Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[116z]

 

 

 

Ringkasan:

Nama-nama Tuhan [116z]

(Edisi 2.0 19950306-20000705)

 

Judaisme telah cuba untuk melindungi Monoteisme daripada kepalsuan-kepalsuan Trinitarianisme serta bidaah kuasa berdua. Judaisme percaya adanya dua makhluk di dalam Perjanjian Lama tetapi menganggap Malaikat Besar itu sebagai bawahan atau subordinat kepada Allah Sebenar yang Satu. Karya ini akan mendefinisikan dengan jelas nama-nama Tuhan serta nama-nama yang diagihkan kepada makhluk-makhluk subordinat.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Nama-nama Tuhan [116z]

 

 


Kita boleh membuat kesimpulan-kesimpulan berkenaan ciri-ciri Tuhan melalui nama milikNya serta yang digunakanNya. Kita juga akan melihat mana antara gelaran-gelaran ini yang diagihkan kepada makhluk-makhluk lain.

 

Jehovah/Yahweh keduanya adalah terjemahan-terjemahan tidak tentu. Lazimnya ia digabungkan dengan perkataan lain untuk menggambarkan makhluk mana yang dimaksudkan.

 

Istilah Jehovah (TUHAN) terdapat di dalam dua bentuk, dan mempunyai dua maksud berlainan. Jehovah (SHD 3068) adalah istilah plural dan ia biasanya merujuk kepada makhluk-makhluk subordinat, kecuali apabila digabungkan dengan perkataan lain untuk menggambarkan Allah Sebenar yang Satu. Jehovih (SHD 3069) adalah istilah singular yang membawakan gelaran Allah Sebenar yang Tunggal. Kedua-dua perkataan ini boleh digabungkan dengan perkataan lain untuk menyampaikan sesuatu konsep itu dengan lebih jelas lagi. Zakharia 2:3-12 menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan di dalam nama-nama serta entiti-entiti Jehovah.

 

Alkitab Companion mencatatkan di dalam Apendiks 4.II. bahawa Jehovah dipercayai bermaksud Yang Kekal atau Yang Tidak Berubah (Kejadian 21:33), Dia Yang SUDAH dan SEKARANG INI, dan Yang AKAN DATANG. Namun Keluaran 3:14 membawa maksud tambahan:

 

Keluaran 3:14 Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu."

 

Alkitab Companion menyatakan teks tersebut sebagai ‘ehyeh ‘asher ‘ehyeh dan menterjemahkannya sebagai “Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi” (lihat Apendiks 48). Ini menggambarkan proses penciptaan serta rencana Tuhan.

 

Para cendekiawan Oxford telah mencatatkan di dalam versi Oxford Annotated RSV mereka bahawa Yahweh adalah sebenarnya bentuk pihak ketiga bagi kata kerja itu, yang sebenarnya bermaksud Dia menjadikannya.

 

Jah adalah bentuk akar bagi Jehovah, iaitu salah satu nama yang dipakai bagi Tuhan. Ianya berlaku sebanyak 49 kali di dalam kitab. Kejadian pertama bagi nama Jah ini adalah di dalam Keluaran 15:2. Nama Bait Suci yang berkuasa di dalam nama Yaho adalah sebutan kuno Jah atau Jahh.

 

Nama Jehovah atau lebih tepat lagi Yahovah digabungkan dengan sepuluh gelaran yang lain. Mereka adalah menurut aturan kemunculannya di dalam teks-teks Ibrani:

 

Jehovah-Jireh Jehovah melihat atau menyediakan (Kejadian 22:14).

 

Jehovah-Ropheka Jehovah yang menyembuh aku (Keluaran 15:26).

 

Jehovah-Nissi Jehovah panji-panjiku (Keluaran 17:15).

 

Jehovah-Mekaddishkem Jehovah yang menyucikan kamu (Keluaran 31:13; Imamat 20:8; 21:8; 22:32; Yehezkiel 20:12).

 

Jehovah-Shalom Jehovah [mengutus] keselamatan/kedamaian (Hakim 6:24).

 

Jehovah-Zeba’oth Jehovah Semesta Alam (1Samuel 1:3 dan lazim digunakan).

