Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[119z]
Ringkasan:
Genealogi Mesias [119z]
(Edisi 1.1 19950604-19980711) Audio
Kepentingan genealogi Mesias diterangkan daripada Adam. Maksud sebenar dan tepat menunjukkan bahawa Mesias sememangnya telah diutus untuk menyelamatkan orang-orang berdosa.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan
http://www.ccg.org
Genealogi Mesias [119z]
Genealogi Mesias merupakan alat penting
untuk memahami siapa dia Mesias. Lebih penting lagi, genealogi-genealogi itu
menyampaikan suatu pemahaman penting mengenai penggenapan nubuatan dan juga
hukum taurat. Genealogi Mesias di dalam Perjanjian Baru terdiri daripada dua
keturunan, di dalam Matius 1:1-7 dan Lukas 3:23-38, di mana kedua-duanya
langsung berbeza. Kejadian 17:7 menunjukkan bahawa Perjanjian itu dan Mesias haruslah
datang melalui keturunan Abraham. Kejadian
Yohanes
Dengan itu benih itu adalah Adam melalui Abraham, melalui Ishak, melalui Yehuda, melalui Daud dan daripada Betlehem. Terdapat dua aspek kedatangan Mesias, yang menunjukkan bahawa Mesias mempunyai dua kedatangan untuk dua tujuan. Tujuan pertama adalah sebagai Mesias imam untuk menubuhkan aturan Melkisedek, untuk mencipta suatu keimamatan tanpa genealogi, agar ia terbuka kepada bangsa-bangsa lain sebagai karunia Tuhan. Umat-umat pilihan telah ditebus Kristus sebagai satu aturan atau golongan raja dan imam (Wahyu 1:6; 5:9-10).
Maka itu, keimamatan Harun telah sampai kepada penamatnya. Aturan baru ini adalah mengikut aturan Melkisedek (Mazmur 110:4). Kristus merupakan Imam Besar aturan itu. Umat-umat pilihan adalah para imamnya, yang tanpa genealogi (Ibrani 7:1-21). Para imam ini juga adalah raja-raja yang diberikan satu kerajaan (Ibrani 12:28). Keturunan Mesias meliputi bukan saja suatu keturunan Daud tetapi juga keturunan Harun.
Dengan itu, umat pilihan menjadi elohim, sama seperti Kristus adalah elohim, sebagai Malaikat Jehovah pra-penjelmaan di dalam Perjanjian Lama, dan sepertimana dia adalah elohim daripada kebangkitannya daripada mati sebagai seorang anak Tuhan yang berkuasa (Roma 1:4; Ibrani 1:8-9). Ini adalah satu konsep yang kuat. Ia juga menunjukkan betapa luasnya liputan panggilan Tuhan serta rencana Tuhan.
Genealogi di dalam Matius mempunyai sebilangan aspek-aspek tersendiri, yang menyampaikan suatu siri ajaran-ajaran alkitab dan menunjukkan dengan pasti kenapa keturunan itu haruslah keturunan Yusuf. Y’shua atau Yosua tidak mungkin adalah Mesias dengan hanya penceritaannya di dalam Matius sendiri. Kisahnya di dalam Lukas diperlukan untuk menunjukkan kenapa sungguhpun adanya keturunan Yusuf, dia boleh menjadi raja dan bagaimana Tuhan mensepadankan perintah yang telah ditetapkanNya di dalam keturunan Daud serta kerajaan melalui nabi Yeremia. Matius memulakan keturunannya itu dengan menghubungkan tiga orang utama. Yeshua atau Yosua yang dipanggil Yesus adalah Anak Daud, Anak Abraham. Dia kemudiannya menceritakan keturunan itu daripada Abraham melalui Yehuda. Satu lagi ciri utama genealogi Matius adalah bahawa dia bersikap memilih di dalam menamakan keturunan langsung sahaja. Salomo juga disebut kerana kerajaan itu bersandar padanya. Dialah yang membina bait itu. Namun begitu, dia juga telah jatuh ke dalam keberhalaan dan keturunannya disenaraikan kemudiannya kepada Yekhonya yang merupakan salah seorang daripada raja-raja terakhir sebelum penawanan Babilon itu. Keturunan Yusuf kemudiannya dijejaki daripada Yekhonya kepada Yusuf. Dengan itu Yusuf adalah keturunan Daud namun melalui Yekhonya. Ini mempunyai maksudnya yang penting (Yeremia 22:24-30).
