Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[181]

 

 

 

 

Di Sebalik Starwars

(Edisi 1.1 19970729-19970729)

 

Kitab Wahyu meramalkan manusia menentang Kristus pada kedatangannya sebagai Raja Segala Raja. Kenapa mereka akan berbuat begitu? Abad ini telah menyaksikan perkembangan cerita-cerita sains fiksyen yang semakin meningkat berpusat pada serangan Bumi oleh makhluk-makhluk asing di mana penduduk bumi berperang dengan berani dan akhirnya menang terhadap rintangan yang besar sekali. Karya ini membincangkan filem/buku Starwars sebagai faktor-faktor dalam membiasakan orang ramai untuk mengambil pendirian begini terhadap Juruselamat mereka. Perbincangan atas tema-tema filem zaman akhir dimasukkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Di Sebalik Starwars



Dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174) kita telah lihat bahawa pembahagian langit antara Iblis (dan Angkatan durhakanya) dan Tuhan (dan Angkatan setia yang dikepalai Yesus Kristus) menjadi pokok perang propaganda. Iblis sebagai penguasa angkasa (Efesus 2:2) terlibat dalam menghasilkan satu versi sistematik pendurhakaan dan kejatuhan itu dari sudut pandangan yang menggambarkan TUHAN sebagai entiti jahat dan Angkatan  setia di bawah Mesias/Mikhael sebagai makhluk-makhluk jahat yang serupa. Sudut pandangan ini merupakan dasar kultus-kultus rahsia dan mitos serta legenda purba bukan Ibrani. Kita telah lihat dalam karya itu tentang kesan-kesan sifat Tuhan pada sistem pemerintahan, bahawa sifat Tuhan mempengaruhi segala konsep Pemerintahan, hingga kepada konsep-konsep jenayah dan hukuman.

 

Maka sistem-sistem dunia adalah milik penguasa dunia ini (2 Korintus 4:4). Ketertiban hukum alkitabiah adalah milik Tuhan dan kerajaanNya. Kedua-duanya saling terpisah antara mereka. Tuhan akan memperkenalkan sistemNya di bawah Mesias sekali untuk selamanya seperti yang kita lihat dari aktiviti-aktiviti dalam Wahyu. Kita juga lihat dari teks-teks itu bahawa sistem-sistem dunia akan mara menentang Mesias dan orang-orang kudus dalam cubaan untuk menghapuskan mereka. Mungkin kita tertanya bagaimana Iblis akan mendorong dunia untuk menentang Mesias, walaupun tahu bahawa dia dijangkakan dan tahu akan kuasa Tuhan. Dia akan melakukan ini bukan sekali saja tetapi dua kali, sekali pada permulaan Milenium dan permulaan pemerintahan Mesias dan orang-orang kudus, dan sekali lagi pada hujung waktu itu (Wahyu 16:12-16; Wahyu 20:8).

 

Jawapan kepada masalah ini terdapat dalam proses kondisi (pembiasaan) planet ini di bawah Iblis, dengan menjalankan kuasa bujukannya atas pemikiran manusia. Dalam zaman-zaman sebelumnya ini berlaku perlahan dan terbatas kepada kuasa mitos dan sihir untuk menanamkan dalam fikiran, segala konsep berkaitan yang akan membataskan kemampuan mereka untuk mengambil bahagian dalam rencana Tuhan, dan menghadkan bilangan orang yang Tuhan akan dapat gunakan dalam pemerintahan seribu tahun itu dan kemudiannya melalui kebangkitan dan penghakiman. Orang ramai dikondisi melalui ajaran-ajaran agama yang palsu seperti mitos-mitos transmigrasi orang Celt serta teologi pembebasan Hindu/Buddha dari timur. Orang-orang ini menjangka mereka akan dijelmakan kembali dan kerana itu kebangkitan akan hanya menjadi penjelasan mudah dan dipandang sebagai sebahagian dari satu urutan. Doktrin jiwa merupakan fasa lain dari dusta Sekali-kali kamu tidak akan mati.

 

Tindakan mendorong orang ramai untuk mara menentang Kristus adalah hal yang lain lagi. Tanda kedatangan anak manusia di langit yang dijanjikan dalam Wahyu yang pada mulanya menyebabkan rasa takut (Wahyu 6:15-17) dihadapi dengan rasa marah di antara bangsa-bangsa (Wahyu 11:15-18). Ini disebabkan perubahan gaya hidup dan ketaatan yang diperlukan di antara bangsa-bangsa.

 

Cara untuk mendorong orang untuk menentang Mesias terbahagi kepada fasa-fasa. Fasa pertama adalah dengan menanamkan premis-premis palsu di antara orang ramai melalui agama palsu. Ini telah dilakukan melalui mitos. Kisah-kisah dalam Wahyu dihadapi dalam agama lain sebagai kisah-kisah jelmaan terakhir para ilah dalam bentuk-bentuk pemusnah atau jahat, hinggakan orang ramai menentang terhadap apa yang mereka anggap sebagai jahat. Di dalam Kekristianan banyak kumpulan kultus mempunyai pandangan-pandangan tentang Advent (Kedatangan) yang melibatkan keghaiban atau milenium syurgawi, atau pemerintahan Kristus sebagai jemaat. Kesemua mitos ini menghalang pengikut-pengikutnya dari mengenali aktiviti-aktiviti yang terjadi itu sebagai aktiviti Mesianik yang sebenarnya.

 

Di dalam masyarakat sekular zaman moden, kemajuan saintifik telah menjadikannya mungkin untuk mendongengkan agama dan menyisihkan Tuhan dari pandangan tentang penciptaan, hinggakan proses evolusi menjadi mitos yang diterima dalam masyarakat. Kemajuan saintifik juga telah menjadikannya mungkin untuk menggambarkan alam semesta sebagai tempat pencampuran untuk aktiviti evolusi, di dalam proses kehidupan seperti yang diaplikasikan kepada sistem-sistem lain. Maka Kristus dipamerkan sebagai makhluk asing dan ketua bala tentera makhluk asing. Dari sudut pandangan ini, ianya kini dinyatakan sebagai kenyataan bahawa makhluk-makhluk asing berhubungan dengan bumi dan memusuhi kita. Pembiasaan planet ini berlaku secara diam-diam dan sistematik. Jika tidak, maka ia pastinya akan jelas kelihatan kepada terlalu ramai orang, dan dengan itu ditentang dan menjadi tidak berkesan.

 

Latihan propaganda ini paling berkesan sekali di mana keterbalikan kebenaran dipamerkan sebagai yang benar. Baik adalah jahat dan jahat adalah baik. Tiada lagi yang lebih nyata pada zaman moden ini daripada lima belas tahun terakhir dan yang paling dramatis sekali adalah dalam pencapaian saintifik yang telah membolehkan penghasilan filem-filem trilogi Starwars. Filem-filem ini telah direka melalui apa yang dianggap pengarang-pengarang mereka sebagai proses inovatif kebolehan kreatif sejati pada pihak mereka. Bagaimanapun, tidak ragu lagi, seperti yang kita akan lihat, bahawa filem-filem ini mempunyai pesan di sebaliknya. Pesan tersebut adalah meluas dan ditujukan pada pemusnahan tema Mesianik alkitabiah. Para penulis sendiri, kalau mereka bukan ahli kabbalist atau mistik rahsia, akan menolak sebarang dakwaan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh kuasa-kuasa roh. Malah mungkin ada antara mereka yang menolak kewujudan kuasa-kuasa sebegitu. Bagaimanapun, memang nampaknya terdapat pengilhaman langsung pereka-pereka cerita itu oleh alam roh. Ini nampaknya sebahagian dari proses pemberian maklumat salah yang berterusan, yang bertujuan agar planet ini menentang Mesias dan, tanpa bertaubat, mara menentangnya di Yerusalem. Pilihan lainnya adalah bahawa cerita-cerita itu sengaja ditujukan untuk memberi cerita-cerita alkitabiah dari sudut pandangan pihak pendurhaka, dengan perekaan individu-individu terbabit, sebagai permainan Yahudi lawan Kristian. Apa sekalipun, cerita ini merupakan pembalikan rencana campur tangan ilahi yang kita lihat digambarkan dalam Alkitab yang dibuat dengan cerdas.

 

Sebahagian dari proses pemberian maklumat salah ini adalah pelumpuhan Kekristianan aliran umum, dengan paradigma palsu dan terbatas yang digunakan untuk mengertikan Alkitab. Oleh itu, ianya menjadi mustahil untuk menangani propaganda sistematik yang dikeluarkan bersama dengan kemajuan-kemajuan teknologi itu, yang terjadi dalam urutan dan waktu yang sesuai dengan rencana penentangan ini. Sama ada ini terjadi melalui ketidakcekapan orang-orang fana atau terbatas dan berfikiran kecil, atau oleh pengaruh roh secara langsung, hasilnya adalah sama.

