Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[144z]
Ringkasan:
Kerajaan Abadi Tuhan
(Edisi 2.1 19951124-20001021)
Karya ini membincangkan hasil akhir dan objektif rencana keselamatan. Pergerakan Tuhan ke sistem planet ini memerlukan penyusunan semula struktur pentadbiran alam semesta.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1999, 2000 Wade Cox)
(Ringkasan diedit oleh Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Kerajaan Abadi Tuhan [144z]
Tujuan Kerajaan Tuhan adalah untuk
mengembalikan dunia ini dan alam semesta kepada keadaan sebelum penderhakaan
angkatan malaikat.
Kita berada di hujung 6,000 tahun
kuasa Iblis. Fasa berikutnya ialah 1,000 tahun milenium.
Struktur milenium merupakan satu
waktu perhentian yang khusus, iaitu suatu proses pekerjaan berterusan untuk
keimamatan. Milenium bukan satu perhentian dalam mana pekerjaan berhenti.
Itulah waktunya pekerjaan kita bermula.
Perhentian Sabat bukan perhentian
daripada aktiviti. Ia perhentian daripada kerja. Lebih banyak kerja dilakukan
oleh para imam pada Sabat, daripada bila-bila masa dalam minggu.
Sewaktu milenium keimamatan
menyediakan planet untuk ibadah Tuhan. Yesus Kristus akan membinasakan semua
yang bertentangan dengan kehendak Tuhan. Waktu ini ialah seribu tahun
pemerintahan adil. Dia kemudiannya menyerahkannya kembali kepada Tuhan (1
Korintus 15:24-25).
Maut tidak akan wujud lagi (1
Korintus 15:26). Kita dianugerahkan hidup kekal (keabadian) daripada Tuhan yang
memberi semua hidup. Kita semua akan hidup sebagai roh-roh dan mempunyai
kewujudan yang berterusan. Umat pilihan menerima hidup ini daripada Kebangkitan
Pertama namun seluruh umat manusia menerimanya daripada Kebangkitan Kedua.
Tuhan meletakkan segala sesuatu di
bawah Kristus. Itu tidak bererti Dia. Tuhan tidak meletakkan Kristus atas
diriNya tetapi atas segala ciptaan (1 Korintus 15:27).
Anak tunduk kepada Bapa, jadi
Kristus tidak setara dengan Bapa (1 Korintus 15:28). Roh Kudus ialah cara
dengan apa Kristus mencapai kuasa dan wewenang dan adalah satu dengan Tuhan.
Kristus tidak mencipta Roh Kudus. Kita waris bersama dengan Yesus Kristus
kepada kuasa Tuhan. Roh Kudus hanya berasal daripada Bapa dan memberi kuasa
kepada semua anak Tuhan.
Apabila Kerajaan diserahkan kepada
Tuhan Dia akan datang ke sini dan memindahkan pentadbiran alam semesta ke sini.
Akhirnya seluruh bumi akan dipenuhi kemuliaanNya (Yesaya 6:3). Tuhan dan Anak
Domba itu akan menjadi cahaya sistem ini (Wahyu 21:23).
Struktur pentadbiran itu akan
mentadbir daripada Yerusalem, namun akan ada langit baru dan bumi baru (Yesaya
65:17-18). Dua kemusnahan planet ini akan berlaku oleh sebab aktiviti manusia.
Kemusnahan pertama akan belaku pada akhir zaman ini sebelum permulaan Milenium.
Perang dan kemusnahan berikutnya selepas itu akan berlaku pada akhir sistem
Milenium. Dalam penciptaan semula di bawah Yerusalem Baru semua laut akan
ditiadakan (Wahyu 21:1). Ciptaan akan dimusnahkan oleh api dan setiap kesan
pendudukan manusia akan dilenyapkan.
Bulan Baru, Sabat dan Hari Raya
kekal sebagai waktu-waktu ibadah yang diperintahkan sepanjang seluruh struktur
itu (Yesaya 66:22-23).
