Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[045B]

 

 

 

 

Keturunan Ham:  Bahagian II

Kush

(Edisi 2.0 20070917-20071020)

 

Naskah ini membincangkan anak sulung termasyhur Ham dan penyerakan bani Kush ke serata dunia. Keturunan Kush, termasuk Nimrod, akan dikaji dan tempat-tempat keturunan mereka hari ini diungkapkan daripada kedua-dua pencontohan genetik dan petunjuk linguistik. Konversi Kush akhirnya ditunjukkan dalam Kitab Suci.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Wade Cox dan anor.)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Keturunan Ham Bahagian II: Kush

 


Pengenalan

 

Kush ialah anak sulung Ham dalam senarai Tujuh Puluh Bangsa yang dicatatkan dalam kedua-dua Kejadian 10 dan 1 Tawarikh 1.

 

Kejadian 10:6 Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put dan Kanaan. (RSV)

 

Dalam Antiquities of the Jews, Josephus merekodkan anak cucu Nuh dan tempat-tempat suku-suku yang turun daripada anak-anak ini. Seperti kebanyakan penulis lain, dia menyamakan Kush cucu Nuh dengan orang Etiopia.

 

Keturunan Ham memiliki tanah dari Syria dan Amanus, dan pergunungan Libanus; meraih segala yang ada di tepi-tepi lautnya, dan sejauh lautan, dan menyimpannya sebagai milik mereka. Sesungguhnya ada antara namanya lenyap sama sekali; yang lain diubah, dan satu bunyi lain diberi mereka, memang sukar ditemui; namun ada yang telah memelihara seluruh denominasi mereka. Sebab daripada empat anak Ham, waktu tidak pernah sama sekali menyakiti nama Chus [Cush, Kush]; sebab orang Etiopia, yang atasnya dia memerintah, sampai hari ini, oleh mereka sendiri dan oleh semua orang di Asia, dipanggil orang Chus (Chusites). (Bk. I, vi, 2)

 

Keturunan patriak Kush dan serakan mereka ke pelbagai tempat di serata dunia sekarang akan diselidiki.

 

Sifat-sifat orang Kush

 

Mungkin sifat paling nyata kumpulan keturunan Kush ini di Etiopia, dan juga di sub-Sahara Afrika, ialah mereka berkulit hitam, justeru patronym Kush (kush, SHD 3568), hanya bermakna hitam.

 

Dalam Yeremia 13:23, pertanyaan retorikal diajukan: “Dapatkah orang Kush mengganti kulitnya atau macan tutul mengubah belangnya?” Ini menunjukkan perbezaan ketara warna kulit antara orang Israel dan keturunan Kush. Sebutan macan tutul (leopard) di sini menarik sebab antara semua kucing besar inilah yang paling tersebar luas, ditemui seluruh Afrika, Asia Minor, India, China dan Siberia – suatu kepelbagaian yang nampaknya amat sejajar dengan keturunan Kush dan bani Ham secara umumnya.

 

Dalam era Perjanjian Baru awal, kita saksikan seorang pegawai penting Ratu Candace atau Kandake (mungkin Ratu Gersamot Hendeke VII dalam sejarah) diziarahi oleh Filipus untuk persediaan pembaptisannya. Dia disebutkan dalam bahasa Yunani sebagai seorang Aithiops, yang secara literal bermakna muka hangus, yang daripadanya datang istilah umum orang Etiopia (Kisah 8:27).

 

Sifat suka berperang orang Kush atau Etiopia dikiaskan dalam 2 Raja-raja 19:9, yang mana Raja Tirhaka dari Etiopia telah keluar untuk memerangi tentera Sanherib apabila Yerusalem terancam (lihat juga Yesaya 37:9; 2 Taw. 12:3; 16:8). Mungkin mereka bertindak sebagai tentera upahan untuk mempertahankan Yehuda, atau mungkin sebagai sekutu berpunca daripada persekutuan awal yang terhasil daripada kunjungan Ratu Syeba kepada Salomo dari Yemen, ketika dia berkuasa atas tanah-tanah di kedua-dua belah Laut Teberau.

