Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[166z]
Ringkasan:
Salah Percaya Kebangkitan Ketiga
(Edisi 1.0 19960609-1999)
Kebangkitan daripada mati ialah harapan masa depan umat Kristian yang tidak mempercayai doktrin jiwa abadi yang diambil pakai oleh Jemaat Rom daripada falsafah pagan berabad-abad selepas zaman Yesus dan para rasul. Karya ini memajukan doktrin dua kebangkitan untuk manusia.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan ed. Wade Cox)
Tr. 2007
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Salah Percaya Kebangkitan Ketiga [166z]
Kebangkitan daripada mati ialah
harapan umat Kristian. Umat Kristian sejati tidak percaya dalam doktrin jiwa
abadi, yang diambil pakai oleh Jemaat Rom berabad-abad selepas zaman Kristus
dan para rasul. Ada dua kebangkitan untuk manusia. Pertama adalah untuk mereka
yang dipanggil dan dipilih dan kebangkitan kedua berlaku pada akhir seribu
tahun untuk perhentian orang mati.
Lihat karya Kebangkitan Orang
Mati (No. 143), yang mana subjek humanoid pra-Adam (Nefilim atau
Refaim) dibincangkan dengan terperinci. Yesaya 26:13-14 menunjukkan
makhluk-makhluk ini diberi kebangkitan. Perkenalan doktrin jiwa abadi ke dalam
Jemaat Roman Katolik berpunca daripada kultus-kultus misteri yang asalnya dalam
pemikiran Babel dan Yunani, dan daripada Gnostikisme. Ia bertujuan mengawal
orang melalui harapan mereka akan alam baka.
Semua ajaran tentang keadaan orang
mati ini termasuk syurga dan neraka serta keadaan-keadaan perantaraan limbo dan
purgatori, yang tidak dipercayai umat Kristian sejati. Lihat karya Jiwa (No. 92).
Ajaran tentang purgatori mengajar bahawa seseorang harus menderita bagi
dosa-dosa yang dilakukan selepas baptisan. Para anggota salah satu Jemaat Tuhan
dalam abad ke 20 telah dikawal dengan doktrin kebangkitan ketiga. Mereka
mengatakan jika seseorang meninggalkan jemaat itu selepas baptisan mereka sudah
menghujat Roh Kudus dan dikirim kepada kebangkitan ketiga, yang bererti lautan
api dan hukuman kekal! Ajaran luar biasa ini betul-betul suatu penghujatan
terhadap sifat Tuhan.
Yesaya 26:13-14 mengatakan bahawa
umat pilihan gagal membawa keselamatan kepada bumi atau memimpin manusia kepada
pertaubatan atau menghancurkan sistem-sistemnya. Ini berlaku sebelum akhir
zaman dan kebangkitan pertama.
Nabi Yeremia juga menyebut tentang
orang mati pada kesudahan sistem-sistem dunia ini sebagai orang mati Tuhan, dan
dia juga ada bersama mereka dalam kebangkitan pertama. Umat Tuhan kemudian
memasuki kamar-kamar yang disediakan untuk mereka dan pintu-pintu ditutup
(Yesaya 26:19,20). Penutupan pintu-pintu ini disebut dalam Matius 25:1 dan
seterusnya dalam perumpamaan gadis-gadis bijaksana dan bodoh. Ini adalah untuk
menunjukkan bahawa gadis-gadis bijaksana yang disebut dalam Wahyu 14:4 memasuki
pintu-pintu kerajaan Tuhan yang ditutup di belakang mereka dan tiada yang dapat
masuk. Waktu pencubaan kemudian menimpa bumi dalam mana sistem jemaat
Filadelfia dilindungi. Gadis-gadis bodoh sistem Sardis dan Laodikia tidak
masuk. Kedua-dua jemaat ini tidak termasuk dalam kebangkitan pertama, hanya
sedikit individu saja yang berjaya.
Wahyu 7:3 menunjukkan bahawa bumi
dan lautan tidak disakiti sehingga hamba-hamba Tuhan dimeterai. Mereka
dimeteraikan bagi bangsa Israel yang disebutkan dalam Yesaya 26:19. Umat
pilihan Tuhan dikumpulkan dengan Anak Domba (Mesias yang kembali) hingga
bangsa-bangsa digulingkan. Mereka menjadi Bait Tuhan. Nubuatan Hari Tuhan ini
meliputi tempoh seribu tahun dari kebangkitan pertama hingga kebangkitan kedua.
Justeru, Yesaya 26:19 merangkumi Milenium Wahyu 20:4.