Khonya terbentuk dengan membuka Ye daripada Yekhonya atau Biarlah Jehovah mendirikan. Pembukaan nama ilahi itu bermaksud untuk menunjukkan pemergian Tuhan daripada Yekhonya. Cincin meterai pada tanganNya atau tangan Tuhan dapat dilihat daripada Hagai 2:23. Zerubabel disenaraikan di dalam Matius sebagai anak kepada Sealtiel. Namun kita tahu daripada 1 Tawarikh 3:18-19 bahawa dia adalah anak Pedaya. Namun Matius dan juga Ezra 3:2 dan 5:2 mengatakan dia adalah anak Sealtiel (1 Tawarikh 3:17-19). Bagaimanakah pertentangan ini dapat diselesaikan? Teks ini sebenarnya mencerminkan satu aspek hukum itu sepertimana tercatat di dalam Ulangan 25:5-6.
Tanggungjawab ini adalah mandatori. Dengan itu Zerubabel mewarisi keturunan Sealtiel melalui tanggungjawab-tanggungjawab undang-undang yang diletakkan ke atas Pedaya yang kemudiannya telah mati. Dengan itu Syenasar menjadi pemangku atau penjaga kepada Zerubabel bagi kepulangan ke Israel seperti yang dicatatkan di dalam Ezra 1:8-11 dan 5:14-16 di mana dia digelar sebagai Sesbazar.
Daripada nubuatan yang diberikan melalui Yeremia, keturunan itu kemudiannya ditumpukan lagi. Tuhan mendekrikan bahawa tiada seorangpun daripada anak-anak Yekhonya yang akan dapat duduk di atas takhta Daud dan memerintah semula di Yehuda. Namun begitu penurunannya kepada Zerubabel dari keturunan itu, menunjukkan bahawa Tuhan akan memilih keturunan ini untuk tugas-tugas tertentu sebagai cincin meterai; dalam kata lain, sebagai suatu meterai Tuhan. Dengan itu, Mesias tidak boleh menjadi anak kandung Yusuf dan duduk di atas takhta itu, tanpa persetujuan ilahi tertentu; jika tidak firman Alkitab tentu telah dilanggar. Kristus tentu hilang kelayakannya untuk duduk di atas takhta itu jika dia benar-benar anak kandung Yusuf dan, kerana Yusuf sendiri tidak menjadi waris, Kristus tidak boleh mewarisi gelaran itu melalui pengangkatannya. Tuhan memperbaiki perlanggaran itu dan memulihkan keturunan itu dengan cara lain. Matius sedar akan masalah ini. Itulah sebabnya dia memulakan Injil itu dengan keturunan ini lantas memperlihatkan masalahnya dan selepas itu menceritakan kisah kelahiran dari perawan tersebut, yang jelas sekali dilihatnya sebagai penyelesaian masalah tersebut. Berlanjutan daripada genealogi itu, Matius 1:18-25 menunjukkan bahawa hanya melalui kelahiran perawan Mariam atau Miriam (Maria) saja barulah Kristus dapat menaiki takhta itu. Ini mempunyai maksud penting bagi umat Yahudi di mana melalui Mesias sahaja mereka dapat naik ke kerajaan rohani serta keimamatan rohani itu.
Kedua-dua keimamatan dan kerajaan itu telah didirikan dan didapati serba-kekurangan oleh Mesias. Dengan itu Mesias adalah Mesias Harun dan Israel; dia adalah Mesias imam dan Mesias raja. Mesias yang seorang dengan dua kedatangannya ditunggu-tunggu oleh Israel seperti yang kita tahu daripada Skrol-skrol Laut Mati (DSC). Jawapan kepada masalah-masalah yang timbul daripada genealogi Matius diberikannya bermula daripada 1:18. Jawapan-jawapan lebih menyeluruh kepada teks-teks itu disediakan oleh Lukas. Justeru itu, kedua-duanya haruslah dibaca bersama.
