Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[175]

 

 

 

Tishri Berhubungan Dengan Ekuinoks [175]

(Edisi 1.0 19960824-19960824)

 

Sesetengah pendeta pembangkang dalam Jemaat-jemaat Tuhan telah cuba untuk membenarkan penangguhan-penangguhan di bawah Kalendar Hillel dengan menggunakan salah tafsir Kitab Suci. Salah satu penjelasan palsu sebegini bersandar pada premis bahawa penentuan Molad atau satu haribulan Tishri di bawah sistem Hillel ada hubungan dengan atau bergantung pada kedudukan ekuinoks bulan September. Dalam pembelaan sistem penangguhan dan ketidaktentuan yang berlaku contohnya pada 1997, beberapa penjelasan luar biasa telah dikemukakan. Seorang individu telah mengambil Keluaran 34:22 sebagai teks bukti bahawa perayaan bulan tujuh harus berlangsung pada atau sesudah ekuinoks September. Karangan ini menganalisa dakwaan tersebut.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tishri Berhubungan Dengan Ekuinoks



Sesetengah pendeta pembangkang dalam Jemaat-jemaat Tuhan telah berusaha untuk membenarkan penangguhan-penangguhan di bawah Kalendar Hillel dengan menyalahtafsirkan Kitab Suci. Satu dari penjelasan palsu sebegini bersandar pada premis bahawa penentuan Molad atau satu haribulan Tishri di bawah sistem Hillel mempunyai hubungan dengan, atau bergantung pada, kedudukan ekuinoks September. Bulan Baru Tishri hanya itu saja, iaitu Bulan Baru bulan tujuh. Istilah Molad mungkin satu istilah yang sesuai kerana, dan ini tidak tepat, satu haribulan Tishri di bawah sistem Hillel tidak selalunya jatuh pada hari Bulan Baru.

 

Dalam pembelaan sistem penangguhan dan ketidaktentuan yang akan berlaku contohnya pada 1997, beberapa penjelasan luar biasa telah dikemukakan. Seorang individu telah memetik Keluaran 34:22 sebagai teks bukti bahawa perayaan bulan tujuh harus berlangsung pada atau sesudah ekuinoks September. Teks ini hanya menyatakan:

Keluaran 34:22  Hari raya Tujuh Minggu, yakni hari raya buah bungaran dari penuaian gandum, haruslah kaurayakan, juga hari raya pengumpulan hasil pada pergantian tahun.

 

Teks ini juga telah ditafsirkan sebagai berada pada pergantian tahun dari penggunaan SHD 8622 teqûphâh yang bererti satu putaran (matahari), satu aliran perubahan (waktu), jadi satu perjalanan keliling, satu pusingan atau akhir. Ini boleh bermakna akhir musim pertumbuhan atau akhir aktiviti-aktiviti tahun itu. Macamana sekalipun ini tidak memaksudkan hubungan khusus dengan ekuinoks atau bahawa ia harus menggati ekuinoks.

 

Tiada peraturan yang diketahui orang-orang Ibrani purba, Yunani, Babilon atau orang Kanaan, ataupun jemaat mula-mula, yang menangguhkan deklarasi Nisan[u] atau Abib berdasarkan perhitungan bulan tujuh berhubungan dengan ekuinoks. Bulan tujuh ditentukan dari perhitungan bulan pertama dalam Ibrani dan kalendar-kalendar lain. Kalendar Seleucid Makedonia memulakan tahunnya dari bulan yang bersamaan dengan Tishri dan, dengan itu, nampaknya adalah sekitar ekuinoks musim gugur (luruh) utara. Kalendar ini digunakan di samping sistem Babilon untuk perhitungan beberapa peristiwa Seleucid dan bukannya sejarah Yahudi, sewaktu zaman Maccabee dan sesudah itu (1 Maccabee; lihat Schurer, History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. 1, halaman 18-19 dan halaman 125-126 untuk data bibliografi). Bagaimanapun, kumpulan Maccabee juga memulakan tahun mereka dalam musim bunga utara (Schurer, ibid.).

 

Penjelasan ini nampaknya membingungkan penerapan kalendar Seleucid Makedonia dengan sistem Babilon-Ibrani. Peraturan-peraturan penangguhan ini tidak boleh dipakaikan pada atau berhubungan dengan ekuinoks musim gugur utara. Peraturan ini hanyalah bahawa dalam semua keadaan Paskah harus jatuh selepas ekuinoks vernal (musim bunga) (Schurer, ibid., halaman 590) (Schurer, berdasarkan pihak-pihak berwibawa, menyatakan apabila matahari berada dalam tanda Aries, ibid., halaman 593). Tanda Aries bermula pada kira-kira 21 Mac dan berakhir pada 20 April mengikut istilah Gregorian. Oleh itu, Paskah selepas 21 April jelas dilarang di bawah peraturan-peraturan purba. (Ianya harus diingatkan juga bahawa Astrologi dan Astronomi tidak dipisahkan sebagai ilmu-ilmu tersendiri sehinggalah Reformasi. Maka itu, ini merupakan petunjuk astronomi dan bukan astrologi). Schurer memperhatikan bahawa Anatolius, menurut Eusebius (HE, vii 32, 16-19), mengatakan bahawa ini adalah pandangan umum semua pihak berwibawa Yahudi termasuk Aristobulus, ahli falsafah pada zaman Ptolemy Philometor, dan juga Philo dan Josephus (Schurer, op. cit.). Kalendar Makedonia telah digunakan di Syria sejak permulaan kekuasaan Seleucid sehinggalah zaman Kristian.