 

Ianya penting untuk kita semua memahami  apa yang terjadi kepada umat kita dalam proses pembiasaan diri ini. Jadi ianya perlu untuk menjelaskan apakah sebenarnya pesan subliminal filem-filem itu, contohnya cerita trilogi Starwars, dan bagaimana ia mempengaruhi aktiviti manusia dalam rencana keselamatan. Dari pengertian ini kita kemudiannya dapat melihat filem-filem sains fiksyen yang lain. Kita akan melihat tema-tema yang serupa muncul yang menunjukkan satu usaha gabungan yang hebat dalam skopnya. Perkembangannya direncanakan untuk membinasakan manusia melalui perang sia-sia dan derhaka dengan pencipta kita. Alkitab mengatakan bahawa Iblis akan melakukan ini bukan sekali tetapi dua kali (Wahyu 20:7-9).

 

Starwars

 

Kita telahpun melihat dari bahagian Anak-anak Tuhan dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174)  bahawa nama Starwars itu sendiri merupakan satu bayangan peperangan Anak-anak Tuhan, kerana anak-anak ini dipanggil Bintang, dan salah satunya adalah Mesias (Bilangan 24:17). Starwars merupakan filem pertama dalam siri ini. Filem ini menggambarkan kejadian-kejadian pada akhir peristiwa yang dikenali sebagai Clone Wars (Perang Klon). Filem ini sebenarnya adalah episod IV. Episod I hingga III yang menunjukkan bagaimana keadaan tersebut timbul, pastinya akan dikeluarkan pada waktu yang sesuai dalam rancangan tersebut. Memfilem cerita-cerita ini dalam urutan tepatnya pasti akan membuatnya lebih jelas dan dengan itu kurang efektif.

 

Senario

Alam Semesta terbahagi kepada dua elemen. Pembahagian-pembahagian ini mewakili apa yang dikenali sebagai Pihak Gelap Kuasa (Dark Side of the Force) dan Kuasa (The Force). Kuasa ini dikatakan adalah Kuasa (Power) yang mengikat Galaksi (Bimasakti) bersama. Alam Semesta berada di bawah kuasa Empayar yang diperintah oleh seorang makhluk jahat bernama Emperor (Maharaja). Alam Semesta pernah berada di bawah sebuah sidang tertinggi yang dipanggil Senat Empayar (Imperial Senate)  dalam filem itu. Maharaja nampaknya berada dalam proses menghapuskan kekuasaan Senat dan kita dapati bahawa ia telah dibubarkan kerana pemberontakan itu. Sistem itu diletakkan di bawah Gabenor-gabenor (Penguasa) Wilayah. Gambaran dibuat tentang pemerintahan berdasarkan ketakutan di bawah seorang Maharaja yang telah merampas kuasa mutlak, melalui salahguna Kuasa itu. Dari mula lagi, cubaan dibuat untuk membuktikan bahawa sistem awal yang memerintah alam semesta merupakan sistem republik yang dikuasai oleh Senat seperti mana sistem binatang terakhir iaitu sistem Rom yang digambarkan oleh nabi Daniel ditubuhkan sebelum ia dikorupkan oleh pemerintahan empayar. Daniel menunjukkan bahawa sistem ini akan berkekalan sehingga kedatangan Mesias untuk menubuhkan kerajaannya (Daniel 2:31-45; 7:23-27). Sistem binatang ini bermula dengan Babilon dan akan berakhir pada kedatangan Mesias apabila gambar Rom itu dibinasakan. Keadaannya di sini adalah sistem ini dikatakan adalah sistem asas, yang sebenarnya tidak. Bagaimana sekalipun, struktur sidang asal dinyatakan melalui penjelasan-penjelasannya.

 

Bala tentera yang ada

 

Maharaja mempunyai satu siri bala tentera untuk kegunaannya – terdapat tentera (storm trooper) yang memakai baju perisai putih; terdapat tentera umum di bawah para komander (panglima); juga terdapat sekumpulan kecil pasukan elit dengan signifikans agama yang dipanggil Jedi. Wakil Maharaja, namun dalam filem ini belum lagi menjadi komander angkatan itu, adalah seorang Jedi yang dipanggil Darth Vader, yang disebutkan sebagai Lord Vader (Tuan Vader).

 

Empayar ini ditentang oleh Perikatan Pemberontak (Rebel Alliance). Kumpulan Jedi tiada kaitan dengan kawalan tentera Perikatan Pemberontak ini selain secara tidak langsung. Mereka adalah sebahagian dari satu agama purba yang tidak lagi dianggap berkesan oleh rakyat umum. Segala rahsia Jedi dan Perikatan ini disimpan dari diketahui kebanyakan orang. Terdapat beberapa sistem planet yang membentuk Perikatan Pemberontak ini. Salah satunya adalah planet Aldebaran (dieja Alderaan dalam filem ini).

 

Dalam satu cubaan untuk menghapuskan Perikatan Pemberontak ini, sebuah senjata super yang baru dibina yang dipanggil death star (bintang maut). Stesen tempur ini apabila beroperasi mampu memusnahkan planet-planet.

 

Perikatan Pemberontak ini telah mendapat pelan (rencana) death star yang baru. Duta untuk planet Aldebaran adalah Puteri Leia, yang dianggap anak perempuan penguasa Aldebaran. Dia dan bapanya merupakan ahli-ahli Senat Empayar. Dia berada di dalam sebuah kapal yang berpura-pura sebagai kapal diplomat. Dia dan bapanya dan orang-orangnya sebenarnya adalah sebahagian dari Perikatan Pemberontak. Kapal ini telah diserang oleh armada Empayar di bawah Darth Vader. Dia memasukkan pelan tersebut di dalam sebuah droid (robot), R2-D2 (Artoo Detoo), untuk simpanan supaya ia dapat disampaikan kepada Obe-wan Kenobi. Robot-robot R2-D2 dan C-3PO sampai dengan pod pelarian dari kapal itu ke planet di mana Obe-wan (Obe1), yang kini dikenali sebagai Ben Kenobi, tinggal atau dikurung. Pada planet yang amat kering inilah terdapat seorang petani uap lembab iaitu Owen dan isterinya Beru dengan seorang anak saudara atau anak angkat dipanggil Luke Skywalker. Obe-wan (1) hidup di sebuah jurang di sebelah Laut Dune yang satu lagi. Kawasan gurun ini dipanggil gurun Junglin. Terdapat Orang Pasir di situ yang menyerang dan menjarah para pengembara. Juga terdapat orang Jawa di sini, yang pendek orangnya dengan mata yang bersinar-sinar. Mereka mencari, dan berdagang logam dan robot droid. Orang Pasir nampaknya menguasai planet ini pada waktu malam.

 

Luke membeli droid-droid tersebut dan sesuatu kerosakan yang disebabkan baut penahan telah menyebabkan droid R2-D2 menunjukkan sebahagian dari pesan itu yang merupakan gambaran visual panggilan meminta bantuan yang dibuat oleh Leia.

 

Bapa saudara Luke mengenalpasti Ben sebagai Obe1. Di sini kita melihat jalan ceritanya berkembang. Obe1 kononnya mati pada waktu yang sama seperti bapa Luke. Ibu saudaranya berkata bahawa Luke mempunyai terlalu banyak sifat bapanya di dalam dia dan bapa saudaranya berkata “Itulah yang saya takutkan”. Pernyataan penuh teka-teki dijelaskan dalam filem kedua.

 

Droid R2-D2 melepaskan dirinya, dan mencari Obe1. Luke mengikutnya dan diserang oleh Orang Pasir. Ben tiba dan menghalau Orang Pasir dengan bunyi kuat dalam bentuk raungan berteriak. Dia menyelamatkan Luke. Dia diberitahu mereka sedang mencari Obe1. Dia mengaku dialah Obe1 dan berkata dia sudah lama tidak mendengar nama Obe1 Kenobi. Dia memberitahu bahawa dia telah berperang dengan bapa Luke dalam Perang Klon. Dia mempunyai pedang cahaya (light sabre) milik bapa Luke. Dia berkata bahawa satria-satria Jedi merupakan penjaga keamanan dan keadilan dalam Republik selama 1,000 generasi (kira-kira 40,000 tahun. Ini kebetulan waktunya dengan kemunculan orang pasca-Neanderthal atau Nefilim di atas bumi).

 

Dia menyatakan bahawa Darth Vader telah membantu untuk memburu Jedi dan kini mereka hampir pupus. Obe1 berkata bahawa dia telah membantu bapa Luke dalam Perang Klon. Dia menyebut bahawa Republik, yang ditadbir oleh Senat Empayar, adalah sistem lama sebelum perang-perang itu membahagikan sistem tersebut.