Bertentangan dengan doktrin jiwa,
keadaan orang mati adalah keheningan (Mazmur 115:7), kegelapan (Mazmur 143:3),
dan mereka tidak mengetahui apa-apa (Pengkhotbah 9:5). Mereka dikatakan sedang
tidur atau jatuh tidur (Matius 9:24; Lukas 8:52; Yohanes 11:11; 1 Korintus
11:30; 1 Tesalonika 4:13; 2 Petrus 3:4). Tuhan akan mengerjakan keajaiban untuk
orang mati dan mereka akan bangkit untuk memuji Dia (Mazmur 88:10). Ayub tahu
dia akan hidup kembali dan melihat Juruselamatnya (Ayub 19:25,27). Belum ada
lagi sesiapa yang dibangkitkan dan pergi ke syurga melainkan Yesus Kristus,
yang telah turun dari syurga (Yohanes 3:13).
Orang-orang kudus menunggu
kebangkitan pada kepulangan Kristus. Kristus membangkitkan orang mati agar kita
tahu bahawa Dialah Mesias (Matius 11:4-5). Pembangkitan Lazarus merupaka satu
contoh kuasa itu (Yohanes 11:11). Ketika Kristus disalibkan orang lain telah
dibangkitkan daripada mati pada waktu kematianNya. Tradisi Israel mengatakan
mereka kemudiannya dibunuh. Dari kebangkitan pertama pemerintahan milenium
orang-orang kudus akan bermula. Orang-orang kudus akan memerintah bangsa-bangsa
dengan kekuatan umpama tongkat besi (Wahyu 2:26-27). Dalam kebangkitan tidak
akan ada perkahwinan (Matius 22:30). Sebaik saja dibangkitkan mereka akan
diubah menjadi tubuh-tubuh rohaniah abadi (1Korintus 15:44) sebagai anak-anak
Tuhan yang bekerja dengan Kristus dengan kuasa (1 Tesalonika 5:10). Hanya orang
benar saja yang akan memasuki kebangkitan pertama.
Tuhan tidak menghendaki sesiapapun
binasa melainkan supaya semua orang berbalik dan bertaubat (2 Petrus 3:9).
Semua umat manusia tidak dibangkitkan dalam kebangkitan pertama. Mereka akan
bangkit selepas pemerintahan milenium Mesias (Wahyu 20:11-13), menghadap suatu
waktu penghakiman atau hukuman (Yohanes 5:29), yang nampaknya berlanjutan
selama seratus tahun (Yesaya 65:20). Seluruh manusia akan diajar untuk menerima
karunia hidup kekal. Mereka akan memilih untuk menjalani hidup yang betul atau
dibetulkan dan diberi peluang untuk mengenali Tuhan dan segala HukumNya. Ini
waktu penghakiman bukan hukuman neraka. Apabila mereka mati mereka akan diubah
untuk kehidupan roh dalam kerajaan Tuhan. Bagaimanapun, sekiranya mereka
betul-betul tidak mahu bertaubat mereka akan mati dan mayat-mayat mereka
dibakar dalam api Gehenna (Matius 5:22; Markus 9:43; Lukas 12:5; Yakobus 3:6).
Tiada tempat penyeksaan kekal untuk
orang mati. Kejahatan, kematian dan kubur adalah konsep, bukan orang.
Konsep-konsep ini ialah aspek-aspek kewujudan dan itulah yang dibuang ke dalam
lautan api. Binatang itu ialah satu sistem pemerintahan dunia dan bukan
seseorang. Ia bukanlah seorang nabi palsu tetapi nubuatan palsu. Konsep-konsep
ini dibuang ke dalam lautan api. Kejahatan di bawah angkatan iblis setan juga
lenyap. Tiada seorangpun mengalami penderitaan kekal, iaitu tiada satupun
makhluk hidup (bukan Iblis dan bukan angkatan derhaka itu). Tuhan bukan seorang
sadis. Dia seorang Tuhan penuh belas kasihan dan keadilan. Dia hanya
mengizinkan benda untuk mati. Angkatan iblis akan disingkirkan dan diturunkan
dalam kebangkitan kedua menjadi manusia. Mereka akan diuruskan agar bertaubat
atau diizinkan untuk mati. Mungkin tiada seorangpun manusia atau makhluk rohani
daripada seluruh ciptaan Tuhan akan binasa, sebab Tuhan tidak menghendaki kita
binasa.
Orang jahat yang masih hidup pada
kedatangan Kristus akan terbunuh dan diserahkan kepada kebangkitan kedua
(Maleakhi 4:3). Sebab mereka telah menolak Kristus, Yehuda anak-anak kerajaan,
dicampakkan ke dalam kegelapan yang paling gelap (Matius 8:12), sebahagian
kebangkitan kedua dan tidak mengambil bahagian dalam kodrat ilahi (2Petrus
1:4), dan kebangkitan pertama. Ramai yang dipanggil namun sedikit yang dipilih
untuk melakukan tugas ini (Matius 22:13-14).
Ramai yang menyokong Kristus namun
menganiaya umat pilihan atau tidak tekun (Matius 25:30), pada hakikatnya akan
diserahkan kepada kebangkitan kedua (Matius 24:51, 25:30). Ramai yang terkeluar
(Lukas 13:26-27), malah mereka yang berada di dalam kebangkitan pertama
dipindahkan mengikut keutamaan (Lukas 13:30).
