Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[142z]
Ringkasan:
Kejatuhan Yerikho
(Edisi 2.0 19951109-20000710)
Karya ini membincangkan implikasi nubuatan kejatuhan Yerikho dan menjelaskan bagaimana urutan tujuh meterai; dan tujuh sangkakala, dengan tujuh cawan kemurkaan Tuhan digambarkan lebih dahulu dalam kisah Yerikho. Signifikans cerita Rahab ditunjukkan menggambarkan pengubahan bangsa-bangsa dan menunjuk kepada Mesias sebagai pemerintah bangsa-bangsa.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)
(Ringkasan ed. Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Kejatuhan Yerikho [142z]
Kitab Yosua mengisahkan penubuhan
Israel sebagai satu bangsa dalam negerinya sendiri. Ada persamaan dengan Kitab
Wahyu, pemulihan zaman akhir, dan kejatuhan Yerikho.
Yosua 1:1 menunjukkan Musa sebagai
seorang hamba Tuhan. Kristus seorang anak Tuhan. Yosua ialah pelayan Musa dan
Kristus merupakan pelayan Tuhan.
Musa dikabungi selama tiga puluh
hari sebelum bangsa Israel memasuki tanah perjanjian itu, yang ditentukan Tuhan
dari sungai Efrat hingga laut barat dan sampai Mesir. Ini tidak memperkatakan
sempadan-sempadan Israel moden (Yosua 1:4).
Tuhan menjanjikan Yosua penjagaan
dan kekuatan yang pasti. Ini merupakan janji berterusan kepada para panglima
Israel, bergantung pada ketaatan mereka kepada hukum Tuhan (Yosua 1:5-7). Taati
hukum dan kita akan berjaya. Kegagalan ialah hasil daripada meninggalkan hukum
itu, dan ini dijelaskan semuanya dalam Ulangan 28 – segala berkat dan sumpahan.
Bila saja pemimpin-pemimpin Israel ingkar, bangsa ini ditindas oleh yang lain.
Ketahuilah tentang malang berterusan UK, AS dan Australia sejak Perang Dunia 2,
dari segi ekonomi, sosial, kehilangan empayar, hutang negara yang amat besar
dan toleransi terhadap kejahatan yang berpura-pura sebagai kebenaran. Kejayaan
tidak lagi terjamin (Yosua 1:8-9). Tuhan memerintah Yosua untuk tetap kuat dan
berani ketika membantunya. Yosua orang Efraim dan Efraim dituntut supaya kuat.
Umat pilihan Tuhan wujud dalam bangsa Israel dan harus berdoa untuk bangsa
kita. Sekiranya bangsa takut akan Tuhan dan mentaati HukumNya mereka akan
berjaya.
Ruben, Gad dan separuh suku Manasye
mewarisi tanah di luar sempadan Israel (Yosua 1:10-15; Bilangan 32). Konsepnya
adalah tanah di timur Sungai Yordan juga sebahagian daripada pusaka Israel, dan
suku-suku ini akan diberi perhentian mereka sebelum perhentian untuk sisa
bangsa Israel di bawah Mesias. Pengukuhan negeri ini berlaku sebelum
penyelamatan Yehuda (Zakharia 12:1 dan seterusnya). Ini bererti suku-suku ini
menyediakan orang untuk tentera Mesias dalam penubuhan Kerajaan di Yerusalem.
Tentang luasnya tanah itu, ia hanya spekulasi, namun janji itu diberikan.
Ketaatan kepada pemimpin bangsa
adalah paling penting, selagi pemimpin itu mentaati hukum-hukum Tuhan, dan
merupakan alatNya (Yosua 1:16-18). Justeru kita mengikut Kristus, yang taat
sepenuhnya kepada Bapa (Filipi 2:8). Yosua mengutus pengintip untuk meninjau
tanah di barat Yordan, khususnya Yerikho (Yosua 2:1). Nama Yerikho bererti Kota
Bulan. Bulan sebagai watak lelaki merupakan pusat ibadah di seluruh Timur
Tengah.
Konsep pengutusan dua lelaki ke
Yerikho menggenapi hukum mendapat bukti daripada mulut dua saksi (Yosua 2:2-5).
Dalam Wahyu 11 juga, kita ada dua saksi yang mengajar kepada dunia dan
mempunyai kuasa Tuhan. Rahab seorang perempuan sundal bangsa lain dan Kristus
merupakan keturunan langsung (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)).
Rahab telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada sistem Tuhan. Dia
sedia melindungi hamba-hamba Tuhan, meskipun mungkin akhirnya ada permintaan
gantirugi daripada Tuannya sendiri. Inilah tuntutan kita juga, untuk melindungi
dan menghulurkan keselamatan kepada orang lain melalui pengertian.
