Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[167z]

Ringkasan:

Arianisme dan Semi-Arianisme

(Edition 1.1 19960608-19991206)

Terdapat kecenderungan dikalangan golongan Trinitarian untuk mengelirukan Unitarianisme dan Arianisme.  Tujuan karya ini adalah untuk menggambarkan seringkas-ringkasnya perbezaan diantara Unitarian dan pegangan golongan Arian dan juga pegangan golongan semi-Arian.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1996, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Ringkasan: Arianisme dan Semi-Arianisme [167z]



Terdapat kecenderungan dikalangan Trinitarian untuk mengelirukan Unitarianisme dan Arianisme sebagai pandangan teologi yang sama.

Pengakuan Trinitarian terbatas kepada abad yang keempat, kepada keprihatinan Persidangan Nicaea (325 CE) and Constantinople (381 CE).  Masalah yang lain ialah kita bergantung kepada deskripsi dan syarat-syarat kumpulan Athanasian untuk rekod yang dipanggil Arian atau golongan Eusebian di Nicaea.

Tujuan karya ini ialah untuk menunjukkan perbezaan antara Unitarian dan kedudukan Arian dan juga kedudukan semi-Arian.  Istilah kumpulan ini, dari 362 CE, dikenali sebagai Macedonian, berasal dari nama Macedonius yang disingkirkan oleh semi-Arian dari tempat Constantinople. Pandangan Arian bukanlah pandangan golongan Subordinatis Unitarian awal.  Sekolah Lucian di Antioch, yang merupakan asal pandangan ini, mempunyai dua perbezaan asas tentang Unitarianisme (kalau Athanasians boleh dipercayai dalam rekod-rekod mereka).

Arians tidak memahami peranan Roh Suci.  Mereka menganggapnya sebagai makluk kepada Anak, dimana sebenarnya Roh Suci adalah jalan dimana Kristus boleh mencapai ketuhanannya.  Inilah perbezaan asas antara Unitarianisme dan pandangan yang berkaitan dengan Arianisme.  Semi-Arians bersetuju dan menerima dalam persoalan kekekalan bersama dan kepersamaan bersama anak, tetapi mempercayai bahawa Roh Suci adalah ciptaan kedua-dua.  Oleh itu, kedua-dua kumpulan tidak memahami kedudukan  awal Roh sebagai kuasa Allah.  Ajaran-ajaran ini melumpuhkan iman sebagaimana Trinitarianisme lakukan.  Kegagalan Arians menerima Wahyu dalam ajaran-ajaran dari sekolah Lucian di Antioch telah mejadi sebahagian daripada sebab kegagalan dalam theologi mereka.

Semi-Arians kadang-kadang dilihat sebagai Binitarian pertama.  Tiada kumpulan Binitarian awal dalam gereja.  Yang wujud adalah dimulakan oleh, kumpulan yang mempunyai elemen kepercayaan rohani lain yang cuba mengenepikan Perjanjian Lama dan Hukum, dan membuat Kristus sama dengan Allah seterusnya mengatasi Dia.  Melalui pandangan ini, Semi-Arians dilihat sebagai Binitarian pertama dan memulakan ajaran dalam abad yang keempat.

Masalah dengan padangan ini ialah ia cacat dan memberi laluan kepada pandangan Trinitarian yang diperkembangkan dari Nicaea.  Kedua-dua pandangan tidak betul.  Jadi, ketiga-tiga kumpulan dari Nicaea kepada Constantinople (325-381 CE) adalah salah.  Kaunsil Constantinople telah kehilangan golongan semi-Arians dalam perjalanan keluar, dengan itu, ketenteraman gagal.