 

Orang Asyur memanggil orang Kush Kashshi atau Kusu, sementara inskripsi Mesir menyebut mereka sebagai Kesh.

 

Tanah-tanah Kish atau Khus sebenarnya berada di Timur Tengah dekat Asyur dan bukanpun di Etiopia, dan ini kadangkala telah menyebabkan kekeliruan. Keturunan Kush terbahagi kepada orang Kush Utara dan Selatan, dan menjelang waktu Josephus orang Kush Utara telah pergi begitu jauh ke timur mereka sehingga mereka berada di Asia Timur, Timur laut, Tenggara dan Selatan dan Australia, dan sesetengahnya sampai di benua Amerika. Orang Kush Selatan mengembangkan Haplogroup B secara mutasi dan tidak memiliki hubungan M168 P9, yang biasa bagi semua keturunan lain Nuh melainkan kumpulan Afrika yang satu lagi iaitu Put, iaitu Hg A. C dasar (dipanggil CR) juga ada di situ di Afrika Timur laut.

 

Dalam satu buku berjudul African Glory: The Story of Vanished Negro Civilizations, mula-mula diterbitkan pada 1954, J.C. Degraft-Johnson memberikan sejarah Afrika utara termasuk Carthage, penaklukan Arab, dan orang Moor, yang tentangnya dia katakan: “Penaklukan Sepanyol merupakan penaklukan oleh Afrika. Mereka orang Muslim Afrika, bukan orang Arab, yang menjatuhkan kerajaan Goth Sepanyol”.

 

Mungkin agak menghairankan, sejarah dalam bentuk dongeng menyoroti sekurang-kurangnya seorang keturunan masyhur Kush. Di bawah judul Mighty Memnon: The African Presence in Greek and Roman Mythology, Runoko Rashidi memberikan satu perspektif tentang seorang wira ‘dongeng’ khusus Greece.

 

Kisah dongeng Memnon jeneral dan pahlawan-raja Afrika menakjubkan dahulukala serta pameran keberanian dan kecekapannya di kepungan Yunani ke atas Troy merupakan salah satu epik yang paling disebarluaskan dan terkenal dalam tawarikh mitologi Yunani dan Rom. Memnon, digambarkan sebagai “hitam seperti kayu eboni, dan lelaki paling tampan yang hidup,” disebut berulang kali dalam karya-karya para penulis awal seperti Hesiod, Ovid, Pindar, Diodorus Siculus, Strabo dan Virgil.

 

Arctinus dari Miletus menggubah serangkap syair epik bertajuk Ethiopia dalam mana Memnon merupakan watak utamanya. Quintus dari Smirna menghargai Memnon dengan “membawa suku-suku bangsanya yang tak terbilang yang tinggal di Etiopia, tanah orang hitam,” ke Troy untuk menyokong perangnya menentang gabungan banyak kota-negeri Yunani yang memusuhinya. Ada dituliskan bahawa: “Memnon datang untuk menolong kami. Memnon raja atas orang Etiopia yang gelap, dan angkatan yang dibawanya kelihatan tidak terhingga. Orang Troy sangat gembira melihatnya dalam kota mereka.”

 

Menurut Homer, “Bagi Troy tiada wira yang lebih mulia keturunannya, Atau jika lebih mulia, Memnon, engkaulah itu.” Lebih terkini lagi (akhir-akhir abad kesembilan belas), Dr. Rufus Lewis Perry mengumumkan bahawa:

 

“Orang Kush terkenal yang Homer panggil Memnon datang dan pergi seperti meteor dalam galaksi raja-raja Etiopia termasyhur. Namun penyair dalam nyanyian klasik dan ahli sejarah dalam tradisi legenda, memelihara cukup banyak kecerdasannya untuk menunjukkan pangkat dan kuasanya di kalangan raja-raja sezaman dunia. Dia merupakan raja orang Etiopia. Dia berjuang menentang orang Yunani dalam perang Trojan; dan sesudah dia membunuh Antilochus, anak lelaki Nestor, telah dibunuh oleh Achilles.”

