Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[127z]
Ringkasan:
Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127z]
(Edisi 2.0 19950722-1998093)
Karya ini mengkaji tulisan-tulisan awal dan mengasingkan pandangan-pandangan mereka mengenai Ketuhanan (Kepala Tuhan). Ia membuktikan tanpa syak lagi bahawa penulis-penulis awal bukanlah Trinitarian mahupun Binitarian, dan tidak percaya bahawa Kristus telah wujud sejak keabadian dahulu. Karya ini berguna di dalam menjejaki pemutarbelitan teologi yang lama-kelamaan membawa kepada struktur trinitarian.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127z]
Trinitarianisme
Andaian utama Kristian moden adalah bahawa Tuhan wujud sebagai tiga entiti atau hypostases. Ketiga-tiga entiti ini digambarkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus, sama ada atau tidak mereka digambarkan sebagai orang. Ketiga-tiga entiti ini dikatakan membentuk suatu Trinitas.
Satu lagi andaian yang sama palsunya adalah bahawa Jemaat awal bersifat Binitarian dan bukannya Trinitarian. Dengan kata lain, Kristus, sungguhpun lebih rendah pangkatnya, adalah abadi-bersama. Jadi terdapat dua orang Tuhan yang wujud bersampingan sebagai Bapa dan Anak. Ini dikenali dahulunya sebagai Bidaah Kuasa Berdua. Ini bertentangan dengan kesaksian Yohanes (17:3 dan 1Yohanes 5:20) yang berpendapat bahawa terdapat hanya Satu Allah Sebenar dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya. Juga tulisan-tulisan Paulus menyatakan bahawa hanya Allah seorang sahaja yang abadi daripada 1Timotius 6:16. Pemahaman Yohanes dan Paulus serta rasul-rasul lain juga dipegang oleh murid-murid Yohanes dan pewaris-pewaris mereka.
Andaian bahawa Tuhan terbatas kepada tiga entiti di mana setiap satunya abadi-bersama dan setara-bersama bukanlah pemahaman yang dimilik Jemaat Kerasulan. Ianya juga bukanlah pegangan Jemaat awal. Konsep Ketuhanan yang terdiri daripada tiga makhluk telah mendahului Kristus selama beberapa abad. Tidak diragukan bahawa tuhan triune/bertiga ditemui di kalangan tamadun-tamadun terawal dan diketahui berlanjutan ke timur ke Asia. Konsep-konsep ini memasuki agama Kristian khususnya melalui orang-orang Yunani dan pengaruh mereka ke atas orang-orang Rom.
Rujukan Pertama kepada suatu
Aspek Tuhan Bertiga di dalam Kristian
Rujukan pertama kepada Ketuhanan Kristian
sebagai tiga entiti telah dibuat oleh Theophilus dari Antiokh (sekitar 180 TM) yang telah menggunakan istilah trias yang mana perkataan latin trinitas dianggap sebagai terjemahannya. Istilah tersebut digunakannya apabila dia memperkatakan tentang trias Allah, FirmanNya dan KebijaksanaanNya (Theophilus to Autolycus. ANF di sini menterjemahkan trias sebagai trinity/trinitas). Penggunaan kedua kali istilah tersebut adalah oleh Tertullian (De Pud, c. xxi, P. G., II, 1026). Tertullian merupakan orang pertama yang menekankan kesatuan tiga ‘orang’ itu, namun logiknya serta hujah-hujahnya secara dasarnya adalah berciri subordinationis (lihat karya Schaff History of the Christian Church, Vol. II, muka 570). Bentuk terhampir kepada doktrin Nicene tidak tercipta sehinggalah dicadangkan oleh Biskop Rom Dionysius (262 TM) yang lahirnya adalah seorang Yunani. Dia bertujuan untuk melenyapkan perbuatan mengasingkan ketiga-tiga entiti itu kepada Tuhan-tuhan berasingan (Schaff, ibid.).
Andaian bahawa Tuhan adalah suatu entiti yang terdiri daripada dua makhluk dan satu persona sebagai suatu roh atau kuasa yang timbul daripada yang satu atau kedua-duanya adalah suatu andaian kemudian Trinitarian abad keempat, kelima dan keenam. Andaian tersebut dibuat bagi mengubahsuai trias asal (di atas) yang dianggap tidak mencukupi. Kedua-dua kosmologi triune serta Trinitas itu sebagaimana ianya dikenali sekarang, tidak disokong alkitab.
