Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[143z]

 

 

 

 

Ringkasan:

Kebangkitan Orang Mati

(Edisi 2.3 19940927-20000926)

 

Karya tulis ini adalah berkenaan dengan kebangkitan orang mati yang kedua dan identifikasi golongan Nephilim serta pengecualiaan mereka dari menerima kebangkitan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 2000 Wade Cox)

(Summary ed. by Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

Ringkasan: Kebangkitan Orang Mati [143z]



Karya tulis ini adalah berkenaan dengan dua kebangkitan bagi orang mati. Yang pertama adalah pada waktu kedatangan Kristus apabila Dia mengambil umatnya yang mati dari penciptaan, dan mereka yang masih hidup pada masa kedatangannya. Yang kedua adalah pada penghujung Milenium bagi kebangkitan orang mati yang lainnya.

 

Namun dalam Yesaya 26:13-14 menyatakan bahawa ada beberapa orang yang tidak akan bangkit. Kita lihat bahawa ini merujuk kepada  penciptaan pra-Adam, yakni humanoid yang tidak mengongsikan Roh Allah, dan tidak akan dibangkitkan.

 

Hari Akhir yang Besar adalah satu bentuk Perayaan, dan berlaku selepas penutupan tujuh hari Perayaan Bait Suci. Perayaan Allah menunjukkan Rencana Allah bagi Keselamatan bagi semua umat manusia. Perayaan Bait Suci mewakili Milenium – satu jangka masa keadilan yang diperintah dibawah Kristus dan Umat kudusNya. Hari Akhir yang Besar mewakili Penghakiman Takta Putih, dan merupakan proses akhir perdamaian planet ini dengan Allah.

 

Yesaya 26:3-14 bercakap tentang golongan Rephaim atau Nephilim (diterjemahkan “mati” atau “berhenti”) yang tidak akan bangkit, Allah telah memusnahkan mereka, dan mereka tidak tersenarai dalam memori Allah. Mereka telah diasingkan dari penciptaan golongan Adam dan dikecualikan dari kebangkitan.

 

“Rephaim” adalah kata nama khas, dan harus diterjemahkan sedemikian. Tetapi golongan Trinitarian menggunakan “mati” atau “gergasi” untuk mengaburi pemahaman umat manusia yang dikaitkan dengan anak-anak Allah yang banyak – Warga spiritual, Warga yang jatuh, dan umat manusia. Objek mereka adalah untuk memprosmosikan idea bahawa hanya Kristus sahaja Anak Allah. Anggapan ini jelas disangkal dalam Ayub 38:6-7, pada masa penciptaan bumi. Alkitab ini telah diselewengkan akibat dari dalil Augustine tentang Kejadian 6:4 dalam karyanya “The City of God” (Kota Allah).

 

Keturunan fornikasi ini adalah makluk manusia bawahan secara genetiknya, dan sisa mereka (yang bertarikh ribuan tahun dahulu) masih lagi digali diseluruh dunia sehingga hari ini. Ini membuat Kekristianan kelihatan bodoh, sekiranya ianya hanya dianuti dalam jangka masa 6,000-tahun di bumi ini.

 

Ini adalah nasib yang tidak baik, tetapi direncanakan, dan buktinya ada bagi manusia pra-Adam. Adakah Alkitab mengesahkan perkara ini? Ya. Kesaksian Alkitab adalah bahawa terdapat manusia raksasa di bumi pada zaman itu dan selepas itu. Hasil kajian DNA terhadap golongan humanoid belum lagi diterbitkan.

 

Bukti menandakan bahawa golongan Nephilim/Rephaim tidak lagi wujud, yang mana telah dihapuskan sewaktu air Bah. Henok digunakan sebagai standar terhadap masyarakat yang dihakimi, dan Nuh adalah alat yang digunakan bagi pemusnahan itu. Semua manusia yang hidup sekarang adalah dari asal ciptaan Adam, dan semuanya akan menghadapi kebangkitan dan penghakiman.

 

Dari Yesaya 26:13-14 dan seterusnya kebangkitan bagi umat manusia mengikuti jangka masa (Yes 26:15-18). Israel, umat pilihan Allah bertambah, tetapi tidak membawa kepada pembebasan, dan mereka juga tidak menyakinkan orang bukan Yahudi untuk menerima hukum, dan mereka tidak menyelamatkan dunia ini. Yang mana, umat pilihan, Jemaat Allah dan bangsa pilihan telah gagal, dan ini membawa jangka masa ini kepada kesudahannya.