Ia mestilah diingat bahawa ajaran-ajaran kumpulan ini adalah salah, dan mereka sendiri, termasuk Athanasian (sekarang Katolik), tidak pasti apa sebenarnya kedudukan tertentu.  Selambat  380 Gregory dari Nazianzen (atau Nazianzus), satu daripada Cappadocians yang menyokong dan memperkembangkan trinitas, membuat kenyataan yang luar biasa:

Daripada yang bijak diantara kita, beberapa menganggap Roh Suci sebagai pengaruh, yang lain sebagai makluk, yang lain Allah [S]endiri (oi de theon) and lagi yang lain tidak mengetahui dimana jalan untuk memilih, dari kehormatan sebagaimana mereka katakan, untuk Kitab Suci, yang mana tidak mengistiharkan apa-apa yang tepat dalam kes tersebut.  Untuk sebab ini, mereka ragu-ragu sama ada menyembah atau tidak menyembah Roh Suci, dan mengikuti jalan tengah-tengah yang mana sebenarnya jahat (lihat juga Scaff, fnn 5,6, ms. 664).  Basil pada 370, masih lagi berhati-hati untuk menghindari dari memanggil Roh [Suci] Allah,  walaupun dengan pandangan untuk mendapatkan yang lemah.  Hilary Poietiers mempercayai bahawa Roh yang mencari perkara yang lebih dalam mengenai Allah, mestilah bersifat ketuhanan, tetapi tidak boleh mencari tulisan dalam Kitab yang mana dia dipanggal Allah, dan berfikir bahawa dia mestilah berpuas hati dengan kewujudan Roh [Suci] dimana diajar oleh Alkitab dan dibukti dan diperlihatkan oleh jiwa (De Trinitate, ii, 29; and xii, 55; cf. Schaff, ibid.).

Schaff meneruskan perkara ini seperti berikut:

Tetapi gereja tidak mungkin boleh memuaskannya sendiri dengan hanya dua dalam satu.  Formula pembaptisan dan doa kerasulan, sebagai tradisi puji-pujian Trinitarian, meletakkan Roh Kudus pada tahap persamaan dengan Bapa dan Anak, dan menghendaki tiga-personaliti tuhan bertempat pada kesatuan yang utama.   Tuhan tiga serangkai bertimbang rasa sesama sendiri dan tiada pokok ketidakpersamaan, tiada campuran pencipta dan makluk.  Athanasius memahami dengan jelas perkara ini, dan menyokong keputusan kebesaran bersama Roh Suci menentang Pneumatomachi atau Torpici (sebagai Macedonians juga dipanggil).

Masalah utama ialah bahawa ajaran belum lagi dibentuk.  Pandangan Athanasius ini juga digunakan oleh Basil, Gregory dari Nazianzus, Gregory dari Nyssa, Didymus dan Ambrose (Schaff, ibid.).  Ajaran ini telah disusun dan dibentuk dari Persidangan Alexandria pada 362 CE, di Roma pada 375 CE dan akhirnya di Constantinople pada 381 CE.

Constantinople pada 381 CE penarikan diri tiga puluh orang dari semi-Arians, Macedonians atau Pneumatomachi.  Persidangan itu, selepas penarikan diri, mempunyai hanya 150 bishops (Schaff, op. cit., p. 639).  Jadi, ia tidak lagi boleh mewakili Kekristianan pada masa itu.  Schaff membuat anggapan terhadap Nicaean Creed yang telah disahkan disana (ibid.).  Walau bagaimanapun, inilah yang pertama kali ia muncul.

Kita boleh simpulkan secara rasional bahawa Trinitarian adalah kumpulan Binitarian yang dimanipulasikan oleh Cappadocians kepada logik fasa yang seterusnya.  Oleh itu, Binitarianisme dilihat sebagai pendahulu kepada Trinitarianisme dan secara logik menyamakan ajaran selepas beberapa lama.  Pada tahun-tahun ini, ajaran baru muncul dari kesan-kesan Gnosticisme dan Modalisme dalam gereja pada abad yang seterusnya sehingga ia menyebabkan satu perselisihan pada abad yang keempat.

Pegangan Jemaat yang awal dan asal adalah Unitarian, oleh itu merupakan Subordinatis.  Terdapat banyak bukti dan semuanya adalah Unitarian atau bersifat Modalis bidaah atau Gnostik.  Bukti telah menghalang pegangan Binitarian di antara golongan rasul-rasul  atau jemaat awal.

q