Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[140z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Tujuh Meterai

(Edisi 2.0 19951109-20000825)

 

Karya tulis ini adalah berkenaan dengan tujuh meterai dalam Wahyu. Tujuh meterai ini terdiri daripada empat meterai yang pertama yang juga dikenali dengan empat orang berkuda, meterai yang kelima, juga dirujuk sebagai tribulasi besar, dan kemudian meterai keenam dan ketujuh. Meterai yang ketujuh terdiri daripada tujuh sangkakala. Perkembangan pada meterai-meterai ini disepanjang dua ribu tahun yang lalu akan diteliti dan rentetannya sehingga kedatangan Mesiah akan diberikan.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1999, 2000 Wade Cox)

 

Ringkasan oleh Diane Flanagan, Disunting oleh Wade Cox

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Ringkasan: Tujuh Meterai



Karya ini adalah ringkasan ringkas tentang tujuh meterai. Bagi tinjauan yang lengkap tentang subjek ini, sila rujuk kepada karya tulis Tujuh Meterai (No. 140) bersama dengan carta rentatan masa dan disertai dengan mendengar rakaman suara tentang topik ini.

 

Jangka masa kesukaran Yakub menjangkau sejarah yang panjang. Terdapat peristiwa khusus yang harus terjadi sebelum kedatangan Mesiah. Peristiwa-peristiwa ini harus terjadi dalam rentetannya sebelum peristiwa lain akan terjadi. Dalam senario ini terdapat tiga alternatif bila para saksi akan tiba di planet ini.

 

Mari kita melihat pada permulaan jangka masa yang bermula dengan empat orang berkuda dalam kisah apokalipsi (Wah 6:1 dan ayat-ayat seterusnya). Disini kita melihat Kristus membuka meterai ini. Meterai-meterai ini telah dibuka lama dahulu. Selepas dibuka, ianya terus terbuka, bersifat eksponen dan berkembang bersama dengan masa.

 

Meterai yang pertama adalah penaklukan dan ianya bermula dengan agama yang salah. Seluruh struktur agama di planet ini digambarkan dalam peperangan di sorga. Terdapat beberapa agama salah di planet ini pada masa ini. Iblis secara asalnya dipanggil Lusifer, dan masih menjadi bintang fajar bagi planet ini. Kristus layak menggantikan Iblis, sebagai bintang fajar bagi planet ini, tetapi belum lagi mengambil peranan ini. konsep penggantian Iblis oleh Kristus ini adalah penggantian struktur keagamaan bagi dunia ini, kerajaannya dan sistemnya dengan sistem yang lain dalam kerajaan tersebut. Lihat karya tulis Kerajaan Allah (No. 174).

 

Tuduhan terhadap Jemaat bermula sementara Kristus memberikan kebenaran kepada para nabi, para bapa dan akhirnya kepada orang individu. Seperti agama yang benar pegang, orang menentang terhadapnya oleh warga yang jatuh. Ini akan menyebabkan mereka berarak melawan Mesiah pada zaman akhir nanti. Dari agama yang salah secara, secara logiknya akan diikuti dengan peperangan.

 

Wahyu 6:3-4 menandakan bahawa meterai yang kedua telah dibuka dan kuda merah keluar dan ia dikurniakan untuk mengambil damai dari dunia.

 

Ketika meterai yang pertama dibuka, kita melihat pembahagian yang keluar dari persidangan dalam kurun yang ke-4 dan ke-5. Persidangan Elvia telah membatalkan Sabat. Persidangan Nicaea pada 325 CE bermula untuk mengubah Ketuhanan. Sementara masa berlalu, demikian juga dengan pengubahan dan deskripsi. Empat lagi perkara yang khusus begaimana peristiwa ini berlaku, lihat karya tulis Arianisme dan Separa-Arianisme (No. 167) dan Peperangan Golongan Unitarian/Trinitarian (No. 268). Bagi pemahaman yang lengkap tentang Ketuhanan lihat karya tulis Konsubstansi dengan Bapa (No. 81).