 

Dr. Perry menyimpulkan bahawa, “Walaupun dibunuh oleh Achilles, Memnon begitu terpelihara dalam sajak dan prosa oleh Homer, Hesiod, Virgil dan orang lain, sehingga namanya akan kekal selama tulisan-tulisan para penulis tidak akan hilang ini.”

SUMBER: The Cushite, oleh Rufus Lewis Perry; Ethiopia and Ethiopians as Seen by Classical Writers, oleh William Leo Hansberry.

(diambil daripada http://www.cwo.com/~lucumi/runoko.html)

 

Waktu yang kita bicarakan di sini ialah kejatuhan Troy pada 1054 BCE, namun bani Kush sudah lama berada di Afrika pada waktu ini dan bakal berpecah kepada pelbagai kumpulan etnik dan dua Haplogroup YDNA yang nyata.

 

Tempatnya tanah Kush

 

Seperti diperhatikan dalam kertas pertama dalam siri ini, nama Kush hampir pastinya dipakaikan kepada dua wilayah nyata: satu di sebelah timur sungai Tigris bawah di Mesopotamia (kemudian dikenali sebagai Khuzistan: Rawlinson); dan satu negeri di Afrika Timur yang lebih biasa dipanggil Etiopia. Wilayah Etiopia inilah yang kita perhatikan di sini.

 

Ephorus, ahli sejarah Yunani, menulis sekitar 340 BCE bahawa: “orang Etiopia dianggap menduduki seluruh pinggir pantai selatan kedua-dua Asia dan Afrika, dibahagikan oleh Laut Teberau kepada orang Asiatik Timur dan Barat dan orang Afrika”.

 

Ramai penulis merujuk kepada Kush/Cush Afrika sebagai seerti dengan Sudan utara (Nubia), Mesir Atas dan seluruh tanah di selatan dari Katarak Pertama Sungai Nil. Orang lain mendakwa bahawa orang Kush juga boleh ditemui di Tanduk Afrika, serta di kalangan orang Somali, Afar dan Oromo. Dalam Tawarikh 21:16, orang Etiopia hanya dikatakan terletak dekat orang Arab.

 

Di laman webnya, ahli sejarah dan penceramah pan-Afrika Runoko Rashidi memberi sedikit idea tentang luas tamadun-tamadun Etiopia atau Kush itu.

 

Kampung halaman klasik orang Etiopia dahulukala ialah Sudan Timur, walaupun Homer dan Herodotus menyebut orang Etiopia lain menetap di Mesir, Arabia, Palestin, Asia Barat dan India.

 

Mengutip Lady Lugard: “Kemasyhuran orang Etiopia purba tersebar luas dalam sejarah purba. Sejarah menggambarkan mereka sebagai orang paling tinggi, rupawan dan berhayat panjang daripada semua bangsa manusia, dan sebelum Herodotus, Homer, dengan bahasa yang lebih memuji-muji lagi, menggambarkan mereka sebagai orang paling adil, kesukaan para dewa. Segala catatan sejarah semua negara besar mula-mula di Asia Kecil penuh tentang mereka. Rekod Musa seringkali mengias kepada mereka; namun sementara mereka digambarkan sebagai kaum paling berkuasa, paling adil, dan paling rupawan antara manusia, mereka sentiasa diperkatakan sebagai Hitam, dan nampaknya tiada lagi kesimpulan lain yang boleh dibuat selain bahawa pada waktu dahulukala dalam sejarah itu, kaum utama Dunia Barat merupakan kaum Hitam.”

