Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[117z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Roh Kudus

(Edisi 3.2 19940515-200010527)

 

Roh Kudus akan terbukti suatu kuasa atau intisari Tuhan dan bukan oknum. Ia cara untuk umat pilihan mengambil bahagian dalam Kodrat Ilahi (2 Petrus 1:4). Ia cara untuk Tuhan akhirnya menjadi semua dalam semua (1 Korintus 15:28; Efesus 4:6).

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1997, 1998, 1999, 2000 Wade Cox)

(Ringkasan oleh Diane Flanagan, Ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

Ringkasan: Roh Kudus [117z]

 

 


Tuhan Tertinggi Alam Semesta ialah Allah Bapa seperti yang dilihat daripada Yohanes 17:3. Prasyarat untuk hidup kekal ialah pengertian siapakah Allah Maha Esa dan anakNya.

 

Allah Bapa

 

Tuhan Tertinggi alam semesta ialah Tuhan. Dia sendirian Yang Mahakuasa, Pencipta dan Pemelihara Cakerawala, bumi dan segala sesuatu di dalamnya. (Kejadian 1;1; Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26,28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24,25; Wahyu 14:7). Dia sendirian abadi (1 Timotius 6:16). Dia sendirian Tuhan kita, Bapa dan Tuhan Kristus Yesus (Yohanes 20:17). Dialah Tuhan Mahatingi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7) dan Allah Maha Esa (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20).

 

Yesus, Anak Tuhan

 

Yesus kelahiran sulung (prototokos) ciptaan (Kolose 1:15) dan dengan itu permulaan (arche) ciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Dia satu-satunya Anak Tuhan yang dilahirkan (monogene) (Matius 3:17; Yohanes 1:18; 1 Yohanes 4:9), diperanakkan melalui Roh Kudus dan lahir melalui perawan Mariam (Lukas 1:26-35). Dialah Kristus atau Mesias (Matius 16:16; Yohanes 1:41) yang diutus daripada Tuhan untuk menjadi Juruselamat dan Penebus kita (Matius 14:33; Yohanes 8:42; Efesus 1:7; Titus 2:14).

 

Daripada konsep-konsep asas ini kita kini berdepan dengan operasi Roh Kudus. Trinitarian cuba menjelaskan Roh Kudus sebagai oknum ketiga Trinitas. Konsep palsu ini telah digunakan sepanjang zaman oleh berbagai orang di atas planet. Sebagaimana semua kepercayaan terdapat aspek-aspek kebenaran di antara penipuan. Bagaimanapun, Allah Bapa, Eloah, ialah Allah Maha Esa dan bukan suatu Trinitas dalam apa saja aspek.

 

Roh Kudus bukanlah satu aspek bebas tuhan triune, tetapi ia cara untuk kita menjadi elohim. Kita tidak menjadi Eloah. Allah Bapa adalah tunggal seperti yang ditunjukkan oleh perkataan Ibrani, Eloah. Roh secara logiknya ialah keluaran pertama daripada Eloah sebab ia merupakan intisari yang mengikat Kristus Yesus kepada Bapa dan ciptaan selainnya. Melalui Roh Kudus kodrat Tuhan disebarkan kepada semua angkatan syurga dan manusia. Roh disalurkan melalui Kristus Yesus sebagai elohim pengantara kita. Ini membolehkan Kristus membantu, mengajar dan menghiburkan kita, dan membolehkan kita menggunakan kuasa Eloah.

 

Umat pilihan dipilih, sebagaimana Kristus ialah pilihan Tuhan (Lukas 23:35). Umat pilihan telah dipilih oleh Kristus (Yohanes 6:70; 15:16,19) di bawah pimpinan Eloah. Umat pilihan dipanggil keluar daripada dunia kepada kehidupan pelayanan dan pembaktian. Ramai yang dipanggil namun sedikit yang dipilih (Matius 20:16; 22:14). Ramai individu mungkin meminta dan diberikan Roh Tuhan tetapi gagal kerana mereka tidak dipilih. Orang sebegitu akan berada dalam kebangkitan kedua di mana mereka akan dapat menggunakan Roh Kudus dengan efektif apabila semua konsep negatif telah binasa.

