Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[135z]

 

 

 

 

Ringkasan: Dua Saksi

(Edisi 2.0 19950923-20000708)

 

Karya ini mengisahkan identiti dua saksi itu dan mengajukan satu-satunya sumber identifikasi alkitabiah. Dua alternatif yang mungkin dibincangkan serta pilihan yang membabitkan pengembaraan waktu. Jawapan yang mungkin terabai ini, bagaimanapun, merupakan satu kemungkinan yang penting dan mengasyikkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1997, 2000 Wade Cox)

(Ringkasan oleh Sarina Derksen, Ed. oleh Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Dua Saksi [135z]

 

 


Saksi-saksi ini ialah dua kaki dian yang menghadapi Tuhan bumi ini. Mereka merupakan suatu kuasa rohaniah yang amat kuat. Tiap satunya memegang kaki dian sebagaimana setiap tujuh jemaat memegang kaki dian. Jadi mereka ialah instrumen-instrumen yang amat kuat bagi Tuhan.

 

Mula-mula sekali kami akan menggariskan kemungkinan siapa mereka ini dan akan membincangkan konsep waktu dari 1996, yang menandakan penghujung zaman Bangsa-bangsa. Dari 1996 tempohnya tiga puluh tahun hingga 2026 untuk habis sampai milenium dan zaman iblis setan, dan menyediakan semua bangsa untuk meletakkan mereka kembali bagi tahun tuaian berganda tiga sebelum Yobel 2027-28.

 

Nampaknya sungguh pasti bahawa dua saksi itu akan memulakan nubuatan mereka sepanjang tiga puluh tahun itu. Tempoh saksi-saksi ini diberi sebagai 1,260 hari dan menyamai waktu untuk pelataran luar Bait Suci diinjak-injak, bersama dengan Kota Suci, iaitu Yerusalem. Tugas ini mendahului segera sebelum kedatangan Mesias dan saksi-saksi itu akan dibangkitkan setelah mati secara sah selama tiga setengah hari (Wahyu 11:11-12).

 

Tempoh saksi-saksi ini membabitkan dua nabi yang menyebabkan hujan terhenti selama waktu nubuatan mereka. Saksi-saksi ini bernubuat sambil berkabung selama tiga setengah tahun ini. Mereka tidak boleh dibunuh sehingga mereka menghabiskan tugas mereka (Wahyu 11:5-10). Ini belum pernah berlaku lagi, jadi ia nyata suatu peristiwa pada masa depank.

 

Mereka berdiri di depan ilah bumi ini iaitu Iblis (2 Korintus 4:4) untuk bersaksi menentangnya dan sistem dunia ini. Tiada yang dihakimi melainkan ia dihakimi dua saksi ini. Itulah dalil alkitabiah. Jadi dunia tidak boleh dihakimi melainkan ia dihakimi dua saksi itu. Pada akhir tempoh 6,000 tahun sistem planet ini, Iblis dan iblis setan dihakimi melalui sistem ini.

 

Sebagaimana orang ramai cuba memperlakukan saksi-saksi itu, begitulah mereka akan diperlakukan. Itulah prinsip alkitabiah: bagaimana kamu menghakimi, begitulah kamu akan dihakimi. Dari saksi-saksi itu kita akan menyaksikan pemulihan, yang memulakan sistem penghakiman yang akan dilaksanakan dan dijalankan oleh Mesias pada kedatangannya. Inilah kuasa Elia. Elia mempunyai kuasa untuk memanggil api turun dari langit terhadap para imam ilah-ilah palsu dan mereka yang ingin menyakitinya (2 Raja-raja 1:10-15) atau sememangnya tidak menghormatinya sebagai utusan yang ditetapkan Tuhan (2 Raja-raja 2:23-24).

