Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[112z]
Ringkasan:
Pengampunan [112z]
(Edisi 1.1 19950413-19980723) Audio
Konsep pengampunan adalah penting kepada hubungan yang kita jalinkan dengan Tuhan daripada doa. Karya ini mengkaji hal mengampuni orang lain untuk mencapai pengampunan daripada Tuhan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Pengampunan [112z]
Pengenalan
Kita telah meneliti konsep di dalam Doa Tuhan: ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami. Yang satu bersyaratkan yang satu lagi. Tetapi apakah itu pengampunan? Pengampunan sebenarnya adalah suatu perbuatan menyerah. Kita menyerahkan hak kita untuk menyabitkan kesalahan seseorang atas apa yang telah dilakukannya. Suatu aspek kritikal kepada pemahaman pengampunan ini adalah bahawa semua perbuatan yang memerlukan pengampunan adalah perbuatan-perbuatan yang melanggar hukum Tuhan.
Tuhan
mengampuni kita
Dosa-dosa kita diampuni apabila kita bertaubat dan dibaptiskan dan ini adalah syaratnya untuk menerima Roh Kudus. Dengan itu umat-umat pilihan haruslah berada di dalam keadaan pengampunan untuk menyimpan Roh Kudus. Ianya begitu penting sekali (Kisah 2:38; Kolose 2:13-14).
Pengakuan keadaan kita sendiri yang berdosa adalah syarat pendahuluan (1 Yohanes 1:9). Mereka yang telah diampuni dosa mereka adalah diberkati (Mazmur 32:1).
Segala dosa akan diampuni kecualilah hujat/kufur terhadap Roh Kudus (Matius 12:31). Pengampunan adalah hakmilik Tuhan – ianya milik Dia (Mazmur 130:4; Daniel 9:9).
Kita memperolehi pengampunan dosa-dosa kita melalui pengorbanan dan darah Yesus Kristus (Efesus 1:7; Kolose 1:14).
Kita
harus mengampuni orang lain
Kita akan diampuni Tuhan selagi kita mengampuni orang lain (Markus 11:25-26; Lukas 11:4; Matius 6:12-15). Dengan itu hubungan setiap orang dengan Tuhan bergantung secara langsungnya dengan hubungan mereka sesama sendiri. Kasih muncul keluar daripada pengampunan. Ia tidak menyimpan sebarang dendam dan sabar melalui segala perkara (1Korintus 13:1-8).
Kita harus mengampuni orang lain kerana Tuhan telah mengampuni kita atas jasa Kristus. Kita harus berusaha untuk melihat orang lain sepertimana Tuhan melihat mereka dan kita harus belajar bahawa Tuhan mengadili kita berdasarkan bagaimana kita melayani mereka yang berhutang pada kita (Matius 18:23-35).
Kita harus sedar akan kekurangan kita masing-masing. Orang-orang akan berbuat salah pada kita dan kita perlu belajar bagaimana menangani hal ini dengan jalan Tuhan. Apabila kita bertaubat, Tuhan mengampuni kita dan ianya dilupai (Ibrani 10:17).
Belas
kasihan timbul daripada pertaubatan
Jika kita bertaubat daripada dosa-dosa kita setiap hari kita akan mengambil bahagian di dalam belas kasihan Tuhan dan dengan itu dapat bersikap lebih berbelas kasihan terhadap orang lain. Kemegahan diri mengganggu pengampunan. Lazimnya kita mahu pesalah itu menderita sebelum kita mengampuni mereka. Dendam tiada tempatnya di dalam kehidupan kita. Hanya melalui kebaikan sahaja barulah kejahatan dikalahkan. Pengadilan dan dendam adalah hak istimewa Tuhan (Roma 12:17-2; Ibrani 10:30).