 

Ianya digunakan:

 

(1) untuk menandakan bulan-bulan lunar sebenar;

 

(2) untuk menandakan dua belas bulan dalam tahun solar yang serupa dengan kalendar Julian selain dari permulaan mereka yang ditetapkan berlainan. Tambahan lagi, kalendar Seleucid Makedonia ini tidak tepat dalam penentuannya dari satu tempat ke satu tempat lantas menunjukkan bahawa peraturan itu pada waktu itupun tidak berhubungan secara khusus dengan ekuinoks musim gugur. Di Tirus tahunnya bermula pada 18 November (Schurer, halaman 595), sesudah ekuinoks. Di Gaza, bagaimanapun, ianya bermula pada 29 Ogos (Schurer, ibid., lihat juga Bickerman Chronology, halaman 50), lama sebelum ekuinoks.

 

(3) Pada zaman-zaman kemudiannya bulan-bulan Julian itu hanya dipanggil dengan nama-nama Makedonia (Schurer, ibid.). Nama-nama Syria, yang lebih kurang sama dengan nama-nama Yahudi, digunakan untuk dipadankan dengan nama-nama Makedonia.

 

Oleh itu, tiada sistem yang diketahui, yang mendefinisikan Tishri, bulan tujuh, berhubungan dengan ekuinoks musim gugur. Ini merupakan satu alat untuk mempertahankan sistem Hillel, yang tidak sah. Ianya juga diperlukan untuk cuba mempertahankan dongeng penyaliban 31 CE seperti yang dianjurkan oleh Herman Hoeh yang mengikut arahan Herbert Armstrong (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Malah Hoeh telah mencipta satu peraturan penangguhannya sendiri untuk tujuan ini (lihat Penyaliban bukan pada hari Jumaat).

 

Hari persiapan atau 14 Nisan yang dipanggil hari Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan) bukanlah jamuan Paskah yang sebenar seperti yang dinyatakan oleh sesetengah orang. Ini adalah pandangan palsu yang dikemukakan oleh Herbert Armstrong dan dipertahankan oleh beberapa pendetanya dan ini tidak betul (lihat karya Hari Paskah (No. 98)).

 

Paskah pada tahun 1997 adalah sebulan lambat dalam kalendar Yahudi kerana ia bergantung pada penangguhan-penangguhan di bawah sistem Hillel, yang tidak disahkan dalam Kitab Suci ataupun dalam sejarah sebelum abad keempat era terkini. Apa yang dilakukan oleh para apologist (pembela) sistem ini, secara berkesannya, adalah mencipta satu peraturan baru dan mengatakan bahawa peraturan untuk penentuan Nisan adalah bahawa bulan ini ditentukan dari Bulan Baru yang paling hampir dengan ekuinoks musim bunga utara, di mana Paskah/Roti Tidak Beragi adalah urutan bulan penuh yang pertama sesudah ekuinoks kecuali apabila Perayaan Pondok Daun akan jatuh sebelum ekuinoks musim gugur utara (walaupun Hari Besar Terakhir jatuh pada ekuinoks itu), dan dalam keadaan ini Paskah/Roti Tidak Beragi haruslah urutan bulan penuh kedua sesudah ekuinoks vernal (musim bunga). Tiada peraturan sebegini yang wujud atau sememangnya tidak pernah wujud dan jika digunakan akan lebih mengacaukan lagi kalendar itu. Tafsiran yang digunakan pada Keluaran 34:22 untuk menyokong sistem Hillel adalah tidak berasas dalam sejarah ataupun hakikat. Ia bergantung pada pemikiran rabbinikal dalam pembenaran sirkular (tidak berhujung pangkal).

 

Begitu juga perhitungan Molad untuk Tishri adalah satu lagi tafsiran sistem Hillel. Tiada peraturan alkitabiah apa sekalipun yang menentukan Molad Tishri selain dari sebagai Bulan Baru untuk bulan tujuh. Maka tiada yang penting tentang hari ini selain dari urutan hari untuk Tishri kerana ia menentukan Pendamaian dan Hari Raya. Keutamaan Molad Tishri ini adalah satu rekaan Judaisme rabbinikal (dari golongan Farisi) sama seperti Pentakosta 6 Sivan. Bulan Nisan, atau Abib (bukan Tishri) adalah permulaan segala bulan untuk kamu (Keluaran 12:2); dan ini bukannya ditentukan dari Tishri.