 

Planet ini bernama Tatooine. Luke mengatakan bahawa ia adalah yang terjauh sekali dari pusat terang alam semesta, jika ada. Kita akan lihat kemudiannya bahawa di sinilah letaknya makhluk Jabba the Hutt dan di mana terjadinya beberapa peristiwa filem ketiga.

 

Empayar menjejaki robot-robot tersebut, yang melepaskan diri dalam sebuah pod, ke planet itu dan membunuh ibubapa angkat Luke dalam pencarian mereka terhadap rencana-rencana itu. Obe1 dan Luke menemui mereka dan kemudiannya cuba untuk meninggalkan planet itu. Mereka merekrut dua orang untuk membawa mereka. Seorang adalah Han Solo pemilik kapal yang dipanggil Millenium Falcon. Seorang lagi adalah pembantu kapal, makhluk Wookiee dan dipanggil Chewbacca. Dia menyerupai seekor singa yang berdiri atas dua kaki. Signifikans hal ini akan menjadi jelas kemudian.

 

Dengan tindakan ini elemen-elemen terakhir Republik lama dilenyapkan. Maka suatu jalan cerita dibentuk yang meniru sistem Rom lama sebelum ia diambil alih oleh para Maharaja. Kesamaan ini dikembangkan bahawa apabila kuasa dipusatkan pada seorang penguasa, kebebasan dihapuskan dan pemberontakan menjadi perlu. Maka model ini didirikan sebagai konflik sistem Rom atau Platonist yang baik dan adil yang terbinasa oleh kediktatoran. Teologi kemahawujudan Kuasa itu adalah sebagai suatu kuasa rohani yang meresapi segala sesuatu. Ini merupakan teologi sistem Animist purba yang muncul dari orang Babilon dan yang dimurnikan di bawah Platonisme dan neo-Platonisme. Pendirian alkitabiah menyangkal premis ini. Oleh sebab itu, apa yang kita perhatikan di sini adalah satu penjelasan tentang struktur alam semesta yang secara dasarnya penjelasan palsu kepada penjelasan alkitabiah.

 

Kita perhatikan konflik falsafahnya yang berkembang yang diterangkan dalam bahagian Sifat Tuhan dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174).

 

Bahasa dan Makna Perkataan dan Istilah

 

Ianya sesuai di sini untuk membuat komen tentang bahasa. Nama-nama semua tempat, orang dan peristiwa dalam filem ini mempunyai signifikansnya. Nama-namanya sama ada berasal dari orang Ibrani atau Indo-Aryan dengan permainan kata-kata melalui simbolisme atau perbezaan bahasa. Watak-wataknya mempunyai nama-nama bermakna.

 

Nama dan Erti

 

Obe-wan Kenobi (Obe1) dipecahkan seperti berikut:

 

Obe SHD 5646 ‘ab atau ‘ob disebut obe dari akar kata menutupi. Istilah ini dikembangkan dari SHD 5645 ‘ab bermakna selubung sebagai kegelapan atau kepadatan (lihat 2 Tawarikh 4:17), dengan itu awan tebal atau belukar pohon-pohon. Istilah obe adalah satu istilah arkitektur yang bererti meliputi/menutupi sebagai suatu architrave (balok) yang menutupi tiang-tiang sebuah bangunan. Wan mempunyai erti yang berkaitan dengan istilah-istilah Ibrani yang boleh dinyatakan sebagai SHD 2057 Vanyâh atau sebagai SHD 6043 ‘Ånâyâh yang bererti Tuhan telah mendengar. Obe-wan atau Van-obe bererti dia yang menutupi telah mendengar. Obe1 adalah kerub penjaga (menutupi) yang pertama dan yang diurapi. Kita dapati bahawa ini adalah Iblis dari Yehezkiel 28:14 KJV, Alkitab Interlinear. Istilah ini telah dihilangkan dari beberapa Alkitab untuk menyembunyikan maksudnya.

 

Obe-wan juga adalah transposisi istilah Ibrani roh telah mendengar. Istilah obe ini juga dipecahkan kepada pengertiannya dalam 1 Samuel 28:7. Suatu ‘owb SHD 178 yang disebut obe nampaknya datang dari idea mengecek nama seorang bapa (menyebut nama Bapa dengan sembarangan) dan dengan itu mengomel yang juga diperolehi dari konsep bekas air dari bunyi kosongnya. Dari semua usul ini, ia bermakna, seorang ventriloquist (pembicara perut) (iaitu mengomel dari kendi), namun lebih khusus lagi adalah seorang necromancer (ahli nujum) sebagai arwah.

 

Kita mendapat idea di sini bahawa Obe-wan telah dibuang dari kedudukannya sebagai kerub penjaga pertama dan dikurung di kawasan gurun Junglin. Geografinya menarik. Jurang ini dikelilingi oleh Orang Pasir. Kumpulan yang satu lagi adalah Jawai. Taman Eden dulu merupakan firdaus dan kini adalah padang gurun. Bangsa Arab menduduki kawasan itu dan beragama Islam. Jawai memakai jubah yang menyerupai jubah Sufi. Mistikisme, sememangnya, sangat meluas di Java (Jawa) di mana ia dipanggil Kebatinan dan Jawai adalah tulisan yang digunakan untuk menyampaikan bahasa. Sufi, sememangnya, terdapat dari Afrika hingga Indonesia. Obe-wan mengawal Orang Pasir ini melalui kepercayaan tahyul dan, secara inferens, mistikisme.

 

Nama Darth Vader diperolehi dari perkataan Da’ath (SHD 1847) yang bererti mengetahui atau pengetahuan dan kelicikan. Ia diperolehi dari akar kata utama SHD 3045 yawdah; mengetahui. Ini membawa kita kepada watak-watak filem seterusnya dalam siri ini. Perkataan Vader juga berkaitan dengan konsep-konsep yang terkandung dalam SHD 2054 Vâzâr yang terbit dari akar kata yang digunakan yang bererti menanggung kesalahan atau jenayah. Darth Vader adalah orang yang telah menanggung segala dosa dunia dan dengan itu menjadi Lord Vader sebagai hamba paling rapat Maharaja. Kita akan lihat kemudiannya bahawa dia cacat dan kerana itu ditutup dalam pakaian perisai. Dalam Kabbalah perkataan Daath ini bermakna pengetahuan adalah Anak Chokmah dan Binah pada Pohon Kehidupan. Ia kadangkala disebutkan sebagai Sephira kesebelas palsu kerana ia merupakan kedudukan pengetahuan konsepsi dan bukan pengetahuan mutlak (lihat Drury Dictionary of Mysticism and the Occult, halaman 54). Veda dalam bahasa Sanskrit juga bererti Pengetahuan dan berhubungan terus dengan perkataan-perkataan Ibrani dan Kasdimnya.

 

Huruf vav, huruf keenam abjad Ibrani, juga bererti kail dan disebut sebagai vee atau w yang senyap. Maka V disebut Vader atau Wader. Vav juga digunakan dalam bahasa Ibrani moden sebagai nombor 6 namun penggunaan begini tidak terdapat dalam Perjanjian Lama. Vav bersama dengan suku kata berikutnya menambahkan penekanan kepada perkataan itu yang boleh membentuk sepasang idea sejajar atau bertentangan atau kombinasi-kombinasi makna yang lain (lihat The New Brown-Driver-Briggs-Gesenius Hebrew English Lexicon, halaman 251 dan seterusnya). Maka nama Darth Vader bererti Tuan (Tuhan) Pengetahuan untuk kedua-dua pengetahuan konsepsi dan pengetahuan sebenar. Dath juga bermakna, dari SHD 1881, satu perintah atau undang-undang raja dan mempunyai erti yang serupa dalam bahasa Kasdim (SHD 1882).

 

Perkataan Yâda’ yang disebut Yawdah adalah mengetahui dalam berbagai pengertian. Sebagai satu usul, ia bererti mengetahui dengan melihat. Ini bermakna mengenai dengan pemerhatian, secara inferens (kesimpulan) dan dengan perhatian dan pengenalan. Aspek perhatian dan aspek inferens pengajaran atau penyampaian pengetahuan meluaskan konsep ini kepada pelindung-pelindung pengetahuan. Jadi, Jedi adalah pelindung pengetahuan alam semesta. Dengan itu mereka dapat melihat secara telepati seperti yang cuba digambarkan oleh filem itu.

 

Secara kausatif, konsep ini menjadi pengajaran, penandaan dan hukuman. Maka pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat melibatkan konsep dosa dan hukum. Pengetahuan tentang sifat Tuhan merupakan kontrol yang perlu untuk aspek ini. Filem ini cuba menjadikan Kuasa (the Force) sebagai kontrol pengganti. Maharaja bukan seorang tuhan yang baik. Dia digambarkan sebagai tuan kegelapan yang jahat dan bukan Tuhan Terang dan Kebaikan. Dia telah merampas Kuasa itu dengan manipulasi aspek-aspek gelapnya atau negatifnya. Oleh sebab itu, rencana tersebut dipandang dan digambarkan secara terbalik. Baik adalah jahat. Jahat adalah baik. Hal ini harus diingati sepanjang filem ini. Filem ini adalah filem negatif atau cetakan biru. Orang jahat adalah pihak yang baik dan orang baik adalah pihak yang jahat.

