Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[132z]

 

 

 

Ringkasan:

Bulan-bulan Baru Israel [132z]

(Edisi 2.0 19950826-19990918)

 

Karya ini membincangkan kepentingan rohani Bulan-bulan Baru. Pemeliharaan Bulan-bulan Baru oleh Jemaat selama abad-abad yang sudah juga diteliti.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Bulan-bulan Baru Israel [132z]

 


Jemaat telah memelihara Bulan-bulan Baru selama berabad lamanya dan apa yang disebut sebagai era-era. Jemaat Kerasulan memelihara Bulan-bulan Baru. Kita tahu tanpa ragu-ragu lagi bahawa Jemaat Yerusalem merupakan jemaat pemelihara Sabat sehingga abad keempat. Paulus tidak mungkin membuat pernyataan itu jika pelbagai jenis pemeliharaan itu tidak dipelihara. Bulan-bulan Baru serta Perayaan-perayaan tersebut menjadi lapuk sebelum Persidangan Nicaea. Namun, itu tidak bermakna bahawa mereka tidak dipelihara.

 

Bulan-bulan Baru begitu penting sekali sehinggakan Perayaan Sangkakala-sangkakala tidak disenaraikan di dalam Buku Lagu Sabat Lama di bawah tajuk perayaannya yang tersendiri. Ianya diperlakukan sebagai suatu Bulan Baru. Bulan-bulan Baru biasanya disenaraikan di dalam alkitab menurut kepentingannya selepas Sabat dan sebelum perayaan-perayaan itu (1Tawarikh 23:31; 2 Tawarikh 2:4; 8:13; 31:3; Ezra 3:5; Nehemia 10:33; Yesaya 1:13-14; Yehezkiel 45:17). Di dalam bait sewaktu zaman Salomo dan di dalam setiap pemulihan, Bulan-bulan Baru diperkukuhkan. Tiada sebarang pemulihan yang sempurna tanpanya.

 

Buku lagu syair itu ditulis di dalam bahasa Hungary. Ianya terdiri daripada 102 Lagu; 44 untuk Sabat, 5 untuk Bulan Baru, 11 untuk Paskah dan Roti Tidak Beragi, 6 untuk Perayaan Minggu-minggu, 6 untuk Pondok Daun, 3 untuk Tahun Baru, 1 untuk Pendamaian, dan 26 untuk kegunaan setiap hari.

 

Sama seperti orang-orang Waldenses barat, sewaktu bermulanya [zaman] Reformasi, Jemaat Eropah Timur telah berpecah kepada para pemelihara Sabat dan Hari Minggu. Jemaat Tuhan kemudiannya telah ditentang oleh para Unitarian Hari Minggu ini yang dipergunakan oleh pihak berkuasa. Tarikan kuasa sistem Protestan merupakan sebab utamanya.

Bulan-bulan Baru tertubuh daripada Pentateuch. Tiada perdagangan dilakukan pada Bulan Baru ataupun Sabat (Amos 8:1). Bulan-bulan Baru adalah mustahak bagi rencana keselamatan. Bulan-bulan Baru mewakili urutan korban-korban yang telah disempurnakan, yang menentukan komposisi kumpulan 144,000 itu. Semua ini adalah penting bagi penerangan korban-korban tersebut.

 

Tanpa Bulan-bulan Baru tidak mungkin adanya pemulihan sepenuhnya. Elia akan juga memulihkan semula Bulan-bulan Baru itu (Maleakhi 4:5; Matius 17:10-11). “Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku”, firman TUHAN (Yesaya 66:23). Pemulihan akan bermula sebelum kedatangan Mesias dan akan berterusan sehinggalah bangsa-bangsa telah ditundukkan dan percaya. Jika Hari-hari Kudus sejajar dengan perintah keempat maka begitu jugalah dengan Bulan-bulan Baru. Bulan mempertunjukkan terang dunia di dalam kegelapan yang menguasai. Matahari digunakan untuk menggambarkan Kristus (Maleakhi 4:2).

 

Jasad-jasad langit berbeza darjatnya kerana jasad-jasad tersebut digunakan untuk menggambarkan keadaan-keadaan berlainan (1Korintus 15:40-50). Bulan digunakan untuk menggambarkan Israel sebagai bangsa dan Israel sebagai jemaat. Dia, Israel, akan memerintah sebagai Tuhan (elohim). Israel tumbuh keluar daripada bangsa itu dan menjadi jemaat.