 

Yesaya 26:19-21: Perbezaan disini dibuat bahawa “orang yang mati akan hidup”, sebagai sangkalan kepada golongan humanoid dari ayat 13 dan 14. ayat-ayat dari 13-21 merangkumi jangka masa sejarah, termasuk istilah yang disebut “masa bagi orang bukan Yahudi.”

 

Ayat 20 – penutupan pintu merujuk kepada Matius 25:1 dan ayat-ayat seterusnya, yakni orang yang bijak akan masuk dan pintu akan ditutup (Wah 14:4). Mereka yang memasuki pintu Kerajaan Allah akan menjadi Kaabah Allah. Jangka masa ini berterusan disepanjang Hari Tuhan atau Milenium, dan kepada Hari Penghakiman, apabila “bumi menyingkap darahnya dan tidak lagi melindungi mangsanya” (Wah 20:4-6, 11-13).

 

Keadaan orang yang mati diistilahkan sebagai “tidur” (lihat Mat 9:24; Luk 8:52; Yoh 11:11) dan banyak lagi.

 

Orang yang mati adalah berdiam – Mazmur 115:17

 

Orang yang mati adalah kegelapan – Mazmur 143:3

 

Tidak ada jiwa yang berkekalan.

 

Orang yang mati tidak tahu apa-apa – Pengkhotbah 9:5

 

Satu perkara yang akan terjadi kepada semua orang – mereka akan mati – Pengkhotbah 9:3

 

Manusia dan binatang – Pengkhotbah 3:19 – satu perkara akan menimpa mereka; sekiranya satu mati yang satu juga akan mati. Lihat juga Mazmur 49:12.

 

Untuk menguatkan ketidakwujudan jiwa yang hidup selepas mati – Ayub 34:14-15: “Jikalau ia menarik kembali Rohnya, dan mengembalikan nafasnya kepadanya, maka binasalah segala-galanya bersama-sama segala yang hidup dan kembalilah manusia kepada debu”.

 

Lihat Mazmur 88:10,11 kerana kasih Allah yang telah dinyatakan dalam kebangkitan orang yang mati.

 

Ayub 19:25: Ayub yakin dia akan hidup di dunia ini semula. Kristus telah membangkitkan orang yang mati supaya kita akan mengetahui bahawa Dua adalah Mesiah (Mat 11:45). Lazarus adalah satu contoh kuasa ini (Yoh 11:11). Ramai yang telah bangkit sewaktu dia disalibkan. Tradisi mengatakan semua mereka terbunuh.

 

1 Korintus  15 dipanggil sebagai bab kebangkitan. Saudara seiman akan dihidupkan semasa kedatangan Kristus, dan diubah kepada tubuh spiritual. Lihat juga 1 Tesalonika 4:13-15-17. Umta kudus ini akan memerintah bersama dengan Kristus selama 1000 tahun (Wah 20:4-6). Hukum Allah akan dikuatkuasakan bersama dengan tongkat besi (Wah 2:26-27).

 

Tidak ganas, tetapi tidak lemah, seperti satu penyokong – satbil, kuat dan boleh dipercayai.

 

Semua umat manudia yang lain akan takluk kepada sistem latihan kebenaran, dan ia dijangkakan bahawa semuanya akan diselamatkan kerana Allah tidak mahu ada orang yang binasas (2 Pet 3:9). Bagaimana pun, sekiranya ada orang yang tidak bertobat selepas latihan itu, mereka akan dibiarkan mati, dan tubuh mereka akan dibinasakan dalam api Gehena. Tidak ada seksaan yang dilengahkan dalam api neraka. Orang yang jahat, selepas penghakiman akan mati, tubuh mereka akan dibinasakan dan ia tidak akan wujud lagi. Kematian ini adalah kekal, dan merupakan lawan kepada kehidupan kekal.

 

Pemerintahan umat kudus semasa Milenium akan menjadi standar dimana pemerintahan keatas iblis dihakimi. Iblis sebagai makluk roh, akan dihakimi

 

Allah adalah adil dan mengasihi, dan semua umat manusia akan diberikan masa untuk belajar menuju kepada kehidupan kekal, jadi warga yang jatuh dan Iblis akan dikurangkan kepada sifat manusia fizikal, bagi jangka masa pembelajaran mereka. Semua orang jahat yang tidak bertobat akan dimusnahkan.

 

Kemudian rencana keselamatan akan dilengkapkan dalam fasa ini, dan fasa seterusnya dalam penciptaan akan diteruskan dibawah perintah Allah.

 

q