 

Sejarah sistem keagamaan digarisbesarkan dalam teks Mistisisme. Sistem orang Babilon mengambil alih planet ini sama seperti Mesiah katakan akan terjadi. Sekarang kita mempunyai peperangan keagamaan. Sementara perang ini berlaku, orang-orang tersebar dan dianiaya dan meterai yang ketiga akan dibuka. Dari wabak, datang kelaparan dan akhirnya meterai yang keempat yang mematikan. Meterai-meterai ini berterusan dan berlaku secara progresif.

 

Meterai yang kelima yakni Tribulasi besar mempunyai dua aplikasi darinya. Ianya bermula apabila peranga keagamaan bermula. Ia termasuk tribulasi dalam 1260 tahun yang bermula pada 590 CE sehingga 1850 CE yang menandakan pengakhiran Empayar Kudus. Lihat karya tulis Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Firaun yang Patah (No. 36) bagi perinciannya. Meterai yang kelima juga mempunyai aplikasi pada zaman akhir nanti. Lihat karya tulis Penghakiman bagi Pra-Kedatangan (No. 176).

 

Dlam Wahyu 6:5-6 kita melihat bahawa engkau tidak akan merosakkan minyak dan wain itu. Merosakkan minyak dan wain mempunyai maksud spiritual.  Minyak ini merujuk kepada Roh Kudus. Kita adalah minuman persembahan yang dituangkan kepada Tuhan. Sementara kita melalui tribulasi, beberapa daripada umat Allah akan bertahan kesyahidan seperti yang berlaku kepada umat Allah sebelum ini. Tempat selamat kita adalah iman dalam Tuhan dan pengetahuan tentang rencanaNya. Allah akan berkuasa dan rencanNya akan menghasilkan buah. Kita melihat Kitab akan terungkap di depan mata kita sendiri.

 

Tribulasi dalam meterai yang kelima akan disusun semula seperti dalam perayaan Baik Suci pada 1993. Dalam perayaan ini, ianya secara resmi membuka meterai itu semula melalui Papal Encyclical. Morris West mengatakan pada masa itu bahawa encyclical ini secara efektifnya membentuk dasar bagi soal penyelidikan.

 

Wahyu  6:9-10 bercakap tentang mereka yang terbunuh demi Firman Allah yang berseru “... berapa lama lagi sebelum kamu akan menghakimi dan menuntut bela darah kami terhadap mereka yang diam diaas bumi?” Tentu sahaja, sudah ada mereka yang mempunyai jubah putih kerana kesaksian yang mereka tanggung. Namun, beberapa daripada umat pilihan masih perlu menjadi syahid dalam iman bagi saksi dunia ini (lihat Wah 6:11). Selepas agama yang salah didirikan, kebencian dan dendam akan mengikuti.

 

Pernyelidikan yang terakhir telah berlaku dalam negeri Paus di antara 1823 dan 1846. Sejarawan Jesuit yang lalu, Malachi Martin, telah menulis panjang tentang isu ini, dalam Decline dan Fall of the Roman Church (ms. 254-255). Kebanyakannya, ianya ditujukan untuk menghapuskan orang yang sudah menetap disana dibawah apa yang dipanggil Thyatira Era (Era Tiatira) yang menentang sistem Katolik. Akhirnya, ia membawa kepada kemusnahan sistem Katolik itu sendiri dibawah 1,260 tahun, yang mana berakhir pada 1850 yang membubarkan semua kuasa paus dari 1872.

 

Orang Tiatira menanggung beban penganiayaan selama 1260 tahun. Ramai yang mati syahid semasa masa ini. Walaupun jemaat Tiatira masih hidup pada zaman akhir di Eropah, Mesiah tidak akan mengenakan beban yang lebih berat keatas mereka. Mereka telah dianiaya pada masa yang lama. Jubah putih adalah dari mereka yang mati kesyahidan (Wah 3:14-22). Jubah putih ini adalah jubah putih yang sama seperti yang dipakai oleh mereka yang terbunuh kerana firman Allah dan kesaksian yang mereka bawa.

 

Jemaat Laodikia akan melalui api pemurnian supaya beberapa daripada mereka akan diselamatkan. Orang dari jemaat Filadelfia menerima janji menjadi bumbungan dalam Kaabah Allah (Wah 3:11). Mereka adalah bumbungan kerana lebih kuat. Pemahaman dan kebenaran adalah berpusat pada mereka. Mereka telah mengundi dengan kaki mereka dan mengikuti kebenaran dimana sahaja ia dikabarkan.