Konsep trinitas itu boleh diertikan dalam dua cara iaitu:
1. “Tiga Orang yang sama-sama dan setara memiliki sifat ilahi itu”. Ini dipercayai pandangan dominan sejak Majlis-majlis Nicaea dan Constantinople.
2. Anak dan Roh timbul daripada Bapa yang merupakan satu-satunya sumber Ketuhanan. Ini merupakan pandangan umum Para Bapa Ante-Nicene (Pra-Nicene) dan Jemaat sehinggalah Nicaea (sekitar 325 TM) (lihat G. H. Joyce The Catholic Encyc. (C.E.) artikel Trinity, Vol. XV, mukasurat 51).
Doktrin Trinitas bersandar pada suatu siri andaian-andaian palsu yang bertentangan dengan bukti alkitab. Dua andaian palsu utama yang jelas ternyata daripada petikan-petikannya adalah:
· Bahawa istilah-istilah yang diterjemahkan sebagai Tuhan terbatas kepada satu, dua atau tiga entiti atau hypostases; dan
· Bahawa Kristus adalah Tuhan, abadi-bersama dan setara-bersama sebagaimana Allah Bapa adalah Tuhan.
Mengkaji Keabadian-Bersama
dan Kesetaraan-Bersama
Ramai daripada penulis Patristik menyangkal kesetaraan Anak dengan Bapa. Begitu juga, logik mereka menafikan keabadian-bersama. Petikan-petikan berkaitannya adalah seperti berikut:
Justin
Guru kita di dalam hal-hal ini adalah Yesus Kristus, yang juga dilahirkan untuk tujuan ini, dan telah disalibkan di bawah Pilatus, penguasa Yudea, pada zaman Kaisar Tiberius; dan bahawa kita dari satu segi menyembah Dia, kerana telah kita ketahui bahawa Dia adalah Anak Allah Sebenar, dan peletakannya pada tempat kedua, dan Roh nubuatan pada tempat ketiga, kita akan tentukan. Kerana mereka mengatakan kita gila di dalam hal ini, bahawa kita memberikan kepada seorang yang disalibkan tempat kedua kepada Allah abadi dan tidak berubah, Pencipta segalanya; kerana mereka tidak memahami rahsia di dalamnya, kepada apa, sepertimana kami jelaskan kepadamu, kami berdoa agar kamu mendengarnya. (Apol., I, xiii)
Dan kuasa pertama selepas Allah Bapa dan Tuhan segalanya adalah Firman itu [atau logos], yang juga adalah Anak. (Apol., I, xiii)
Justeru itu, adalah salah untuk menganggap Roh serta kuasa Tuhan, sebagai perkara lain selain daripada Firman itu [atau logos], yang juga merupakan anak sulung Tuhan. (Apol., I, xiii)
Jadi, Justin menganggap Logos sebagai terbitan Tuhan yang mampu mempunyai perwatakan, bagi menerima konsep Roh secara umum dan Kristus secara khususnya.
Para malaikat juga dipercayai mengikut gambar Tuhan. Daripada Bab-bab 13, 16 dan 61, Justin tidak menyokong penyembahan Malaikat-malaikat.
Justin jelas sekali mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat Hadirat di Sinai yang telah memberikan hukum itu kepada Musa (First Apol. Ch. LXIII).
Justin nampaknya adalah antara yang pertama untuk memperkenalkan ibadah hari Minggu (lihat karya Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, mukasurat 223 dan seterusnya) namun dia masih lagi seorang subordinationis. Dia berpegang pada pandangan-pandangan antinomian tertentu berkenaan hari Sabat dan aplikasinya kepada orang-orang Yahudi sebagai suatu hukuman khusus. Pandangan-pandangannya tidak disokong oleh umat Kristian pada masa itu dan Bacchiocchi berpendapat bahawa Jemaat Kristian tidak pernah menerima tesis palsu sebegitu (muka 225). Berpendapat bahawa Tuhan telah menubuhkan sunat serta hari Sabat semata-mata kerana kejahatan orang-orang Yahudi sebagai suatu tanda yang membezakan, untuk membezakan mereka daripada bangsa-bangsa lain dan kita umat Kristian agar umat Yahudi sahaja yang menderitai kesukaran (Dial. 16:1, 21:1; lihat juga Bacchiocchi, ibid.) menjadikan Tuhan seorang yang berpilih kasih dan adalah bertentangan dengan seluruh maksud pengakuan-pengakuan Reformasi. Sungguhpun adanya kesalahan ini, pandangannya mengenai Ketuhanan masih lagi berciri subordinationis. Namun begitu dia memperkenalkan gaya berfikir emanationis yang nampaknya berdampingan dengan pendekatan antinomianisnya. Seperti yang telah kita lihat, Justin masih lagi menyangkal doktrin Jiwa dan syurga sebagai bukan-Kristian yang terbit daripada kultus-kultus misteri/rahsia.