Daripada Wahyu 20:11-15, apa yang
dikatakan kebangkitan ketiga dinyatakan daripada hal laut menyerahkan orang
mati yang di dalamnya. Ayat ini merujuk kepada Penghakiman Takhta Putih yang
Agung apabila kitab kehidupan dibuka pada kebangkitan kedua atau umum. Membuat
kesimpulan bahawa ayat 13 merujuk kepada satu kebangkitan lain adalah tidak
masuk akal. Mereka yang ditemui dalam kitab kehidupan dibuang ke dalam laut api
(Wahyu 20:15). Mereka mati kematian kedua. Ada proses daripada kebangkitan
pertama yang ditemui tertulis dalam kitab kehidupan Anak Domba.
Anak Domba Tuhan bukan saja
dikorbankan sejak dunia bermula tetapi rencana Tuhan juga melihat siapa yang
akan dipanggil dan ditulis di dalam kitab kehidupan (Efesus 1:4; Wahyu 13:8).
Kitab kehidupan mengandungi semua yang mencapai hidup kekal. Seluruh proses
aktiviti manusia terkandung di dalamnya, namun ada proses progresif agar umat
manusia dan angkatan derhaka mencapai hidup kekal pada waktu-waktu berlainan.
Teks ini mengatakan bahawa mereka yang tidak ditemui tertulis dalam kitab
kehidupan akan dibuang ke dalam laut api. Ini membayangkan ada yang akan
binasa. Tuhan tidak menghendaki mereka binasa sebab Dia menyediakan jalan untuk
keselamatan mereka (Roma 8:29-30). Tuhan telah memilih umat pilihan dari
semula. Dia menentukan siapa yang akan dipanggil, dibenarkan dan dimuliakan.
Tuhan tidak memanggil orang yang
gagal (Roma 8:28). Kepercayaan ini adalah pusat kepada iman. Doktrin
kebangkitan ketiga menganggap Tuhan akan memanggil sesetengah orang yang akan
gagal. Ini ialah salah faham pernyataan Kristus bahawa ramai yang dipanggil
namn sedikit yang dipilih (Matius 22:14). Idea bahawa Tuhan memanggil ramai
orang dan menolak sebahagian besar daripadanya kemudian membinasakan mereka
yang ditolak ini merupakan bidaah berbahaya. Kasih Tuhan lebih besar daripada
pemahaman manusia. Hakikatnya adalah ramai yang mendengar pesan itu namun jatuh
ke tepi seperti ditunjukkan dalam perumpamaan penabur benih. Tuhan memberi rohNya
kepada semua yang meminta, namun ia dikeluarkan daripada mereka yang tidak
mengikut HukumNya dan kesaksian MesiasNya yang diutusNya.
Mereka yang mengajar doktrin
kebangkitan ketiga mendakwa bahawa orang yang memasuki organisasi itu adalah
sebahagian daripada tubuh Kristus hanya ketika berada di dalam organisasi itu.
Ini adalah palsu. Dipanggil dianggap sama seperti dihakimi. Mereka yang
dipanggil namun tidak dipilih tidak dihakimi kerana Tuhan tahu mereka tidak
mampu dihakimi sekarang. Waktu penyelamatan mereka adalah untuk satu waktu
kemudian. Doktrin ini menuntut bahawa Tuhan memanggil orang-orang ini dan tidak
tahu apa yang akan mereka lakukan. Mereka diberi satu peluang namun gagal jadi
diserahkan kepada laut api dalam kebangkitan ketiga.
Namun Tuhan mengenali dari semula
umatNya yang dipanggilNya dan menyerahkan mereka kepada Kristus. Dia mahatahu
dan Dia mahakuasa dan sempurna kebaikanNya jadi doktrin ini palsu. Ini berpunca
daripada salah baca Kitab Suci dan keinginan untuk menanam rasa takut dan
kawalan dalam badan Jemaat. Kawalan ini perlu kerana sebahagian besar mereka
yang dibawa masuk ke dalam badan organisasi, bertentangan dengan Tubuh Kristus,
tidak bertaubat dan dididik buruk dalam struktur keimanan. Tuhan mengetahui
bila dan bagaimana setiap kita akan bereaksi kepada panggilan itu. Dia tidak
akan memberi keselamatan kepada mereka yang tidak mampu berperanan sebagai
elohim dalam kebangkitan. Orang-orang ini tidak diizinkan untuk dihakimi agar
mereka dapat diselamatkan dalam jangka masa panjang. Mereka yang berdosa di
dalam Jemaat dikeluarkan daripada Tubuh Kristus agar nyawa mereka dapat
diselamatkan pada Hari Tuhan (1Korintus 5:5) iaitu hari penghakiman. Tuhan
penuh belas kasihan dan bertindak untuk menyelamatkan semua yang hidup.
q