 

Budaya Etiopia atau Kush purba boleh dipanggil Tamadun Kuno. Malah sebelum kebangkitan budaya Mesir, sudah ada tamadun Etiopia, atau Kush agung ini, yang tersebar luas di kedua-dua Afrika dan Asia. Salah satu kuil Etiopia Afrika termasyhur terletak di Abu Simbel, Ipsambul, di Nubia. Ketika seorang perantau Inggeris bernama Wilson mengunjung kuil ini, dia melihat terukir di dinding-dindingnya kisah Kejatuhan Manusia seperti diceritakan dalam Kejadian. Adam dan Hawa ditunjukkan dalam Taman Eden serta ular yang menggoda dan pohon yang membawa maut itu. Mengulas tentang fakta ini, Godfrey Higgins bertanya: “Bagaimanakah fakta mitos buku kedua Kejadian yang ditemui di Nubia, mungkin seribu batu di atas Heliopolis, boleh dijelaskan?” Higgins kemudian menambah bahawa: “Mitos yang sama ditemui di India.” ...

 

Bangsa-bangsa purba India merupakan orang Etiopia Asiatik dan ini seharusnya tidak menghairankan kita bahawa mereka berkongsi tradisi-tradisi yang sama dengan saudara mereka di Afrika.

 

SUMBER: African Presence in Early Asia, diedit oleh Runoko Rashidi dan Ivan Van Sertima; RUJUKAN: Analcalypsis, oleh Godfrey Higgins; A Tropical Dependency, oleh Lady Lugard.

(diambil daripada http://www.cwo.com/~lucumi/runoko.html)

 

Para penulis Syria abad ke 5 CE bercakap tentang orang Himyar di selatan Arab sebagai kedua-dua orang Kush dan Etiopia. Beberapa penulis yang kemudian (contohnya Johann Michaelis dan Rosemuller) memakaikan nama Kush kepada kedua-dua sebelah Laut Teberau, iaitu Arab dan Afrika. Ini secara asasnya berkebetulan dengan Kerajaan Aksum purba, yang menduduki kebanyakan Eritrea, timur laut Sudan dan Yemen hari ini.

 

Aksum

Kutipan berikut adalah daripada artikel Wikipedia tentang asal usul Kerajaan Aksum Kush yang penting. Kita perhatikan masih ada perselisihan berkenaan sama ada keturunan Sabaea Syeba/Seba berasal daripada keturunan Semitik atau Hamitik, atau kedua-duanya. YDNA ialah satu-satunya cara untuk menentukan asal usul mereka.

 

Aksum sebelumnya diandaikan diasaskan oleh orang Sabaea berbahasa Semitik yang menyeberangi Laut Teberau dari Arab Selatan (Yemen moden) ... namun kebanyakan sarjana sekarang setuju bahawa ini satu perkembangan penduduk asli.

 

Sarjana seperti Stuart Munro-Hay menunjuk kepada kewujudan sebuah kerajaan D’mt atau Da’amot yang lebih tua, sebelum apa-apa migrasi orang Sabaea sekitar abad ke 4 atau ke 5 BC, serta kepada bukti imigran Sabaea telah hanya menetap di Etiopia tidak lebih daripada beberapa dekad. Lebihan pula, Ge’ez, bahasa Semitik purba Etiopia, kini diketahui tidak diperolehi daripada bahasa Sabaea, dan terdapat bukti kehadiran orang berbahasa Semitik di Etiopia dan Eritrea sekurang-kurangnya seawal 2000 BC.

 

Pengaruh Sabaea kini dianggap kecil, terbatas kepada beberapa tempat, dan hilang selepas beberapa dekad atau satu abad, mungkin mewakili satu koloni perdagangan atau ketenteraan dalam suatu hubungan simbiosis atau persekutuan ketenteraan tertentu dengan tamadun D’mt di Etiopia atau negeri proto-Aksum tertentu. Menambah lagi kepada kekeliruan itu, pernah wujud sebuah kota Etiopia dipanggil Saba pada zaman dahulukala yang tidak kelihatan seperti perkampungan orang Sabaea.