Irenaeus mengatakan mengenai Tuhan:
Dia memberi perintah, dan mereka diciptakan; Dia berfirman dan mereka terjadi. Kepada siapakah Dia memberi perintah? Firman itulah, tidak syak lagi, melalui siapa Dia berbicara, langit-langit dijadikan dengan seluruh kuasa mereka melalui nafas mulutNya [Mazmur 33:6]. (Adv. haer., III, viii, 3)
Irenaeus berpendapat bahawa:
Ianya jelas terbukti bahawa para nabi dan juga para rasul tidak pernah menamakan seorang Tuhan lain, mahupun memanggil [dia] Allah, kecualilah Allah sebenar yang tunggal…Namun hal-hal yang ditubuhkan adalah lain daripada Dia yang telah menubuhkan mereka, dan apa yang telah dicipta daripada Dia yang mencipta mereka. Kerana Dia sendirinya bukan dicipta, tanpa permulaan dan penghujung, dan tidak kekurangan apa-apa. Dia sendirinya cukup bagi diriNya, dan lebih-lebih lagi, Dia memberikan kepada yang lainnya perkara ini, iaitu kewujudan; namun hal-hal yang telah dibuatNya (ibid).
Irenaeus telah melanjutkan kemampuan untuk menjadi Tuhan (theos atau elohim) kepada Logos itu di sini sebagai lain daripada hal-hal lain yang didirikan (ibid.). Dia sudahpun menetapkan kedudukan Allah dan Anak itu serta mereka yang diangkat sebagai theoi atau elohim dan semua anak-anak Tuhan daripada Buku II, Bab vi.
Tidak diragukan bahawa Irenaeus mempunyai pandangan subordinationis berkenaan Ketuhanan dan telah melanjutkan istilah Tuhan (sebagai bermaksud theoi atau elohim) untuk meliputi Anak dan juga mereka yang telah diangkat. Dia seolah-olah membayangkan di sini bahawa Kristus mengumpulkan umat-umat pilihan, sedangkan kita tahu daripada Alkitab bahawa Tuhan-lah yang mengaruniakan umat-umat pilihan kepada Kristus agar mereka dikumpulkan (Yohanes17:11-12; Ibrani 2:13; 9:15).
Penggunaan eksklusif istilah tersebut bagi umat pilihan fizikal mungkin tidak betul memandangkan aplikasi Irenaeus di sini. Angkatan surgawi yang setia juga termasuk di dalam majlis itu daripada pemahaman Wahyu 4 dan 5 – jadi Angkatan ini juga adalah Ecclesia Tuhan. Tidak syak lagi bahawa istilah elohim atau theoi juga dipercayai dilanjutkan kepada Jemaat dan bahawa ini merupakan pemahaman Jemaat abad pertama kedua-duanya daripada Yohanes kepada Polycarp yang telah mengajar Irenaeus dan berlanjutan kepada abad kedua dan seterusnya.
Clement dari Alexandria mengatakan:
Kerana Anak adalah kuasa Tuhan, memandangkan ia adalah Firman Bapa yang paling tua sebelum kejadian semua benda, dan merupakan Hikmat atau KebijaksanaanNya. Dengan itu Dia dengan tepatnya dipanggil sebagai Guru makhluk-makhluk yang dijadikanNya.
Sekarang ini, kuasa Tuhan mempunyai rujukan kepada Yang Mahatinggi; dan Anak itu adalah suatu kuasa Bapa. ("Strom.", VII, ii, P.G., IX, 410)
Namun Clement faham bahawa takdir umat-umat pilihan adalah untuk menjadi tuhan-tuhan. Dia berkata ketika berbicara mengenai gnosis, yang dipercayainya dapat dicapai manusia ke tahap tertentu sementara berada di atas bumi ini:
Namun ia mencapai kemuncaknya selepas kematian tubuh, apabila jiwa [gnoostikos] dibenarkan terbang kembali kepada tempat asalnya, di mana sesudah menjadi seorang tuhan, ia dapat menikmati, di dalam perhentian sempurna untuk selamanya, renungan ilahi tertinggi ‘muka dengan muka’, bersama-sama dengan [theoi] yang lain (S. R. C. Lilla Clement of Alexandria A Study In Christian Platonism and Gnosticism, Oxford, 1971, mukasurat 142).