 

Guru Jedi (Jedi master) juga diperolehi dari akar kata ini kerana perkataan Yâdâ yang disebut Yawdaw (SHD 3047) bererti mengetahui. Perkataan Kasdim Jedah atau yeda (SHD 3046) bersamaan dengan SHD 3045 dan bererti mengajar atau menyatakan. Maka Yoda adalah guru kepada pelindung-pelindung pengetahuan. Ini juga berpindah ke dalam Sanskrit sebagai mainan kata pada perkataan Yoga yang diperolehi dari konsep yang sama. Yoga diterbitkan dari perkataan Sanskrit yuk; mengikat bersama yang kemudiannya memberi realisasi diri dan penyatuan dengan Brahman iaitu realiti tertinggi. Di sini ia digambarkan sebagai kuasa yang mengikat alam semesta bersama. Terdapat tiga elemen Yoga, maka tangan Yoda berjari tiga. Elemen-elemennya adalah sat, cit dan ananda. Sat adalah apa yang benar atau intisari kewujudan yang sejati. Cit adalah kesedaran yang melampaui pemikiran manusia dan alam semesta yang nyata. Ia adalah diri sebenar. Ananda adalah kesukacitaan sejati yang tidak dinodai oleh perhatian jasmaniah. Status penerangan diri (enlightenment) dicapai dengan meditasi dan mengatasi dunia luar yang tidak nyata. Ini diikuti dengan konsentrasi tenaga dalam arah tertentu. Ini menghasilkan aliran kesedaran yang spontan dan akhirnya menghasilkan penyatuan kesedaran atau samadhi.

 

Perkataan Yoda juga adalah mainan kata pada istilah untuk tangan yad (SHD 3027) yang bererti kuasa. Hujah dibuat bahawa kuasa Kuasa itu melampaui kuasa Maharaja. Oleh itu, Kuasa itu adalah sumber kuasa Tuhan dan bukan yang sebaliknya seperti dalam kisah penciptaan.

 

Nama Owen berkaitan dengan nama Pendragon Wales yang terakhir, Owen Glendower. Simbolnya adalah naga merah. Isterinya bernama Beru. Ia diterbitkan dari perkataan Ibrani SHD 1254 bârâ, suatu akar kata utama, yang secara mutlaknya bererti mencipta; secara bersyarat ia bererti membahagikan, memilih, memberi makan seperti dalam proses pertumbuhan – jadi, memilih, mencipta (pencipta), membahagikan, mengirim, membuat atau menjadikan juga dalam ertikata menjadikan gemuk. Ini kemudiannya diertikan menurut pengertian SHD 1262 bârâh yang juga adalah akar kata utama; memilih. Asalnya adalah dari SHD 1250 bâr sebagai gandum yang ditampi (dipisahkan) malah gandum yang belum dituai dan, dengan itu, kawasan tanah terbuka. SHD 1249 bar juga bererti yang dikasihi dan juga murni atau kosong dan sebagainya. Barah menjadi mengosongkan (Pengkhotbah 3:18) dan dengan itu bermakna memilih untuk (menyebabkan untuk) makan, menjelma, atau (memberi) makan. Aplikasi istilah-istilah ini kepada nama isteri adalah sesuai, namun, dalam konteks filem ini, ia juga membawa bersamanya dalam ertikata lebih luas tentang kemampuan Angkatan Syurgawi sebagai elohim dalam penciptaan.

 

Latar Belakang

 

Pengertian Perang Klon itu adalah sebagai pemberontakan Angkatan Syurgawi terhadap penciptaan manusia dalam gambar Tuhan. Klon adalah replika (salinan) yang asal.

 

Penggambaran Perikatan Pemberontak adalah bahawa Darth Vader telah berpaling menentang mereka dan memburu golongan jedi dan menghapuskan mereka. Obe1 menjadi sekadar Ben Kenobe yang dikurung dalam jurang di sebelah Laut Dune yang satu lagi. Ben bererti anak kepada. Filem pertama mempunyai pasukan yang dibentuk dari empat elemen, di bawah Jedi Obe1. Dia digambarkan sebagai bekas guru Vader, dan telah diturunkan pangkat. Dua Senator Aldebaran menggambarkan dua elemen kepada satu sistem, jadi dua puluh empat tua-tua kepada dua belas sistem seperti dalam model alkitabiah (lihat khususnya Wahyu 4:1 hingga 5:14).

 

Perang anak-anak Tuhan adalah asas kepada semua mitologi dan konsep tujuh roh Tuhan ditemui sebagai tujuh roh asal atau Anak-anak Tuhan bukan saja dalam Kekristianan asal (lihat Shepherd of Hermas (Gembala Hermas)). Ia ditemui di antara orang Asia Tengah di mana tiga puluh tiga dewa mengambil bahagian dalam konflik asal di langit (lihat Eliade Shamanisme, halaman 276 dan seterusnya). Kepercayaan dalam Tuhan Tertinggi angkasa adalah sama lamanya dengan kepercayaan dalam anak-anak Tuhan. Ini meliputi seluruh Asia dan Artik (Eliade, ibid.).

 

Skywalker adalah istilah yang didapati dari konsep-konsep mistik Shaman (Dukun, Pawang). Hubungan dengan langit terganggu dengan keras sekali dan sejak waktu itu golongan Shaman dipercayai satu-satunya golongan yang mampu berhubung dengan entiti-entiti syurgawi (Eliade, ibid., halaman 250 dan seterusnya). Kenaikan ke udara atau ke langit, kepada dewa-dewa, adalah pemburuan keabadian melalui pohon kosmik (lihat Eliade, halaman 404).

 

Di akhir filem pertama Darth Vader membunuh Obe-wan tetapi Obe-wan kemudiannya menjadi sebahagian dari Kuasa. Obe-wan berkata bahawa dia telah membantu bapa Luke dalam Perang Klon lantas membayangkan bahawa Vader tidak bersama dengan Maharaja dari awal. Ini sebahagian dari dusta lama kamu tidak akan mati tetapi kamu akan menjadi seperti elohim dari Kejadian 3:5. Vader mengakui Obe-wan sebagai bekas gurunya. Ini adalah sewaktu dia menjadi kerub penjaga. Murid dianggap sebagai guru.

 

Sewaktu filem pertama kita perhatikan Darth Vader mara dan menguasai Angkatan. Pada mulanya ini berada di bawah seorang Admiral (Laksamana). Vader telah memberhentinya kemudian. Kawalan pemikiran Angkatan ini dilakukan oleh Jedi.

 

Aldebaran adalah salah satu dari empat bintang Raja dari mitologi purba. Keempat-empatnya adalah Aldebaran, Antares, Regulus dan Formalhaut. Mereka diwakili oleh empat tanda tetap Zodiac. Ini melambangkan pembahagian Kuaternari (Empat) Alam Semesta yang diwakili oleh empat makhluk hidup di sekeliling takhta Tuhan. Penggambaran divisi-divisi ini oleh Iblis adalah sebagai tanda di mana Mercury menggambarkan matahari sebagai Tuhan Dunia. Pemahaman ini jelas digambarkan dalam empat muka Brahma di antara orang Indian yang bersamaan dengan empat Kumara. Ini merupakan empat malaikat dalam tradisi Persia (lihat Cirlot A Dictionary of Symbols, Dorset N.Y., 1971, halaman 269). Pemusnahan planet itu serupa dengan mitos Phaeton yang menegaskan kewujudan sebuah planet lain dalam sistem kita di mana kawasan bulatan asteroid ditemui. Keserupaan ini diperhatikan dari sisa-sisa asteroid di situ. Maka Aldebaran adalah sistem bintang tetap di kuadran yang diwakilkan sebagai titik tetap Zodiac. Kita akan melihat lebih banyak tentang identifikasi planet ini sebagai divisi Zodiac bila kita masuk ke dalam filem kedua.

 

Filem pertama berakhir dengan kemusnahan bintang maut (stesen tempur) itu tetapi sesudah ia memusnahkan planet Aldebaran kerana bahagiannya dalam Perikatan Pemberontak.

 

Kejatuhan kepercayaan dalam Kuasa itu dan agama lama digambarkan oleh watak-wataknya. Sebagai contoh, Han Solo tidak percaya dalam Kuasa itu dan begitu juga dengan tentera Empayar yang lebih muda. Jedi menggunakan Kuasa ini. Kita boleh samakan ini dengan kuasa Roh Kudus tetapi hanya bila ia keluar dari TUHAN.

