Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[128z]
Ringkasan:
Melkisedek [128z]
(Edisi 1.1 19950729-19980907)
Identifikasi entiti yang dikenali sebagai Melkisedek telah sentiasa menjadi masalah bagi ramai pelajar Alkitab. Karya ini melihat pada tradisi-tradisi rabbinikal di samping menunjukkan identiti yang mungkin serta sebab-sebab di sebalik aktiviti-aktiviti orang ini. Kepentingan keimamatan Melkisedek dapat difahami dengan lebih baik daripada karya ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Melkisedek [128z]
Identiti makhluk yang dikenali sebagai Melkisedek, telah menjadi tanda-tanya selama ini. Ada yang telah memberikan identiti Mesias bagi Melkisedek. Yang lain pula telah mengenalpastinya dengan para bapa (patriak). Untuk mengenalpasti identitinya yang mungkin, kita perlu mengkaji teks-teks yang relevan serta rangkabentuk sejarah di dalam mana dia hidup. Jika ada yang mengatakan bahawa Melkisedek adalah Yesus Kristus, ini harus ditimbang menurut teks-teks yang relevan, dan akibatnya bagi keselamatan manusia daripada kedatangan berdua begini. Jangkamasa ini juga masih terkandung di dalam jangka hayat para bapa selepas banjir.
Zaman selepas banjir memperlihatkan dunia ini sebagai mempunyai satu bahasa dan di bawah satu keimamatan. Pandangan Yahudi adalah bahawa keimamatan ini berpusat pada Salem di bawah Melkisedek. Identiti Melkisedek adalah satu tanda-tanya. Melkisedek menurut Midrash disamakan dengan Sem (Rashi: lihat komentar Soncino ke atas Kejadian 14:18).
Melkisedek merupakan imam Allah Tertinggi. Rashi berpendapat bahawa roti dan anggur/wain yang diberikan Melkisedek kepada Abraham adalah makan minum bagi mereka yang penat bertempur serta tawanan-tawanan yang dibebaskan. Dengan itu dia menunjukkan bahawa dia tidak mendendami Abraham kerana telah membunuh anak-anaknya (viz. Cherdorlaomer, dan sebagainya) (lihat Soncino). Maksud roti dan anggur yang diberikan kepada Abraham itu, berkait secara langsung kepada maksud Roti dan Anggur, yang menjadi bahagian penting bagi Roti dan
Anggur yang ditubuhkan oleh Mesias, pada Perjamuan Suci.
Subjek Melkisedek sering disalahfaham, hanya kerana urutan serta maksud cerita itu tidak difahami. Adalah baik untuk meneliti sejarah pendahuluan kepada cerita itu.
Daripada Kejadian 11:1-32 kita melihat penyelerakan orang-orang itu, disebabkan sistem yang sedang ditubuhkan di Babel, di bawah kerajaan yang didirikan oleh Nimrod di situ dan pada Akad, Erekh dan Kalne. Dari situ dia membina Niniwe, Rehobot-Ir dan Kalah (Kejadian 10:10-11). Namun imam Tuhan adalah Sem, anak Nuh. Nuh hidup 350 tahun selepas banjir itu (Kejadian 9:28) dan mati pada umur 950 tahun (Kejadian 9:29). Sem memegang watak utama di dalam pembangunan semula selepas banjir.
Terdapat sebilangan perkara penting yang timbul daripada teks di dalam Kejadian 11. Yang pertama berhubung dengan umur Sem dan yang lain. Daripada teks-teks itu kita boleh menentukan tarikh-tarikh selepas banjir itu, akan kelahiran serta kematian mereka. Bilangan tahun-tahunnya sangat besar. Zaman-zaman ini tidak diterima sebagai tempoh-tempoh sebenar pada zaman moden. Namun begitu, jika Alkitab memang benar secara literal, dan Melkisedek memang wujud, maka jangkamasa-jangkamasa itu juga pasti benar dan Sem adalah seorang calonnya.
