Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[115z]

 

 

 

Ringkasan:

Pentakosta di Sinai [115z]

(Edisi 3.1 19940514-20000510)

 

Karya ini berkenaan siapakah yang telah menyampaikan hukum itu di Sinai dan bagaimana. Urutan Keluaran yang dirancangkan serta pengeluaran semula hukum itu pada Pentakosta dikaji semula.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994 (Revised 1995, 1997, 2000)  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pentakosta di Sinai [115z]

 


 

Urutan Keluaran daripada Mesir di bawah pimpinan Musa dikaji di dalam karya Hari Paskah [098]. Perjalanan tersebut merupakan suatu tindakan yang dirancangkan yang bermula pada 15 haribulan Bulan Pertama dari suatu kawasan perkumpulan di Rameses. Dari situ, suatu angkatan yang terdiri daripada enam ratus ribu lelaki, perempuan dan kanak-kanak, dengan sekumpulan campuran orang-orang bukan Israel serta binatang peliharaan mereka, bertolak secara berkumpulan ke Sukot (Keluaran 12:37-38). (Dari mulanya kita sudah lihat orang-orang bukan Israel termasuk di dalam golongan Israel, yang mempunyai kepentingannya bagi zaman akhir).

 

Israel jelas sekali bersifat Monoteistik di dalam sistem perbaktian mereka. Mereka faham siapa dia Eloah dan tahu bahawa makhluk-makhluk lain adalah subordinat kepada arahan Eloah.

 

Orang-orang Israel faham bahawa Malaikat Hadirat, atau Malaikat YHVH, merupakan seorang makhluk subordinat melalui siapa Tuhan memilih untuk menyatakan HukumNya kepada mereka (Hakim 2:1-3). Utusan ini membawa Hadirat Tuhan,  dia membawa Kekuasaan Tuhan (Keluaran 23:20-23), serta nama Tuhan. Malaikat ini merupakan Malaikat yang berada di dalam awan Keluaran tersebut di Laut Merah, dan di gurun belantara (Kisah 7:36). Dialah Malaikat di dalam semak yang berbicara dengan Musa (Kisah 7:30, 35). Dialah Malaikat yang telah menyampaikan Hukum itu kepada Musa (Kisah 7:38, 53; Galatia 3:19). Dialah Malaikat yang berbicara bagi pihak Tuhan di Sinai (Kisah 7:38). Malaikat inilah yang merupakan makanan dan minuman rohani yang diambil Israel di gurun belantara setelah dibaptiskan kepada Musa oleh Malaikat di dalam awan itu (1 Korintus 10:2). Makanan dan minuman rohani itu adalah Batu Karang rohani yang mengikut mereka. Batu Karang itu, Malaikat YHVH, adalah Yesus Kristus (1 Korintus 10:4). Allah adalah Batu atau Gunung Batu dari mana Kristus diambil. Lihat karya Malaikat YHVH [024] untuk butir-butir lanjut.

 

Jemaat Tuhan, dari abad pertama lagi, telah menerima bahawa Malaikat yang berbicara dengan Musa daripada semak duri yang terbakar itu, yang telah memberi Hukum Bersepuluh itu di Gunung Sinai, yang telah memimpin Israel melalui gurun belantara, dan yang telah berbicara dengan Musa secara berdepan, adalah Kristus sebelum kelahirannya sebagai manusia (1 Korintus 10:1-4). Mereka faham bahawa Kristus adalah Malaikat Tuhan (Galatia 4:14). Kiraan untuk Pentakosta dicatatkan di dalam Imamat 23:9-21. Pentakosta bermaksud mengira 50. Terdapat 7 minggu sempurna di dalam kiraan ke Pentakosta, dan Jubli serta hari/tahun berikutnya adalah hari atau tahun ke 50. Kiraan bagi Pentakosta dimulakan dari hari esoknya selepas hari Sabat di dalam tempoh Roti Tidak Beragi. Roti Tidak Beragi harus dimakan sepanjang tempoh 7 hari itu. Gandum baru tidak boleh dimakan sehinggalah Persembahan Unjukan Berkas diunjukkan. Kristus merupakan persembahan sulung yang diterima Eloah, dan yang diunjukkan pada hari Minggu 30 TM paa 9.00 am (pagi) (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas [106b]).

 

Hari selepas hari Sabat itu ditafsirkan sebagai Sabat mingguan oleh Judaisme abad pertama serta Jemaat Tuhan. Hanya setelah reformasi kalendar di bawah rabbi Hillel II sekitar tahun 358 TM barulah Pentakosta menjadi tarikh tetap Sivan 6. Ini jelas sekali melenyapkan keperluan untuk mengira 50 hari. Pentakosta Sivan 6 sesuai bagi kedua-dua Judaisme serta agama Kristian moden untuk sebab-sebab berbeza, namun ianya salah sepenuhnya dan merosakkan Tanda Yunus. Mesias seharusnya menjadi Persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu 30 TM; jika tidak, Israel tidak diterima dan tidak beroleh penebusan.