 

Orang Aksum mewakili satu campuran bangsa berbahasa Semitik dan Kush di Aksum sejati di Etiopia,

 

Aksum berdagang dengan India dan Rom (kemudiannya Byzantium), mengeksport gading, kerang kura-kura, emas dan zamrud, dan mengimport sutera dan rempah. Laluan Aksum kepada kedua-dua Laut Teberau dan Nil Atas membolehkan angkatan lautnya yang kuat mendapat untung dalam perdagangan antara pelbagai negeri Afrika (Nubia), Arab (Yemen), dan India.

 

Pada abad ke 3 AD, Aksum memperolehi negeri-negeri jajahan di Semenanjung Arab di seberang Laut Teberau, dan menjelang 350, mereka telah menakluk Kerajaan Kush.

 

Aksum kekal sebuah kerajaan dan kuasa perdagangan yang kuat sehingga kebangkitan Islam pada abad ketujuh. Bagaimanapun, disebabkan orang Aksum pernah memberi perlindungan kepada para pengikut Muhammad mula-mula, umat Muslim tidak pernah cuba menjatuhkan Aksum selama mereka menyebar merentangi muka bumi Afrika.

 

Untuk hubungan Aksum dan Syeba rujuk kepada kertas-kertas tentang Keturunan Sem (No. 212A-G) berkenaan dengan Syeba dan Keturunan Ketura.

 

Satu cerita tradisi menarik tentang seorang hamba yang bangkit menjadi terkemuka dalam istana Aksum juga diceritakan dalam artikel Wikipedia (lihat naskah Perhambaan (No. 148)).

 

Satu kisah yang direkodkan oleh Rufinus menceritakan bahawa pada waktu itu, seorang anak lelaki asing bernama Frumentius telah dijadikan hamba istana raja, dan kemudian seorang guru peribadi kepada anak-anak raja. Sesudah raja meninggal, ratu meminta Frumentius membantu memerintah Axum. Dia telah menolak kemerdekaan yang dijanjikan dan tinggal sehingga anak ratu, Ezana, cukup dewasa untuk memerintah. Frumentius mengasaskan beberapa jemaat Kristian, dan setelah Ezana menjadi raja dia menjadikan Kekristianan agama rasmi Aksum [Ecclesiastical History]. Adat seorang hamba yang mengajar raja-raja terus kekal satu tradisi penting untuk beberapa ratus tahun berikutnya.

 

Ini negeri kosmopolitan dan penting dari segi budaya. Ini tempat pertemuan untuk bermacam-macam budaya: Mesir, Sudan, Arab, dan India. Kota-kota Aksum utama mempuyai minoriti orang Sabea, Yahudi, Nubia, Kristian, malah penganut Buddha. ... Aksum mula merosot pada abad ke 7, dan penduduknya terpaksa pergi lebih jauh ke pedalaman ke kawasan tanah tinggi, dan akhirnya dikalahkan sekitar 950.

(diperolehi daripada “http://en.wikipedia.org/wiki/Kingdom_of_Aksum

 

Aksum sebenarnya pada asalnya sebahagian daripada kerajaan Sabaea yang diperintah dari Yemen.

 

Nubia

Kerajaan Nubia juga mempunyai hubungan signifikan dengan Kush. Ini terletak di mana hari ini ialah selatan Mesir dan utara Sudan, dan dengan itu terletak tepat di utara Aksum. Artikel Wikipedia tentang Nubia memberikan gambaran ikhtisar.