Sem hidup selepas banjir itu selama 502 tahun dan hidupnya mempunyai implikasi-implikasi bagi pemerintahan bangsa-bangsa. Kita dapat membuat suatu jadual seperti berikut:
|
Patriak/Bapa |
Umur sewaktu kelahiran anak |
Lahir pada tahun |
Mati pada tahun selepas banjir |
|
Sem |
100 |
|
Banjir + 502 |
|
Arpakhsad |
35 |
B. + 2 |
B. + 440 |
|
Shalach/Selah |
30 |
B. + 37 |
B. + 470 |
|
Eber |
34 |
B. + 67 |
B. + 531 |
|
Peleg |
30 |
B. + 101 |
B. + 340 |
|
Rehu |
32 |
B. + 131 |
B. + 370 |
|
Serug |
30 |
B. + 163 |
B. + 393 |
|
Nahor |
29 |
B. + 193 |
B. + 341 |
|
Terah |
70 |
B. + 222 |
B. + 427 |
|
Haran Nahor Abram |
|
B. + ? B. + ? B. + 292 |
Sebelum B. + 422. |
Penyelerakan bangsa-bangsa berlaku apabila Abraham berumur 48 tahun, sewaktu kematian Peleg, 340 tahun selepas banjir itu (Seder Olam Rabbah, Bab 1).
Abram (Abraham) meninggalkan Haran selepas kematian Terah pada tahun B. + 427. Dia berumur tujuh puluh lima tahun (Kejadian 12:4). Kita pasti bahawa patriak-patriak yang masih hidup sewaktu kematian Terah dan pendudukan Kanaan oleh Abram, adalah Sem, Arpakhsad, Selah dan Eber. Sem adalah yang tertua. Daripada Kejadian 9:26, Yahovah (atau Jehovah) dinyatakan sebagai Tuhan kepada Sem, Yafet akan tinggal di dalam khemah-khemahnya. Sem diberikan rahmat, sungguhpun Yafet lebih tua (Kejadian 10:22). Jadi Sem adalah imam Allah Tertinggi pada zaman Abraham.
Pemberkatan Abraham oleh Melkisedek di dalam Kejadian 14:20, dikatakan (oleh Rashi) sebagai pertama sekali suatu berkat bagi Abraham kerana telah berperang, dan kemudiannya bagi Tuhan kerana telah menolongnya. Hakikatnya bahawa Abraham telah memberikan sepersepuluh daripada semua, menunjukkan bahawa keturunannya memberikan persepuluhan-persepuluhan mereka kepada para imam (menurut Nachmanides). Persepuluhan itu merupakan persembahan kesyukuran kepada Tuhan, dan satu-satunya imam yang sesuai untuk menerimanya adalah Melkisedek. Jadi, tafsiran tradisional Yahudi adalah bahawa Melkisedek adalah Sem dan bahawa keimamatan selepas banjir itu juga berpusat pada Yerusalem.
Melkisedek sebagai Mesias
Dakwaan bahawa Mesias adalah Melkisedek timbul sebahagiannya daripada salahfaham akan teks-teks yang berkait dengan genealogi/silsilah. Terdapat pandangan yang wujud pada zaman Kristus di dalam mazhab-mazhab Yahudi tertentu, seperti yang kita ketahui daripada Skrol-skrol Laut Mati, bahawa Melkisedek adalah Mesias. Pandangan ini juga dipasangkan dengan konsep bahawa Mesias adalah Kepala Malaikat Mikhael.
Pandangan bahawa Melkisedek adalah Mesias nampaknya didasarkan pada hakikat bahawa Mesias sepatutnya datang untuk melakukan dua tugas. Ini dapat disimpulkan daripada sebilangan nubuatan, tetapi juga khususnya pada tugas imam besar pada Hari Pendamaian. Di sini terdapatnya keberduaan jubah-jubah. Jadi kedatangan pertama itu adalah sebagai imam; yang kedua pula adalah sebagai Mesias raja. Mesias dinubuatkan adalah seorang imam, menurut aturan Melkisedek daripada Mazmur 110:4 (Mazmur 110:1-7).
Daripada ayat 1 mazmur ini, kita tahu bahawa Mesias-lah yang dimaksudkan. Perlantikan di sini adalah sebagai seorang imam untuk selamanya, menurut aturan Melkisedek. Ia tidak mengatakan bahawa Mesias adalah Melkisedek.
Jadi ternyata bahawa Melkisedek dipercayai adalah Kepala Malaikat Mikhael dan bahawa dia adalah Mesias kepada siapa pengadilan diserahkan. Ini adalah berdasarkan pada teks di dalam Zakharia 3:1-10, yang juga menunjukkan pertentangan terhadap Iblis di dalam proses ini. Daripada ini juga, orang ini difahamkan adalah Elohim yang mengadili orang-orang kudus Tuhan, seperti yang tertulis di dalam Mazmur [Mazmur 8:1; Mazmur 7:7-8; Mazmur 82:2].
Yesaya 52:7 menggunakan elohim dalam konteks kedatangan Mesias ke Sion (lihat Ibrani 12:22-23).
