Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[111z]

 

 

 

Ringkasan:

Ajarlah Kami Berdoa [111z]

(Edisi 1.1 19950506-19990912)

 

Karya ini membincangkan struktur doa yang betul di bawah bimbingan Yesus Kristus. Maksud istilah-istilah serta kepentingan doa di dalam ibadah diterangkan. Halangan-halangan terhadap doa dikaji dan aturcara-aturcara berdoa dicadangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Ajarlah Kami Berdoa [111z]

 


Tujuan berdoa adalah untuk merayu pada Tuhan, agar Dia mendengar dan bertindakbalas sesuai. Tuhan memberi kepada setiap kita karunia-karunia serta talenta-talenta kita masing-masing, namun doa adalah karunia serta hak istimewa semua orang. Terdapat cara-cara yang betul dan salah untuk berdoa, jadi kita perlu tahu apa yang diajarkan Alkitab agar kita melakukan doa yang penuh kesungguhan dan berkesan. Murid-muridnya bertanya pada Yesus di dalam Lukas 11:1 Tuhan ajarlah kami berdoa. Yesus telah memberikan suatu teladan doa, yang kita panggil sebagai Doa Tuhan (Lord’s Prayer). Di dalam Matius 6:9-13, Yesus mengatakan, “Karena itu berdoalah demikian”, Ini adalah suatu teladan dan struktur doa ini haruslah menjadi corak doa kita.

 

Elemen pertama di dalam doa teladan ini menumpukan perhatian pada Tuhan sebagai tumpuan ibadah. Doa-doa kita harus dimulakan dengan menyembah Tuhan, memuliakanNya sebagai suatu tindakan pemujaan. Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu.

 

Elemen kedua adalah rayuan dalam mana perhatian kita ditumpukan kepada keperluan kita sendiri; Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya. Penyediaan keperluan kita adalah suatu tanggungjawab Tuhan yang berterusan sebaik saja kamu menempatkan dirimu di dalam tanganNya. Dia melakukan semua ini melalui AnakNya sebagai Utusan itu. Dia mengutus anak ini, sebagai utusan atau malaikat, kepada Para Bapa sebagai Elohim Israel (Kejadian 48:13-16). Jadi pandangan jelas Israel adalah bahawa Malaikat itu adalah elohim, atau tuhan yang telah merahmatinya serta memberinya makan sepanjang hayatnya. Malaikat ini juga menebusnya daripada kejahatan. Untuk orang-orang yang benar janji itu diberikan bahawa roti dan air mereka adalah pasti (Mazmur 37:25; Yesaya 33:15-16).

 

Elemen ketiga doa adalah pengampunan pelanggaran. Dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami. Pengampunan adalah isu utama di dalam hubungan kita dengan Tuhan. Perlunya pengampunan timbul daripada kesalahan. Orang lain bersalah terhadap kita sama seperti kita bersalah terhadap Tuhan melalui ketidaktaatan kita terhadap hukum-hukumNya. Kesalahan terhadap orang lain timbul daripada pelanggaran hukum-hukum Tuhan. Daud boleh mengatakan kepada Tuhan bahawa terhadap Dia seorang saja dia telah berdosa (Mazmur 51:1-4).

 

Aspek penting yang harus diingati adalah bahawa kesalahan terhadap sesama sendiri adalah kesalahan terhadap Tuhan. Sama seperti kita mengampuni orang lain, begitu juga kita diampuni. Sikap tidak mengampuni terhadap orang lain mengakibatkan individu tersebut diadili Tuhan. Kecualilah kita mula-mula sekali menjalin hubungan dengan Tuhan, tidak ada jawapan kepada rayuan-rayuan kita dan tidak ada kuasa di dalam doa-doa pengantaraan kita untuk orang lain.

 

Kita janganlah patah semangat di dalam iman. Yesus mengatakan di dalam Lukas 18:1 bahawa mereka harus selalu berdoa dengan tidak jemu-jemu. Paulus menyeru di dalam 1Tesalonika 5:17 Tetaplah berdoa. Patah semangat adalah senjata terkuat musuh itu.

 

 

Halangan-halangan terhadap doa

 

Jika terdapat sebarang dosa yang tidak diakui, Tuhan tidak akan mendengar kita (Yesaya 59:2; Mazmur 66:18; Amsal 15:8).

 

Roh tidak mengampuni seorang saudara menahan jawapan kepada doa (Matius 5:23-24; Markus 11:25). Masalahnya dengan pengampunan lazimnya terletak pada sikap merasakan diri sendiri betul. Kadangkala ianya kemegahan diri yang terluka. Kita harus meneliti sikap-sikap kita dan mengkaji hubungan kita dengan Tuhan. Lukas 18:10-14 memperlihatkan masalah sikap merasakan diri betul di dalam mata Tuhan. Ini merupakan dosa yang paling berleluasa sekali di dalam Jemaat-jemaat Tuhan pada abad kedua puluh. Ia sememangnya penanda utama bagi Jemaat Laodikia (Wahyu 3:14-22). Kemiskinannya adalah di dalam Roh. Emas yang telah dimurnikan di dalam api adalah Roh Kudus. Jemaat ini memikirkan dirinya kaya dengan Roh, namun ia jauh kekurangan. Ianya dimuntah keluar dari mulut Tuhan. Sangat sedikit daripada Jemaat itu yang dibenarkan dan diberikan bahagian di dalam KerajaanNya.