 

Pada 2300 BC, Nubia [pentarikhan daripada kronologi berdasarkan Manetho] mula-mula disebut dalam rekod Mesir Kerajaan Lama tentang misi-misi perdagangan. Dari Aswan, di atas saja Katarak Pertama, batas selatan penguasaan Mesir pada waktu itu, orang Mesir mengimport emas, kemenyan, kayu eboni, gading, dan binatang asing dari Afrika tropika melalui Nubia. Sambil perdagangan antara Mesir dan Nubia bertambah begitu juga kekayaan dan kestabilannya. Menjelang dinasti ke 6 Mesir, Nubia telah terbahagi kepada satu siri kerajaan-kerajaan kecil. ...

 

Apabila orang Mesir berundur, mereka meninggalkan warisan kekal yang digabungkan dengan adat-adat asli untuk membentuk kerajaan Kush. Kush mengambil banyak amalan Mesir seperti agama mereka dan amalan mendirikan piramid. Kerajaan Kush bertahan lebih lama daripada kerajaan Mesir, malah menyerang dan menguasai Mesir sendiri untuk suatu waktu (dinasti Kush) pada abad ke 8 BC. Kush tidak pernah dirampas daerahnya oleh orang Rom. Orang Kush memang ada berdagang dengan orang Rom, dan juga merupakan sumber tentera upahan.

 

Ketika waktu ini, bahagian-bahagian berlainan wilayah itu membahagi kepada kumpulan-kumpulan lebih kecil dengan kepala, atau jeneral individu, tiap satunya memimpin angkatan-angkatan kecil tentera upahan. Mereka berperang untuk menguasai tempat yang kini ialah Nubia dan wilayah-wilayah sekelilingnya, lalu membiarkan seluruh daerah itu lemah dan terbuka kepada serangan.

 

Pada satu ketika, Kush telah ditakluk oleh orang Noba, daripada siapa nama Nubia mungkin diperolehi (satu lagi kemungkinan ialah ini datang daripada Nub, perkataan Mesir untuk emas). Sejak itu, orang Rom memanggil daerah itu sebagai Nobatae. Sesungguhnya, kajian terbaru dalam genetik populasi mengusulkan adanya satu aliran gen selatan-utara melalui Lembah Nil. [Fox, C.L., ‘analisis mtDNA dalam orang Nubia purba menyokong kewujudan aliran gen antara Afrika sub-Sahara dan Afrika Utara di Lembah Nil’, dalam Annals of Human Biology, 24, 3, 217-22.]

 

Begitu juga, bukti linguistik mengusulkan bahawa orang Nubia dari Lembah Nil asalnya datang dari selatan atau barat daya. Penyelidikan komparatif sejarah ke dalam kumpulan bahasa Nubia telah menunjukkan bahawa bahasa-bahasa Nil-Nubia tentunya telah berpisah daripada bahasa-bahasa Nubia yang masih digunakan di Pergunungan Nuba di Kordofan, Sudan, sekurang-kurangnya 2500 tahun lalu.

 

Justeru alirannya adalah ke dalam Sudan dan Selatan dan Barat ke dalam Afrika sub-Sahara, dan tidak seperti yang diandaikan. Ini selaras dengan rekod Alkitab.

 

Dalam Ester 1:1 dan 8:9, Etiopia (atau Kush) dilihat sebagai satu daripada 127 wilayah Kerajaan Persia, dirajai waktu itu oleh Ahasyweros (Artahsasta). Dengan ini kerajaan ini meliputi bangsa-bangsa Hamitik (Ham) yang terpisah sejauh India dan Afrika, “dua batas ekstrim dunia yang diketahui” (Bullinger). Salah satu daerahnya dekat Lembah Indus dipanggil Aethiopes, mencerminkan daerah Aethiopia di Afrika.