 

Hukum Tuhan berasal daripada Dia

 

Tuhan dan HukumNya adalah satu. Tuhan adalah Kudus, Benar, Kebaikan, Sempurna dan Kebenaran. HukumNya juga Kudus, Benar, Kebaikan, Sempurna dan Kebenaran. Tuhan dan hukumNya tidak berubah. Melalui kebaikan dan tujuan tunggal inilah kita semua wujud. Hukum Tuhan dikejar dengan iman bukan perbuatan (Roma 9:32). Kita ialah batu-batu hidup, dibangunkan sebagai rumah rohaniah (1 Petrus 2:5). Sebab bait Tuhan, iaitu kita, adalah kudus (1 Korintus 3:16-17; 6:19; 2 Korintus 6:16). Eloah menulis hukumNya dalam hati dan fikiran kita. Semakin kita mentaatiNya semakin Dia membimbing fikiran kita (Amsal 16:3) dan semakin kita mengambil bahagian dalam kodrat ilahiNya. Angkatan syurgawi juga mengambil bahagian dalam kebaikan dan kodrat ilahiNya. Dengan ini Kristus tetap sama, baik kelmarin, hari ini dan untuk selama-lamanya (Ibrani 13:8). Kita juga menurut Hukum Tuhan sebab ingin kerana kodratNya hidup dalam diri kita dan dosa adalah bertentangan dengan Hukum Tuhan.

 

Roh Kudus

 

Roh Kudus ialah intisari atau kuasa Tuhan. Ia bukan oknum. Kristus berjanji untuk mengutus Roh kepada umat pilihan (Yohanes 16:7). Ia diberikan oleh Tuhan kepada mereka yang meminta (Lukas 11:9-13) dan mentaatiNya. Roh Kudus tinggal dalam mereka yang menurut perintah-perintah Tuhan (1 Yohanes 3:24; Kisah 5:32). Roh Kudus boleh dipadamkan (1 Tesalonika 5:19) dengan mengabaikannya, mendukacitakannya atau dengan berselisih dengan hukum Tuhan (Efesus 4:30). Justeru ini mengakui tambahan dan pengurangan dalam umat pilihan.

 

Roh Kudus ialah penghibur yang memimpin umat Tuhan ke dalam segala kebenaran (Yohanes 14:16,17, 26). Kebolehan kita untuk mengerti kebenaran berdasar pada hubungan kita dengan Tuhan melalui Roh Kudus dan ketaatan kita dalam memelihara HukumNya. Roh Kudus ialah satu kuasa yang akan disaksikan dalam umat pilihan dalam zaman akhir, sebagai satu kuasa, dan berkaitan akal sihat, dan pengertian kebenaran.

 

Roh Kudus tidak diberikan secara terbatas (Yohanes 3:34, Roma 12:6). Segala karunia Roh Kudus dicatatkan dalam 1 Korintus 12:7-11 dan buah-buahnya digambarkan dalam Galatia 5:22-23. Kasih adalah buahnya kerana ia adalah kodrat Tuhan. Roh Kudus menjadi nyata dalam diri kita, sementara kita mengasihi sesama sendiri. Kasih sempurna melenyapkan ketakutan. Ia ternyata dalam umat pilihan sebab mereka menganggap orang lain lebih baik daripada diri sendiri dan menyerahkan nyawa untuk saudara mereka. Karunia dan buah Roh Kudus tidak datang melalui suatu pelayanan dan tidak tertumpu dalam sebuah struktur hierarki. Sebaliknya, struktur-struktur hierarki merosakkan kemampuan umat pilihan untuk mengerti operasi Tuhan. Roh Kudus memberi kuasa untuk bersaksi (Kisah 1:8). Roh Kudus bekerja sejak sebelum baptisan. Roh menarik umat pilihan kepada Tuhan melalui Kristus (Ibrani 7:25). Buah-buah sulung Roh diberikan pada waktu baptisan (Roma 8:23). Roma 8 jelas menyatakan pengangkatan tidak berlaku sampai penebusan tubuh. Justeru kita dilahirkan sekali lagi namun terus bertumbuh dalam Roh setiap hari.