 

Wahyu 3:10 dianggap bererti satu tempat perlindungan. Teks ini tidak bermaksud demikian. Tetapi ia bermaksud kita mempunyai tangan Allah yang berada diatas diri kita. Matius 10:23 memberitahu kita kita akan melarikan diri dri kota ke kota. Ia tidak menyatakan bahawa kita semua disembunyikan di tempat yang khusus. Tetapi melayani sebagai saksi kepada dunia ini. Kita mempunyai tugas untuk dilakukan.

 

Matlamat Iblis adalah untuk memusnahkan umat pilihan. Iblis sedar umat pilihan adalah nukleus dari struktur milenial. Iblis akan cuba untuk memusnahkan atau melemahkan kita. Satu-satunya perkara yang kita tahu ialah bahawa Kristus akan melindungi kita; bagi orang yang benar, roti dan air adalah pasti.

 

Ianya kerana umat pilihan Mesiah campur tangan. Lihat kepada nubuatan Olivet. Kecuali demi umat pilihan, dunia ini akan dibiarkan dbinasa. Kristus tidak membiarkan sesiapapun sengsara kecuali ia melayani tujuan Allah.

 

Musa memberikan kita contoh. Dia meletakkan dirinya di hadapan Malaikat Tuhan, menyerahkan dirinya untuk dibunuh demi untuk untuk menyelamatkan orang-orang. Kita harus berdoa, berpuasa dan bekerja berterusan untuk menyelamatkan umat. Allah memanggil kita untuk menyediakan diri kita. Ini adalah tanggung jawab kita sekarang.

 

Tribulasi yang besar akan dilalui oleh semua umat pilihan, yakni seluruh Israel. Iblis akan cuba untuk memusnahkan dan melemahkan kita. Kita ditetapkan sebagai imam-imam. Bangsa ini adalah orang kudus. Ianya tanggung jawab kita untuk menyedarkan umat ini bahawa mereka adalah orang kudus dan merendahkan diri mereka serta bertobat di hadapan Allah.

 

Kita tidak melakukan perkara kita sendiri. Semua erkara dilakukan melalui kuasa Roh Kudus Allah. Ia seolah-olah bahawa Roh Kudus akan mematahkan kuasa bangsa-bangsa. Allah akan bekerja melalui manusia yang lemah supaya dunia ini akan sedar bahawa Allah adalah yang berkuasa.

 

Teks mengenai sangkakala dengan jelas memberitahu kita apa yang akan terjadi. Masalahnya adalah orang-orang tidak akan bertobat, walaupun mereka diberikan setiap peluang.

 

Keselamatan kita tidak dihakimi melalui Tribulasi. Kita dibawah melalui tribulasi, dicubai dengan api dan berkembang. Kita akan mengetahui tribulasi ini akan berakhir kerana tanda-tanda sorgawi (Wahyu 6:12). Tanda-tanda sorgawi menandakan pemanggilan kepada komponen terakhir dalam jumlah 144,000 (Wah 7:1-8).

 

Dari Wahyu 7:1-8, kita melihat suku kaum Dan telah hilang. Dan akan timbul bersama dengan Efraim pada zaman akhir nanti. Ianya melayani sebagai komposit dengan suku kaum Yusuf. Dan akan mengambil hak kelahirannya yang dijanjikan dalam Kejadian 49:16-18 sebagai hakim Israel. Denmark dihakimi oleh teladan layanannya kepada Yudah pada Perang Dunia yang Kedua.

 

Jumlah 144,000 telah dimeterai supaya nombor khusus ini membuat kerajaan Allah. Wahyu 7:9-17 bercakap tentang orang yang sangat ramai. Kristus tidak mahu orang yang lemah hatinya. Kita harus lebih takut kepada Allah daripada manusia sendiri. Kita disediakan untuk membantu orang yang ramai ini supaya Kristus boleh mengaturnya sebelum kedatangannya.

 

Wahyu 8:1 memberitahu kita terdapat keheningan di sorga selama satu jam.

 

Apabila Mesiah datang dia akan menangani semua bahagian dunia yang mempunyai tanda binatang. Dia akan menakluki bangsa-bangsa ini. Dia akan sediakan semuanya untuk memulakan milenium dengan baik.

 

q