 

Justeru nama ini dipakaikan kepada apa yang sekarang ini merupakan dua tamadun berasingan. Apabila kita memeriksa YDNA orang India Selatan dan orang Kush kita temui suatu kumpulan gabungan yang berhubungan dengan orang Aborigine Australia daripada kedua-dua kumpulan Ham dan Yafet atau Aryan. Mereka nampaknya telah berkembang daripada Hamitik asas CxC1 di India dan daripada Aryan asas RxR1 yang berpindah ke India sebelum serangan Aryan yang kemudian. Daripada asas CxC1 kita dapati orang Asia berkembang kepada yang berikut:

 

C* Haplogroup asal atau asas ini yang tidak termasuk dalam mana-mana subkumpulan telah ditemui di sepanjang Pantai Selatan Asia dari India sampai Vietnam, ke dalam China di Wilayah Yunan, dan seterusnya melalui Filipina, Indonesia dan Micronesia. Kromosom-kromosom ini telah ditemui, tetapi dengan kekerapan lebih rendah lagi, di pantai New Guinea dan Melanesia pulau. Ini dianggap mengusulkan bahawa di Oceania C* dikaitkan dengan Austronesia meskipun hakikat bahawa C4 ialah Haplogroup utama orang Aborigine Australia. Beberapa dengan kekerapan sangat rendah telah ditemui di kalangan orang Turki Asia Tengah. Satu Hg C (RPS4Y) telah ditemui dalam seorang warga Lebanon dengan saiz sampel 31 (justeru 3.2%). Tidak jelas sama ada ini betul-betul C asas, dan dengan itu asalnya orang Asia, atau ini C3 daripada penceroboh Turko-Mongol.

C1 (M8, M105, M131), terbatas kepada kekerapan rendah di Nusantara Jepun.

C2 (M38), khas bagi Polinesia dan sesetengah Melanesia.

C2a (P33)

C2b (M208)

C3 (M217, P44) khas bagi orang Mongol, Khazak, dan orang di Timur Jauh Rusia dan termasuk orang Manchuria dan Korea.

C3*

C3a (M93) diperhatikan sekali-sekala di kalangan orang Jepun

C3b (P39) khas bagi orang Na Dene atau Chippewa di Amerika Utara

C3c (M48, M77, M86) orang Tunguska Utara dan Mongolia Luar dan dengan distribusi sederhana dalam orang Tunguska Selatan dan Mongolia Dalam serta sesetengah orang Turki.

C3d (M407) sekali-sekala di kalangan orang Yakut dan orang Han China.

C4 (M347) orang Aborigine Australia.

C4*

C4a (DYS 390.I del)

C4b (M210)

C5 (M356) distribusi kekerapan rendah di Asia Tenggara

 

Distribusi Haplogroup D cukup berbeza daripada C di Asia dan ditemui di kalangan orang Negrito di Kepulauan Andaman, orang Tibet dan orang Jepun. Haplogroup D sebenarnya satu divisi daripada pembahagian YAP di M145 dan M213. Ini sebenarnya satu cabang YDNA asal orang Mesir dan orang Kanaan.

 

Orang Ainu Jepun dan Tarawa dan Onge di Kepulauan Andaman memilikinya hampir secara eksklusif sementara orang Ainu, seperti orang Jepun, umumnya mempunyai 10% distribusi Hg C.

 

D ditemui dengan kekerapan sederhana hingga rendah di kalangan orang Asia Tengah dan Timur laut serta orang Han dan Miao-Yao China dan di kalangan beberapa kumpulan minoriti Yunnan yang berbahasa Tibet-Burma.

 

Hg D telah berkembang menjadi subclade-subclade eksklusif di kalangan populasi dalam mana ini tersebar. Subkumpulan-subkumpulan D (M174) mempunyai

D* dalam sesetengah orang Cina.

D1 (M15) adalah khas bagi orang Tibet.

D2 (M55, M57, M64.1, M179, P12, P37.1, P41.1 (M359.1), 12f2.2) adalah khas bagi orang Ainu, Ryukyu dan Jepun

   D2*

   D2a (M116.1)

        D2a*

        D2a1 (M125)

             D2a1*

                  D2a1a (P42)

                  D2a1b (P53.2)

             D2a2 (M151).

