Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[114z]

 

 

 

Ringkasan:

Amsal 31 [114z]

(Edisi 2.0 19950520-20000211)

 

Karya ini adalah suatu perbandingan Jemaat Tuhan abad kedua puluh kepada isteri di dalam Amsal 31.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Amsal 31[114z]

 

 


Terdapat banyak salahfaham akan Amsal 31, khususnya bahawa ianya hanya ditujukan kepada perempuan. Mari kita kaji apa yang sebenarnya dikatakan teks ini.

 

Kita semua sepatutnya menjadi isteri-isteri Amsal 31. Jemaat sedang bersedia untuk menjadi pengantin tanpa cela Kristus. Kesemua kita sedang bersedia untuk menjadi pengantin-pengantin, sebagai umat yang dikuatkan serta dipimpin secara rohani, untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Tuhan.

 

Jemaat berdasarkan pada satu bentuk hierarki kerajaan. Kita tidak dibaptiskan ke dalam satu gereja tetapi sebaliknya dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus. Tubuh Kristus ini tidak berdasarkan pada adany perpisahan antara para pelayan dan anggota awamnya tetapi berdasarkan pada kepimpinan pelayanan. Setiap satu kita haruslah menilai orang lain lebih tinggi daripada diri kita sendiri. Kita haruslah setiap hari menggalakkan serta menguatkan satu sama lain untuk membantu setiap orang mencapai kerajaan itu.

 

Kita hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk menyebarkan khabar kepada planet ini agar ia bertaubat dan untuk melindunginya. Akan tiba masanya apabila orang-orang kita akan ditawan dan kita diberitahu, “Janganlah lagi berdoa untuk orang-orang ini.”

 

Mari kita mengimbas kembali teks Amsal 31. Aspek pertama Amsal 31 tertumpu kepada raja. Amsal 31:1-2 merujuk kepada Raja Lemuel. Sejarah tidak mencatatkan apa-apa mengenai Raja Lemuel, namun namanya terdiri daripada dua bahagian: Lemo (terhadap) dan El (Tuhan). Oleh itu, ianya bermakna terhadap Tuhan. Teks ini ditujukan kepada umat-umat pilihan dan hal bagaimana mereka tidak harus terpesong daripada hukum Tuhan kerana hal-hal duniawi.

 

Amsal 31:3 menyatakan bahawa umat pilihan adalah para raja dan imam, dan merujuk kepada hal-hal duniawi yang dapat membinasakan umat pilihan.

 

Di dalam Amsal 31:4, konsepnya disampaikan bahawa umat pilihan seharusnya tidak dimabukkan dengan hal-hal duniawi, yang boleh menyebabkan mereka memesongkan keadilan.

 

Di dalam Amsal 31:5 kita lihat bagaimana mereka minum berlebihan dan memesongkan hak-hak orang-orang yang tertindas. Ini bermaksud bahawa umat pilihan boleh menjadi mabuk dan bingung denga beraya dan menjalani gaya hidup sendiri dan melupakan hukum, dan daripada aspek itu mereka memesongkan keadilan yang sepatutnya milik mereka yang tertindas. Kita telah melihat masalah ini pada dekad-dekad yang lalu di mana jemaat-jemaat bertindak di luar perlembagaan mereka, tidak mengajar kebenaran, pilih kasih, menyalahgunakan wang dan mengajar untuk mendapat ganjaran. Semua ini adalah cara-cara tidak baik yang menyakiti umat. Para pegawai telah memesongkan jalan keadilan dan ini adalah kejahatan.

 

Di dalam Ibrani, keadilan dan kebenaran adalah perkataan yang sama. Kita tidak mungkin berlaku adil tanpa berlaku benar, dan sebaliknya. Jemaat mempunyai tanggungjawab untuk mengadili dengan benar, pantas, sepenuhnya, dan dengan berbelas kasihan. Kebenaran mewajibkan setiap kita untuk bertindak berdasarkan pada pertimbangan logikal terhadap sesuatu situasi. Adalah tidak betul untuk mengetahui bahawa sesuatu sistem itu adalah palsu dan terus kekal di dalam sistem palsu tersebut. Juga ianya salah untuk mengatakan, “Aku tidak tahu apa yang harus dilakukan, jadi aku tidak akan berbuat apa-apa.” Kita diperintahkan untuk bertindak berdasarkan pengetahuan kita. Kita diberi kuasa oleh Yesus Kristus untuk mengadili, dan bertindak atas pertimbangan kita itu. Kita akan mengambil alih struktur Milenium itu dan membantu orang.

 

Amsal 31:6-7 meneruskan konsep mengikat dan menguatkan mereka yang menderita. Ini bukan saja bermaksud secara fizikal, tetapi juga mereka yang menderita secara mental dan rohani. Umat pilihan dicurahkan keluar sebagai persembahan-persembahan curahan kepada Tuhan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan semangat sesama sendiri dan untuk menolong mereka yang lebih lemah untuk sampai pada Kerajaan Tuhan.