Jadi di sini kita lihat kombinasi istilah Yunani gnosis yang digabungkan dengan doktrin awal bahawa kita akan menjadi theoi atau elohim. Tiada sebarang saranan bahawa Kristus ataupun theoi yang lain adalah setara dengan ilahi tertinggi ini.
Hippolytus mengatakan sesuatu yang paling bermakna sekali:
Berkenaan bagaimana Noetus mengatakan bahawa Anak dan Bapa adalah sama, tiada seorangpun yang jahil. Namun dia membuat pernyataannya seperti ini: “Apabila Bapa belum lagi dilahirkan, sememangnya Dia adalah Bapa; dan apabila masanya tiba untuk Dia melalui pelahiran, setelah dilahirkan, maka Dia sendirinya menjadi AnakNya, bukan seorang yang lain.” Kerana dalam cara ini dia ingin menetapkan kedaulatan Tuhan, mendakwa bahawa Bapa dan Anak, adalah satu dan sama (badan), bukannya seorang individu yang terhasil daripada seorang yang lain, tetapi Dia daripada diriNya sendiri, dan bahawa Dia dibezakan dengan nama Bapa dan Anak, menurut hal-ehwal semasa. (Hippolytus mengulangi pendapatnya ini di dalam ringkasannya, Buku X) (Con. Noet, n. 14, "The Refutation of All Heresies", Bk. IX, Ch. V, ANF, Vol. V, mukasurat 127-128);
Bersama penulis inilah kita mula-mula sekali mendapat kepalsuan itu bahawa Kristus adalah satu-satunya terbitan Bapa. Elemen-elemen lain daripada Angkatan surgawi dikatakan adalah ciptaan-ciptaan Anak itu dan kerana itu tidak berkongsi di dalam sifat ilahi itu sepertimana Anak. Ini adalah kepalsuan asas pada mana doktrin Trinitas mula dibangunkan. Elohim seperti yang ditunjukkan daripada konteks alkitab adalah suatu Angkatan berpelbagai di mana Domba itu adalah Imam Besarnya. Dia adalah salah seorang daripada mereka sebagai saudara ataupun teman sekutu sungguhpun seluruh struktur hierarki itu telah dicipta oleh, atau di dalam, dia dan bagi dia (Kolose 1:15).
Begitu juga, orang-orang kudus menjadi teman-teman Kristus daripada Ibrani 3:14 dan dengan itu saudara kepada Angkatan tersebut (Wahyu 12:10) dan pewaris-pewaris bersama dengan Kristus (Roma 8:7). Langit-langit, segala sesuatu yang ada, yang disebutkan sebagai telah tercipta oleh Anak, adalah struktur-struktur rohani dan fizikal. Ini adalah maksud rujukan-rujukan pada Yohanes 1:3 berkenaan penciptaan dan 1 Korintus 8:6 berkenaan alam semesta (atau ta panta) dan manusia. Kolose 1:15-17 khususnya membahagikan penciptaan segala sesuatu yang kelihatan dan tidak kelihatan. Penciptaan baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia, tidak mungkin merujuk kepada Majlis Elohim. Penciptaan kerajaan (atau kuriotetes) oleh Kristus bukanlah penciptaan entiti-entiti itu.
Artikel Trinity, Holy di dalam New Catholic Encyclopedia (N.C.E.) Vol. XIV, McGraw Hill, N.Y., 1967, mukasurat 296 membuat dakwaan yang sungguh luarbiasa mengenai doktrin Hippolytus.
Hippolytus di dalam penyangkalannya terhadap Noetus (10) serta identifikasi ketara Kristus dengan Bapa, berkeras bahawa Tuhan adalah pelbagai sejak dari mula.
Ini adalah palsu dengan membandingkannya dengan teks sebenar Hippolytus (C. Noetus 10) di atas.