 

Elia mempunyai kuasa atas segala air (2 Raja-raja 2:19-22) dan atas hujan. Langit ditutup kerana dosa umat itu yang ditunjukkan kedua-dua saksi itu (1 Raja-raja 8:35; lihat Ulangan 11:17). Kuasa Elia ini digunakan dalam beberapa cara dan mempunyai pelbagai kegunaan. Elia menutup langit menurut bicaranya. Elia mengerti bahawa dia mempunyai kuasa atas hujan bahkan boleh menentukan adanya embun di atas tanah atau tidak (1 Raja-raja 17:1). Daripada kuasa yang kita lihat diberikan kepada Elia atas kemarau, api dan cuaca, maka kita boleh rumuskan bahawa saksi-saksi itu mempunyai kuasa Elia seperti dijanjikan daripada Maleakhi 4:5-6.

 

Kuasa nabi ini bukan saja dari segi pelaksanaan keajaiban, tetapi juga mengenai pengukuhan semula hubungan keluarga di atas bumi agar ia dapat diselamatkan. Yohanes Pembaptis merupakan perintis kepada nabi ini namun dia bukan nabi itu (Matius 11:12-14; lihat Yohanes 1:21).

 

Saksi-saksi itu memiliki kuasa untuk memulihkan segala sesuatu di bawah sistem zaman akhir itu (Matius 17:11). Pemulihan ini termasuk Yobel dan Bulan Baru bersama dengan segala struktur Kerajaan Tuhan dan segala pengertian. Tiada satupun guru di atas planet ini yang telah melakukan semua ini setakat ini. Hal-hal ini akan terjadi.

 

Setelah Yohanes Pembaptis menamatkan pelayanannya, waktu itu Kristus mula mengajar. Tuhan tidak memberi Kristus perintah sehingga Yohanes habis. Dengan cara yang sama, Mesias tidak akan datang sehingga saksi-saksi itu selesai.

 

Ada dua alternatif dalam membincangkan saksi-saksi ini.

 

Alternatif pertama adalah jika Elia salah seorang daripada saksi-saksi itu, dia harus disertai seorang lain untuk berada di Yerusalem. Calon paling mungkin boleh ditentukan daripada Kitab Suci. Hanya ada dua orang saja yang telah diangkat sebelum mati daripada penceritaan alkitabiah. Mereka ialah Elia dan Henokh. Jika ini betul, maka nabi Yeremia 4:15 mendahului mereka, kerana kedua-duanya bukan daripada Dan-Efraim sebagaimana nabi itu. Henokh orang pertama yang diangkat. Fungsinya adalah untuk bersaksi kepada generasi sebelum banjir. Seorang diambil daripada sebelah sini banjir itu dan seorang lagi daripada sebelah lain banjir sebab saksi-saksi itu perlu mengembangkan dan menyingkapkan kontinum pemerintahan dan kemusnahan Iblis.

 

Berdasarkan kebenaran Henokh bumi dihakimi dan dibinasakan. Sebab Henokh penting adalah kerana kewujudan prabanjir membabitkan Nefilim, dan kemusnahan bumi sehingga dan melalui banjir itu. Kemusnahan bumi secara mutlak akan terjadi pada akhir tempoh 6,000 tahun. Jadi kita ada satu penghapusan dengan banjir yang diadili bertentangan Henokh.

 

Alternatif kedua adalah, saksi-saksi dalam zaman akhir itu menggunakan kuasa-kuasa Elia yang sama. Pandangan tradisional menyatakan mereka ialah dua nabi dan hidup di planet ini pada hari ini. Pandangan pertama bukan pandangan tradisional.

 

Dua nabi ini muncul dan menggunakan kuasa-kuasa ini, dan dicalonkan sebagai nabi-nabi dalam zaman akhir. Teks ini memperhatikan terdapat dua pohon zaitun dan dua kaki dian berdiri di hadapan tuhan bumi ini (god of the earth). Justeru mereka menghadapi Iblis. Ingat, Iblis berhadapan muka dengan Kristus dahulu. Iblis diadili oleh penghakimannya terhadap Kristus.

 

Salah satu ayat tunggal paling penting dalam Alkitab ialah: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam. Tiada apapun akan terjadi di atas planet ini melalui keperkasaan atau kekuatan atau apa sekalipun besarnya atau kombinasi elemen-elemen ini. Ia akan terjadi melalui Roh Tuhan dan itulah sebabnya kenapa Tuhan akan melaksanakan pekerjaan dalam zaman akhir melalui dua individu, yang berbicara dengan Roh Tuhan.

