Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[120z]
Ringkasan:
Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120z]
(Edisi 3.0 19951012-19990828)
Karya ini menunjukkan saling-hubung kompleks di antara rencana keselamatan dengan maksud penting sistem korban. Kajian menunjukkan bahawa terdapatnya suatu hubungan pasti antara bilangan-bilangan yang terbabit menurut dasar tahunan dan Jubli serta kandungan golongan tujuh puluh itu serta umat 144,000.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1996, 1999, 2001 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120z]
Perayaan-perayaan yang ada berpusat pada
tiga musim tuaian yang berdasarkan pada Kalendar Lunar sepertimana ia berjalan
pada Hemisfera Utara. Ini adalah perayaan Paskah, Pentakosta (Minggu-minggu)
dan Pondok Daun (Keluaran
Yang pertama adalah Persembahan Unjukan Berkas yang terjadi semasa Perayaan Roti Tidak Beragi. Kristus adalah pertama daripada hasil-hasil sulung. Dia adalah Persembahan Unjukan Berkas berikutan kebangkitannya pada Sabtu malam dan terjadi pada kenaikannya pada pagi hari Minggu, yang secara tradisinya dipercayai pada pukul 9 am (Yohanes 20:1-2; 15-23).
Sebaik saja diterima Allah Bapa, Kristus
menghantar Roh Kudus kepada rasul-rasul itu. Mereka didamaikan kepada Tuhan
daripada Unjukan Berkas itu (Yohanes
Tuaian seterusnya, dicerminkan di dalam hari kudus Pentakosta yang jatuh 50 hari selepas hari Sabat yang jatuh pada waktu Hari-hari Roti Tidak Beragi (Imamat 23:15-16 Interlinear Bible). Ini adalah tuaian Umat-umat Pilihan dan berterusan selama 40 Jubli atau 2000 tahun.
Tuaian ketiga adalah pengumpulan pekerjaan Tuhan yang bermula pada permulaan Pondok Daun. Tuaian penamat mendahului tempoh milenium, yang diwakili oleh Pondok Daun (1 Tesalonika 4:15-17) dan mewakili Kebangkitan Pertama.
Perayaan terakhir pada penghujung tempoh perayaan Pondok Daun adalah Hari Besar Terakhir, yang mewakili Kebangkitan Kedua yang meliputi semua manusia yang akan ditangani semasa suatu tempoh selama 100 tahun (Yehezkiel 37:1-14) dan yang akan diajarkan kebenaran melalui bimbingan(Yesaya 65:20).
Mereka yang termasuk di dalam Kebangkitan Pertama memerintah bersama Kristus selama 1,000 tahun. Kebangkitan Kedua terjadi selepas seribu tahun itu. Penghakiman Takhta Putih yang Besar tidak berlaku sehinggalah selepas tempoh seribu tahun itu tamat. (Wahyu 20:1-15).
Tuaian Tuhan meliputi semua manusia dan Angkatan Surgawi. Tempoh-tempoh hari suci itu membayangi Rencana Keselamatan bagi planet ini.
Yehezkiel 1:12 merujuk kepada pergerakan tiang api serta awan yang mewakili Kristus di gurun pasir bersama Israel (Keluaran 13:21-22; 14:19-24; 33:9-10; Bilangan 12:5; 14:14; Ulangan 31:15; Nehemia 9:12,19; Mazmur 99:7). Juga lihat 1Timotius 3:15.
Kerubim mewakili Rumah Tuhan, yang diwakili secara fizikal oleh jemaat Israel di gurun pasir. Baca Bilangan 9 dan 10. Tiang awan itu meliputi khemah suci pada siang hari sementara pada waktu malam ia adalah tiang api (Bilangan 9:15-16). Awan itu mewakili kehadiran Tuhan di dalam Roh dan harus diikuti, di mana ini ternyata di dalam pengembaraan mereka selama 40 tahun di gurun pasir. Formasi serta aturan jemaat itu tidak berubah seperti yang kita lihat di dalam Kerubim, sekali lagi menunjukkan peniruan aturan surgawi itu (Ibrani 8:5) dan tertumpu di sekitar dan terhadap khemah suci tersebut.
