuh lebih dua pertiga daripada planet ini. Berdoalah dengan tekun agar “KerajaanMu datanglah”.