 

Signifikan korban Pentakosta adalah seperti berikutnya daripada Imamat 23:15-21:

 

 

Sepuluh langkah atau peringkat Keluaran itu juga mempunyai simbolisme yang penting. Sama seperti terdapatnya 10 kaki dian di dalam Bait Tuhan, terdapat 10 langkah progresif bagi meninggalkan Mesir. Rameses tidak termasuk di dalam perkembangan tersebut sama seperti Yohanes Pembaptis tidak termasuk di dalam sepuluh pelita pemulihan.

 

Dari Sukot, orang-orang Israel berjalan ke Etam, Migdol sebelum Pi-Hahirot, Mara, Elim, Padang Gurun Sin, Dofka, Alus, Rafidim dan terus ke Sinai untuk menerima hukum taurat itu (Keluaran 13:20; 14:1-3; 15:22-23; Keluaran 17:1). Di Mara, yang maksudnya pahit, airnya dijadikan boleh diminum oleh kayu (pohon) yang merupakan Mesias (Keluaran 15:25).

 

Elim (yang bermaksud pohon kurma/korma; Bene Eliym bermaksud Anak-anak Tuhan) (Keluaran 15:27; 16:1; Bilangan 33:9-10). Terdapat dua belas mata air yang melambangkan 12 suku kaum itu dan setiap satunya mendapat makan daripada salah satu daripada 12 hakim Israel. Tujuh puluh pohon korma melambangkan tujuh puluh penatua (Keluaran 24:1,9), Sanhedrin, serta majlis para penatua kemudiannya (Lukas 10:1, 17) yang merupakan perwakilan bagi sidang majlis Tuhan yang terdiri daripada 70 (campur 2) makhluk-makhluk rohani.

 

Sama seperti zaman itu, sebelum Jemaat memasuki gurun belantara 2000 tahun terakhir selepas Mesias, kayu (pohon) tersebut menjadikan Roh Kudus tersedia bagi mereka melalui sidang lanjutan Tuhan.

 

Di Rafidim tidak ada air, yang juga menggambarkan kebuluran firman itu pada zaman akhir. Ketika di Rafidim (Keluaran 17:8) bangsa Israel telah diserang oleh orang-orang Amalek, yang juga membayangi serangan zaman akhir yang tercatat di dalam Wahyu 12:15-16.

 

Sepuluh peringkat ini mewakili sepuluh peringkat pemulihan daripada Mesias melalui 7 Jemaat itu, dan kepada ketibaan 2 saksi itu sebelum tempoh Pemerintahan Adil. Sebelum mulanya hari milenium ke 7, Hukum Tuhan akan dipulihkan di dunia ini.

 

Pada Bulan Baru ke 3, orang-orang Israel mula berjalan ke Sinai. Musa diasingkan dan kemudiannya diperintahkan untuk naik ke atas gunung itu. Dia telah diberikan hukum itu di dalam Keluaran 20. 4 perintah pertama mewakili Allah Sebenar yang Satu dan bagaimana untuk menyembahNya. 6 perintah terakhir tertumpu kepada bagaimana untuk mengasihi sesama kita manusia. Hukum itu datangnya daripada sifat atau kodrat Tuhan. Umat-umat pilihan, melalui Roh Kudus, mengambil bahagian di dalam sifat ilahi itu (2 Petrus 1:3-4). Oleh itu, umat-umat pilihan dihakimi berdasarkan maksud rohani hukum itu.

 

Daripada penerimaan Hukum Bersepuluh pada Pentakosta, kita lihat bahawa kuasa Tuhan akan disediakan untuk kita semua. Sifat Tuhan timbul daripada seluruh Hukum Tuhan dan Roh KudusNya. Pentakosta di Sinai menunjuk ke hadapan kepada penerimaan Roh Kudus itu oleh Jemaat pada tahun 30 TM.

 

Iblis telah diciptakan sempurna namun telah melepaskan kedudukannya dengan pemberontakannya melawan hukum Tuhan (Yehezkiel 28:11-19). Iblis dijatuhkan dan kuasanya dilenyapkan. Dia akan dijadikan manusia dan mendapat peluang untuk bertaubat serta hidup menurut jalan Tuhan. Dia boleh layak untuk menjadi makhluk roh semula namun dia tidak akan dipulihkan kepada kedudukannya dahulu sebagai kerub yang menutupi. Api yang membinasakan Iblis adalah kuasa roh yang dimilikinya dan telah dicemari. Ia membakar lautan api itu dan memusnahkan seluruh sistem pemberontakan itu. Ia akan membakar sebagai suatu peringatan untuk mengingatkan manusia akan akibat pemberontakan.

 

Kristus layak melalui penurutan sebagai Imam Besar dan telah mendamaikan manusia serta Angkatan Surgawi kepada Allah Bapa. Iblis dihakimi berbanding tindakan-tindakan Kristus, sama seperti Angkatan Surgawi murtad itu akan diadili berbanding perbuatan-perbuatan kita semasa Milenium itu.

 

Roh Kudus adalah kuasa Tuhan. Ianya timbul daripada pemahaman kita akan Allah Sebenar yang Tunggal, pertaubatan, pembaptisan serta pemeliharaan Perintah-perintah dan Paskah oleh kita. Melalui proses inilah kita mewarisi hidup kekal. Melalui Roh Kudus kita mengambil bahagian di dalam Sifat Ilahi Tuhan. Janganlah kita padamkan atau mendukacitakan Roh Kudus.

 

q