Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[168z]

Ringkasan:

Kebenaran [168z]

(Edition 2.0 19960622-19991205)

Dalam kertas ini kita prehatin dengan apa itu kebenaran berhubung dengan Roh Suci.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 1996, 1999 Wade Cox)

(Summary by June Hoyt, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Kebenaran [168z]



Roh Suci memberi kefahaman.  Kristus telah menjanjikan kebolehan yang diberikan kepada jemaat (Kisah 1:4-8).  Sebelum ini, Roh Suci hanya diberikan (atas arahan Allah) kepada individu-individu dikalangan Judah dan Israel – ia tidak diambil diluar Israel.  Tetapi janji ini adalah bahawa ia akan diberikan kepada orang jahiliah.  Ia akan diberikan kepada bilangan orang yang ramai yang mana akan dipanggil dan ditempatkan dikalangan jemaah Allah.  Itu adalah perluasan kepada kapasitas yang lalu.

Yohanes mempunyai banyak perkara yang dikatakannya berhubung dengan Roh Suci.  Injil Yohanes adalah sangat penting dan memutarkan konsep kebenaran (Yoh. 14:12-21).  Kebenaran adalah perkhabaran yang mustahak dalam injil  dan surat Yohanes,  dan Roh Suci adalah roh kebenaran.   Perkhabaran ini adalah disepanjang Yohanes kepada 2Yohanes dan 3Yohanes juga.

Sebagaimana Kristus didalam Bapa, begitu juga Bapa didalam dia jadi dia dan Bapa didalam kita.  Itu adalah janji dan Roh Sucilah yang membuat ia terlaksana.

Roh memberikan kepada yang terpilih kebolehan untuk berbahasa dan apa yang kita katakan diberikan oleh Roh yang mana roh kebenaran dan bahawa Roh adalah saksi (Yoh. 15:26-27).

Pilatus berkata kepada Kristus. “Apakah kebenaran?”.  (Yoh. 17:38).  Kebenaran adalah pusat Allah.  Ia adalah kebenaran; bahawa ia adalah fakta; boleh dipercayai dan betul.  Ia menyatakan keadilan, sebab dengan kebenaran perkara boleh ditentukan dengan betul dan tentu.  Secara bertentangan, Syaitan, musuh, adalah bapa kepada dusta and menipu orang jadi mereka bertindak tanpa rasionil kepada kehendak Allah.  Satu saja jalan untuk membuatnya ialah untuk menipu.

Kebenaran menjadi perbuatan dan tindakan yang betul.  Dari pemikiran yang betul, kita akan bertindak dengan betul, yang mana akan memimpin  kepada ibadah yang betul.  Bapa mencari orang-orang untuk berbakti kepadaNya didalam roh dan kebenaran.  Dengan ini, hanya kebenaran yang akan menentukan ibadah yang betul.

Allah adalah Allah kebenaran.  Kebenaran adalah satu daripada lima kepusatan hukum dan sifat Allah.

Kedua-dua Yohanes Pembaptis dan Yesus Kristus datang dan menjadi sakti kebenaran (Yoh. 5:19-46).

Perkataan Allah dan kesaksian Yesus Kristus adalah kebenaran yang akan dipercayai dan dipergantungkan, supaya kita akan mendapatkan kehidupan kekal.  Jadi Yohanes 17:3 dengan perkataan Allah ini adalah kaedah-kaedah kehidupan kekal.

Melalui Kristus, dan pengetahuan Allah yang satu dan benar dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya (Yoh. 17:3), kebenaran diberikan dan bahawa kebenaran membuat individu bebas (Yoh. 8:21-32).  Walaupun mereka memenjarakan badan kita, mereka tidak boleh memenjarakan pikiran kita.

Roh adalah mekanisme, dan Kristus adalah jalan, kebenaran dan terang dan kita datang kepada Bapa melalui jalan itu, kebenaran dan light (Yoh. 14:6).  Apabila kita diberikan kepada Kristus, kita akan terus kepada jalan itu, iaitu jalan kebenaran.  Jadi, kita haruslah prehatin kepada kebenaran yang tulin dengan cerita rekaan, sebab kebenaran adalah jalan kepada tindakan.  Roh kemudiannya memimpin kita kepada mekanisme atau pusat kebenaran (Yoh. 16:5-15).

Konsep ialah bahawa kebenaran adalah perkataan Allah dan kita disucikan didalam perkataan Allah.  Jadi, penentuan struktur yang benar tentang perkataan Allah dipusatkan didalam penyucian kita; sebab perkataan Allah adalah kebenaran (Yoh. 17:17).

Kegagalan didalam kebenaran adalah pengutukan keimaman (Mal. 2:1-12).