 

Jehovah-Zidkenu Jehovah kebenaran/keadilan kita (Yeremia 23:6; 33:16).

 

Jehovah-Shammah Jehovah hadir di situ (Yehezkiel 48:35).

 

Jehovah-’Elyon Jehovah Yang Mahatinggi (Mazmur 7:17; 47:2; 97:9).

 

Jehovah-Ro’I Jehovah Gembalaku (Mazmur 23:1).

 

Eloah (SHD 433) adalah nama bagi Tuhan. Ianya singular di dalam pengertiannya dan digunakan sebanyak 55 kali di dalam Perjanjian Lama. Eloah adalah Allah Yang Merencana. Tuhan inilah yang menjadi tumpuan ibadah dan adalah entiti utama serta pencipta di dalam Elohim. Inilah Dia yang merencana dan melalui siapa semua benda wujud dan diciptakan (Wahyu 4:11). Elahh adalah sebutan Aram/Aramaik-nya, yang berpadanan dengan Eloah, dan digunakan 89 kali di dalam kitab suci.

 

El (SHD 410) adalah kata nama Ibrani yang menekankan kekuatan. Ia dipakai bagi manusia, malaikat, dan dewa-dewa pagan, serta Allah Sebenar yang Satu apabila digabungkan dengan perkataan lain.

 

Elyon (SHD 5945) ada di seluruh dunia (Mazmur 83:18). Gelaran ini terjadi 36 kali.

 

El Elyon adalah nama yang digunakan bagi Eloah sebagai El (Tuhan) yang Mahatinggi. Eloah atau Elyon adalah tumpuan ibadah. Israel tidak menyembah elohim subordinat.

 

Elohim (SHD 430) bermakna Tuhan dan tuhan-tuhan. Ianya suatu perkataan plural yang bergantung pada penggunaannya untuk memahami maksudnya. Ia boleh merujuk kepada ciptaan rohani, ataupun ciptaan fizikal apabila bertindak bagi pihak Tuhan.

 

Dengan itu, elohim adalah Anak-anak Tuhan. Terdapat pelbagai Anak-anak Tuhan yang hadir pada waktu penciptaan (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7).

 

HaElohim bermaksud Tuhan itu dan merujuk kepada Eloah.

 

Bintang Fajar atau bintang siang/pagi adalah pangkat yang telah diberikan kepada Kristus dan dikongsi oleh umat-umat pilihan (2 Petrus 1:19; Wahyu 2:28; 22:16). Terdapat banyak bintang fajar (Ayub 38:4-7). Iblis masih lagi Lucifer atau pembawa terang sebagai putera fajar, iaitu bintang fajar. Dia adalah tuhan bumi ini dan dan penguasa kerajaan angkasa (2Korintus 4:4; Efesus 2:2).

 

Shaddai merujuk kepada Yang Mahakuasa dengan pengertian menyediakan segala keperluan umat. Ianya digunakan apabila Abraham dipanggil untuk berjalan di hadapanNya di dalam Kejadian 17:1.

 

Adon adalah satu daripada tiga gelaran, (Adon, Adonai, Adonim). Ketiganya secara umumnya diertikan sebagai Tuhan. Ia merujuk kepada Tuhan sebagai pemimpin di dalam dunia. Ia berbeza daripada Adonai, yang digunakan bagi makhluk yang melaksanakan rencana Allah di atas bumi ini. Terdapat 134 petikan di mana golongan Sopherim telah mengubah Yahovah (Jehovah) kepada Adonai (lihat Companion Bible Ap. 32 bagi teks-teks yang telah diubah itu).

 

Ianya penting untuk kita ketahui siapa dia Allah Sebenar yang Tunggal dan bagaimana untuk menyembahNya dengan betul. Melalui pelbagai nama serta gelaran itu, kita mendapat pemahaman yang lebih dalam tentang Tuhan Tertinggi Alam Semesta ini. Semoga hari itu cepat tiba apabila seluruh planet ini akan mengenali Allah Sebenar yang Satu dan menurut Perintah-perintahNya.

 

 

q