 

Ayat-ayat 8-9 menumpu kepada pemerintahan yang adil. Kita diwajibkan memastikan bahawa semua orang memahami kewajipan-kewajipan Hukum Tuhan dan keselamatan. Kita perlu menyampaikan maklumat ini secara logikal, senang dikaitkan dan mudah difahami.

 

Seseorang tidak boleh memberi kuasa kepada seorang yang lain kecualilah orang itu berdoa dan berpuasa bagi individu tersebut. Kita, seperti Daud, sepatutnya berpuasa dan berdoa bagi musuh-musuh kita. Kita harus mendoakan suatu pemulihan yang lembut. Kita memang mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan kesilapan-kesilapan. Ingatlah respon Musa ketika dia turun dari gunung itu dan melihat bagaimana umat itu telah berpaling jauh daripada Tuhan? Responnya adalah jelas, mengarahkan, dan berciri Ilahi.

 

Kita seharusnya menjelajahi dunia ini sambil menjaga kebajikan umat kita. Mereka yang tidak mampu mendapat pengadilan benar sekarang ini haruslah dijaminkan pengadilan benar oleh umat pilihan. Kita semua berada di bawah penalti maut. Kita yang dipanggil sekarang ini adalah di bawah pengadilan, dan kepada kitalah letaknya tanggungjawab itu untuk mengantara dengan Tuhan melalui strukturNya bagi pihak mereka yang tidak dapat mengantara untuk diri mereka sendiri.

 

Berlanjut kepada bahagian kedua Amsal itu, kita lihat bagaimana kita semua akan menjadi pengantin-pengantin perempuan Mesias. Amsal 31:10-11 merujuk kepada Mesias yang percaya pada Jemaat. Umat-umat pilihan berkerja bagi Mesias dan membawa planet ini ke dalam penghakiman. Kita dilambangkan sebagai isteri-isteri Kristus kerana kita menjadi ibubapa bersama Kristus bagi seluruh keluarga manusia. Kita membantu Kristus di dalam membawa keluarga manusia ke dalam pengadilan dan keselamatan. Setiap kita harus mengerjakan pengadilan/pertimbangan bijak pada semua peringkat dengan penuh kasih. Kekuasaan dibahagi-bahagikan. Lebih banyak kuasa yang diagihkan, maka lebih cekap, bertanggungjawab, dan matang orang-orang kepada siapa kuasa itu diagihkan. Kita harus melayan orang bagi menggalakkan mereka menggantikan kita. Tujuan kita adalah untuk menjadikan setiap orang di dalam Jemaat berkebolehan untuk melakukan pekerjaan pelayanan. Kita perlu membantu mereka yang diperkuatkan oleh Roh Kudus untuk menjadi anak-anak Tuhan yang diperanakkan secara rohani yang berkuasa.

 

Amsal 31:12 menunjukkan bahawa umat pilihan membuktikan sepenuhnya kepercayaan yang telah diletakkan Mesias ke atas mereka.

 

Amsal 31:13 menunjukkan bahawa Jemaat sedang menyediakan pakaian-pakaian rohani untuk orang-orang lain. Seperti yang disebut awal-awal lagi, kita perlu menyediakan makanan serta pengetahuan rohani untuk orang lain. Ini ditunjukkan bukan saja melalui doa-doa kita bagi orang lain, tetapi juga di dalam kasih serta keprihatinan kita yang berterusan untuk orang. Segala tindakan kita haruslah berdasarkan damai, sukacita, dan kasih; dan damai kita melebihi segala pengetahuan.

 

Amsal 31:14 menunjukkan bahawa keselamatan kita datang dari jauh melalui Roh Kudus. Makanan kita adalah melakukan kehendak Dia yang telah mengutus kita (Yohanes 4:34).

 

Di dalam Amsal 31:15 kita belajar bahawa dia sudah bangun sebelum subuh untuk menyediakan makanan bagi pelayan-pelayan perempuannya. Sekali lagi, kita melihat konsep tanggungjawab di dalam menyediakan makanan serta bimbingan rohani agar mereka dapat melakukan kerja-kerja mereka.

 

Di dalam Amsal 31:16 dia membeli suatu ladang. Kita memelihara mereka yang di bawah penjagaan kita dan membantu mereka, seperti suatu pohon anggur di dalam kebun anggur Tuhan, agar berhasil dan mengeluarkan buah. Tuhan menghasilkan tumbuh-tumbuhannya dan kita adalah orang-orang yang menanam kebun anggur itu. Yesus Kristus mengusahakan pohon-pohon itu dan Roh Kudus memastikan pertumbuhan (Yesaya 5:7).

 

Amsal 31:17 menunjukkan bahawa dia mengikat pinggangnya dengan kekuatan Tuhan. “Menjadikan kuat lengannya” merujuk kepada lengan kanan Tuhan dan tapak tangan kanan, iaitu Yesus Kristus (Mazmur 44:3). Kita juga adalah lengan-lengan Tuhan, dan yang melakukan pekerjaanNya.