Rahab mengerti bahawa Israel akan
mengambil alih negeri itu dan dia meminta perjanjian dengan orang-orang itu
(Yosua 2:6-14). Kita menghulurkan perjanjian ini kepada bangsa-bangsa.
Perumpamaan domba dan kambing dalam Matius 25:31-46 mengisahkan mereka yang
baik hati kepada umat pilihan, agar bangsa-bangsa mengerti mereka dihakimi oleh
cara mereka melayani umat Tuhan.
Tali kirmizi, yang menandakan
kediaman Rahab pada hari serbuan melambangkan darah yang dilumur pada
pintu-pintu rumah orang Israel pada malam Paskah (Yosua 2:15-19). Perintahnya
adalah untuk terus berada di dalam rumah bersama keluarga, dan dengan itu
keselamatan dihulurkan kepada bangsa-bangsa yang akan dibawa ke dalam Israel
dan dilindungi di bawah darah perjanjian lama dan rahmat Kristus yang
menyelamatkan dalam perjanjian baru.
Rahab berjanji untuk berpegang
dengan perjanjian itu dan orang-orang itu berangkat ke pergunungan
menyembunyikan diri selama tiga hari (Yosua 2:20-23). Konsepnya adalah, Kristus
dalam kubur selama tiga hari dan tiga malam dan dua saksi yang terbaring mati
di jalan Yerusalem pada zaman akhir. Aktiviti-aktiviti seterusnya menunjukkan
tabut, yang mewakili kuasa Tuhan, yang akan mara ke depan untuk menundukkan
dunia pada kedatangan Kristus.
Penyeberangan melalui bendungan air
Yordan mewakili baptisan Israel (Yosua 3:5-13). Air pertama membawa Israel dari
Mesir ke dalam padang gurun selama empat puluh tahun dan ini mewakili 2000
tahun jemaat dalam dunia sejak kedatangan pertama Kristus. Air kedua membawa
Israel ke dalam tanah perjanjian, dan ini melambangkan kedatangan kedua
Kristus, apabila Israel rohaniah dinyatakan. Harus diperhatikan bahawa Elia dan
Elisa juga melakukan pemisahan air Yordan (2 Raja-raja 2:8-10).
Yordan banjir pada waktu menuai
(Yosua 3:14-15) melambangkan kesengsaraan dan kesukaran yang meliputi tuaian
jemaat pada kedatangan Kristus (Yosua 3:16-17). Tanggungjawab keimamatan adalah
untuk melindungi bangsa, dan menyediakan bangsa untuk menerima pusakanya.
Bagaimana mungkin hal ini terjadi di bawah sistem palsu Kekristianan aliran
umum, yang para imamnya tidak mengetahui rencana keselamatan sebenar Tuhan?
Dua belas batu dipilih, juga dua
belas rasul yang menjadi hakim-hakim, justeru dua puluh empat, yang merupakan
tua-tua dengan Kristus di sekeliling takhta Tuhan (Yosua 4:1-8; Wahyu 4:1-4).
Dua belas batu lagi diletakkan dalam Yordan (Yosua 4:9). DSS dan penulis Judaic
lain menganggap batu-batu ini melambangkan 12 bintang malaikat derhaka, yang
tidak akan memasuki kerajaan itu pada waktu pemulihan. Para imam melakukan
tugas mereka dan seluruh Israel menyeberang ke dalam Tanah Perjanjian (Yosua
4:10). Imam-imam itu harus tidak gagal jika tidak ada antara umat pilihan Tuhan
akan gagal. Tanggal sepuluh bulan pertama ialah waktu Israel menyeberang (Yosua
4:11-24). Anak domba Paskah juga disampingkan pada hari ini dan Mesias memasuki
Yerusalem dengan kemenangan. Yosua menegakkan 12 batu di Gilgal, yang bererti
menggulingkan, dan Kristus (Yehoshua), menggulingkan dosa-dosa dunia.
Semua kaum lelaki Israel disunat
(Yosua 5:1-8). Mereka melambangkan keturunan akhir sebelum pemulihan, dan Tuhan
sebagai pisau batu akan menyunatkan dari segi rohani hati mereka yang memasuki
kerajaan itu pada akhir zaman. Celaan kengerian dan keingkaran selama 2000
tahun akan diguling lenyap dengan kedatangan Kristus (Yosua 5:9). Umat itu
memakan buah tanah perjanjian, sesudah 40 tahun diberi makan oleh Tuhan dalam
bentuk manna (Yosua 5:10-12). Umat Tuhan telah disuap dengan firman Tuhan
selama 2000 tahun akhir dalam padang gurun. Apabila Kristus memulihkan planet
ini di bawah hukum-hukum BapaNya, kita semua akan memakan buah sistem milenium
itu. Yosua mengenali Yesus Kristus sebagai panglima bala tentera Tuhan. Dia
jugalah hadirat Tuhan dan justeru Tuhan secara delegasi, jadi Yosua sujud
menyembah di hadapanNya (Yosua 5:13-15).