 

Perhatikan juga bahawa Han Solo memanggil Puteri Leia your worship (yang disembah). Ini merupakan mainan kata yang lucu pada amalan memanggil para hakim your worship yang diperolehi dari amalan Ibrani yang memanggil mereka elohim. Puteri Leia adalah salah seorang dari dua wakil kepada sidang atau Senat Empayar. Jadi, dia adalah seorang dari dua puluh empat tua-tua itu. Senat ini dikatakan dibubarkan pada akhir urutan yang diliputi oleh filem pertama.

 

Obe-wan muncul sebagai roh dalam kuasa (Kuasa) dari waktu ini dan seterusnya. Fasa ini mengingatkan akan proses ke arah penghakiman dan penghapusan kuasa Iblis.

 

The Empire Strikes Back (Empayar Membalas Balik)

 

Dalam filem ini kita perhatikan watak-wataknya muncul dengan lebih banyak butiran dan kita dapat mengisi cerita ini dengan lebih banyak lagi.

 

Cerita ini bermula pada planet keenam dalam sistem Hoth. Planet ini dilindungi oleh lima generator yang menghasilkan medan kuasa yang membentuk perisai pelindung. Jedi dan kepercayaannya masih dipandang sebagai sistem atau kepercayaan tahyul purba. Luke sedang belajar untuk menggunakan kuasa Kuasa itu. Dia mampu, disebabkan tekanan, mengawal pedang cahayanya dengan pemikirannya. Dia hanya dapat menggunakan kuasa ini secara terbatas.

 

Vader, Tuan Sith, memegang kuasa. Perkataan Ibrani Shiyth (SHD 7896-7) bererti menempatkan sebagai akar kata utama dan juga bermakna pakaian sebagai jubah atau gaun. Kerana itu ia adalah Tuhan (Lord) Segala Tempat atau Jubah. Akar kata kepada perkataan-perkataan ini juga mengandungi satu lagi konsep. SHD 7721 Sôw’ bererti bangkit. Ianya dari akar kata yang tidak digunakan yang serupa dengan SHD 5375 dan 7722. Yang belakang ini (7722) bererti menyerbu seperti angin ribut – jadi memusnahkan, kebinasaan, ribut atau kemusnahan. SHD 7721 berkembang menjadi SHD 7863  sîy’ yang bererti peninggian atau kemuliaan. Ini berkembang menjadi SHD 7865 Siy’ôn yang bermakna puncak atau kemuncak sebagai Sion iaitu kemuncak Gunung Hermon. Maka nama-nama ini mengembangkan tiga konsep. Tuhan (Lord) Sion, Tuhan yang ditinggikan melebihi teman-temannya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9) sebagai elohim dan dengan itu sebagai raja (dan SHD 7868 penatua atau tua-tua), dan Tuhan Jubah Keselamatan. Akhirnya, konsep ini menjadi SHD 7886 Shîylôh yang bermakna tenang. Ini adalah satu nama Mesias. Tuhan ini hanya mungkin adalah Yesus Kristus.

 

Pegawai-pegawai Empayar adalah Admiral Ozzel (‘Asiyel SHD 6221) Dijadikan Tuhan (jadi dia digambarkan sebagai pendek dan berupa jahat dalam filem ini) dan Jeneral Veers dan Kapten Piett.

 

Piett dilantik sebagai Admiral sebagai ganti Ozzel yang dibunuh. Piett adalah mainan kata pada Peter (Petrus) atau pitrah (SHD 6363) yang bererti belahan atau anak pertama yang membuka rahim. Di sini adalah prototaip umat pilihan sebagai rasul. Peninggian Rasul Petrus (Piett) di atas bekas-bekas pemimpin Angkatan disentuh secara tidak langsung di sini. Usul dari ini adalah bahawa Vader tidak adil dalam pelaksanaan penghakiman dan pimpinan.

 

Empayar menemui pangkalan pemberontak itu dan memusnahkannya dengan kuasa tentera darat. Perhatikan bahawa tanda-tanda panggilan adalah rogue (penjahat) dan sebagainya, bererti pemberontak dan sebagainya.

 

Pegawai-pegawai Pemberontak adalah Derlin dan Zev (zeev keriangan), Rieekan, Janson dan Wedge, antara lainnya. Semua pemberontak meninggalkan pangkalan itu. Obe1 telah muncul kepada Luke dan menyuruhnya pergi ke sistem Dagobah untuk belajar di bawah guru Jedi, Yoda. Luke dan R2-D2 pergi kepada Yoda.

 

Solo dan Leia dan Chewbacca masuk ke dalam kawasan asteroid.

 

Luke terhempas di Dagobah. Ular dari paya (purba) menelan R2-D2 dan memuntahnya keluar.

 

Kita perhatikan di sini bahawa Lord Vader telah cacat dan ditutup dengan pakaian atau pod pelindung. Ini adalah bayangan langsung dari Yesaya 53.

 

Luke menemui Yoda. Terdapat satu siri usul yang diberikan di sini:

 

  1. Perang tidak menjadikan seseorang itu agung.

 

  1. Yoda mengatakan selama 800 tahun dia telah mengajar satria-satria Jedi. Ini merupakan bayangan sistem Yoga yang telah ditubuhkan kira-kira 800 tahun lalu.

 

Kita perhatikan di sini bahawa Solo tidak matang dan angkuh.

 

Kita lihat bahawa Maharaja muncul dalam hologram seperti dalam kebanyakan komunikasi jarak jauh. Kita lihat bahawa Vader berlutut apabila bercakap dengan Maharaja. Dia memanggilnya sebagai tuannya (Maleakhi 1:6). Gelaran ini dikhaskan untuk Tuhan Semesta Alam. Kita dapati bahawa Luke adalah anak kepada Skywalker. Ini akan dikembangkan kemudian.

 

Yoda berpendapat bahawa seorang Jedi harus jelas pemikirannya dan mempunyai komitmen besar. Obe1 membantah untuknya. Luke dilihat sebagai seorang yang tidak berhati-hati dan memburu petualangan.

 

Solo dan Leia pula berada dalam gua pada asteroid. Gua ini adalah seekor ular dan binatang-binatang dalam perutnya adalah mynoc. Mynoc hanya satu terbitan dari perkataan Indian purba untuk burung.

 

Usul di sini adalah bahawa Kuasa itu digunakan untuk pengetahuan dan pembelaan, bukan untuk serangan. Maka ia tidak akan dapat digunakan dengan berkesan dalam rasa marah.

 

Luke memasuki gua. Ini satu rujukan kepada gua Platonisme di mana segala sesuatu dilihat sebagai khayalan atau bayangan pada dinding gua. Seseorang yang diterangi turun ke dalam gua itu untuk membebaskan mereka yang tidak diterangi yang terperangkap dalam dunia khayalan ini. Di sini Luke berhadapan dengan masalah-masalah dalamannya sendiri. Adegan ini adalah bayangan atau rujukan langsung kepada mistikisme neo-Platonic. Usulnya adalah bahawa kuasa Empayar yang digambarkan sebagai Pihak Kegelapan sengaja menyesatkan makhluk-makhluk alam semesta ke dalam dunia khayalan itu dan jauh daripada kebenaran.

 

Dalam gua itu, Luke berhadapan dengan Vader dan apabila dia melawannya dia menghadapi rupanya sendiri di kepala Vader. Dalam kata lain, dia telah membunuh dirinya. Ini nampaknya merujuk kepada hubungannya kepada Vader.

 

Sementara itu, Empayar iaitu Vader telah mengupah pemburu-pemburu upahan untuk mencari Millenium Falcon. Falcon (burung helang) merupakan simbol dewa Horus – sebahagian dari trinitas Osiris, Isis dan Horus. Ini adalah sistem Triune yang telah diambil masuk dalam Kekristianan sebagai Trinitas. Milenium merupakan rujukan kepada pemerintahan Mesias dan dengan itu nama ini adalah satu cabaran kepada kekuasaan Mesias untuk Milenium.

 

Luke diajar dalam penggunaan Kuasa oleh Yoda. Tidak lama kemudian dia dapat menggerakkan batu-batu. Pengajaran iman diberikan di sini. Soal menggerakkan gunung melalui iman dianggap sebagai hasil Kuasa itu dan bukan secara langsung dari Roh. Maksudnya di sini adalah Iblis sedang berusaha untuk menyakinkan manusia bahawa kuasa Roh tidak bergantung pada hubungan dengan Tuhan. Ini merupakan dusta utama.

 

Kuasa ini dianggap sebagai kuasa Platonic yang terdapat dalam segala sesuatu. Kumpulan Trinitarian percaya bahawa Roh ada dalam segalanya. Tuhan adalah roh, maka Tuhan ada di dalam segalanya. Ini membawa kepada doktrin-doktrin Hindu tentang tuhan dalam diri kita.