 

Amsal 31:18 menunjukkan bahawa kita harus merenungkan Hukum Tuhan untuk menentukan tindakan-tindakan kita di dalam cara kita berurusan dengan sesama sendiri, dan bagaimana caranya kita memperkuatkan Jemaat. Pelitanya tidak padam pada waktu malam adalah suatu rujukan pada perawan-perawan yang pandai dan yang bodoh. Dia tidak mendukacitakan ataupun memadamkan Roh Kudus; tetapi sebaliknya dia menggalakkan Roh Kudus bertumbuh melalui penurutannya kepada perintah-perintah Tuhan. Perempuan Amsal 31 ini adalah seorang yang rajin dan menjaga agar pelitanya terus bernyala di dalam rumahnya. Pada akhirnya, Tuhan dan Kristus akan menjadi pelita-pelita Bait Suci Tuhan.

 

Di dalam Amsal 31:19(20) kita sekali lagi menemui yang dia adalah seorang yang rajin, sentiasa berkerja dan menolong saudara yang telah datang ke dalam pengadilan. Dia tidak mengabaikan mereka yang miskin. Dia terus berkerja untuk membangunkan serta memperluaskan umat pilihan.

 

Di dalam Amsal 31:20(21) kita tahu bahawa dia dan seisi keluarganya bersedia menghadapi segala kesukaran melalui Hukum Tuhan dan ketaatan mereka pada Allah Sebenar yang Tunggal.

 

Di dalam ayat 22, kita lihat bahawa dia dihiasi pakaian yang paling mahal sekali. Pakaian-pakaiannya telah dibeli dengan korban Domba itu dan dicuci di dalam darahnya.

 

Di dalam ayat 23 kita mengetahui bagaimana Mesias diperkenalkan kepada dunia melalui usaha-usaha umat pilihan yang mengkhabarkan injil Kerajaan Tuhan. Umat-umat pilihan akan mengambil bahagian di dalam struktur Milenium di bawah pimpinan Kristus.

 

Di dalam ayat 24 kita melihat bahawa Jemaat sebenarnya menyokong pekerjaan Mesias dan merupakan terang bagi bangsa-bangsa lain.

 

Di dalam ayat 25 kita melihat bahawa kekuatan serta martabatnya adalah melalui kuasa Roh Kudus di dalam kebenaran.

 

Di dalam ayat 26 dia menggunakan percakapannya untuk menaikkan semangat serta mengajar, untuk memperbetulkan kesilapan, dan mendedahkan kejahatan.

 

Ayat 27 mengesahkan bahawa semua perkara telah dilakukan dengan betul dan mengikut susunan, dan bahawa setiap hal-ehwal rumah telah dilaksanakan dengan penuh sopan dan takut akan Tuhan. Dia rajin, dan penuh tenaga serta semangat untuk melakukan pekerjaan Tuhan.

 

Di dalam ayat 28 konsep bangun dan menyebutnya bahagia dijelaskan dalam ertikata bahawa Jemaat, melalui Roh Kudus dan Mesias, menguatkuasakan Hukum Tuhan di atas planet ini.

 

Di dalam ayat 29, Kristus mengakui kita di hadapan sidang majlis umat-umat pilihan. Kita menerima pujiannya semasa perkahwinan dan masuk ke dalam keluarga Tuhan.

 

 

Daripada Amsal 31:30 kita belajar bahawa kita tidak boleh memastikan kekuatan sesuatu Jemaat dan umatnya dengan paras rupa, tetapi sebaliknya kita mengetahuinya melalui buah-buah rohaninya. Jemaat Laodikia sememangnya kaya, kuat dan berkuasa. Namun, di dalam pandangan Tuhan, ianya miskin, melarat, buta, dan telanjang. Bagi mereka, kecantikan adalah kebohongan. Perempuan yang takut akan Tuhan seharusnya yang dipuji. Takut akan Tuhan adalah permulaan hikmat dan ianya tidak boleh diabaikan umat-umat pilihan di dalam pemahaman mereka.

 

Daripada Yohanes 17:3 ianya jelas bahawa terdapat hanya Satu Allah Sebenar dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya. Pemahaman ini adalah syarat bagi mewarisi kehidupan kekal. Jika kita tidak menyembah Allah Sebenar yang Tunggal, kita tidak akan berada di dalam Kerajaan itu.

 

Sebagai penutup, Amsal 31:31 memberitahu kita bahawa kita dihakimi menurut apa yang kita lakukan. Para perempuan haruslah diberikan kuasa oleh suami-suami mereka dan Roh Kudus untuk mengambil tempat mereka di dalam Kerajaan Tuhan. Begitu juga dengan Jemaat, sebagai pengantin Kristus, diberi kuasa melalui aktiviti-aktiviti Yesus Kristus melalui Roh Kudus untuk membawa dunia ini ke dalam Kerajaan Tuhan.

 

 

q