Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[151z]
Ringkasan:
Allah dan Jemaat [151z]
(Edisi 2.0 19960127-19990109)
Karya tulis ini adalah berkenaan dengan Jemaat yang dibentuk oleh Allah dan penggunaannya di kalangan bangsa-bangsa.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)
(Summary edited by Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Allah dan Jemaat [151z]
Allah tidak cuba untuk memualafkan dunia ini pada masa sekarang. Dunia ini kurang pemahaman seperti yang dimiliki oleh Jemaat Perjanjian Baru pada mulanya. Sekiranya Allah cuba untuk memualafkan dunia ini sekarang maka golongan pagan akan menang.
Semua kuasa adalah dari Allah. Ini diungkap dalam Daniel 2 dan 3 yang menunjukkan jangka masa kuasa dunia dari kepala emas, sehingga zaman akhir (Dan 2:28), apabila Allah bercampur tangan dalam hal umat manusia.
Mimpi Daniel adalah jangka masa yang kita rujuk sebagai “Zaman orang Jahiliah” atau bangsa-bangsa. Daniel 2”40-45 menunjukkan kerajaan keempat adalah dari besi, yang bertahan lama dan sehingga pada zaman akhir, yang memuncak kepada kesatuan 10 raja-raja yang diwakili oleh besi dan tanah di bahagian tapak kaki dan jari kaki.
“Zaman orang Jahiliah” adalah jangka masa tujuh masa. Mimpi ini diberikan pada permulaan supaya akhirnya akan diungkap dari permulaan (Dan. 4:8-9). Tujuh masa ini terdapat dalam Daniel 4:32. Jangka masa ini merangkumi 2,520 tahun dari 605 BCE dan berterusan sehingga fasa terakhir pada 1995/6 dan merupakan satu susunan yang terus menerus. Masa bagi Bangsa-bangsa sudah selesai dan jangka masa zaman akhir sudah dekat dengan kita. Allah telah menangani Jemaat di kalangan bangsa-bangsa dan mencegah kebangkitan sistem dunia supaya Jemaat tidak boleh dihapuskan dan bangsa-bangsa boleh bertanggung jawab.
Nama generik bagi Jemaat Allah adalah “Jemaat Allah”. Ianya bukan satu organisasi antarabangsa dari segi struktur dan kawalannya. Ini tidak akan berlaku sehingga pemerintahan Mesiah dari Yerusalem.
Allah menangani bangsa-bangsa dibawah hukum, dan Ulangan 28 adalah berkenaan dengan berkat-berkat dan kutuk-kutuk atas dasar nasional.
Jemaat telah didirikan pada 30 CE di Yerusalem dan telah dianiaya. Ramai yang datang, dan Perumpamaan tentang Penabur benih menunjukkan bahawa ramai yang dipanggil tetapi sedikit yang dipilih (Mat 20:16). Takdir umat pilihan terdapat dalam Roma 8:28-30. Jemaat Allah dikenali kerana penurutannya kepada Hukum Allah, dan harus bercakap menurut Hukum dan bukti (Yes 8:20).
Iman kepercayaan ini dibicarakan dalam perumpamaan supaya hanya mereka yang boleh datang kedalam penghakiman bagi Kebangkitan Pertama dipanggil (Mat. 13:10-13, Mar 4:2-34). Roma 8:28-34 menunjukkan bahawa kita dipanggil menurut tujuanNya sahaja. Allah sudah mengenali kita terlebih dahulu, Kristus telah ditakdirkan untuk mati, dan kita ditakdirkan untuk dipanggil seperti dalam Mazmur 116.
Kematian umat pilihan adalah berharga pada pandangan Allah (Maz. 116:15). Umat pilihan dipanggil menurut tujuanNya dari para bapa dan nabi. Yeremia telah dipanggil sebelum dia dilahirkan (Yer. 1:4-19).
Seperti yeremia, kita juga dibentuk menurut pengetahuan Allah sebelum kita berada dalam rahim (Maz 139:13-16). Allah mengentahui bahawa Kristus harus mati sejak dari pembentukan dunia ini (Wah 13:8) dan oleh itu Allah mengetahui bahawa Iblis dan Warga semesta akan memberontak.
Yeremia telah disucikan dan digunakan untuk bercakap tentang firman Allah (Yer 1:9), seperti Yesaya (Yes 6:5-7). Melalui Yesaya penyucian umat pilihan telah diungkap (Yes 1:18-20).