 

Bangsa serta jemaat ini telah dianiaya setelah dia melahirkan anak lelaki tersebut dan dia telah diangkat naik kepada Tuhan dan kepada takhtanya. Malaikat-malaikat di sini merujuk kepada umat pilihan sebagai saudara mereka. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah suatu perhubungan kekeluargaan, yang termasuk angkatan malaikat. Di sini kita melihat bahawa keturunan perempuan itu adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta kesaksian Yesus di mana bangsa di sini menjadi Jemaat dan dengan itu ianya terbuka bagi bangsa lain menjadi sebahagian daripada Israel (Wahyu 12:1-17).

 

Tidak kira apa susunan masa yang terbabit, matahari, bulan, dan bintang-bintang mewakili perempuan yang telah melahirkan Mesias itu dan juga anak-anak perempuan itu yang merupakan Jemaat serta pengantin Mesias. Bulan digunakan untuk menggambarkan bangsa Israel dan juga Jemaat kerana bulan tidak mempunyai terangnya sendiri. Bulan juga simbolik kerana adanya fasa-fasanya. Bulan Baru mewakili permulaan aktiviti setiap kitar (1Raja-raja 44:7; 1Tawarikh 27:1-15; Kejadian 7:1; 8:3-4; Bilangan 20:29; Ulangan 21:13; 34:8; Ester 4:11; Daniel 6:7-13).

 

Bulan-bulannya adalah: 1) Nisan (Mac-April); 2) Iyyar (April–Mei); 3) Sivan (Mei- Jun); 4) Tummuz (Jun-Julai); 5) Ab (Julai-Ogos); 6) Elul (Ogos-September); 7) Tishri (September-Oktober); 8) Marcheshvan (Oktober-November); 9) Chislev (November- December); 10) Tebeth (December-Januari); 11) Shebat (Januari-Februari); 12) Adar (Februari-Mac). Terdapat 12 bulan semuanya, yang umumnya ditentukan mengandungi 30 hari di dalam setahun.

 

Perayaan Paskah memulakan kitar Perayaan-perayaan penanaman. Paskah harus jatuh bersama dengan penuaian pertama. Permulaan tahun adalah bergantung pada lokasi bulan pada waktu ketika penuaian jelai berlaku. Perayaan-perayaan bergantung pada Bulan Baru. Bulan Baru adalah “permulaan bulan lunar, iaitu tempoh waktu antara satu konjunksi dengan yang seterusnya, yang panjangnya telahpun dikira dengan tepat di dalam sekolah-sekolah astronomi” (Judaeus Philo, The Special Laws, II, XXVI, 140, F. H. Colson (Harvard University Press, Cambridge MA, 1937)

 

Tuhan menangani sistem Babilon melalui penubuhan rapi kalendar serta jemaat. Sistem Babilon memulakan tahun dari Tishri. Dari bulan ini, Mesias akan menubuhkan Permulaan yang Baru, yang dilambangkan oleh Perayaan Sangkakala-sangkakala, Hari Pendamaian dan Pondok Daun. Setiap Bulan Baru mewakili fasa dari Mesias melalui setiap Jemaat sehingga kepada kedatangan Mesias pada hari kedatangan itu. Bulan-bulan Baru mewakili Jemaat-jemaat. Tahun diperlakukan agar bermula pada bulan korban, yang diwakili pengorbanan Paskah Mesias. Korban-korban itu adalah: lima puluh dua Sabat, tujuh hari kudus perayaan, dan dua belas Bulan Baru, bersama-sama dengan persembahan Unjukan Berkas (Imamat 23:9-14). Sangkakala-sangkakala adalah korban ganda dua kerana ia Perayaan dan juga Bulan Baru (Bilangan 29:1-6). Hubungan bulan-bulan tersebut kepada Israel adalah tertakhluk pada fungsi bulan interkalari sepertimana ia terjadi dengan dua belas bulan yang lazim. Tanpa Bulan-bulan Baru tidak mungkin adanya pemahaman terperinci mengenai Rencana Keselamatan.\

 

Dengan itu Tuhan adalah Alfa dan Omega iaitu permulaan dan pengakhiran (Wahyu 1:8; 21:6; 22:13). Apa saja yang dilaksanakan Tuhan akan kekal selamanya. Tiada satupun yang dapat ditambah kepadanya mahupun ditolak daripadanya. Tuhan telah menjadikannya begitu agar manusia akan takut pada Dia. Yang sekarang ada dulu sudah ada, dan yang akan ada sudah lama ada; dan Allah mencari yang sudah lalu. (Pengkhotbah 3:14-15).

 

Bulan-bulan Baru teguh selamanya di bawah Mesias dan umat-umat pilihannya.

 

q