 

Salah lagi salah faham yang disuarakan dalam perselisihan ini adalah bahawa 1 Nisan tidak mendahului ekuinoks vernal. Bulan Baru Nisan mendahului ekuinoks ini contohnya dalam tahun 1988, 1991, 1994 dan 1996. 1997 adalah kali kelima dalam sepuluh tahun terakhir di mana 1 Nisan mendahului ekuinoks. Oleh itu, ianya juga sesuatu yang lazim terjadi. Hakikat ini juga menentukan permulaan Tishri lama sebelum ekuinoks dalam banyak kasus. Penjelasan-penjelasan yang cuba menetapkan peraturan tentang kedekatan Pondok Daun kepada ekuinoks adalah palsu dan mengabaikan fakta sejarah.

 

Pada 1994 semua hari raya Tishri jatuh sebelum ekuinoks September kecuali Hari Besar Terakhir, dan begitu juga keadaannya dalam 1997. Mereka yang menimbulkan bantahan atas alasan-alasan seperti itu untuk 1997 tidak membantah pada 1994, mungkin kerana orang-orang terbabit cukup senang dengan pandangan bahawa ia juga mengikut sistem rabbinikal. Posisi tahun 1994 terhadap tahun 1997, menunjukkan bahawa tidak terdapat peraturan berkenaan ekuinoks September.

 

Berhubung dengan hari-hari Bulan Baru: Bulan Baru adalah peristiwa astronomi yang tepat. Maklumatnya disediakan di seluruh United Kingdom, kepada kedua-dua operasi pertahanan dan perdagangan atas darat, laut dan udara oleh Jabatan Almanak Nautika Diraja Her Majesty’s Nautical Almanac Office (HMNAO). Ini BUKANLAH buku yang dipanggil Queen’s Almanac (Almanak Ratu) seperti yang difikirkan oleh seorang yang tidak tahu dalam satu kupasan kritis yang sangat lemah baru-baru ini terhadap beberapa karya kami. Maklumat tentang Bulan Baru yang tepat boleh disediakan dalam Waktu Purata Greenwich Greenwich Mean Time (Waktu Antarabangsa) dan bantuan boleh diberikan untuk perincian dalam perhitungan waktu Yerusalem dan waktu-waktu lain untuk kedua-dua konjunksi dan untuk Waktu Senja Nautika Akhir Petang End Evening Nautical Twilight (EENT) untuk Yerusalem dan juga untuk kawasan-kawasan tempatan. EENT diperlukan untuk penentuan hari bagi tujuan-tujuan kalendar. Maka peristiwa tepat Bulan Baru menentukan masa untuk konjunksi di seluruh dunia. Waktu-waktu bulan terbit tempatan akan berbeza.

 

Waktu-waktu dalam beberapa kalendar yang dibuat, contohnya seperti yang dikemukakan oleh Frank Nelte, nampaknya tidak berkaitan dengan jelas dengan waktu konjunksi seperti yang ditentukan oleh sumber-sumber rasmi. Mungkin terdapat sedikit kebingungan antara waktu-waktu bulan terbit dan waktu-waktu konjunksi.

 

Ini adalah satu peluang untuk menjelaskan satu lagi salah faham. Bulan Baru BUKANLAH bulan sabit. Peraturan penangguhan tengah hari berpendapat bahawa jika konjunksi itu berlaku sesudah tengah hari maka penetapan Bulan Baru ditangguhkan ke hari berikutnya.

 

Peraturan tengah hari ini adalah berdasarkan premis bahawa ianya mengambil sekurang-kurangnya enam jam untuk membentuk bulan sabit dari konjunksi itu. Peraturan ini dengan sendirinya menjadi bukti bahawa bulan sabit bukanlah faktor penentu tetapi konjunksi tersebut.

 

Mungkin peraturan penangguhan ini telah diperkenalkan untuk orang Yahudi Asia, kerana semakin ke timur seseorang itu pergi Bulan Baru ditolak ke hari berikutnya. Maka penentuan kalendar dari Yerusalem meletakkan Bulan Baru di Asia di hadapan sehingga lapan jam jauhnya, dan dengan itu berlaku pada hari sebelumnya dalam kemunculan-kemunculan kemudian ini. Maka kalendar ini kadangkala berada satu hari di depan Bulan Baru di timur khususnya di Australia dan New Zealand. Inilah satu-satunya peraturan penangguhan yang masuk akal dari segi pemerhatian empirikal atau fakta sejarah. Masalah-masalah dengan kalendar Hillel terkandung dalam karya Kalendar Tuhan (No. 156).

 

Tanpa menghiraukan merit kedudukan tunggal ini, dan ianya tidak menyelesaikan masalahnya dengan betul, Jemaat-jemaat Allah Al Masehi telah memilih perhitungan-perhitungan Yerusalem itu yang bebas dari semua penangguhan demi kepentingan keseragaman kalendar Jemaat-jemaat Tuhan sedunia sehinggalah waktu apabila konferens sedunia Jemaat-jemaat Tuhan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

q