 

Yoda mengangkat kapal itu. Luke berkata “Saya tidak mempercayainya” dan Yoda berkata “Itulah sebabnya kamu gagal”. Iman adalah perlu kepada kedua-dua elemen atau pihak pemberontakan ini.

 

Dalam adegan seterusnya Kapten Needa dibunuh oleh Darth Vader dan dengan cara itu ketidakadilan disifatkan kepadanya. SHD 5088 neder (dari SHD 5087) bererti sesuatu yang dijanjikan kepada Tuhan. Maka dialah korban. Niydah (SHD 5206) bermakna penyingkiran dan dengan itu buangan yang disingkirkan. Dia memang telah disingkir.

 

Needa juga mungkin mainan kata pada Veda. Veda merupakan kitab-kitab Vedic (satu bentuk Sanskrit) purba tentang rahsia-rahsia atau Kitab Suci Hindu (sekitar 1200-1800 BCE). Veda bererti pengetahuan dan, jadi di sini, Vader dianggap memusnahkan pengetahuan yang sebenarnya. Satu bentuk melenyapkan bentuk yang satu lagi. Ibaratnya adalah kepada pembuangan Angkatan secara tidak adil dari kekuasaannya dan keperluan untuk kehilangan nyawa dalam umat pilihan.

 

Solo dan Leia pergi kepada Lando Calrissian di Kota dalam Awan. Kota dalam Awan ini merujuk kepada Asgard purba, rumah pahlawan-pahlawan Viking di mana mereka bersedia untuk pertempuran akhir di akhirat dunia di Ragnarok. Luke dapat melihat masa depan tetapi dengan tidak sempurna. Jedi hanya dapat melihat matriks masa depan dengan tidak sempurna. Kemahatahuan adalah sifat Tuhan dan Tuhan saja.

 

Kita perhatikan dari komen-komen Yoda bahawa terdapat elemen waktu kepada rencana itu. Maka, Angkatan pemberontak bekerja mengikut urutan dalam menghalang atau merosakkan rencana Tuhan.

 

Kota dalam Awan dikuasai Empayar dan Lando terpaksa menyerahkan pemberontak-pemberontak itu. Lukas melihat masalah ini melalui meditasi. Obe1 tidak dapat melihat masa depan dengan tepat. Nampaknya hanya Maharaja saja yang dapat berbuat begitu. Hanya TUHAN saja yang benar-benar mahatahu. Obe1 mengatakan dia kehilangan Vader kepada Maharaja. Hanya Jedi yang betul-betul terlatih saja yang mampu menghadapi Maharaja itu. Luke belum lagi bersedia untuk menghadapi Vader.

 

Luke pergi ke Kota itu dan cuba menyelamatkan kumpulan tersebut. Dia harus menghadapi Vader dengan berseorangan. OB1 tidak dapat campur tangan. Ini merupakan rujukan kepada penahanan Iblis untuk Milenium dan perang-perang yang mendirikannya. Luke dianggap sebagai hadiah Maharaja. Vader digambarkan sebagi cuba mendorong Luke untuk menggunakan kebencian dan kemarahan. Ini bertentangan dengan penggunaan sebenar Roh. TUHAN adalah kasih.

 

Lando juga menyertai kumpulan pemberontak itu. Ini nampaknya memberi gambaran bahawa angkatan pemberontak ini sedang berkembang pesat dalam menentang Empayar dan pemerintahannya. Temanya adalah tema pemberontakan menentang kewibawaan tertinggi ini. Tema begini kini sedang muncul dari badan-badan agama dunia ini. Semuanya adalah sebahagian dari agama besar itu yang menggunakan kuasa Roh.

 

Luke kehilangan tangannya dalam pertarungan dengan Vader. Dia mendapat tahu bahawa Vader adalah bapanya. Mainannya adalah pada Yesaya 9:6 di mana Kristus dijadikan Bapa kekal sebagai janji Tuhan. Dia adalah kepala keluarga manusia. Terdapat banyak kebapaan di syurga (Efesus 3:14).

 

Persoalan kebapaan dan penempatan di dalam sistem ini merupakan satu percubaan untuk menunjukkan bahawa Kristus mulanya berada dalam pemberontakan itu dan telah berubah.

 

Luke memilih kematian daripada menyertai Vader. Ini adalah poin sebenar dalam pembiasaan pemberontakan ini. Luke diselamatkan oleh kuasa psikik Leia. Angkatan pemberontak beratur semula dan pergi ke tempat pertemuan di Tatooine. Lando dan Leia pergi kepada Jabba the Hutt untuk mencari Solo.

 

Di sini kita lihat satu lagi rahsia muncul. Luke bukanlah satu-satunya. Terdapat seorang lagi yang berpotensi sebagai Jedi. Ia sebenarnya adalah saudara perempuan Luke. Dia ialah Puteri Leia. Di sini kita lihat kepentingan sistem-sistem bintang kepada perang itu. Sebagaimana yang digambarkan dalam kultus-kultus rahsia, Zodiac adalah penting kepada perang-perang tersebut. Suku-suku Ibrani juga disusun dalam urutan ini dari Alkitab. Dengan itu kami bukannya membantah hakikat perkara ini, kami membantah terhadap tujuan dan pengaturannya. Dari watak-wataknya kita dapat melihat makna lebih dalam di sebalik watak-wataknya.

 

Seperti yang telah kita lihat, Aldebaran adalah bintang diraja yang tetap bagi kuadran pemberontak.

 

Luke dan Leia mewakili sistem Gemini. Chewbacca makhluk Wookiee boleh mewakili sistem Leo. Ini bersamaan dengan sistem Mithras sebagai Aion. Pemberontakan ini menyaksikan konflik di dalam sistem ini dan Gorgon merupakan sektor yang setia.

 

Vader digambarkan sebagai berasal dari dan sebahagian dari sistem-sistem yang membentuk Angkatan pemberontak itu.

 

Satu lagi poin menarik dalam filem ini adalah berkaitan pemburu upahan, Boba Fett. Rupa pemburu upahan ini betul-betul seperti tanda-tanda badan Kumbang Scarab Mesir (Egyptian Scarab Beetle). Scarab ini adalah simbol Khepera dewa Mesir. Dia adalah dewa matahari dalam aspeknya sebagai tuan (tuhan) kelahiran semula dan keabadian. Simbolismenya adalah di mana kumbang Scarab ini menggulung bola-bola tahi seperti mana Khepera menggulung matahari dari timur ke barat di langit.  Simbolismenya dalam filem ini adalah di mana Solo diselaputi karbonit dalam keadaan kehidupan terhenti (suspended animation) dan dia telah dibawa oleh Boba Fett kepada Jabba the Hutt sama seperti Scarab menggulung larva-nya dalam bola tahi.

 

Return of the Jedi (Kedatangan Kembali Jedi)

 

Cerita ini bermula dengan usul bahawa sektor tersebut sedang disiapkan untuk kedatangan Maharaja. Ini bersamaan dengan persiapan planet ini sewaktu Milenium bagi kedatangan Kota Tuhan. Angkatan pemberontak telah dikurung dalam jurang maut. Ini dilambangkan oleh pembekuan karbonit dalam filem itu.

 

Vader berkata bahawa Maharaja tidak semurahnya dalam mengampuni. Ini merupakan satu mainan pada konsep penghakiman dan aplikasi belas kasihan. Kristus telah diberikan penghakiman itu.

 

Solo adalah tahanan dalam Laut Pasir atau Laut Dune di Tatooine. Simbolisme ini telah diliputi di atas. Solo harus dilepaskan dari penjara ini oleh satu tindakan angkatan pemberontak. Lando dan Leia pergi kepada Jabba the Hutt untuk membebaskannya. Leia telah dijadikan hamba tahanan Jabba.

 

Simbolisme pakaian dan kumpulan-kumpulan di sini adalah Luke tiba dengan gaun rahib atau imam. Ini serupa dengan apa yang digunakan oleh kedua-dua Maharaja dan Obe1. Jabba digambarkan sebagai perwakilan Hedonisme. Konfliknya melibatkan persembahan rohani dan kepertapaan (asetikisme). Jenis amfibia-nya juga mewakili katak-katak di Mesir sebagai tulah yang dikaitkan dengan Sungai Nil dan pemujaannya.

 

Satu perselisihan terjadi atas ganjaran upah tersebut. Ini adalah konsep kecukupan isu penebusan.

 

Kumpulan ini telah membebaskan Han Solo dari pembekuan karbon itu namun dia telah diberikan kepada Banff. Banff adalah raksasa di sini. Konsep dibuat bahawa mengingini untuk menjadi seorang satria Jedi bererti mempunyai khayalan kemegahan. Kini Luke memiliki kuasa atas kuasa tersebut. Leia dirantai. Jabba menolak helah Jedi Lama dalam percakapannya. Konsep jatuh ke dalam lubang muncul. Luke membunuh Banff itu.

