Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[121z]

 

 

 

Ringkasan:

Mikha 5:2-3 [121z]

(Edisi 1.1 19950624-19901009)

 

Penggunaan teks ini oleh pihak Binitarian dikaji dan ditunjukkan sebagai tidak betul. Karya ini mengkaji nubuatan teks ini berhubung Mesias serta hubungannya kepada Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999, 2001  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Mikha 5:2-3 [121z]

 

 


Kita tahu bahawa teks Mikha 5:2-3 sedang disalahtafsirkan oleh para pendeta Binitarian untuk membenarkan Binitarianisme atau bidaah Kuasa Berdua sepertimana ianya dikenali dahulukala. Ideanya adalah terdapat dua Tuhan yang abadi-bersama di syurga, sama ada atau tidak mereka dianggap setara-bersama seperti yang terdapat di dalam Trinitarianisme. Bidaah ini secara logiknya merosakkan kemahakuasaan Tuhan dan cuba untuk menyangkal teks-teks Yohanes 17:3 dan 1 Yohanes 5:20 yang menegaskan bahawa terdapat hanya Satu Allah Sebenar sahaja dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya.

 

Teks ini diterjemahkan agar ungkapan Allah Sebenar, dan kehidupan kekal mungkin dapat merujuk kepada Kristus sedangkan ia tidak. Tuhan Sebenar, adalah Allah Sebenar yang Tunggal dan bukannya Yesus Kristus yang telah diutusNya. Hanya Dia seorang sahaja yang abadi. Dia hanya kenampakan di dalam Roh (1 Timotius 6:13-16). Perhatikan di sini bahawa Allah yang memberi hidup kepada semua benda. Dia seorang sahaja yang memiliki keabadian. Jadi, Dia seorang yang memberikan hidup kepada semua benda. Dengan itu Dia seorang yang memberikan hidup kepada Kristus.

 

Mari kita kaji teks ini.

 

Mikha 5:2-3 2 Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala. 3 Sebab itu ia akan membiarkan mereka sampai waktu perempuan yang akan melahirkan telah melahirkan; lalu selebihnya dari saudara-saudaranya akan kembali kepada orang Israel. (RSV)

 

Anggapan tersebut didasarkan pada teksnya di dalam KJV, yang tercatat sebegitu untuk membuatkan anggapan ini sesuatu kemungkinan. Teks ini diterjemahkan di sini sebagai yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak selamanya. RSV menuliskan teks itu sebagai yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala. Jadi hal keabadian itu bersandar pada tulisan KJV selamanya, yang dengan sendirinya adalah suatu binaan yang lemah. Teks ini diterjemahkan di dalam Alkitab Interlinear sebagai: Dan engkau, hai Betlehem Efrata, yang terkecil di antara beribu-ribu kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak zaman selamanya.

 

Sejak zaman selamanya diterjemahkan daripada dua perkataan Ibrani. Yang pertama adalah miymy (*/*/) yang diterbitkan daripada SHD 3117 yowm (.&*) yang bermaksud suatu hari (-hari) (dahulu), dari subuh ke petang, yang diterbitkan daripada suatu kata akar yang tidak digunakan yang bermaksud berkeadaan panas. Perkataan kedua adalah SHD 5769 ‘owlawm (.-&3) yang bermaksud tersembunyi, atau hampir tidak kelihatan. Ia bermakna masa di luar fikiran atau secara praktiknya keabadian/selamanya (Strongs) dengan itu sentiasa, atau sejak dahulukala dsb. Teks ini tidak boleh dianggap sebagai menyatakan keabadian kepada suatu makhluk yang subordinat kepada Allah Sebenar yang Tunggal. Mesias dapat dianggap daripada teks ini sebagai telah mempunyai pra-kewujudan sejak dari zaman dahulukala. Ia tidak memberikan kesetaraan-bersama ataupun keabadian-bersama dengan Tuhan.  Memangnya daripada teks ini kita boleh lihat bahawa Mesias pergi kepada Tuhan dan dengan itu tidak setara-bersama. Soncino menterjemahkan Mikha 5:1[2] sebagai: yang perjalanannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala, dan mentafsirkan teks itu sebegini: permulaannya iaitu keturunan daripada zaman dahulukala. Ianya suatu kemungkinan bahawa ungkapan ini telah menimbulkan doktrin Yahudi kemudiannya yang menyatakan bahawa Mesias telah wujud di dalam fikiran Tuhan sejak dari zaman dahulu, sebagai sebahagian daripada rencana Pencipta pada kelahiran alam semesta. Di dalam Talmud, nama Mesias adalah antara tujuh perkara yang diciptakan sebelum dunia ini diwujudkan.

 

Hanya Tuhan seorang saja yang menduduki keabadian (Yesaya 57:15 Zakharia 12:8). Teks ini menunjukkan bahawa keluarga Daud akan menjadi seperti Elohim. Soncino menuliskan elohim di sini sebagai suatu makhluk seperti tuhan. Dengan itu, memang difahami bahawa istilah elohim boleh dilanjutkan kepada yang lain.

 

Mesias merupakan kepala kepada Keluarga Daud. Tiada disebutkan pada mana-mana peringkatpun bahawa keluarga Daud mahupun Malaikat Tuhan, dengan menjadi elohim akan menjadi abadi-bersama dengan Eloah iaitu Allah Bapa (Amsal 30:4-5). Eloah seorang adalah tumpuan ibadah bait itu (Ezra 5:1-8), yang merupakan baitNya (Ezra 6:16-18). Eloah adalah tumpuan segala korban (Ezra 6:9-10), Tuhan syurga dan sumber Hukum itu (Ezra 7:14). Andaian bahawa Mikha 5:2-3 menyampaikan keabadian-bersama adalah suatu salahfaham teks itu yang tidak mengambil kira teks-teks lainnya yang menafikan kedudukan sebegitu.

 

Adalah penting untuk mengkaji konsep keabadian-bersama. Keabadian-bersama menyatakan bahawa Mesias adalah seorang Tuhan lain yang wujud selain daripada Allah Sebenar yang Tunggal. Dengan itu teks-teks Allah Sebenar yang Tunggal harus diabaikan. Kerana pada hakikatnya akan ada Dua Allah Sebenar, namun Kitab Suci mengatakan terdapat hanya Satu Allah Sebenar (Ulangan 6:4, Yohanes 17:3). Jika tidak ada dua Tuhan Sebenar maka seorang haruslah bergantung pada yang satu lagi untuk kewujudannya. Jadi seorang adalah Allah sementara yang satu lagi adalah suatu ciptaan atau generasi daripadanya. Oleh kerana anak adalah generasi Bapa itu, maka anak adalah hasil ciptaan Bapa. Terdapat pelbagai anak-anak Tuhan sejak dari permulaan (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7), yang merupakan teman-teman sekutu kepada Kristus (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Begitu jugalah Tuhan adalah seorang Bapa dengan generasi mereka itu.

 

Oleh itu, dapat dilihat bahawa penggunaan Mikha 5:2-3 untuk memberi keabadian-bersama kepada Mesias serta menyokong Binitarianisme atau bidaah Kuasa Berdua itu adalah suatu tuduhan yang melawan kemahakuasaan Tuhan dan suatu pelanggaran terhadap struktur Monoteisme. Ia mengabaikan sebilangan besar catatan-catatan Alkitab, yang menunjukkan bahawa tafsiran sebegitu adalah palsu.

 

 

q