Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[131z]
Ringkasan:
Rahsia-rahsia Tuhan [131z]
(Edisi 1.1 19950819-19981214)
Karya ini adalah ringkasan bagaimana Rahsia-rahsia Tuhan dinyatakan kepada umat pilihan serta tanggungjawab-tanggungjawab mereka di bawah Hukum.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Rahsia-rahsia Tuhan [131z]
Roh Kudus memberi pemahaman kepada umat pilihan dan menjadikan mereka pengurus-pengurus Rahsia-rahsia Tuhan (1Korintus 4:1-5). Roh Kudus berkerja dengan seseorang individu itu sebelum pembaptisan (lihat karya Pertaubatan dan Pembaptisan [052]). Dengan pembaptisan Roh Kudus dikaruniakan kepada individu setelah pertaubatan dan timbulnya percaya di dalam Allah Sebenar yang Tunggal.
Pengetahuan Rahsia-rahsia Tuhan tidak terbatas kepada suatu jabatan pelayanan, tetapi sebaliknya kepada individu-individu yang mempamerkan ciri-ciri yang tersenarai di dalam Titus 1:7. Ianya hubungan kita dengan Allah Sebenar yang Tunggal yang menentukan bagaimana Roh Kudus itu akan berkerja dengan kita. Pada mulanya individu diajarkan Rahsia-rahsia Tuhan. Proses ini berterusan dengan individu ini hidup di dalam dunia ini berpandukan hukum-hukum Tuhan dan kemudiannya dipersediakan untuk mengajar dunia Hukum Tuhan.
Inilah yang dimaksudkan Kitab di dalam rujukannya kepada susu dan makanan keras (1Korintus 3:1-23). Kita tidak harus kekal sebagai anak kecil, tetapi sebaliknya berkembang maju hingga mengambil bahagian di dalam makanan keras rohani injil itu (Ibrani 5:5-14). Kita harus bertumbuh di dalam kasih karunia serta pengetahuan. Ianya sesuatu yang tidak boleh diterima untuk menarik diri daripada penatalayanan Tuhan yang hidup selepas pembaptisan (Lukas 9:6).
Perumpamaan Gadis-gadis Bijaksana dan Bodoh adalah berkenaan tanggungjawab kita untuk memperlengkapkan diri kita dengan Roh Kudus sebagai pengantin Kristus (Matius 25:1-13). Perumpamaan Talenta mengikut seterusnya selepas perumpamaan Gadis-gadis itu (Matius 25:14-30). Ia berpusat pada pekerjaan kita di dalam Kerajaan Tuhan. Kedua-dua aspek ini saling berkait.
Apa yang kita lakukan secara individu juga berkait kepada apa yang kita lakukan secara keseluruhan. Tanggungjawab-tanggungjawab adalah fizikal dan rohani. Jika kita tidak menyokong pekerjaan itu maka kita bukan sebahagian daripada pekerjaan tersebut. Jika kita tidak menyokong pekerjaan Tuhan secara kewangan, sejauh mana yang kita mampu, kita merompak Tuhan (Maleakhi 3:7-12). Untuk hal-hal khusus mengenai persepuluhan, lihat karya Pemberian Persepuluhan [161].
Kita harus mengikut kebenaran dan bukannya menjadi pengikut individu-individu tertentu. Kita harus membuang segala macam fitnah, kejahatan, muslihat dan cemburu daripada diri kita (1Petrus 2:1-5).
Kita diseru untuk menjadi produktif serta berbuah (Titus 3:13-14). Pekerjaan Tuhan bukannya milik sebarang manusia (1Korintus 1:29). Kita diminta berjaga-jaga di dalam bagaimana kita membangun pada dasar Tuhan (1Korintus 3:10-15). Setiap orang harus membangun pada dasar Tuhan yang kukuh.