 

Luke ditentukan untuk dibunuh dalam lubang Karkoum di Laut Dune. Salek ada di situ (Tsalach SHD 6743 adalah akar kata utama terus ke hadapan atau maju ke hadapan. Ini merupakan pencernaan seribu tahun bagi perkembangan milenium untuk zaman apabila Iblis dikurung). Luke pernah tinggal di sini di Tatooine. Pertempurannya berlaku di sini di lubang ini. Simbolismenya adalah angkatan pemberontak akan diselamatkan dari lubang itu. Leia mencekik Jabba dengan rantainya. (Angkatan yang dirantai masih menang?). Mungkin Hedonisme binatang itu membunuh binatang tersebut. Dia adalah gabungan jenis amfibia dan siput. Sesudah ini, mereka kembali ke sistem Dagobah.

 

Bala tentera Empayar bersiap untuk kedatangan Maharaja. Bintang Maut (Death Star) yang baru akan siap mengikut jadual. Maharaja mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan dan memberitahu Vader bahawa Luke akan mencarinya.

 

Kita lihat bahawa Yoda berumur 900 tahun. Ini merupakan umur Methuselah apabila sistem lama itu dimusnahkan. Luke harus menghadapi Vader untuk menjadi seorang Jedi. Yoda mensahkan Vader adalah bapanya. Dia mengingatkan Luke bahawa kekuatan Jedi mengalir dari Kuasa. Mereka mengatakan kuasa Maharaja jangan dipandang rendah.

 

Di sini kita lihat bahawa ada seorang lagi Skywalker, Leia. Kita ketahui bahawa Obe1 telah melatih Darth Vader. Nama Vader adalah Anakim Skywalker. Ini adalah rujukan langsung kepada tamadun pra-banjir. Anakim adalah Nefilim atau Raksasa, keturunan Angkatan penderhaka. Tradisi Skywalker adalah tradisi keabadian melalui hubungan dengan Angkatan. Maka Vader dijadikan seolah-olah dia salah seorang dari Angkatan penderhaka.

 

Leia disimpan sebagai rahsia. Rujukan-rujukan perempuan ini adalah kepada kedua-dua sistem Gemini dan kepada sistem-sistem ibu dewi Celt.

 

Kedatangan Maharaja menampakkan empat pengawal dan seorang yang datang (menggantikan Obe1?). Makhluk keenam di sini adalah Vader. Warna-warna hitam dan merah menandakan konsep-konsep nafsu dan keganasan dan kegelapan yang bertentangan dengan warna biru dan putih untuk kesucian dan kebenaran. Semua ini adalah enam makhluk dengan Roh Kudus pada permulaan penciptaan (lihat Shepherd of Hermas).

 

Konsep bahawa Maharaja telah berbuat silap dan ramai yang mati, diperkenalkan di sini. Ini adalah serangan atas konsep kemahakuasaan dan kemahatahuan.

 

Kota Tuhan digambarkan sebagai Death Star. Perisai pelindung Empayar harus dimusnahkan. Kesemua empat pemimpin pemberontak harus menentang Empayar.

 

Pertempuran terakhir berlaku di Endor. Ini adalah tempat atau gua di mana pangkat raja telah diambil dari Saul (1 Samuel 28:7). Elohim telah muncul dari bumi di sana. Di sini obe adalah arwah kepada ahli sihir perempuan itu. Juga orang Kanaan telah dikalahkan di Endor (Hakim 4:23; Mazmur 83:10). Endor dikatakan terletak di Manasye, namun kedudukan sebenarnya adalah di Isakhar di utara Sunem dan ia merupakan jalan masuk utara ke lembah Yizreel (Tuhan akan menabur SHD 3157). Perkataan ini berkaitan dengan perkataan Israel (SHD 3478 Dia akan memerintah seperti Tuhan), jadi adanya mainan pada kata-kata dalam Hosea. Kota Yizreel juga berada di Isakhar. Di sana ianya dicadangkan untuk mengalahkan sistem tersebut. Lembah Yizreel disebutkan dalam Yosua 17:16; Hosea 1:5,11.

 

Endor (SHD 5874) terdiri dari dua perkataan Ibrani  SHD 5869 ‘ayin yang bermakna mata dan oleh itu secara analogi bererti mata air dan SHD 1755 yang bermakna satu revolusi (kitaran) waktu dan oleh itu satu zaman atau keturunan, jadi ia boleh bererti satu kediaman dan dari situ mata air kediaman. Maka Endor bermakna mata atau pusat zaman atau pusat kediaman zaman itu.

 

Bulan itu adalah bulan seratus tahun. Signifikansnya di sini adalah bahawa seratus tahun waktu revolusi zaman itu adalah Hari Besar Terakhir iaitu 100 tahun (Yesaya 65:20; Wahyu 20:11 dan seterusnya).

 

C-3PO mengatakan di sini kepada orang Ewok bahawa ianya melawan programnya untuk meniru seorang ilah. Ini mencerminkan perintah pertama. Sifat primitif orang Ewok ditunjukkan oleh pesta yang dicadangkan. C-3PO menceritakan kisah Perang di Angkasa. Caranya dipersembahkan adalah asas kepada keputusan orang Ewok untuk berlawan.

 

Luke menyerahkan dirinya kepada Empayar. Luke cuba mengubah pendirian Vader supaya menentang Maharaja. Darth Vader mengakui kuasanya dan berkata bahawa pedang cahaya itu adalah hasil kuasa Jedi. Ini adalah pedang kebenaran yang diberikan melalui Roh Kudus.

 

Luke dibawa kepada Maharaja dan kuasa pemikiran ditunjukkan kepadanya. Maharaja berkata Luke akan memanggilnya tuan dan bahawa Vader tidak akan dapat diubah dari Pihak Gelap. Dia diberitahu bahawa kelemahannya adalah kepercayaannya dalam sahabat. Ini adalah mainan kata pada Janganlah percaya kepada para bangsawan, kepada anak manusia yang tidak dapat memberikan keselamatan (Mazmur 146:3) tapi percayalah pada Tuhan (Mazmur 11:1; 18:30; 25:2 dan sebagainya).

 

Maharaja cuba mematahkan Luke dengan kemarahan.

 

Pada waktu ini Perang Ewok telahpun bermula. Ini merupakan perang dalam Wahyu 20:7-9.

 

Teknologi primitif orang Ewok digunakan untuk menterbalikkan cerita Daud dan Goliat.

 

Death Star dipercayai telahpun beroperasi dan elemen waktunya adalah kritikal dalam rancangan ini.

 

Maharaja cuba mematahkan Luke dalam aktiviti ini. Buah fikirannya membukakan kewujudan Leia kepada Maharaja. Kemarahan kemudiannya melenyapkan kuasa Luke. Maharaja cuba menghasut Luke untuk membunuh bapanya. Di sini seluruh struktur hukum diejek. Percubaan ini adalah untuk menunjukkan bahawa hukum tidak berasal dari sifat Tuhan, yang digambarkan di sini sebagai bersifat jahat.

 

Maharaja cuba membunuh Luke tetapi Darth Vader campur tangan dan menghapuskan Maharaja dalam lubang. Bagaimanapun dia mati dari kecederaannya dalam pangkuan Luke, sebagai seorang yang telah bertaubat.

 

Kumpulan pemberontak memusnahkan Death Star. Sangkakala-sangkakala dibunyikan untuk kemenangan Perikatan Pemberontak. Darth Vader dibakar mayatnya (mengibaratkan Lautan Api) dan menjadi sebahagian dari Kuasa dengan Obe1.

 

Simbolisme di sini melambangkan pergumulan untuk zaman akhir dan penubuhan Kerajaan Tuhan. Gambaran dasarnya adalah untuk mendorong Ewok yang bersifat manusia atau kowes untuk menyertai melawan Empayar, dengan gambaran mitos-mitos penderhakaan itu secara berat sebelah agar objek-objek penciptaan dihalang dari mengambil tempat mereka yang sepatutnya dalam alam semesta.

 

Pakaian pemberontak-pemberontak, Luke dan Leia, adalah seperti para imam dan perawan yang ditahbiskan dan juga dari keduaan sistem Gemini (lihat Cirlot, ibid., halaman 116-117). Maka simbolisme agama di sini adalah berkaitan dengan kumpulan-kumpulan rahsia. Yoda juga nampaknya mewakili sistem keempat. Apa yang kita tahu adalah terdapat empat sistem dalam sepertiga Angkatan syurgawi itu, dengan sekurang-kurangnya lapan dari para tua-tua. Tradisi-tradisi mengatakan bahawa dua belas dari para pemimpin Angkatan syurgawi telah menderhaka dan pembahagiannya adalah dua belas anak-anak Terang dan dua belas anak-anak Kegelapan. Ini dilihat dalam DSS (Skrol-skrol Laut Mati) dan di antara kumpulan-kumpulan rahsia. Ceritanya sama.