 

Ada satu lagi aspek Saksi-saksi ini yang meliputi suatu bidang nubuatan dan usaha yang lebih luas lagi daripada dua nabi agung yang berada di Yerusalem pada zaman akhir selama 1,260 hari sambil berkabung. Aspek ini disalah faham dan sering dikelirukan dengan dua individu itu sendiri.

 

Tuhan menamakan Yakub dan Israel sebagai saksi-saksiNya (Yesaya 43:1-13). Perhatikan dalam teks ini bahawa Yakub dan Israel disebut sebagai entiti-entiti berbeza.

 

Seseorang boleh mengatakan bahawa terdapat aspek berganda kepada nubuatan ini yang mana 1,260 hari penganiayaan juga merupakan 1,260 tahun sistem Empayar Roma Suci dari 590 hingga 1850 apabila ia dibubarkan.

 

Kita tahu daripada Yesaya bahawa akan berlaku suatu keluaran besar daripada bangsa-bangsa ke tanah perjanjian pada zaman akhir, yang akan membuatkan keluaran dari Mesir itu tidak lagi diingati. Yesaya 66:18-24 (RSV).

 

Justeru saksi-saksi itu ialah fasa terakhir dalam proses ini dan mereka akan dibunuh sesudah selesai tugas mereka. Ini terlaksana sebahagiannya dengan Mesias dalam mana dia berada tiga hari dan tiga malam di dalam kubur, dan selepas itu menunggu sampai pagi untuk naik sebagai Unjukan berkas.

 

Perkara sama akan berlaku pada akhir zaman. Sebagaimana Kristus dan Yohanes dibunuh kerana kesaksian mereka terhadap Yehuda, begitu juga saksi-saksi zaman akhir itu akan dibunuh. Seluruh dunia akan bertukar hadiah untuk merayakan kematian mereka. Ini tidak mungkin dan tidak boleh dilakukan berhubungan negara Israel dan Jemaat. Sekiranya ya, maka Alkitab tentunya terbatal, namun Alkitab tidak boleh dibatalkan. Yang satu ialah taip kepada yang satu lagi.

 

Jemaat berdiri sebagai saksi terhadap dunia. Kebanyakan umat pilihan Jemaat telah dibunuh kerana iman mereka sepanjang tempoh 1,260 tahun itu. Bagaimanapun, bukan semua telah dibunuh dan bukan semua akan dibunuh pada akhirnya. Dengan cara yang sama, bangsa terus hidup. Sebab Mesias kembali adalah untuk kepentingan umat pilihan.Sekiranya dia tidak kembali apabila Tuhan mempersingkatkan waktu akhir zaman, tiada lagi yang selamat (Matius 24:21-22).

 

Jika umat pilihan semuanya berada dalam Jemaat dan dengan itu dalam kebangkitan pertama, maka tidak penting sama ada waktunya dipendekkan atau tidak. Dia kembali untuk memelihara nyawa mereka yang hidup daripada bangsa itu yang akan masuk ke dalam Milenium jasmaniah sebagai para raja dan para imam jasmaniah agar rencana Tuhan dapat dipenuhi.

 

Kesaksian itu berterusan dan pada akhirnya ia membabitkan dua nabi agung di samping pemikulan tanggungjawab itu oleh Jemaat dan bangsa itu sepanjang abad-abad.

 

Justeru Jemaat dan bangsa bertindak dalam aspek-aspek berikut: daripada kerajaan jasmaniah di Yerusalem kepada Mesias dan kerajaan rohaniah Jemaat dengan kemusnahan Bait Suci jasmaniah; dan daripada 1,260 tahun dari 590 hingga 1850.

 

Mereka merupakan prototaip dua saksi tempoh 1,260 hari terakhir atau tiga setengah tahun sejurus sebelum kedatangan semula Mesias.

 

q