Kristus berdoa agar kita semuanya satu sebagaimana ia dan rasul-rasul adalah satu didalam kebenaran Allah (Yoh. 17:20-26).  Sebab keseluruhan pelayanan Yesus Kristus dan kelahirannya dan kematiannya adalah untuk menyatukan kebenaran (Yoh. 18:37).  Begitulah pentingnya kebenaran ini kepada yang terpilih.

Perkataan-perkataan Alkitab adalah kebenaran dan mereka menafsir satu dengan yang lain.  Alkitab adalah organisma yang hidup.  Hanya dengan Roh Suci kita boleh mengetahui kebenaran iaitu dalam Allah.

Kerja kita adalah untuk mempertahankan kebenaran (Rom. 15:1-6).  Fungsi jemaat adalah untuk memuliakan Allh Bapa (Bapa dan Allah Tuhan kita Yesus Kristus) dan bukannya memuliakan Yesus Kristus sebagai Allah.  Bapa adalah subjek kepada kemuliaan.

Kebenaran dan pengetahuan atas kebenaran adalah yang memberikan kita kebolehan untuk memperbetulkan, mendorong, mendidik dan memperbaiki satu sama lain (Rom. 15:7-13).  Ini dibuat dalam kasih sebab kasih mengikut dari kebenaran.

Dalam kerja Paulus pun, didalam kebanggaannya adalah berdasarkan kepada kebenaran.  Struktur keseluruhan adalah kebenaran (2Kor. 7:14).  Dia berbangga tentang gereja-gereja dan bukannya tentang dirinya sendiri (2Kor. 11:10).  Kebenaran mestilah dibahagi dengan betul.

Didalam gereja semua kita mempunyai kegunaan dan tugas yang berlainan – ada yang menghormati, ada yang tidak menghormati.  Tidak menghormati timbul oleh dosa tetapi tugas yang kasar juga boleh jatuh dibawah pengetahuan (2Tim. 2:19-20).  Semua kita mempunyai kebenaran yang bercampur dosa dan dari dosalah kita membersihkan diri kita, supaya kita tempat kehormatan (ayat 21).

Pertaubatan adalah fakta pengakuan kebenaran dan kemudiannya bertindak atasnya didalam perbuatan (2Tim. 2:24-26).

Kita tidak boleh berbuat sesuatu bertentangan dengan kebenaran Allah.  Perkataan Allah tidak akan kembali kosong.  Kita hanya boleh bekerja untuk kebenaran (2Kor. 13:5-8).

Jika kita prehatin tentang apa yang benar maka kita bukanlah yang terpilih (Eph. 4:17-32).  Jangkaan-jangkaan yang terpilih ditangani didalam Ephesus pasal 5.

Semua penerangan oleh yang terpilih adalah berdasarkan kepada kebenaran dan dilakukan dalam kasih.  Buah Roh yang memimpin kepada situasi tersebut, sebagai jemaat, keluarga, atau sebagai kumpulan, dapat dicapai melalui kebaikan dan keadilan dan kebenaran.  Tanpa kebenaran tidak ada daripada perkara ini yang mungkin.

Sekali kita dipilih kita tidak boleh jatuh dari kebenaran (Ibr. 10:26-39).

Kebenaran adalah pusat kepada iman.  Sistem yang salah mengenai Kristus adalah Anti-Kristus dan dusta.  Ia tidak boleh diterima dalam iman untuk mengabaikan kebenaran dalam perkara Alkitabiah, dan mengatakan yang mereka bukan relevan.  Itu tidaklah memeluk kebenaran.  Kebenaran Allah dibahagi secara betul oleh yang terpilih didalam Roh Suci.  Kebenaran yang yang bersifat pemilih mengabaikan kebenaran, yakni, kita mengambil kebenaran-kebenaran yang kita ingin dengar dan percaya.

Segala kebenaran Alkitab memerlukan tindakan dalam perbuatan dan dalam kebaktian.  Dengan menyerahkan jalan kita kepada Tuhan, Dia kemudianya menentukan pemikiran kita (Ams. 16:3) bukan pada jalan yang lain.  Apabila kita diberi pengetahuan tentang suatu perkara, kita bertindak keatasnya.  Dan jalan kita akan ditentukan dan pemikiran kita kemudianya ditetapkan dalam pengetahuan yang lebih lengkap tentang apa yang kita lakukan.

Kejahatan adalah fungsi dusta dan penipuan sebab ia mencari untuk menentang perkataan Allah.  Ia bukan lagi kebenaran.  Fungsi dan tugas kita adalah untuk mengajar kebenaran Allah, bertindak keatasnya dan berbakti kepada Allah didalam roh dan kebenaran melalui Roh Suci.