Allah memanggil dan menggunakan orang yang berdosa, meletakkan mereka dalam Jemaat (1 Kor 1:26-28) dan merekalah yang akan memiliki kebangkitan pertama yang mana adalah lebih baik (Ibr 11:35) dari dua jenis kebangkitan (Wah 20:4-6).
Wahyu 20:1-4 menunjukkan dua kumpulan yang berada dalam kebangkitan pertama, yang mana satu darinya dipancung dan yang satu lagi dianiaya oleh sistem yang salah. Justru itu, ada dua cara untuk membaca Wahyu 20:1-14, dan dua pilihan. Bagaimana pun, semuanya akan diungkap pada kebangkitan yang pertama, sekiranya kita berada didalamnya, atau kita menunggu bagi kebangkitan yang kedua.
Ramai yang mengambil bahagian dalam Kerajaan dan memerintah bersama dengan Kristus selama satu ribu tahun (Wah 7:9-17). Oleh kerana dua kumpulan ini dikenal pasti sebelum teks yang berkenaan dengan kedatangan Mesiah, seolah-olahnya mereka adalah dalam Kebangkitan yang Pertama.
Iblis akan dilepaskan untuk menipu bangsa sekali lagi (Wah 20:7-10). Allah menggunakan tasik sebagai peringatan kepada sistem yang salah. Iblis adalah satu sifat makluk. Iblis akan direndahkan dari sifat spiritualnya kepada sifat fizikal dan sistemnya akan dimusnahkan dan kuasanya tidak mendatangkan bahaya. (Lihat karya tulus No. 80 dan No. 143).
Wahyu 20:11-15 menunjukkan kebangkitan orang mati yang umum. Ini adalah kebangkitan yang kedua. Tidak ada kebangkitan yang ketiga seperti yang dinyatakan oleh jemaat lain (lihat karya tuls No. 166). Kebangkitan ini meliputi semua ciptaan keturunan Adam.
Untuk memiliki kebangkitan yang pertama, kita harus bertobat, dibaptiskan, menurut hukum Allah dan kesaksian Kristus, dan mengkotbahkan injil tentang Kerajaan Allah. Kita harus juga memelihara Perjamuan Kudus Allah setiap tahun (lihat karya tulis No. 150).
Perbezaan di antara Perjamuan Kudus Allah dan Perayaan Paskah ialah seperti perbezaan di antara Jemaat dan negara. Malam Paskah adalah apabila malaikat maut melewati Israel, dan dengan ini Kristus menyelamatkan Israel. Perjamuan Kudus Allah adalah hany untuk anggota Jemaat yang dibaptiskan dan Paskah merngkumi seluruh Israel, yang mana seluruh negara.
Kristus mati sebagai persembahan dosa dan persembahan damai. Sekiranya Yahosuah tidak mati pada hari yang tepat, maka kita tidak mempunyai Mesiah. Apa pula komuni? Adakah ia upacara jemaat Athanasia yang tidak memberikan apa-apa manfaat?
Alkitab dengan jelas menentang doktrin Trinitas dan transubstansiasi dalam upacara komuni.
Terdapat lima Jemaat yang berterusan di sepanjang kurun yang diterima oleh Allah. Nama-namanya dicatat dalam Wahyu 2-3. Era Sardis dan Laodikia telah gagal dan hanya individu dari jemaat-jemaat ini yang akan memasuki Kerajaan Allah. Bagaimana pun, Allah memberikan roh dan kurnia yang sama dan administrasi yang sama dalam segala sesuatu (1Kor 12:5-6).
Kerja kita adalah untuk melakukan kerja-kerja Zaman Akhir. Tujuan kita adalah untuk bersedia dan melakukan kerja yang Iblis dan kuasa jahat lakukan. Semasa jangka masa kebangkitan kedua, seluruh planet ini termasuk kuasa jahat (1Kor 6:2-3) akan dihakimi. Allah tidak mahu seorangpun binasa (2Pet 3:9). Bagaimana pun, akan ada kesudahan kepada ciptaan fizikal.
Kita tidak boleh memahami Alkitab sekiranya kita tidak menurut. Mereka yang menuruti Allah adalah dari keluarga yang sama, Jemaat Allah. Kita sekarang berada dalam fasa Zaman Akhir. Kita lihat kepada ketibaan Dua Saksi, dan mengetahui bahawa tiga setengah tahun dari itu adalah ketibaan Mesiah. Matius 10:23 menunjukkan bahawa kita akan dianiaya sehingga ketibaan Kristus.
Kewajiban kita adalah untuk meneruskan kerja dengan sepenuh hati, tetapi kerja ini sebenarnya dilakukan oleh Roh (Zak 4:6). Kita melakukannya dengan iman.
q