Anak-anak Harun meniupkan amaran-amaran kepada bangsa itu (Bilangan 10:8). Tugas ini kemudiannya diberikan kepada Jemaat sebagai aturan baru Melkisedek berserta perlantikannya (Ibrani 7:11-12).
Khemah suci itu terdiri daripada khemah luar dan dalam. Khemah luar kemudiannya telah dibuka untuk membolehkan kemasukan ke dalam khemah suci dalam (Ibrani 9:1-12). Teks ini menunjukkan bahawa hanya ketetapan/hukum persembahan korban sahaja yang dilenyapkan.
Struktur lama meliputi suku-suku kaum Israel termasuk Lewi. Keimamatan Harun datang daripada Lewi yang memasuki khemah suci luar namun hanya Imam Besar sahaja yang memasuki Tempat Maha Kudus sekali dalam setahun.
Dari Pentakosta tahun 30 TM, struktur itu telah diubah, di mana umat-umat pilihan menjadi naos atau Bait Suci di dalam mana berdiamnya Tuhan sebagai [Tempat] Yang Maha Kudus. Roh Kudus menempatkan hukum itu di dalam kita sepertimana hukum tersebut pernah diletakkan di dalam Tabut Perjanjian (1 Korintus 3:16-17).
Struktur luaran adalah bangsa itu, Israel, daripada mana jemaat diambil dan kepada mana bangsa-bangsa lain dimasukkan. Umat-umat pilihan merupakan teras dalaman yang akan membentuk struktur pentadbiran di bawah Mesias semasa pemulihan nanti. Orang-orang ini (golongan ecclesia atau Jemaat) terdiri daripada dua kumpulan, 144,000 (Wahyu 7) suatu kumpulan yang memelihara perintah-perintah Tuhan. Semua dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus sebagai tuaian kedua hasil-hasil sulung.
Sebaik saja orang terakhir daripada 144,000 itu dimeteraikan, bumi ini akan dibinasakan oleh kuasa-kuasa yang telah disediakan oleh sistem Angkatan murtad itu.
Wahyu 7:1-17 menunjukkan proses agihan 144,000 itu kepada sistem Mesianik di bawah 12 hakim bagi 12 suku kaum itu.
Perempuan yang mencemari dunia adalah agama-agama atau jemaat palsu yang berbicara di dalam nama Kristus. Sistem palsu ini adalah sistem ibadah palsu Babilon (Wahyu 14:6).
Pemilihan 144,000 itu berkait dengan bilangan-bilangan yang dipersetujui Kristus. Mereka dibahagikan kepada empat puluh Jubli, iaitu, 3,600 per Jubli. Sebaliknya, tempoh empat puluh Jubli itu adalah juga lima puluh generasi. Proses ini diagih-agihkan di seluruh 7 Jemaat.
144,000 dibahagi dengan tahun-tahun Jubli adalah 72 setiap tahun. Kristus telah menubuhkan semula sistem 70 ini (Lukas 10:1). 70 orang itu diurapi dan dihantar secara berdua. Ia didirikan untuk berlangsung selama 2,000 tahun. Allah dan Kristus adalah dua orang tambahan.
Golongan Sanhedrin telah sentiasa terdiri daripada 70 orang campur 1 dengan sengaja. Ini mencirikan replikasi model pentadbiran itu setiap tahun selama empat puluh Jubli sehinggalah bilangan penuh 144,000 itu dipilih. Urutan ini adalah simbolik dan kemungkinan terdapatnya pemilihan yang lebih ataupun kurang selama jangkamasa itu menurut keadaannya.