Angkatan-angkatan syurgawi dan
duniawi bersatu. Kota Tuhan turun dari langit dan kita menjadikan bait itu,
yang duduk di dalam kota Tuhan (Wahyu 21:2-5). Seluruh Kota Tuhan merupakan
sebuah bangunan rohaniah. Ia tempat di mana Tuhan tinggal dalam kita dan kita
yang di dalam Kota Tuhan dikelilingi oleh dan setara dengan para malaikat. Kita
semua menjadi batu bata Kota Tuhan (lihat karya Kota Tuhan (No.
180)). Tuhan ada dalam setiap kita dan kita akan menjadi seperti elohim
(Zakharia 12:8).
Roh mengalir keluar seperti sungai
ke kota itu dan seluruh kota itu diairkan daripada bait, iaitu Tuhan. Kita
semua disediakan untuk mengahwini Yesus Kristus untuk membawa kita ke dalam
sistem itu. Kita semua akan menjadi pengantin Kristus dan anak-anak Tuhan.
Yesus Kristus akan membuat peraturan-peraturan baru dan wewenang baru.
Seluruh umat manusia akan berada di
bawah sistem itu. Kita akan menjadi sedarjat dengan angkatan rohaniah. Kita
akan dapat menyingkap sejarah manusia dan segala rahsia Tuhan, yang kita akan
fahami.
Tuhan sama sekali melenyapkan
segala derita dan kesakitan. Seluruh konsep kematian dan kelemahan dilenyapkan
sama sekali (Wahyu 21:4). Semua akan sihat secara mental dan jasmaniah. Tuhan
tidak merencana supaya planet ini dimusnahkan.
Tuhan ialah Alfa dan Omega (Wahyu
21:6). Tiada Tuhan sebelumNya dan tiada Tuhan selepasNya. Dia sendirian Allah
Maha Esa daripada Yohanes 17:3.
Kita semua akan menjadi anak-anak
Tuhan yang berkuasa daripada kebangkitan kita dari antara orang mati (Wahyu
21:7). Dengan cara yang sama Yesus Kristus menjadi Anak Tuhan yang berkuasa,
daripada kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4). Tuhan menjadikan
Yesus Kristus sebagai permulaan ciptaan dan pengakhirannya dan hasil akhirnya (Kolose
1:16).
Tuhan ialah permulaan (Alfa) dan
Dia mencipta Kristus dan elohim dan Angkatan Malaikat dan semua yang lain.
Dengan kehendakNya segala sesuatu wujud dan tercipta (Wahyu 4:11). Dia juga
ialah Omega dari segi bahawa melalui Roh Kudus Dia akan menjadi semua dalam
semua.
Jika kita tidak mengatasi dosa
dalam kebangkitan pertama dan kedua kita menghadapi kematian kedua (Wahyu
21:8).
Dua belas pintu gerbang ialah
nama-nama dua belas suku Israel dan hakim-hakim dua belas suku ialah dasar kota
itu (Wahyu 21:12-14). Hakim-hakim ini tidak diletakkan di atas tetapi di bawah
para rasul, agar mereka dapat berdiri atas mereka. Israel berdiri atas dua
belas rasul itu sebagai dasar-dasar.
Manusia menggantikan angkatan
derhaka dan mengambil kedudukan-kedudukan ini dalam kota ini. Kita membentuk
sebahagian daripada kota itu dan angkatan Syurgawi membentuk selebihnya.
Kita membentuk bait itu sebagai
bangunan rohaniah, jadi tiada bait di dalam kota itu. Kita kemudian berhenti
menjadi bait dalaman, tetapi menjadi kota Yerusalem Baru. Ia menjadi semua anak
Tuhan. Tuhan dan Kristus menjadi pusatnya. Roh Kudus bekerja dalam semua di
seluruh kota itu. Daripada menjadi bangunan berasingan dalam kota itu, para
pemimpin seluruh kota itu sebenarnya tempat penyimpanan untuk Roh Tuhan.
