Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

No. 150z

 

 

 

Ringkasan:

Sakramen-sakramen dalam Jemaat

(Edisi 2.1 19951216-20011118)

 

Karya tulis ini meneliti dakwaan tentang beberapa sakramen dalam Jemaat dan menyimpulkan terdapat hanya dua yang disahkan oleh Perjanjian Lama.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2001 Wade Cox)

 

(Ringkasan oleh Andrews Mason, Suntingan Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Ringkasan: Sakramen-sakramen dalam Jemaat



Kekristianan ortodoks moderen mendakwa kepelbagaian sakramen bagi diri mereka, mencuba untuk mengawal beberapa aspek penting kehidupan manusia dan dengan demikian menambahkan kuasanya. Di kalangan sakramen-sakramen yang tidak berkenaan ini adalah perkawinan, Upacara Penyembuhan dan Eukaris.

 

Perkawinan, walaupun dijalankan dengan penuh kekudusan, ianya bukan satu sakramen dalam Jemaat, kerana ia adalah satu fungsi kedua-dua keluarga dan bangsa juga. Dibawah Hukum-hukum Allah, hanya persetujuan ibu bapa yang diperlukan bagi perkawinan itu sah (Kel 20:16-17). Doktrin perkawinan dan perceraian wujud kepada Jemaat, sejar dari Hukum Mozaic dan sebelumnya.

 

Kristus sendiri menyatakan kepeningan doktrin tentang perkawinan dalam Yohanes 4:16-18. Dia mengakui perkawinan dan perceraian sebagai institusi yang sah di kalangan bangsa-bangsa tetapi menolak perhubungan yang tidak sah.

 

Kerja untuk Allah selalu adalah yang utama (Ul 13:6-10; Mat 19:29; Luk 14:26), dan perkawinan tidak boleh kekal atau kekal terikat selepas kematian (Mat 22:29-30; Mar 12:24-25). Ia adalah perhubungan fizikal dengan aplikasi spiritual dan simbolisme.

 

Doktrin Upacara Penyembuhan berasal dari kepercayaan salah dalam jiwa manusia yang abadi dana dalam Jemaat yang mengawal ketakdirannya melebihi kematian. Alkitab menunjukkan kepada kita bahawa terdapat dua kebangkitan (Wah 20:4-15) dan peranan Jemaat adalah untuk memberi amaran kepada anggota Jemaat tentang dosa, yang boleh menjauhkan mereka dari kebangkitan yang pertama (1 Kor 5:5).

 

Idea tentang pemurnian adalah salah seluruhnya, bersifat kafir dan disasarkan untuk mencari kuasa yang keuntungan semata-mata. Jemaat tidak boleh mengampunkan dosa seseorang. Semua individu yang dibaptiskan bertanggung jawab untuk datang kepada Yesus Kristus secara langsung bagi perhubungan mereka dengan Allah dibawah Hukum.

 

Eukaris adalah satu kekeliruan dalam Perjamuan Kudus Tuhan dengan memakan roti mingguan. Bagaimana pun,  roti itu harus dimakan hanya oleh golongan Lewi, hanya pada Sabat hari Ketujuh, dan hanya dibawah sistem golongan Lewi. Kristus telah membuka perbezaan tradisi di antara imam dan orang umum. Kita sekarang dibawah keimamatan Melkisedek. Sekarang kita mempunyai sakramaen Perjamuan Kudus Tuhan, yang mana terikat dengan Paskah dan penyingkiran dosa.

 

Lebih lagi, kedua-dua memakan roti dan meminum wain diperlukan untuk seseorang untuk mewarisi kehidupan kekal (Yoh 6:53-58), dan ianya agak jelas bahawa elemen-elemen ini sebenarnya pengganti kepada tubuh dan darah Kristus, domba Paskah kita. Pembasuhan kaki juga satu bahagian integral dalam proses ini (Yoh 13:12-17).

 

Satu-satunya sakramen yang sebenar dalam Jemaat adalah Pembaptisan dan Perjamuan Kudus Tuhan. Sementara tindakan pembaptisan itu sendiri tidak memberikan Roh Kudus, ianya satu keperluan (Kisah 19:1-7). Pembaptisan pertobatan Yohanes adalah bagi persediaan untuk menerima Roh Kudus pada waktu pentakosta. Pembaptisan adalah berdasarkan pertobatan sebagai orang dewasa dihadapan Allah dan isnya jelas diperintahkan dalam Jemaat (Mat 28:19-20). Perjamuan Kudus Tuhan harus dipelihara dengan baik sebagai sebahagian daripada seluruh proses penyucian, Paskah, dan Roti Tidak Beragi.

 

q