Tertullian berpendapat daripada Against (Adv.) Praxeas bahawa:
Tuhan yang seorang sahaja ini juga mempunyai seorang Anak, FirmanNya, yang terbit daripadaNya, melalui siapa segala sesuatu diciptakan…Semuanya adalah satu, melalui kesatuan (iaitu) di dalam tubuh; dan rahsia pembahagian itu masih lagi dijaga, yang mengagihkan Kesatuan itu kepada suatu Trinitas, yang meletakkan di dalam susunannya tiga Orangnya- Bapa, Anak dan Roh Kudus: namun tiga bukannya di dalam keadaan tetapi di dalam tahap; bukan di dalam tubuh tetapi di dalam bentuk; bukan di dalam kuasa tetapi di dalam aspek, namun adalah satu tubuh, satu keadaan dan satu kuasa kerana Dia adalah Satu Tuhan, daripada mana tahap-tahap dan bentuk-bentuk serta aspek-aspek ini ditentukan, di bawah nama Bapa, dan Anak dan Roh Kudus…(II);
Tertullian juga mengatakan bahawa Bapa telah membangunkan Anak daripada mati (II). Dengan itu Tertullian membuat pembezaan-pembezaan penting di dalam hubung-kait ketiga-tiga entiti yang merupakan aspek-aspek pekerjaan Tuhan menurut tahap. Anak dan Roh merupakan terbitan daripada Bapa dan aspek-aspek subordinat penjelmaanNya. Tertullian memberikan Trinitas itu suatu susunan dan distribusi numerikal (III). Dia juga berpendapat bahawa Monarki Tuhan berasal daripada Bapa (III). Namun ianya sama-sama menjadi milik Anak kerana ia dipegang kedua-duanya (III) di mana ia diberikan kepada Anak oleh Bapa (IV).
Tertullian berpendapat bahawa Roh Kudus terbit daripada Bapa melalui Anak. Tertullian percaya (IV) bahawa Bapa dan Anak adalah dua orang yang berlainan. Dengan itu, boleh diandaikan bahawa Binitarianisme sejati bermula dengan Tertullian.
Telah dilihat daripada perkembangan lebih awal, dan di atas, bahawa Alkitab dan ahli-ahli teologi Jemaat awal adalah berciri subordinationis dan Unitarian. Allah Bapa adalah Tuhan dan Bapa kepada Mesias yang merupakan anak sulung daripada ramai saudara (Roma 8:29). Roh Kudus adalah mekanisme dengan mana semua Anak-anak Tuhan, termasuk para malaikat, mencapai kedudukan kesatuan ini dengan Tuhan. Kristus adalah salah satu daripada kumpulan besar Anak-anak Tuhan rohani, namun dia adalah satu-satunya (Anak) Tuhan yang telah dilahirkan (monogenes), yang sulung (prototokos) daripada Angkatan surgawi itu sebagai imam besar kepada elohim.
Pemahaman ini mula hilang kerana sinkretisme Jemaat awal. Kultus-kultus misteri mempunyai pengaruh terhadap teologi serta upacara Jemaat awal. Bacchiocchi (loc. cit.) telah menjejaki kesan kultus-kultus matahari ke atas perubahan ibadah hari Sabat kepada hari Minggu dan pengenalan perayaan-perayaan pagan seperti Krismas dan Easter. Perpindahan daripada Perayaan Roti Tidak Beragi dan Paskah kepada perayaan pagan Easter agak berlanjutan.
Mereka yang memeluk agama Kristian yang berasal daripada kultus-kultus misteri/matahari menambahkan tekanan untuk persepadanan serta pelenyapan ciri-ciri Yahudi daripada hukum dan perayaan-perayaan itu (lihat Bacchiocchi, op. cit.), yang berdasarkan pada kalendar lunar dan bukannya solar. Proses persepadanan ini mencapai kemuncaknya pada Majlis Nicaea. Kosmologi alkitab adalah berdasarkan pada kekuasaan Eloah seorang sahaja. Ini mempunyai implikasi yang berat terhadap sifat hukum yang tidak boleh dilanggar.
Perubahan sistem ini hanya boleh disahkan secara logiknya jika suatu proses dapat ditubuhkan yang meninggikan Kristus kepada kesetaraan dengan Tuhan dan kemudiannya memberikan kekuasaan kepada Jemaat untuk mengerjakan kekuasaan yang dapat diterima sebagai telah dikaruniakan kepada Jemaat. Serangan pertama ke atas hukum itu adalah ke atas hal-hal Paskah dan Sabat mingguan. Pendirian hari Minggu sebagai suatu hari ibadah yang wajib bermula dengan Majlis Elvira (sekitar tahun 300).
Ianya bukan satu kebetulan bahawa Nicaea telah memutuskan isu berkenaan Paskah dan pendirian perayaan pagan Easter. Ianya bukan satu kebetulan bahawa isu seterusnya adalah soal Sabat di mana, pada Majlis Laodikia sekitar tahun 366 (tarikhnya tidak pasti), Majlis tersebut, pada Kanun 29, telah melarang pemeliharaan hari Sabat dan menubuhkan hari Minggu sebagai hari ibadah rasmi Jemaat. Maka bermulalah apa yang dianggap sebagai penyingkiran elemen-elemen Yahudi kepercayaan Kristian.
q