Sebarang pembezaan antara 144,000 itu dengan kumpulan besar orang banyak tersebut membawa kepada sikap tinggi diri. Daripada penebusan 144,000 itu kepada Domba, injil tersebut dikhabarkan ke seluruh dunia (Wahyu 14:6). Barulah sistem Babilon itu akan jatuh (Wahyu 14:8-10).
Babilon secara simboliknya adalah suatu sistem agama palsu (Wahyu 18:10, 18, 19, 21-24). Ia menipu seluruh dunia dengan ilmu sihir, dan bergantung pada sihir dan ilmu mistik sebagai dasar keagamaannya. Ia seorang perempuan sundal (Wahyu 17:1). Ia seorang perempuan atau Jemaat dalam ertikata nubuatan. Sistem ini bertapak pada satu kota dengan bukit/gunung bertujuh (Wahyu 17:9). Jemaat ini melakukan perzinaan rohani dengan raja-raja bumi ini selama suatu tempoh yang lama. Binatang yang akan memerintah dunia ini datang daripada raja-raja yang telah ditubuhkan oleh perempuan ini (Wahyu 17:4). Jemaat ini telah membunuh ramai daripada umat pilihan dengan alasan keagamaan. Ia kuat dan memegang kuasa ke atas suatu sistem yang sendirinya bersifat menghujat (Wahyu 17:3-6).
Kumpulan besar orang itu adalah mereka yang telah menjadikan jubah-jubah mereka putih di dalam darah Domba itu (Wahyu 7:14). Mereka dibaptiskan melalui kasih karunia di dalam Yesus Kristus. Ramai yang termasuk di dalam kumpulan setelah melalui mati syahid daripada sistem agama palsu itu. Semua telah dianiayai olehnya. Kedua-dua kumpulan itu memelihara perintah-perintah Tuhan. Ini serta kesaksian Kristus adalah dua elemen penting bagi menentukan umat-umat pilihan itu. (Wahyu 12:17; 22:14).
Rencana Keselamatan terbahagi kepada tiga bahagian, setiap satunya diwakili oleh 40 Jubli, yang tempohnya lebih kurang dua ribu tahun. Rencana ini dibayangi di dalam kehidupan Musa yang merupakan suatu prototaip Mesias (Ulangan 18:15; Matius 17:5; Kisah 3:22-23). Bahagian-bahagian hidup Musa mewakili sejarah Israel daripada Adam kepada Abraham, daripada Abraham kepada Mesias dan daripada kedatangan pertama kepada kedatangan kedua. Tempoh-tempoh 50 tahun itu menggambarkan tempoh-tempoh 40 Jubli itu, yang setiap satunya mewakili 2,000 tahun. Jangkamasa penuh 6,000 tahun itu pula menggambarkan Rencana Keselamatan itu, daripada Adam kepada pemulihan milenium di bawah Mesias.
Bulan-bulan Baru penting bagi pemahaman mengenai Sidang Majlis itu serta umat 144,000 (Wahyu 7:1-8; 14:1) yang merupakan tambahan kepada Kumpulan Besar Orang di dalam Wahyu 7:9-17.
Tanda Yunus juga penting kepada pemahaman rangka-rangka masa itu. Fasa pertama adalah daripada penyaliban itu pada tahun 30 TM kepada pembinasaan Yerusalem dan Bait Suci pada tahun 70 TM.
Fasa seterusnya adalah selama 40 Jubli (atau 2,000 tahun). Tahun 1996 merupakan ulangtahun ke 3,000 bagi kemasukan Daud ke Yerusalem dan ulangtahun ke 2,000 bagi kelahiran Kristus. 1996 juga merupakan penghujung zaman bangsa-bangsa lain.
