Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[152z]
Ringkasan:
Perjanjian Tuhan [152z]
(Edisi 1.2 19960217-19991204)
Satu salah-anggap yang biasa wujud adalah bahawa Tuhan telah membuat perjanjian-perjanjian yang berbeza sepenuhnya pada zaman-zaman Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Karya ini mengkaji tujuan Perjanjian itu serta pembabitannya dengan Abraham, Israel di Sinai, dan Umat-umat Kristian Perjanjian Baru.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan 2003, Ed. Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Ringkasan: Perjanjian Tuhan [152z]
Tuhan mempunyai rencana tertentu untuk umat manusia. Hari-hari raya tahunanNya menggambarkan apa yang dilakukanNya dan mereka menjadi peringatan kepada kita. Tanggungjawab-tanggungjawab kita ditemui di dalam perjanjian yang telah dibuat Tuhan dengan Israel. Pada asalnya, persetujuan perjanjian itu terbatas kepada Israel, umat pilihanNya, namun kini ia diperluaskan di dalam Yesus Kristus, anak pertama Tuhan yang dibangkitkan, untuk meliputi semua bangsa. Semua umat dunia ini akan mendapat peluang untuk menjadi anak-anak Tuhan di dalam Israel. Jika kita memelihara perjanjian itu, kita akan menerima janji hidup kekal.
Ulangan 28 menyenaraikan berkat serta kutukan yang diterima oleh bangsa sebagai akibat pemeliharaan atau kegagalan untuk memelihara perjanjian tersebut. Janji-janji Tuhan kepada Abraham dilanjutkan kepada bangsa fizikal Israel. Gelaran nama Israel ini terbit daripada ungkapan Ibrani, yang bermaksud Dia akan memerintah sebagai Tuhan (El). Nama ini membayangkan tujuan muktamad perjanjian Tuhan. Umat pilihan akan memerintah sebagai elohim (lihat karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]). Tuhan mengkehendaki umatNya menjadi suatu bangsa yang benar, satu teladan dan rahmat kepada seluruh planet ini. Ini akan dicapai melalui penurutan mereka pada perintah-perintahNya (Ulangan 26:18-19).
Mereka dikehendaki hidup menurut setiap firman Tuhan (Ulangan 30:15-20; 32:46-47). Sayang sekali Israel tidak dapat menunaikan bahagian mereka di dalam perjanjian dengan Tuhan itu. Mereka tidak setia, ataupun percaya pada Tuhan yang Maha Esa, Eloah, dan sebaliknya menyembah berhala tuhan-tuhan asing. Ini akhirnya mengakibatkan malapetaka, penawanan serta penyelerakan di kalangan bangsa-bangsa lain. Bukannya perjanjian itu yang tidak sempurna; Tuhan mengetahui yang mereka akan gagal, namun melalui teladan mereka, mengajar generasi-generasi seterusnya bahawa akal fikiran manusia tanpat Roh Kudus tidak akan dapat melakukannya.
Setelah pertaubatan dan pembaptisan kita, kita diberikan Roh Kudus dari Tuhan untuk membolehkan kita melaksanakan bahagian kita di dalam perjanjian itu. Ia menunjukkan betapa seriusnya panggilan kita dan apa yang diharapkan daripada kita (1Korintus 10:5-13) serta menunjukkan akibat-akibat ketidaksetiaan (Ibrani 2:3; 12:25). Tuhan meramalkan perjanjian kedua itu melalui hamba-hambaNya para nabi. Ia adalah perjanjian yang sama, kedua di dalam urutannya, suatu lanjutan kepada yang pertama, dan bekerja pada tahap lebih tinggi (Yeremia 31:31-40). Ia akan dituliskan pada hati dan akal fikiran umat agar hukum itu dapat dipelihara. Ia tidak menghapuskan hukum, sebaliknya menyempurnakan aplikasinya di dalam individu, agar mereka dengan rela melakukan kehendak Tuhan melalui hukumNya.
Perjanjian pertama itu bersifat fizikal, yang kedua bersifat rohani, dan keduanya berdasarkan hukum-hukum yang sama. Tuhan berjanji untuk menjadi Tuhan kita dan kita menjadi umatNya. Kini Dia berurusan dengan bangsa Israel rohani, iaitu Jemaat atau Gereja Tuhan. Pembaptisan kita merupakan janji kita untuk setia kepada perjanjian tersebut. Kita memperbaharui janji ini setiap tahun apabila kita mengambil bahagian di dalam Perjamuan Suci semasa Paskah. Tanda fizikal asalnya dengan Israel adalah penyunatan, kini ia adalah penyunatan hati di dalam Jemaat (Kolose 2:11; Roma 2:29). Jemaat memelihara seluruh perintah dan hukum Tuhan. Mereka adalah umat yang berjalan melalui pintu yang sempit serta cara hidup yang sukar pada zaman ini (Matius 7:13-14). Sedikit saja yang menemuinya sekarang. Tuhan telah menyediakan sebuah negeri milik mereka untuk selamanya, iaitu kehidupan kekal di dalam kerajaan Tuhan.