 

Leia adalah taip Artemis/Isis dengan orang Ewok dalam perlawanan itu.

 

Tema di sebalik urutan ini adalah bahawa Empayar ingin menghapuskan Perikatan Pemberontak dan umat manusia. Memangnya pemberontakan itu sendiri yang digambarkan sebagai faktor penting, tapi ia bukan. Rencana penciptaan berpusat pada umat manusia. Penderhakaan tersebut terjadi disebabkan aspek ini dalam aktiviti-aktiviti Tuhan.

 

Apa sekalipun motif atau inspirasi para penulisnya, cerita ini mempunyai tema kuat yang bertentangan dengan cerita Alkitab. Ia betul-betul merupakan kebalikan rencana keselamatan. Kesamaan-kesamaannya terlalu banyak dan terlalu konsisten untuk menjadi kebetulan saja. Jika ia kebetulan, ianya mungkin kebetulan yang terbesar dalam sejarah. Memang pastinya ia kelihatan menggunakan tema-tema Kabbalist atau mistik.

 

Latihan atas Tema-tema Filem tentang Zaman Akhir

 

Filem-filem berikut mempunyai tema-tema di sebaliknya mengenai zaman akhir. Lihat kalau kamu dapat mencungkil pesan-pesan dan anti-konsep alkitabiah yang terlibat.

 

Terminator I dan II

 

Perangnya tentang apa?

 

Tahun-tahun apakah yang terbabit?

Apakah tahun mulanya perang-perang itu?

Apakah tahun pada akhirnya?

Apa terjadi pada 2027?

 

Apakah signifikans tahun ini dalam pengertian alkitabiah? (klu: Yehezkiel 1:1 dan Pernyataan Kepercayaan kami akan memberitahu kamu.)

 

Apakah tujuan Terminator II?

Apakah bahan dari mana dia dibina? Kenapakah ini penting?

Konsep alkitabiah apakah yang dilibatkan hal ini?

Apakah yang dibuat John Collins?

Apakah yang dibuat ibunya?

Kenapakah robot-robot terminator ingin membereskannya?

Apakah yang ingin dilakukan mesin-mesin itu kepada manusia?

Manusia digalakkan untuk melakukan apa dalam filem ini?

 

Aliens III

 

Ini adalah yang terakhir dalam siri Aliens. Dalam filem ini kita banyak mempelajari tentang aliens (makhluk asing) dan orang-orang yang mereka serang. Mereka juga telah berubah bentuk untuk filem ini.

 

Apakah sebenarnya makhluk asing itu?

Makhluk mitologi apakah ini?

Di manakah ini didapati dalam Alkitab?

Apakah kumpulan orang dalam filem ini?

Bagaimanakah mereka boleh berada di tempat ini?

Apakah yang kamu faham dengan istilah Millenarian?

Apakah yang ingin dilakukan pihak berkuasa terhadap makhluk asing itu jika mereka mendapatnya?

Apakah yang dilakukan oleh watak heroin untuk menghalang makhluk asing ini jatuh ke dalam tangan mereka?

Konsep alkitabiah apakah yang digambarkan oleh api membakar ini?

Bagaimanakah makhluk itu membiak?

Bagaimana ini melibatkan manusia?

Konsep alkitabiah manakah yang dirosakkan oleh ini?

 

Apakah pesan di sebalik filem ini?

 

Independence Day

 

Apakah saiz kapal itu?

Bagaimana ini berkaitan dengan kitab Wahyu? (klu: Ianya skala kira-kira 1 dalam 4).

Apakah benda-benda utama pada kapal induk itu?

Kapal-kapal itu seperti apa? Bagaimana ini berkaitan dengan Alkitab?

Apakah tema berkenaan lawatan-lawatan makhluk asing sebelumnya? Adakah mereka digambarkan sebagai nyata?

Adakah lawatan-lawatan makhluk asing diselindungi?

Kenapa harus ada begitu?

Berapa jam kiraan waktu itu?

Konsep apakah yang dikaitkan dengan ini dalam Wahyu? (klu: Terdapat sunyi senyap selama setengah jam. Dan kemudian apa?)

Makhluk-makhluk asing itu menyerupai apa?

Adakah mereka serupa dengan makhluk-makhluk dalam Aliens III?

Apakah pesan tentang tujuan makhluk asing itu?

Bagaimanakah angkasawan asing itu berhubung dengan manusia?

Bagaimanakah ini menyerupai Alkitab?

Apakah yang dikatakan Presiden tentang sifat diri mereka dari pandangannya terhadap pemikiran mereka?

Mereka kelihatan seperti apa?

Bagaimanakah ini berkaitan dengan Wahyu 9:1-21?

Bagaimanakah ia berbeza?

Apakah alternatif-alternatifnya seperti yang dikatakan filem ini?

Siapakah yang memecahkan kod tersebut?

Bagaimanakah dia mengubah keputusan serbuan itu?

Bagaimanakah ini berkaitan dengan pesan keseluruhan filem-filem berkenaan?

 

X Files

 

Apakah pesan dasar X Files?

Apakah yang terjadi dengan orang berkanser itu?

Adakah ia melibatkan makhluk asing?

 

Adakah ia sepatutnya menunjukkan bahawa makhluk-makhluk asing benar-benar ada di sini dan hal ini sedang diselindungi?

Bagaimana orang-orangnya berbeza?

Bagaimanakah orang-orang pelik itu dihapuskan?

Adakah tema umumnya dijelaskan atau adakah ia dibiarkan menjadi satu misteri?

Adakah watak hero percaya bahawa makhluk-makhluk asing adalah benar?

Apakah yang kamu fikir adalah tema dasar cerita ini yang sebenarnya?

 

Mortal Kombat

 

Apakah tema cerita ini?

Bagaimanakah para malaikat digambarkan dalam filem ini?

Peperangan ini adalah tentang apa?

Bagaimanakah makhluk roh yang prihatin terhadap manusia muncul?

Bagaimana ini berkaitan dengan Alkitab?

Kenapakah dia dapat pergi bersama orang-orang itu ke outlands?

Bagaimana ini mengaitkan Iblis dan Alkitab?

Seperti apakah makhluk-makhluk itu?

Bagaimana pertempuran itu dijalankan?

Apakah tujuan roh jahat yang dinyatakan pada akhirnya?

Bagaimanakah filem ini cuba menterbalikkan konsep-konsep baik dan jahat?

 

Siri Highlander

 

Pertempurannya adalah tentang apa?

Bagaimanakah ini menyangkal rencana seperti yang dinyatakan dalam Alkitab?

Para pejuangnya adalah abadi. Bagaimanakah mereka dibunuh?

Apakah hasil akhirnya selepas orang terakhir tertinggal sendirian?

Bagaimanakah situasi ini menyerupai keadaan dalam Penghakiman Iblis Setan dan tujuannya dari Yehezkiel 28 dan Yesaya 14?

Bagaimanakah konsep ini berkaitan dengan konsep 144,000?

Bagaimanakah kematian ini menyerupai 144,000? (klu: Wahyu 20)

Bagaimanakah ini menterbalikkan konsep keabadian?

Bagaimanakah si Highlander diturunkan kepada bentuk manusia dan bagaimanakah dia dijadikan abadi?

Adakah pandangan ini melemahkan cerita umat pilihan?

Bagaimana ini mengaitkan para iblis setan?

 

Star Trek, Generasi Ketiga – Makhluk Borg

 

Apakah Borg?

Bagaimanakah ia menyerupai Kota Tuhan?

Bagaimanakah ia memperlakukan manusia?

Bagaimanakah ini menjadi keterbalikan rencana alkitabiah?

 

Persoalan-persoalan Akhir

 

Kenapakah kamu fikir para pembuat filem-filem ini ingin supaya orang ramai memandang makhluk asing sebagai betul-betul jahat?

 

Kenapakah mereka ingin memusnahkan konsep rencana Tuhan dan cerita umat pilihan?

 

Mengapakah watak semacam Mesias yang campur tangan dalam dunia digambarkan sebagai jahat? Terdapatkah tema yang lebih kurang konsisten dalam semua filem-filem ini? Adakah kamu fikir ini adalah hasil kerja beberapa orang yang bijak?

 

Mengapakah ianya begitu penting untuk pengeluaran bentuk media ini dipertahankan dengan persetujuan dan kawalan perdagangan?

 

Apakah yang dikatakan Tuhan akan terjadi kepada bangsa-bangsa dunia ini dalam masa depan yang terdekat?

 

Apakah yang dilakukan oleh sistem-sistem agama negara pada waktu ini tentang perbezaan-perbezaan mereka dalam ibadat? Adakah ia masih penting? Apakah yang Tuhan katakan tentang kebaktian dan sistemNya?

 

q