Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[149z]
Ringkasan:
Berkat Toronto, Kerasukan Iblis, dan Histeria
(Edisi 1.1 19951209-19990602)
Ianya dianggap bahawa Berkat Toronto adalah satu manifestasi dari Roh Kudus dan bahawa mereka yang dipengaruhi oleh fenomena ini dikatakan menerima Roh Kudus.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995, 1998, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Andrew Mason,
disunting Wade Cox).
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Berkat Toronto, Kerasukan Iblis dan Histeria
Satu pergerakan yang dikenali sebagai Toronto Blessing (Berkat Toronto) telah menyapu dunia orang yang berbahasa Inggeris. Fenomena ini, yang mana selalunya melibatkan tindakan menggeliang di tanah dalam keadaan yang tidak dapat dikawal atau mempunyai sikap aneh yang ada persamaannya, dipercayai oleh para pendukungnya sebagai manifestasi Roh Kudus dalam diri individu.
1Yohanes 1:4-6 mengarah kita untuk menguji roh untuk melihat sama ada ianya datang dari Allah. Sebahagian dari teks ini telah diubah oleh golongan Modalis yang cuba untuk memisahkan kemanusiaan Kristus dari keilahiannya. Pembacaan yang betul, dari Irenaeus, mengenal pasti golongan Trinitarian dengan doktrin antikristus. Adakah mereka yang terlibat dengan Toronto Blessing ini percaya doktrin ini?
Sesungguhnya, tidak ada manusia yang boleh memberikan Roh Kudus kepada orang yang lain. Meletakkan tangan adalah satu permohonan kepada Bapa, dan Pembaptisan diperlukan. Apakah Buah-buah Roh Kudus? Satu ialah kawalan diri (Gal 5:22-23). Mnghujat terhadap Roh Kudus adalah perkara yang serius (Mat 12:31-32). Generasi yang jahat mencari tanda, tetapi tidak ada tanda yang diberikan (Mat 12:43-45; Luk 11:24-26). Tetapi kejahatan Iblis semakin bertambah. Menggeliang di atas tanah adalah satu sifat dari iblis (Mar 9:18-29; Luk 8:29). Kristus dan pengikutnya tidak dicatatkan melakukan perkara ini.
Allah tidak boleh dihina. Umat pilihan memelihara hukum Allah (Wah 12:12, 14:12; Yes 8:20). Mereka yang mengajar bertentangan akan disingkirkan dari Israel. Toronto Blessing akan didedahkan seperti “seni aneh” dan diserapkan didalam sistem keagamaan yang salah pada zaman akhir bersama dengan nabi-nabi palsu dan pelaku-pelaku keajaiban. Bersama dengan fahamana mesmerisme, hipnosis, dan meditasi transendental, ia cuba untuk menakluki fikiran dan membuka hati orang-orang muda untuk pekerjaan iblis.
Allah bukan pencipta kepada kekeliruan tetapi pencipta damai dan segala sesuatu harus dilakukan sebagaimana sepatutnya dan dalam susunan ( 1 Kor 14:33, 40). Biarkan sinarmu menyinari semua umat manusia (Mat 5:16).
q