 

Kekurangan iman adalah satu lagi sebab kegagalan doa (Yakobus 1:6-7; Ibrani 11:6). Untuk mengetahui apa yang dijanjikan Tuhan, kita perlu mengkaji Alkitab. Kita harus percaya yang Tuhan akan menjawab doa kita, dan mula mengucapkan syukur kepadaNya lebih awal.

 

Kehidupan kekeluargaan yang tidak tetap boleh mengakibatkan doa-doa tidak terjawab atau terhalang (1Petrus 3:7).

 

Kita salah meminta (Yakobus 4:2-3). Kita mungkin menjadi tamak di dalam doa-doa kita apabila kita menumpu terlalu banyak pada keperluan kita sendiri.

 

Kita dipanggil untuk mengikut jalan Yesus. Jadi apabila kita berdoa kita meminta di dalam namanya (Yohanes 14:13-14, 15:7). Untuk mencapai kedudukan ini kita haruslah menurut perintah-perintah itu (Yohanes 15:10). Apa yang kita lakukan membayangi diamnya Roh Kudus di dalam kita. Berdiamnya Roh Kudus di dalam kita bergantung pada ketaatan pada perintah-perintah itu (1Yohanes 3:21-24; Amsal 28:9).

 

Kita haruslah berdoa pada Tuhan sebenar (1Korintus 8:5-6). Teks ini jelas menunjukkan divisi-divisi numerikal elohim atau theoi. Istilah-istilah theoi dan kurioi bagi tuhan-tuhan dan allah-allah merujuk kepada Angkatan Surgawi. Teks ini menunjukkan bahawa Kristus diutus kepada kita sebagai Tuhan di bawah Allah Sebenar yang Tunggal (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20).

 

Jika kamu meminta Tuhan untuk membantu mereka yang miskin tetapi menutup kantung wangmu sendiri maka kamu adalah seorang hipokrit (Yakobus 2:14-16). Jika kita memang boleh memberi tetapi tidak berbuat demikian, maka tiada gunanya kita berdoa pada Tuhan.

 

Kita harus bertaubat daripada dosa-dosa kita dan berubah (Yesaya 55:6-7). Tuhan telah berjanji untuk menjawab doa-doa mereka yang benar (Amsal 10:24, 15:8; Yakobus 5:16).

 

Kita harus berdoa untuk:

 

Kesyukuran: (Filipi 4:6; Kolose 4:2). Kita harus akui Tuhan sebagai sumber berkat-berkat kita dan kita perlu mengucapkan syukur kepadaNya.

 

Berdoalah untuk sesama sendiri: (Efesus 6:18-19; Roma 15:30). Berdoalah untuk para pemimpin kita (1Timotius 2:1-2). Berdoalah untuk musuh-musuh kita (Lukas 6:28).

 

Apabila kita tidak tahu apa yang harus kita doakan, kita akan dibantu (Roma 8:26-27).

 

Jika doa-doa tidak terjawab, teruskan berdoa (Lukas 11:9-10, 18:1-8). Ianya tidak salah untuk berunding dengan Tuhan. Sememangnya Tuhan menyeru “Marilah, baiklah kita berperkara/berunding” (Yesaya 1:18)

 

Jadilah kehendakMu:

 

Ianya kehendak Tuhan untuk Yesus menderitai keaiban dan kematian. Kita telah dipanggil untuk mengikut langkah Yesus, jadi kita tahu bahawa ianya bukan kehendak Tuhan untuk melepaskan kita semua dari kesukaran. Doa-doa kita haruslah berpadanan dengan kehendak Tuhan kita.

 

Tuhan mampu tergerak oleh doa-doa kita yang dilayangkan dengan penuh perasaan dan hormat. Dalam kata lain, kita perlu berdoa bersungguh-sungguh. Kita bukan sendirian di dalam pergumulan kita. Tuhan memegang semua kuasa dan mempunyai segala pengetahuan. Dia bersedia dan rela untuk menolong kita untuk menghidupkan kehidupan Kristian (Yesaya 66:2). Tuhan mengingini sikap rendah diri dan mahu doa-doa kita dipenuhi perasaan.

 

Doa bukanlah untuk memaksa Tuhan melakukan perkara-perkara yang kita minta, tetapi adalah berkenaan datang kepada Tuhan dengan iman mutlak agar apa yang kita perlukan akan diberikan kepada kita. Tuhan menjawab doa percaya namun bukan selalunya di dalam cara yang kita inginkan. Dia tahu apa yang terbaik untuk keperluan harian kita, di mana keperluan rohani kita adalah lebih penting daripada keperluan material. Kita harus sedar betapa istimewanya datang ke dalam hadirat Allah Maha Kuasa di dalam doa.

 

Kita tahu kita harus berdoa kerana di dalam Matius 6:7 Yesus mengatakan “Karena itu berdoalah demikian” dan bukannya jika kamu berdoa. Dengan itu, dengan berdoa kita mengakui pergantungan kita pada suatu sumber di luar diri kita – suatu kuasa yang lebih tinggi. Kita menjadikan Tuhan sebahagian daripada kita, yakni rencananya. Maka itu, Tuhan menjadi semua di dalam semua (1Korintus 15:28; Efesus 1:23).

 

q