Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[291z]
Ringkasan:
Pengudusan terhadap Orang Berdosa tanpa Sengaja
dan Sedar
(Edisi 2.0 20000410-20000429)
Pada 7 Abib kita berpuasa bagi orang yang berdosa tanpa sengaja dan sedar. Proses ini adalah bagi mereka yang belum memahami kemuliaan dan misteri-misteri Kerajaan Allah. Ia adalah sebahagian dari proses pengudusan sistem Kaabah yang diperintahkan oleh Allah.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Pengudusan
terhadap Orang Berdosa tanpa
Sengaja
dan Sedar
Kita memelihara 7 Abib, pengudusan bagi orang berdosa tanpa sengaja dan sedar (Yeh 45:20; petikan Ibr 5:1-2) dengan berpuasa pada hari ini. Mengapa kita harus berpuasa?
Kita melakukannya kerana ia adalah sebahagian dari proses sistem Kaabah yang diperintahkan oleh Allah dan yang mana Kristus telah lakukan, ketika dia bersedia untuk perayaan Paskah.
Hari terakhir Pengudusan Kaabah Allah, yang merupakan kaabah kamu, adalah pengudusan bagi mereka yang silap atau mereka yang tidak memahami bahawa ianya harus dilakukan. Proses ini adalah bagi mereka yang belum memahami kemuliaan dan misteri-misteri Kerajaan Allah.
Bagaimana kita melaksankan ini?
Cara untuk menguduskan dan berdamai kepada Tuhan dalam Israel kuno adalah melalui menguduskan puasa untuk mendamaikan jemaah atau perkumpulan kudus kepada Allah dan mengumpulkan para penatua dan penduduk tanah (Yoel 1:13-15).
Kristus adalah buah pertama dari tuaian gandum dan menguduskan dirinya melalui Allah supaya kita boleh dikuduskan dan supaya kita juga boleh menguduskan Israel. Melalui kuasa Allah yang Hidup.
Kita dikuduskan melalui kebenaran Allah dan seperti Kristus menguduskan dirinya, demikian juga kita menguduskan diri kita kepada Allah (Yoh 17:17-19).
Ianya Allah yang telah menguduskan kira dan melalui Kristus ( 1 Tes 5:23).
Dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan adalah semua dari asal yang sama (Ibr 2:11).
Untuk sebab ini kita takluk kepada satu dengan yang lain melalui Roh Kudus dibawah Kristus (Ef 5:20-28).
Dengan cara ini kita menguduskan satu dengan yang lain dan umat Israel di kalangan semua bangsa belum lagi dipanggil. Kerana melalui upaya umat pilihan sebagai Kaabah Allah semua manusia akan dipanggil dan Kota Allah akan dibina (1 Kor 3:17).
Dan juga proses ini menguduskan nama Allah dan Yang Kudus dari Israel (Yes 29:23).
Proses pengudusan ini harus dilakukan dengan betul seperti yang kita lihat dalam Yesaya 66:17 atau orang-orang ini akan mengalami kemusnahan.
Berpuasa
Bagaimana kita tahu bahawa puasa ini sesuai? Puasa yang dipilih Allah adalah untuk meredakan kejahatan, meringankan beban, dan melepaskan tekanan, dan melepaskan setiap kuk (Yes 58:1-14).
Adakah ini bukan tujuan dalam Pengudusan keatas dosa yang tidak disengaja dan disedari? Adakah ini bukan permohonan bagi mereka yang tidak mengetahui?
Untuk menghadapi diri kita bagi mereka yang tidak mengetahui, atau mereka yang belum diberikan pelayanan misteri-misteri Kerajaan Allah, kita juga melaksanakan dalam mata Allah dan melindungi umat kita seperti Benih Kudus didalam umat Perjanjian.
Apakah proses lain dalam Alkitab yang boleh digunakan dengan lebih efektif daripada proses yang diberikan Allah kepada kita, yakni berpuasa. Kita tahu dari pada nabi bahawa pengudusan boleh dicapai melalui puasa dan perkumpulan jemaah Tuhan.
Semoga Allah mendengar kita dan memberkati rayuan kita dalam kuasa Roh Kudus.
q