Tahun 2028 mewakili ulangtahun ke 2,000 bagi pelayanan Yesus Kristus serta tahun pertama bagi Jubli milenium baru. 72 membentuk persembahan-persembahan korban sistem Hari Suci. Bulan-bulan Baru harus dipelihara bersama-sama dengan hari Sabat dan Hari-hari Perayaan untuk menjadi sebahagian daripada umat 144,000 itu. Pemulihan adalah hukum sama yang diberikan kepada Musa dan kepada kita sebagai Jemaat. Sardis (Wahyu 3:1-6) dan Laodikia (Wahyu 3:14-22) tidak memelihara perjanjian ini. Sardis sudah mati dan Laodikia suam-suam kuku.
72 itu ditentukan daripada satu urutan tertentu korban-korban, yang mempamerkan rencana Tuhan. Yehezkiel 45 menunjukkan dengan tepat hari-hari kudus Tuhan serta bilangan/nombor apa yang patut diambil kira.
Keutamaannya adalah daripada hari Sabat kepada Bulan Baru kepada Perayaan. Perhitungan-perhitungan itu harus memasukkan Bulan-bulan Baru. Sabat-sabat mingguan tidak berubah. Bulan-bulan Baru (dua belas di dalam suatu tahun biasa) apabila dicampur dengan perayaan-perayaan itu adalah 18 semuanya.
Komposisi 70 itu mewakili 70 korban-korban (Korban) sistem Kudus itu. Korban-korban itu dikatakan sebagai yang terhina di dalam Maleakhi 1:12. Salah satu daripada Korban ini, iaitu domba Paskah, menyingkirkan keimamatan itu (Maleakhi 2:3). Korban-korban itu adalah: lima puluh dua Sabat, tujuh Hari Suci Perayaan dan dua belas Bulan Baru, bersama-sama dengan Persembahan Unjukan Berkas (Imamat 23:9-14). Sangkakala-sangkakala adalah suatu korban berdua kerana ia hari Perayaan dan juga Bulan Baru (Bilangan 29:1-6).
Bulan Baru bagi tahun interkalari tidak dimasukkan. Tahun nubuatan adalah 360 tahun, lantas menghadkan tahun kepada 52 Sabat dan 12 Bulan Baru, dengan tujuh Perayaan serta Unjukan Berkas; jumlahnya adalah tujuh puluh dua korban.
Kebanyakan daripada umat 144,000 itu telahpun melalui mati syahid. Hanya sedikit sahaja yang terus kekal hingga hari-hari terakhir. Kumpulan besar itu kemudiannya membentuk bahagian selainnya yang memasuki Kerajaan Tuhan pada kebangkitan pertama.
Kesukaran yang berlaku ke atas pengikut-pengikut Kristus akan berterusan sehingga Kristus datang. Tuaian ini berterusan sehingga kemurkaan Tuhan menundukkan bumi ini. Terdapat tujuh malaikat yang dilepaskan untuk membawakan pembalasan ke atas mereka yang mengambil tanda binatang itu. Pengikut-pengikut Kristus kemudiannya diberikan Nyanyian Musa serta Nyanyian Domba itu.
Terdapat suatu kaitan antara Perjanjian Lama dan Baru kerana kedua-duanya perlu bagi keselamatan. Kasih karunia datang daripada pendamaian Kristus kepada Tuhan di bawah perintah-perintahNya (Wahyu 15:1-8).
Bait Suci adalah umat-umat pilihan, yang Tuhan isikan dengan diriNya sebagai Roh Kudus. Proses ini dihentikan sehingga bumi ini ditundukkan di bawah kesan tujuh tulah/kecelakaan itu, dan dilaksanakan di bawah kekuasaan kepala-kepala malaikat yang mengelilingi takhta itu.
Pengumpulan itu akan dilakukan pada malam pertama Perayaan Pondok Daun dan tidak boleh dibiarkan sampai pagi mengikut peraturan (Keluaran 23:19). Kesemua tuaian hasil-hasil sulung dilakukan menurut suatu susunan tepat dan itulah sebabnya kenapa hukum mewajibkan pembayaran tepat pada masanya (Keluaran 22:29). Kristus telah memulakan tuaian ini sebagai yang pertama daripada hasil-hasil sulung sebagai Unjukan Berkas. Ia berlangsung selama dua ribu tahun dan akan memasuki ke dalam Milenium dan tamat pada Penghakiman Besar Takhta Putih.