Jadi, penganggapan Melkisedek sebagai Mesias, dilihat sebagai suatu pendirian yang dipegang kuat di kalangan Masyarakat Laut Mati, pada zaman Kristus. Perkaitan ini mendapat tempatnya di dalam Buku Ibrani. Namun begitu, persamaan di dalam Buku Ibrani diterbitkan daripada teks pada Ibrani 7:6-8.
Teks itu menunjukkan bahawa orang ini disebutkan sebagai seorang manusia, yang tidak memiliki genealogi mereka. Ianya tidak ditekankan bahawa dia tidak mempunyai genealogi.
Ibrani bab 7 menunjukkan hubungan Melkisedek terhadap keimamatan. Teks itu menyatakan bahawa Melkisedek adalah kedua-dua raja kebenaran dan raja Salem, atau damai sejahtera. Pemahaman teks Ibrani ini menurut Milik dan Vermes, adalah bahawa Melkisedek bermaksud Rajaku adalah Keadilan (atau Kebenaran) dan dia adalah raja bagi Tentera cahaya. Nama Iblis adalah Melkiresha’ yang bermakna Rajaku adalah Kejahatan (lihat karya J.T. Milik Journal of Jewish Studies, 1972, mukasurat 126-135 dan juga Vermes, op. cit., mukasurat 252-253). Tidak syak lagi bahawa kita berhadapan dengan pertempuran-pertempuran Iblis/Mesias pada hari-hari terakhir, menurut pandangan DSS (Skrol-skrol Laut Mati).
Ibrani 7:3 3 Ia tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan, dan karena ia dijadikan sama dengan Anak Allah, ia tetap menjadi imam sampai selama-lamanya.
Dia dipercayai tidak berbapa, tidak beribu dan tidak bersilsilah. Dia tiada permulaan mahupun penghujung, tetapi sama dengan Anak Tuhan, dia terus menjadi imam selamanya. Pandangan Mesianik teks ini nampaknya berdasarkan pada andaian bahawa dia tidak mempunyai genealogi dan bahawa dia bersifat abadi. Jadi dia adalah Mesias. Teks ini mengatakan bahawa dia disamakan dengan Anak Tuhan. Ia tidak mengatakan bahawa dia adalah Anak Tuhan.
Di sini Mesias jelas dicatatkan sebagai seorang imam yang lain, yang menurut aturan Melkisedek. Keimamatan diserahkan bukan melalui penurunan jasmani, tetapi melalui kuasa suatu hidup yang tidak boleh dimusnahkan (lihat Roma 1:4). Maka begitulah, Roh Kudus menyampaikan kuasa pada Melkisedek, sepertimana dengan Abraham serta kesemua patriak, juga Daud, para Hakim dan para Nabi, dan seterusnya kepada para rasul dan umat-umat pilihan. Kepentingan teks itu bukannya terletak pada hakikat bahawa Melkisedek kemungkinannya adalah Mesias tetapi, sebaliknya, ianya lebih penting lagi jika dia bukan.
Zakharia telah diberikan pemahaman, bahawa Malaikat YHVH adalah seorang elohim, dan bahawa keluarga Daud (yang sudah lama mati) akan mengandungi mereka yang sendirinya akan menjadi elohim, sebagai sebahagian daripada keluarga Daud (Zakharia 12:8).
Zakharia telah menulis pada penghujung zaman Alkitab, sebagai salah satu daripada kitab-kitab terakhir yang ditulis (kononnya sekitar tahun 410-413 SM, rujuk Apendeks 77 Companion Bible). Jadi, pemahaman urutan ini tidak berubah selama tempoh pengumpulan teks ini.
Kesimpulan bahawa Mesias adalah Melkisedek, bukanlah pandangan yang dipegang umum oleh Jemaat Tuhan selama dua ribu tahun. Ianya dipegang kumpulan-kumpulan tertentu serta beberapa mazhab-mazhab Yahudi. Nampaknya Mesias bukanlah Melkisedek, tetapi pemberian hidup kekal kepada Melkisedek melalui tugasnya di dalam Roh Kudus, telah disalahfaham. Hakikatnya tidak diperlukan bagi kepercayaan. Peruntukan peranan ini kepada Mesias, mungkin melemahkan hujah perlanjutan keimamatan kepada umat pilihan sebagai elohim, dan bukannya memperkuatkan hal itu. Sememangnya, perbalahan ini bersandar pada andaian sempit satu ayat.
q