Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[134z]
Ringkasan:
Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134z]
(Edisi 3.0 19950909-20000219)
Karya ini membincangkan perihal Eloah sebagai tujuan ibadah. Anak yang merupakan elohim Israel dan Yosua Mesias ditunjukkan dalam konteks alkitabiah yang betul. Penggunaan Yosua dalam Alkitab juga dibincangkan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 1995, 1996, 1998, 2000 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Sarina Derksen, Diedit oleh Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Yosua, Mesias, Anak Tuhan
Ulangan 6:4-5 4 Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! 5 Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu.
Teks ini adalah Shama atau Shâma´ (SHD 8085). Gelaran ini terbit dari perkataan Shama yang bermakna mendengar, iaitu perkataan pertama teks ini. Maksud tersirat mendengar adalah mendengar dan memahami. Kata-kata ini dalam Ibrani yang telah dirumikan adalah:
Shama Y’srael Jehovah Elohinu Jehovah Ehad
Dengarlah, hai orang Israel: Jehovah itu Allah kita, Jehovah itu Esa
Kata Allah yang digunakan dalam terjemahan ini secara umumnya difahami menterjemahkan kata SHD 430 elohim. Bagaimanapun, elohim adalah kata plural, yang juga boleh digunakan dalam bentuk singular. Kata singular untuk Tuhan dan perkataan yang lebih tepat dikaitkan dengan perkataan ini adalah kata singular Eloah. Eloah adalah perkataan singular yang tidak membawa sebarang maksud plural. Eloah adalah Allah Bapa dari Amsal 30:4-5 yang mempunyai seorang anak. Umat pilihan yang memiliki pemahaman dapat mengisytiharkan namaNya.
Nama Tuhan Perjanjian Lama adalah Eloah. Tuhan ini, Eloah, adalah Allah Mahatinggi. Allah Mahatinggi ini tidak tinggal bersama manusia (Kisah 7:48). Kita adalah hamba-hamab Allah Mahatinggi (Kisah 16:17) yang dikenalpasti dari Perjanjian Lama sebagai Tuhan Kaum Bapa (atau Patriak). Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan ini ataupun mendengar suaraNya (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16).
Eloah yang membuatkan namaNya berdiam di Yerusalem (Ezra 6:12). Eloah adalah Allah selaku Pencipta dan Gunung Batu Keselamatan.
Tuhan sebelum permulaan
Tuhan telah wujud sendirian sebelum sesiapa entiti lain. Dia seorangan saja sejak dari mula. Maka, Dia seorang saja yang pra-wujud. Yesaya 43:10.
Sebelum Dia tiada El yang terbentuk dan sesudahNya tiada lagi yang akan terbentuk. Oleh itu, Dia adalah Awal dan Akhir, Alfa dan Omega. Dari Wahyu 1:8, wahyu atau pernyataan yang Tuhan berikan kepada Yesus Kristus, Tuhan mengisytiharkan kepada Kristus bahawa Dia adalah Alfa dan Omega dan Yang Mahakuasa.
Wahyu 1:8 8 "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."
Maka Bapa, sebagai Eloah, adalah Yang Mahakuasa dan merupakan tujuan penciptaan di samping menjadi penciptanya. Dia melanjutkan kebolehan ini kepada Mesias dari kedatangannya (Wahyu 22:13).
Permulaan
Tuhan mula mencipta. Perbuatan pertama penciptaan, melalui pengeluaran, adalah Anak-anakNya yang membentuk golongan elohim. Ini adalah penciptaan rohani. Anak-anak Tuhan ini banyak bilangannya.
Waktu bermula dengan penciptaan bani Syurgawi. Penciptaan fizikal dilaksanakan oleh elohim.
Bintang-bintang Tuhan
Allah Yang Mahatinggi dikenalpasti sebagai Bapa dan pencipta dari Ulangan 32:6. Maka Yang Mahatinggi adalah Bapa dan Anak-anak Tuhan adalah orang tua-tua. Yahovah dalam teks ini adalah Tuhan Israel yang subordinat. Maka, Yahovah merupakan pangkat kuasa yang didapati dari Allah Yang Mahatinggi iaitu Bapa.
Anak yang menjadi Elohim Israel
Israel memahami hubungan elohim lebih tinggi dan lebih rendah ini. Bapa difahamkan sebagai Yang Tinggi atau Allah Yang Mahatinggi. Dia seorang sebagai Eloah, iaitu El segala El. Anak Tuhan yang diurap sebagai Yahovah atau Elohi Israel adalah subordinat (Mazmur 45:6-7).
Entiti di sini adalah Elohim Israel yang kita kenali sebagai Yesus Kristus (Ibrani 1:8-9).
Yosua atau Yesus Kristus Perjanjian Baru
Ianya penting untuk kita memahami apa yang berlaku dalam Perjanjian Baru dan dari mana nama Yesus datang dan apa tujuan yang diinginkan dengan penggunaannya.