Lukas bermula dengan menjejaki Kristus kembali kepada Adam, dengan itu mengenalpasti proses keturunan perempuan itu daripada Adam. Teks ini menyamakan keturunan Daud dengan Natan, yang penting bagi menggenapi nubuatan di dalam Zakharia. Lebih penting lagi, ia kemudiannya terpisah daripada keturunan Yekhonya itu, yang telah dilenyapkan, antara lainnya, untuk memberi jalan kepada pemerintahan Keimamatan Besar. Oleh itu Yehoshua atau Yosua adalah keturunan Daud melalui ibunya. Dengan itu, hal kelahiran perawan itu diceritakan terlebih dahulu dan kemudiannya genealoginya disebutkan di sini di dalam Lukas. Dengan itu dia menetapkan syarat pertama untuk menjadi raja, iaitu daripada keturunan Daud selain melalui Yekhonya 1.
Dia menetapkan syarat kedua sebagai berasal daripada keturunan Natan dan juga daripada keluarga Lewi melalui Simei dari mulanya melalui gambarannya akan hubungan keluarga Miriam/Mariam kepada Elisabet isteri kepada Zakharia, Imam Besar daripada Divisi Abia. Isteri Zakharia adalah Elisabet (yang dinamakan sempena isteri Harun iaitu Eliseba (Keluaran 6:23) dan dieja Elizabet di dalam LXX). Dia berasal daripada anak-anak perempuan Harun dan dengan itu dia berketurunan Lewi (Lukas 1:5). Dia merupakan ibu kepada Yohanes Pembaptis melalui pimpinan ilahi. Dengan itu Yohanes telah dilantik. Miriam (atau Maria) berasal daripada keluarga Elisabet (Lukas 1:36). Dengan itu Miriam pasti mempunyai pertalian darah suku Lewi di samping menjadi sebahagian daripada keluarga Daud.
Terdapat orang lain daripada keluarga Daud yang bukan daripada keturunan Yekhonya. Jadi, isunya adalah berkenaan perlantikan ilahi, yang kemudiannya membentuk syarat ketiga bagi menjadi raja. Lukas menetapkan syarat perlunya perlantikan ilahi pada Lukas 1:30-33.
Maka begitulah, Tuhan telah memberikan kepadanya takhta bapanya Daud. Dia memenuhi syarat perlantikan ilahi itu.
Syaratnya adalah Tuhan bersama kita hanya dapat dicapai jika El yang diutus adalah seorang elohim sebelumnya dan sememangnya elohim Israel yang dilantik sebagai elohim oleh elohimnya seperti yang dicatatkan di dalam Mazmur 45:6-7. Dia mendapat ciri kemanusiaannya sepenuhnya daripada ibunya. Dengan itu tradisi-tradisi kewarganegaraan Yahudi serta identiti suku kaum telah diatasi oleh makhluk ini agar dia dapat mengambil alih keimamatan menurut aturan Melkisedek dan dengan itu menjadi kepala kepada suatu aturan raja-raja dan imam-imam yang dipilih tanpa mengira keturunan, namun dibahagi-bahagikan kepada semua bangsa seperti yang kita lihat daripada Wahyu 7:3-8.
Dia adalah anak Daud dan anak Abraham daripada Matius 1:1. Lukas 3:38 menggelarnya sebagai anak Adam dan anak Tuhan. Dengan itu dia mencapai aspek-aspek berempat yang juga dicerminkan di dalam injil-injil. Sebagai anak Daud dia adalah Raja melalui Yehuda. Sebagai anak Abraham dia adalah Raja Israel selaku waris kepada janji-janji yang diberikan pada dan melalui Yusuf. Dia juga adalah kepala bangsa-bangsa Abraham. Sebagai anak Adam dia adalah seorang manusia dan kerana itu layak untuk memimpin umat manusia ke arah keselamatan melalui kematiannya. Sebagai anak Tuhan dia mendapat status elohim yang telah dilepaskannya pada penjelmaannya, melalui kebangkitannya daripada mati sebagai anak Tuhan yang berkuasa (Roma 1:4). Dia layak untuk menjadi Bintang Fajar dan akan berkongsi pemerintahan itu dengan keluarganya (Wahyu 2:27-28; 22:16; banding dengan Zakharia 12:8) kerana mereka berkongsi di dalam sifat ilahi Tuhan seperti dia (2Petrus 1:4).
Mesias taat sehingga mati dan begitulah juga kita harus taat, dan dia akan memberikan kepada kita kepimpinan Bintang Fajar sebagai Anak Tuhan; sebagai seorang elohim, sebagai Malaikat Yahovah yang menjadi kepala kita (Zakharia 12:8).
q