 

Roh Kudus ialah Roh Tuhan (Roma 8:14) dan Roh iman (2 Korintus 4:13) yang menyelidiki segala sesuatu dan mengetahui segala sesuatu (1 Korintus 2:10-11; 12:3ff). Roh memberi kepada setiap orang ciri-ciri yang Eloah ingini untuk memberi manfaat kepada tubuh sebagaimana yang digariskan dalam 1 Korintus 12:7-11. Kita adalah satu tubuh. Sekiranya kita tidak melakukan bahagian kita, kita memberi kesan negatif  kepada tubuh. Kita juga memberi kesan negatif kepada planet sebab semakin kurang orang didedahkan kepada kebenaran dan tugas kita lebih sukar pada masa hadapan. Iblis setan juga menerima hukuman yang lebih ringan kerana mereka dihakimi berdasarkan apa yang kita capai, sama seperti Iblis diadili mengikut apa yang dicapai Yesus Kristus. Mesias layak untuk menggantikan Iblis sebagai Bintang Timur planet ini, suatu peristiwa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kita akan menjadi waris-waris bersama dengan Kristus (Rom.8:17; Gal. 3:29; Tit. 3:7; Ibr. 1:14, 6:17, 11:9; Yak. 2:5; 1Pet. 3:7).

 

Roh Kudus ialah mekanisme dengan apa kita dapat mengerti rahsia Tuhan (Markus 4:11). Hikmat Tuhan tersembunyi dan rahsia (1 Korintus 2:7) yang dijelaskan oleh hamba-hamba Tuhan (1 Kor. 2:7; 15:51). Sebab Tuhan dijelaskan dalam satu rahsia (Efesus 1:9) yang Tuhan berikan kepada para hamba dan nabiNya melalui wahyu.

 

Roh dalam Trinitarianisme

 

Roh dalam Trinitarianisme adalah berdasarkan konsep pagan tuhan triune. Seluruh sistem ini berdasar pada Mistikisme dan Platonisme. Ia kadangkala bermula daripada struktur binitarian dan cuba menuntut kesetaraan sama antara dua makhluk. Kemudian Roh Kudus dimasukkan dan Trinitarianisme terhasil. Kebolehan individu untuk berdoa dan mengerti siapakah Allah Maha Esa lenyap sepenuhnya. Roh Kudus dijadikan objek ibadat dalam proses ini. Ini satu penipuan Iblis yang dibuat untuk memutuskan hubungan kita dengan Eloah dan menghalang kita daripada menjadi elohim (Zakharia 12:8). Roh ialah cara dengan apa kita menyembah Tuhan (Filipi 3:3). Ia daya atau kuasa yang menguasakan Kristus. Justeru Kristus ialah Bapa kekal (Yesaya 9:6) dan terdapat banyak kebapaan di syurga dan bumi (Efesus 3:15). Kristus menjadi Bapa Kekal oleh delegasi Eloah.

 

Roh Kudus ialah mekanisme yang mengikat manusia dan Angkatan malaikat kepada Eloah. Hubungan anda sebagai seorang individu adalah terus kepada Kristus Yesus bukan mana-mana orang atau organisasi. Roh Kudus ialah daya dengan apa anda berurusan terus dengan Allah Maha Esa, Eloah melalui Kristus Yesus untuk menjadi elohim.