Hukum itu haruslah ditaati dan hubungan kekeluargaan dipulihkan. Hukuman untuk mereka yang tidak melakukan tanggungjawab-tanggungjawab Kristus, dan dengan itu Jemaat, di dalam pemulihan itu adalah mereka akan dipukul bersama dengan orang-orang yang tidak bertaubat. Kristus mengatakan bahawa Elia akan memulihkan semua hal (Matius 17:10-13). Hukuman bagi tidak melakukan proses ini adalah dikenakan kecelakaan bersama-sama dengan mereka yang tidak bertaubat.
Bulan-bulan Baru adalah sebahagian daripada pemulihan itu dan kita diwajibkan menetapkan pemeliharaannya apabila kita diberi kuasa, atau boleh, melakukannya.
Bulan-bulan Baru disamakan dengan hari-hari Sabat. Ia diutamakan berbanding Shabbathown atau Perayaan-perayaan itu dan disebutkan kepentingannya dan harus dipelihara suci (contohnya Yesaya 1:13-14). Raja bertanggungjawab di dalam pelaksanaannya. Dengan itu, ini adalah suatu tanggungjawab yang berterusan (Yehezkiel 45:17; 46:1 3, 6, 9-10).
Korban bagi Bulan Baru adalah lebih besar daripada korban Sabat (Yehezkiel 46:4,6). Tiada perbezaan dibuat antara Bulan Baru dan Sabat mingguan. Kedua-dua hari ini adalah suci dan tiada perdagangan dibenarkan pada keduanya (Amos 8:5).
Shabbathown disenaraikan di dalam Imamat 23. Hari Pendamaian adalah suatu Shabbath Shabbathown yang menekankan kesuciannya (lihat SHD 7677). Tiada persembahan yang boleh dinaikkan pada Hari Pendamaian (Keluaran 30:15).
Perundangan berkenaan Unjukan Berkas terkandung di dalam Imamat 23. Bulan-bulan Baru tidak disebut di situ. Ia muncul di dalam Bilangan 10:10 di mana ia disebut bersama dengan Perayaan-perayaan itu. Bulan-bulan Baru serta Perayaan-perayaan itu bertindak sebagai penanda-penanda bagi umat-umat pilihan di dalam hubungan mereka dengan Tuhan dan merupakan lanjutan langsung perintah keempat itu. Jemaat Tuhan telah memelihara Bulan-bulan Baru itu bersama dengan Perayaan-perayaan serta hari-hari Sabat sehinggalah abad kesembilan belas (Kolose 2:16).
Kepentingan korban-korban Bulan-bulan Baru berkait dengan Jemaat serta sidang-sidang Israel. Kecualilah Bulan-bulan Baru itu dipelihara, ianya mustahil untuk memahami Kalendar Tuhan.
Kalendar Moden Yahudi Hillel II dari tahun 358 TM adalah tidak betul dan menghalang pemulihan itu. Ia mendatangkan kesan ke atas penyaliban Mesias dan salahfaham akan tahun yang terbabit serta pemahaman nubuatan-nubuatan berkenaan tujuh puluh minggu tahun dan Tanda Yunus.
Pengumpulan
[139]
Tabut
Perjanjian [196]
Maksud
Penglihatan Yehezkiel [108]
Kalendar
Tuhan [156]
Bulan-bulan
Baru [125]
Penetapan
Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Tanda
Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]
Pesanan-pesanan
Wahyu 14 [270]
Kejatuhan
Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]
Membaca
Hukum Dengan Ezra dan Nehemia [250]
Bulan-bulan
Baru Israel [132]
Tiang-tiang
Filadelfia [283]
Pendamaian
[138]
Persembahan
Unjukan Berkas [106b]
Peranan
Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]
q