Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[130z]

 

 

 

Ringkasan:

Galakan dan Patah Semangat [130z]

(Edisi 1.1 19950812-19980613)

 

Semua orang pada masa-masa tertentu memerlukan galakan. Kita patut menyuarakan pujian serta terima kasih kepada orang lain sentiasa. Alkitab menasihatkan agar kita menyenangkan hati serta memberi galakan antara satu sama lain, sepertimana Tuhan lakukan untuk mereka yang percaya serta menurutNya.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1998  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Galakan dan Patah Semangat [130z]

 


Galakan menolong untuk memberi semangat kepada seseorang untuk melalui keadaan sukar. Ianya boleh menolong untuk meringankan beban seseorang atau mungkin juga mengubah arah hidupnya. Pujian serta galakan akan menolong seseorang itu untuk berkerja dengan lebih kuat lagi serta mencapai lebih banyak lagi.

 

Tuhan menguji kita untuk mengesahkan iman kita ataupun untuk memastikan komitmen kita (Roma 5:4).

 

Membina perwatakan bererti penurutan walaupun pada masa-masa penderitaan (Kejadian 22:12). Tuhan menguji kita di dalam iman kita dengan membiarkan kita dicuba. Antara contohnya adalah Abraham (Kejadian 22:12) dan Ayub (Ayub 2:11-13). Tokoh-tokoh terbesar di dalam sejarah Israel telah berhadapan dengan pelbagai ujian dan memikirkan diri mereka tidak layak untuk tugasannya (Keluaran 4:10; Bilangan 11:11). Elia ketika dia melarikan diri daripada Izebel ke arah padang gurun, telah duduk di bawah suatu pohon arar dan ingin mati (1Raja-raja 19:4). Tuhan telah memberi dorongan kepadanya. Dia telah memberi dia makan melalui burung gagak dan para malaikat. Dia juga telah memperlihatkan kuasa Tuhan kepada Elia (1Raja-raja 19:7-12). Tuhan berkerja dengan suara yang lembut seperti angin sepoi-sepoi bahasa.

 

Satu lagi contoh adalah Yunus. Dia cuba untuk melarikan dirinya daripada tugasnya, sepertimana ramai daripada kita (Yunus 4:3-8). Kesemua ujian-ujian ini berkerja bagi pekerjaan Tuhan. Tidak kira betapa sukar atau apa sebabnya percubaan kita, kita harus terus taat kepada Tuhan. Tuhan tidak akan meninggalkan kita mahupun membiarkan kita (Ibrani 13:5). Dia tidak akan memberikan kepada kita lebih daripada apa yang dapat kita angkat (1Korintus 10:13). Tuhan mengenali segala kelemahan kita, kekuatan, kerisauan, harapan dan kebuntuan. Dia akan menolong kita. Jika Tuhan adalah penyokong kita siapakah yang dapat menentang kita (Roma 8:31).

 

Perasaan-perasaan diri tidak berguna, ketidaklayakan atau kemurungan boleh melanda sesiapapun dengan senang. Daud terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang tidak berperasaan (Mazmur 69:20). Ini adalah alat-alat Iblis. Kita harus prihatin terhadap orang lain dan keprihatinan kita haruslah jelas ditunjukkan. Pada setiap masa, kita harus menghindari sikap-sikap menganggap diri lebih baik daripada orang lain (Roma 12:3-5).

 

Hal-hal kecil adalah yang paling disenangi. Menghantar kad, memberi senyuman, kata-kata lembut atau pelukan atau membuat panggilan telefon, semuanya menunjukkan galakan. Kadangkala sudah cukup untuk hadir di situ. Belajar firman Tuhan adalah sesuatu yang menggalakkan kerana Tuhan sedang berbicara dengan kita (Roma 15:4-5). Kita memerlukan kuasa Roh Kudus (2Korintus 4:16; Ibrani 10:2; Filipi 4:13).

 

Kita harus boleh berkongsi masa-masa yang baik dan yang sukar. Jika seseorang itu sakit, ianya bukanlah kerana Tuhan mengadilinya. Ajaran seperti ini adalah aspek paling melemahkan semangat di antara umat Tuhan. Kita harus berikan pertolongan kita tanpa menghakimi dosa (Roma 12:15; Galatia 6:2; Efesus 4:25). Tiada seorangpun yang harus menghadapi masa-masa yang sukar dengan bersendirian (Ayub 6:14).

 

Tuhan memperlakukan kita dengan cara penuh kasih, menggalakkan serta penuh belas kasihan sungguhpun adanya kekurangan-kekurangan kita. Jadi usaha-usaha kita untuk mendukung orang lain haruslah berciri positif dan meningkatkan semangat (Roma 15:1-2; Filipi 2:1-5). Galakan adalah suatu alat kasih (Yohanes 17:26; 1Yohanes 4:7-8, 12). Kasih sebegini memberi, berkongsi, mendukung serta menyerahkan hidupnya (1Yohanes 3:16-18). Kita harus menggalakkan sesama sendiri setiap hari dan secara berterusan; ianya mempunyai kesan penyembuhan.

 

Mereka yang patah semangat tidak memerlukan kritikan. Cukup senang untuk menghancurkan semangat seseorang dengan kata-kata kita. Kita perlu membuat pilihan yang betul (Amsal 12:25).

 

Daud menemui perlindungan di dalam Tuhan (Mazmur 31:22).

 

Tuhan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan untuk memenangi, namun kita perlu melakukan bahagian kita (1Yohanes 2:15-17). Kita semuanya bergantung pada Tuhan (Filipi 4:11-12). Melalui hubungan kita dengan Kristus, kita mampu berhadapan dengan rintangan-rintangan (Ibrani 13:5-6).

 

Pengajaran Tuhan dibuat di dalam kasih dan belas kasihan (Yeremia 10:24). Tuhan tidak mahu kita gagal. Ianya bukan maksudNya untuk kita tersandung melalui kegagalan (Ibrani 12:2). Tuhan berjanji bahawa kita pasti dapat melalui setiap pencubaan. Kita sepatutnya melepasinya menjadi orang yang lebih baik (1Korintus 10:13).

 

Tuhan kita yang Maha Besar adalah seorang Tuhan yang penuh penghiburan dan jika kita lakukan bahagian kita Dia akan melakukan bahagianNya (2Korintus 1:3-4). Pencubaan-pencubaan tidak terjadi selamanya; semuanya di situ untuk sebab tertentu (1Petrus 1:6-7). Setiap satu kita adalah penting kepada Tuhan (Mazmur 139:13-16). Kita harus mencari Tuhan sewaktu keadaan baik dan buruk. Iblis sungguh-sungguh menginginkan kita gagal. Kita perlu memenuhi fikiran kita dengan Roh Tuhan agar tidak menjadi mangsa kepada keraguan-keraguan yang Iblis cuba terapkan di dalam akal fikiran kita. Kata-kata penghargaan, galakan serta pujian adalah penting bagi perasaan harga diri kita. Kata-kata positif dan penuh kasih dapat memajukan kesihatan yang baik serta penyembuhan emosi (Amsal 12:18; 16:24).

 

Kejayaan kita berpunca daripada iman kita di dalam Tuhan serta pertolongan sesama sendiri di bawah pimpinan Yesus Kristus melalui Roh Kudus.

 

q