Semua peredaran mengelilingi
Yerikho ini berkaitan dengan meterai, sangkakala, dan cawan kemurkaan Tuhan
dalam Wahyu, dan sorakan kuat kepala malaikat apabila Kristus datang untuk
mengambil alih dunia ini dan merobohkan benteng-benteng Iblis (Yosua 6:1-5).
Tujuh imam yang membawa tujuh
sangkakala melambangkan tujuh malaikat daripada tujuh zaman jemaat, yang
menarik keluar umat Tuhan dan menyediakan mereka untuk milenium yang menjelang
(Yosua 6:6-7). Orang Asyur (iaitu kuasa utara dan sistem Babel zaman akhir)
dibinasakan. Sistem palsu Yakub juga dibinasakan, dan tiada daripada
kerajaan-kerajaan dunia sekarang akan dibawa masuk ke dalam pemerintahan
milenium Kristus (Mikha 5:5-14).
Asalnya Tabut Perjanjian
mengandungi tongkat Harun, menandakan wewenang keimamatan, manna, dan loh-loh
batu hukum. Tabut mendahului Israel untuk menandakan kita telah mengikut hukum
Tuhan selama 40 tahun dalam padang gurun, iaitu empat puluh yobel atau 2000
tahun sejak kedatangan pertama Kristus (Yosua 6:8-9. Umatnya telah sentiasa
mengikut hukum Tuhan.
Rahsia-rahsia Tuhan disembunyikan
daripada manusia hingga akhir zaman bila Tuhan menyatakannya kepada jemaat dan
angkatan syurgawi. Ada perubahan dalam urutan Tabut. Pada peringkat ini ia
dilindungi, depan dan belakang, dan bererti hukum Tuhan berada di bawah
penjagaan dan perlindungan umat pilihan dan tidak dikeluarkan daripada
konsep-konsep jemaat dan bangsa (Yosua 6:10-14). Mana-mana jemaat yang
membatalkan tanggungjawab ini bukan lagi jemaat Tuhan tetapi agama palsu.
Sangkakala ketujuh dan sorakan itu
mengumumkan pembinasaan di bawah cawan-cawan kemurkaan Tuhan Mahakuasa (Yosua
6:15-17). Semua benda logam yang bernilai diambil dan digunakan dalam pelayanan
Tuhan (Yosua 6:18-19). Sama seperti itu, segala logam senjata yang digunakan
dalam perang Harmagedon akan dipecahkan, menyediakan bahan sumber untuk Israel
dalam pendirian kerajaan itu.
Pembinasaan sistem dunia adalah
lengkap, dan hanya mereka yang dapat digunakan untuk membangunkan sistem baru
itu diselamatkan (Yosua 6:20-21). Rumah Rahab, dibina dalam tembok di sekeliling
Yerikho diselamatkan sepenuhnya dan ini suatu keajaiban Tuhan (Yosua 6:22).
Konsep ‘tempat selamat’ adalah di mana saja Tuhan meletakkan tanganNya pada
kita, walaupun berlaku kemusnahan lengkap di sekeliling. Makan dan minum kita
terjamin (Yesaya 33:16), sehingga Mesias menjejakkan kakiNya di atas Bukit
Zaitun dan kita akan bersama denganNya. Tiada kedamaian untuk Yerikho. Apa
sekalipun perjanjian damai akan gagal (Yosua 6:23-27). Akhan mengingkari
perintah yang diberikan, untuk meninggalkan sebarang rampasan daripada
kemusnahan itu. Dia seorang Yahudi dan ini melambangkan penyesatan hukum-hukum
Tuhan oleh Yehuda (Yosua 7:1). Namun Yehuda akan diselamatkan pada zaman akhir
jadi tiada yang boleh berbangga terhadapnya.
Kumpulan lelaki diutus untuk mengintip
tanah di sekeliling (Yosua 7:2). Dalam waktu pemulihan dan milenium kita akan
keluar dan memimpin orang kepada pengertian betul, bangsa demi bangsa, dan
dunia akan diduduki dengan damai selama 1000 tahun di bawah pemerintahan
Kristus, yang berdasarkan hukum-hukum Tuhan.
q