Kita harus mengenali Allah Maha Esa dan anakNya Yesus Kristus untuk menerima janji ini (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20). Umat Kristian sebenar harus memelihara perintah-perintah itu. Penurutan membawakan berkat-berkat rohani (Matius 4:4; Yohanes 14:15; Wahyu 12:17; 14:12). Perintah-perintah tersebut telah diberikan kepada Israel fizikal melalui Musa oleh Malaikat Yahweh, yang kemudiannya telah menjadi Yesus Kristus.
Umat-umat Kristian seharusnya menjadi suatu rahmat kepada bangsa-bangsa melalui teladan mereka serta pengajaran mereka tentang kebenaran, yang akan membawa kepada keselamatan muktamad semua bangsa (Kisah 13:47). Kristus menguji kesetiaan para pengikutNya kerana mereka berada di bawah pengadilan sekarang ini (1Petrus 1:7; 4:17). Kita dikehendaki memelihara hukum itu kerana kita diadili melaluinya (Yakobus 1:25; 2:8-12). Perbezaan sebenar antara perjanjian lama dan baru itu adalah Roh Kudus. Tanpanya kita dapat berkenan pada Tuhan; kita tidak mampu bertaubat atau bertumbuh di dalam pengetahuan Allah Benar yang Tunggal dan menyembahNya dengan betul.
Malang sekali, ramai orang pada abad kedua puluh yang percaya bahawa Tuhan adalah satu trinitas, dan menyembah anakNya, yang melanggar perintah pertama. Ini menolak kelayakan mereka untuk memasuki kerajaan Tuhan pada kebangkitan pertama. Mereka seperti Israel fizikal yang tidak dapat masuk ke dalam tanah perjanjian itu kerana tidak percaya dan tidak menurut (Ibrani 3:16-19). Kedua-dua parti di dalam perjanjian baru itu adalah Allah dan Israel moden, anak-anak Abraham, keturunan rohani di dalam Jemaat yang mendengar dan menurut firman Tuhan (Yohanes 8:39-47). Mereka adalah anak-anak perjanjian itu (Roma 9:6-8; Galatia 3:7); 1Yohanes 5:1-10); suatu bangsa rohani yang dipanggil keluar oleh Tuhan dan diberikan kepada anakNya Yesus Kristus (Galatia 6:16; Efesus 2:10).
Tuhan memelihara perjanjianNya terhadap mereka yang mengasihi dan takut akan Dia. Dia melindungi umatNya sementara Dia memimpin mereka kepada pusaka mereka (Mazmur 50:3-6). Mereka merupakan korban perayaan-perayaan itu, namun dianiaya kerana komitmen mereka kepada perjanjian itu (Wahyu 12:17; 14:12). Mereka adalah sebahagian daripada bala tentera Tuhan yang aktif yang bertujuan menjatuhkan kuasa-kuasa rohani yang menguasai bangsa-bangsa planet ini pada masa kini, yang melawan hukum-hukum Tuhan. Peperangan ini adalah secara rohani, sungguhpun akibat-akibatnya sekarang adalah fizikal. Umat Kristian sebenar adalah tentera Tuhan di bawah panglima mereka Yesus Kristus (Efesus 6:12; Ayub 25:3). Peperangan ini bukanlah melawan darah dan daging tetapi sebaliknya melawan pemerintah-pemerintah, penguasa-penguasa dan penghulu-penghulu dunia gelap sekarang ini. Perlawanan ini adalah mengenai iman dan kesaksian jalan hidup Tuhan di dalam sistem dunia yang dikuasai Iblis (2Timotius 2:3-4).
Kuasa-kuasa dunia ini serta sistem kejahatan yang ada sekarang ini akan akhirnya digantikan setelah perang-perang besar akhir zaman. Semuanya akan digantikan oleh pemerintahan benar dan adil milik Yesus Kristus serta para pemelihara perjanjian yang akan dibangkitkan kepada status elohim pada kedatanganNya. Tuhan akan hanya berjuang dengan dan untuk Israel, yang kini adalah Jemaat, jika mereka setia kepadaNya dan perintah-perintahNya.
Tipu muslihat iblis untuk menghapuskan perjanjian lama serta membatalkan perintah-perintah Tuhan, seperti mana yang diajar oleh kelompok anti-hukum Kekristianan moden, mewujudkan cara pemikiran yang palsu pada planet ini. Maka begitulah Jemaat telah dirosakkan oleh kejahatan dusta dan ketiadaan pengetahuan, yang hampir membinasakannya. Kebenaran itu kini hanya dipegang oleh sedikit orang saja. Keselamatan Israel pada zaman akhir adalah tertakhluk pada keinsafan dan kemasukan ke dalam tentera Tuhan. Tuhan menyucikan dengan ujian melalui peperangan dan penawanan, namun Dia berbelas kasihan dan tidak akan meninggalkan umatNya. Dia akan menunaikan perjanjian itu dengan kita; jadi baiklah kita memeliharanya dengan Dia!
q