Rahsia-rahsia
Tuhan dinyatakan di dalam peringkat-peringkat
Rahsia-rahsia Tuhan dinyatakan mengikut peringkat-peringkat. Fasa pertama tertumpu kepada pengetahuan mengenai siapa dia Allah Sebenar yang Tunggal. Kita harus faham perhubungan di antara hukum dan dosa serta keperluan pembaptisan dan karunia Tuhan yang menyelamatkan. Sementara kita bertumbuh kita mendapat pemahaman mengenai ‘Rencana Keselamatan’ Tuhan. Kita juga mempelajari fahaman asas mengenai siapa dia Israel rohani dan suatu pemahaman Alkitab secara sejarah. Umumnya, umat-umat pilihan mendapat pengetahuan prinsip-prinsip asas ini sebelum mereka pergi kepada pemahaman lebih dalam mengenai konsep-konsepnya. Ini adalah suatu proses berterusan dan kita menerima pemahaman yang lebih mendalam sementara kita menurut hukum Tuhan (Amsal 16:3).
Fasa primer memberi suatu khabar asas kepada mereka yang bukan anggota. Namun terdapat beberapa aspek yang tidak sesuai diberikan kepada yang bukan anggota kerana ini akan meletakkan mereka di bawah penghakiman sebelum tiba masa mereka. Kita mengetahui perkara ini daripada teladan Kristus yang berbicara melalui perumpamaan-perumpamaan (Matius 13:10-17; Markus 4:10-20). Firman Tuhan juga ditahan daripada mereka yang mungkin menyalahgunakannya (Matius 7:6). Di bawah adalah carta yang meringkaskan fasa-fasa ini:
Fasa
1: Susu
1. Dipanggil kepada pengetahuan asas Alkitab:
a. Idea-idea asas mengenai Ketuhanan. Bapa adalah Allah.
b. Kristus sebagai Mesias di dalam Penjelmaan dan telah mati untuk menyelamatkan orang-orang berdosa.
c. Roh Kudus adalah kuasa Tuhan, melalui siapa kita menjadi satu dengan Tuhan.
2. Pemahaman sejarah Alkitab dan Israel:
a. Para bapa (patriak).
b. Keselamatan fizikal daripada Mesir.
c. Keselamatan rohani di dalam Mesias.
3. Asal-usul serta peranan Nubuatan di dalam
kedua Perjanjian Lama dan Baru:
a. Para Bapa dan Musa sehingga Hakim-hakim.
b. Raja-raja sehingga Nabi-nabi Minor.
c. Nubuatan Perjanjian Baru dari Kristus hingga Wahyu.
4. Kehidupan Kristian:
a. Individu.
b. Keluarga.
c. Masyarakat.
5. Aspek-aspek pertumbuhan di dalam Iman:
a. Tanggungjawab terhadap Tuhan di dalam hubungan-hubungan peribadi.
b. Sokongan terhadap Jemaat di dalam pelayanannya.
Asas-asas ini harus dikuasai sebelum kemajuan sebenar boleh dibuat.
Fasa kedua mengembangkan fasa pertama kepada peringkat lebih tinggi atau lebih dalam di dalam golongan umat pilihan. Kita mendapat pemahaman yang lebih dalam berkenaan Bulan-bulan Baru dan bagaimana perlunya ia di dalam ‘Rencana Tuhan’. Kita mempunyai pemahaman mengenai kedatangan Mesias serta penubuhan milenium itu. Keserasian rohani kepada sejarah Alkitab dipandang bukan saja secara fizikal tetapi juga diaplikasikan secara rohani. Pemahaman mengenai serta perpindahan kuasa dijejak daripada sejarah dan diaplikasikan kepada tanggungjawab para individu serta para bangsa.
Segala yang terkandung di dalam Alkitab ada di situ untuk sesuatu sebab. Ianya tertakhluk kepada setiap individu untuk mempergunakan Roh Kudus Tuhan dan menurut Hukum Tuhan agar dapat memelihara Hukum-hukumNya dengan lebih sempurna lagi serta mendapat pemahaman yang lebih dalam.
Bani surgawi tidak memahami segala hal-hal Tuhan (1Petrus 1:12).
Roh Tuhan akan dicurahkan pada hari-hari terakhir dan Rahsia-rahsia Tuhan akan diterangkan, dan manusia serta Angkatan surgawi akan melihat hikmat Tuhan dipertunjukkan.
q