Yesus bukanlah nama Yesus Kristus iaitu Mesias. Namanya adalah Yosua atau Joshua dalam bahasa Inggeris, iaitu bukannya sebutan keras J tetapi sebutan lembut J. Nama Yosua sudahpun konsisten dalam penggunaan bahasa Inggerisnya selama beribu-ribu tahun. Ia dipakaikan kepada watak-watak Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Bahasa Yunani Perjanjian Baru menggunakan bentuk-bentuk katanya, yang ditemui dalam terjemahan Septuagint untuk Kitab-kitab Ibrani, yang diterjemahkan di Alexandria kira-kira tiga ratus tahun sebelum Kristus.
Kitab-kitab Septuagint merupakan pencapaian yang agak luarbiasa dan telah diterima sebagai Kitab Suci pada zaman Kristus.
Yosua merupakan nama bagi Kristus Mesias, kerana ia bermakna Keselamatan Tuhan. Maksud nama Mesias adalah: Keselamatan tiba sebagai Anak Tuhan. Keselamatan Tuhan datang dari Tuhan. Itulah signifikans kenapa Mesias harus dinamakan Yahoshua atau Joshua dalam bahasa Inggeris dan kenapa nama Yesus itu menyembunyikan fakta tersebut.
Imam Besar dan Tuhan segala tuhan
Adonim atau Tuhan kita adalah entiti atas segala elohim. Maka dia diperuntukkan sebagai Imam Besar Elohim. Bagaimanapun dia bukanlah Elohim segala elohim. Ini dikhususkan untuk Eloah atau Yahovah Yang Mahatinggi (Mazmur 135:5; 136:2).
Hanya ada seorang Allah Yang Maha Esa seperti yang akan kita lihat. Dia adalah Tuhan yang hidup dan raja kekal. Maka elohim mempunyai berbagai peranan dalam penciptaan itu. Allah Yang Maha Esa mencipta dunia ini dengan kuasa dan kebijaksanaanNya (Yeremia 10:12-13).
Bapa adalah Tuhan Semesta Alam (Maleakhi 1:6). Dia meluaskan kedudukan Kebapaan kepada elohim melalui perlantikan. Yesaya 9:6 melanjutkan Kebapaan tersebut kepada Mesias.
Terdapat banyak Kebapaan (Patria) di langit dan di bumi dan mereka dinamakan sempena nama Bapa (Efesus 3:14).
Penjelmaan (kepada manusia)
Ibrani 1:6 merujuk kepada makhluk sulung yang dibawa ke dalam dunia ini. Entiti ini, yang sulung (prőtotokos) dari segala makhluk dari Kolose 1:15, dikenalpasti sebagai Anak. Anak ini juga adalah prőtotokos Mariam (atau Maria) (Matius 1:25; Lukas 2:7). Anak ini juga adalah prőtotokos antara ramai saudara.
Mesias di sini juga adalah yang sulung dari orang mati. Maka dia adalah permulaan sebagai kepala badan itu. Dalam konteks yang sama ini dia juga adalah permulaan penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14).
Kita tahu dari Yohanes 17:3 dan 1 Yohanes 5:20 bahawa Allah Yang Maha Esa ini adalah Bapa dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya. Allah Yang Maha Esa ini adalah hidup kekal. Hanya dia saja yang abadi (1 Timotius 6:13-16).
Mesias terpaksa meninggalkan kehidupan kekal yang dikaruniakan kepadanya oleh Bapa dan mengambil bentuk manusia. Dia menyerahkan hidupnya dengan perintah dari Bapa dan mengambilnya semula dengan perintah dari Bapa (Yohanes 10:17-18). Maka Tuhan memberikan hidup kepada segala sesuatu.
Tuhan bertindak melalui Anak Tuhan sebagai imam besar yang ditetapkan
Firman Tuhan adalah Anak Tuhan. Ia berada bersama Tuhan sejak dari mula. Ia ada bersama (atau mengarah kepada) Tuhan itu (ton theon) dan ia adalah theos atau elohim. Kita tahu bahawa elohim ini adalah subordinat (dari Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9).
Paulus mengaku bahawa tidak ada Allah (theos) melainkan seorang; namun terdapat banyak allah (theoi) (theoi polloi) dan tuhan (kurioi) di syurga, namun hanya terdapat seorang Allah Bapa dan seorang Tuhan Yesus Kristus (1Korintus 8:5-6; lihat Marshall’s Interlinear).
Ulangan 32:8 menunjukkan bahawa Allah Yang Mahatinggi telah membahagikan semua bangsa.
Perbezaan antara Yahovah Israel yang dipanggil elohim, dan elohimnya yang dipanggil Eloah atau Allah Yang Mahatinggi, Tuhan Semesta Alam, adalah perbezaan yang kehilangan dalam bahasa Inggeris, di mana tiada lagi perkataan lain untuk Tuhan. Maksudnya tidak disampaikan kepada para pembaca.
Mesias akan mewarisi Yehuda sebagai bahagiannya dalam zaman akhir. Dia akan sekali lagi memilih Yerusalem pada kedatangan keduanya.