Damai adalah suatu konsep aktif yang memerlukan pengampunan sebagai syarat pendahulunya. Mungkin tidak senang untuk mengampuni mereka yang belum bertaubat ke atas kesalahan mereka terhadap kita, namun kita janganlah berdendam terhadap mereka (Roma 12:14). Kita boleh mengampuni orang lain sungguhpun mereka tidak menyedarinya, namun pendamaian memerlukan kerjasama kedua-dua pihak. Pengampunan adalah untuk memberi dan menerima.
Kita
diwajibkan mengampuni musuh-musuh kita
Pengampunan terhadap musuh-musuh kita bukan sekadar suatu proses intelektual. Tindakan ini melibatkan doa dan puasa sebenar serta aspek-aspek fizikal berbuat baik pada mereka. Perintah-perintah dan hukum sama-sama meliputi mereka (Keluaran 23:4; Amsal 24:17).
Kita harus ‘mengampuni dan melupai’, namun ianya tidak semudah itu. Kita perlu mengingati untuk menangani kesakitan itu serta mengampuni pihak yang bersalah itu. Kemudiannya barulah kita dapat meletakkannya ke samping dan meneruskan kehidupan kita. Tuhan boleh mengampuni dan melupai (Yeremia 31:34 dan Mazmur 103:12) tetapi Alkitab tidak menyuruh kita untuk lupa.
Apabila kita disakiti kita mahu menyalahkan seseorang. Lebih banyak kita mempersalahkan, atau menuduh, lebih pahit dan sengsara kita dijadinya. Menuduh adalah memindahkan kepada orang lain tanggungjawab yang sepatutnya milik kita, atau mempergunakan rasa bersalah orang lain untuk mengelak daripada bertindak dengan cara sihat ke atas apa yang telah dilakukan kepada kita. (Dr. David Stoop & Dr. James Masteller, Forgiving Our Parents Forgiving Ourselves, Servant Publications, Ann Arbor, Michigan, 1991, mukasurat 253). (Lewis B. Smedes, Forgive and Forget: Healing the Hurts We Don’t Deserve, New York, NY, Harper & Row, 1984, mukasurat 21.)
Apabila kita melepaskan orang berkenaan daripada hutangnya, kita juga melepaskan diri kita daripada kesan-kesan kesalahan itu. Tuhan adalah pengampun muktamad. Jadi, pengampunan ada kaitannya dengan diri kita sendiri, Tuhan dan orang lain. Kita perlu berurusan dengan diri kita dulu dan hubungan kita dengan Tuhan, agar kita kemudiannya dapat menangani orang berkenaan. Jika kita melalui hidup kita dengan berpegang pada dendam, kepahitan, kekecewaan dan kemarahan, kita tidak bertempat dengan Tuhan. Kita tidak mempamerkan perwatakan Bapa Surgawi kita yang penuh kasih, belas kasihan dan pengampunan. Pertumbuhan rohani kita akan terbantut.
Pengampunan memutuskan kitaran itu. Ianya tidak menyelesaikan segala persoalan mengenai kesalahan, kebenaran dan keadilan; sebaliknya, ia lazimnya lari daripada persoalan-persoalan itu. Namun ia sememangnya membolehkan hubungan dimulakan semula. Dalam cara ini, kata Solzhenitsyn, kita berbeza daripada semua binatang. Ianya bukan kebolehan kita berfikir yang membezakan kita, tetapi kemampuan kita untuk bertaubat, dan mengampuni (Philip Yancey, "An Unnatural Act", Christianity Today, 8 April, 1991, mukasurat 37). Jadi ingatlah – Berbuat salah adalah sifat manusia. Mengampuni adalah sifat ilahi.
Terdapat lima fasa di dalam kitar pertaubatan. Fasa-fasa ini boleh dibentangkan sebagai satu jadual. Jadual itu kemudiannya dapat digunakan sebagai panduan berguna untuk masalah-masalah masa hadapan. Mereka adalah: 1) Kesalahan, 2) Menentukan tanggungjawab individu, 3) Pergi kepada orangnya, 4) Tuntutan/Dakwaan, 5) Pendamaian. (Lihat karya: Pengampunan [112]).
q