Kita beralih daripada menjadi bait
kepada menjadi kota itu dan diintegrasikan ke dalam struktur yang lebih besar.
Tuhan memenuhi kekosongan dan mengambil semua dan menjadi semua dalam semua.
Justeru kita berkesudahan dengan proses satu pusat dalaman yang mengikat
seluruh kota itu bersama. Tuhan ialah kota itu sebab Dia ada dalam kita melalui
Roh Kudus.
Bangsa-bangsa dijadikan rohaniah
dan dibawa ke dalam kota. Bangsa-bangsa mewarisi Kerajaan Tuhan melalui
Yerusalem Baru. Pintu-pintu gerbang kota itu ialah mutiara-mutiara hikmat injil
Kerajaan Tuhan sebagaimana yang dilaksanakan melalui dua belas rasul. Ini bukan
mutiara jasmaniah, ia rohaniah sepenuhnya (Wahyu 21:24-27).
Tuhan didamaikan kepada kita dan
umat pilihan bersama-sama melaksanakan pentadbiran. Kristus duduk di dalam
kamar takhta dan kita mengambil bahagian dalam takhta, tanggungjawab dan
wewenang itu (Wahyu 22:1-21).
Kita duduk di atas takhta Yesus
Kristus sementara dia duduk di atas takhta Tuhan, justeru Tuhan menjadi semua
dan kita semua mengambil bahagian dalam tanggungjawab pentadbiran itu (Wahyu
3:21-22). Semua kepala malaikat akan diintegrasikan dengan para rasul yang
sendirinya akan menjadi kepala malaikat. Kita akan memiliki tanggungjawab dalam
milenium, dalam kebangkitan, dan kemudian apabila kita akhirnya didamaikan
dalam Angkatan Syurgawi. Terdapat tiga peringkat sebagai makhluk rohani. Itu
kemudiannya berterusan ke dalam alam semesta.
Milenium ialah waktu apabila kita
membetulkan umat manusia dan menghakimi Angkatan derhaka. Ia waktu Hari Tuhan.
Hari Tuhan berlangsung selama seribu tahun. Petrus mengatakan satu hari sama
seperti seribu tahun bagi Tuhan (2 Petrus 3:8). Ia berakhir dengan kebangkitan
orang mati, yang berlangsung selama seratus tahun.
Hari Tuhan meliputi pendirian
Kerajaan, pemerintahan Milenium, kebangkitan orang mati dan kemudian
pendamaian. Ia meliputi seribu tahun pemerintahan adil. Seribu tahun itu hanya
satu alat mengajar. Takdir kita adalah untuk memerintah bintang-bintang dan
membentuk semula struktur pentadbiran dan berurusan dengan alam semesta dalam
satu susunan baru. Konsepnya adalah bumi, segala usaha tangan Tuhan, diletakkan
di bawah umat manusia (Mazmur 8:6-9) (lihat karya Hari Tuhan dan
Zaman Akhir (No. 192)).
Ini ialah sekolah latihan. Kita
sedang dilatih untuk sesuatu. Apabila kita memandang Tuhan muka bertentang muka
kita akan mula mengerti apa yang kita harus lakukan. Seluruh fungsi ini
diringkaskan dalam Wahyu 22:6-15.
Seorang malaikat menyampaikan satu
pesan kepada kita dalam zaman akhir segera sebelum kedatangan Mesias (Wahyu
22:6).
Kata-kata ini tidak dimeteraikan
dalam kitab ini sebab waktunya sudah hampir. Ia dimaksudkan untuk difahami
(Wahyu 22:10-11).
Yesus Kristus mengenal pasti
dirinya sebagai malaikat yang menyampaikan pesan itu (Wahyu 22:16-20).
q