   D3 (P47) ditemui dengan tahap-tahap sederhana tinggi di Asia tengah selatan.

(lihat artikel Wikipedia Haplogroup C (YDNA) dan Haplogroup D YDNA).

 

Kita akan bincangkan semua distribusi ini dalam carta-carta DNA dalam Lampiran. Kumpulan-kumpulan YDNA D nampaknya bertalian dengan orang Mesir dan Kanaan Purba dalam pertalian-pertalian asal tetapi berkembang daripada satu divisi awal yang pergi memasuki Asia.

 

Sama ada itu atau mutasi pembahagian YAP di M145 dan M213 juga terjadi dalam keturunan Kush, dan diasingkan kepada kumpulan-kumpulan spesifik dengan mutasi-mutasi dirangsang-mtDNA daripada kaum perempuan yang dihubungkan dengannya..

 

Anak-anak Kush

 

Rujukan dibuat kepada enam anak lelaki Kush, termasuk Nimrod yang terkenal keji, dalam Kejadian 10 dan 1 Tawarikh 1. Tiap satu akan dibincangkan menurut susunan umur.

 

1 Tawarikh 1:9-10 Keturunan Kush ialah Seba, Hawila, Sabta, Raema dan Sabtekha; keturunan Raema ialah Syeba dan Dedan. 10 Kush memperanakkan Nimrod; dialah orang yang mula-mula sekali berkuasa di bumi. (RSV)

 

Seba

Nama Seba (SHD 5434) ialah perkataan asing yang mungkin bermakna minumlah engkau! (BDB). Bagaimanapun, seringkali terjadi kekeliruan antara dia dan Syeba yang serupa, yang merupakan cucu Kush. Penulis satu artikel Wikipedia bertajuk ‘Sons of Ham’ menyokong pemisahan alkitabiah untuk dua nama itu bila menyatakan bahawa:

 

Pembahagian umpama-syibolet di kalangan orang Sabaea kepada Syeba dan Seba diakui di bahagian lain, contohnya Mazmur 72, membuatkan para sarjana menduga bahawa ini bukan penyalinan salah nama yang sama, tetapi pembahagian sejarah tulen. Signifikans pembahagian ini belum lagi difahami sepenuhnya, walaupun ini mungkin hanya menggambarkan sebelah mana laut tiap satunya berada.

 

Ensiklopedia International Standard Bible (ISBE) memberikan perincian tentang tempat yang mungkin bagi tanah-tanah yang diduduki oleh suku keturunan Seba.

 

Negeri mereka dianggap sebagai, kemungkinan sekali, daerah Sabah, di Utara Adulis, di pantai barat Laut Teberau. Ada kemungkinan bahawa Sungai Sabi, yang merentang dari pantai sampai Zambesi dan Limpopo, yang digunakan sebagai jalan air oleh negeri-negeri di wilayah itu, walaupun kini tidak sesuai lagi disebabkan mendapan, mungkin mengandungi bekas-bekas nama itu, dan mungkin memberi kesaksian tentang lebih banyak lagi perluasan kuasa dan pengaruh orang Sebaim di selatan. ... Reruntuhan daerah ini dianggap sebagai kerja orang selain orang asli hitam negeri itu. Dillmann, bagaimanapun, mengusulkan (tentang Kejadian 10:7) bahawa orang Seba merupakan satu cabang orang Kush di Timur Napatha dekat Laut Arab, yang tentangnya Strabo (xvi, 4, 8, 10) dan Ptolemy (iv.7, 7 f) memberi maklumat.

 

Catatan tentang Seba Semitik itu terkandung dalam naskah-naskah berkenaan Keturunan Sem (No. 212 A-G). Syeba Kush diperingati dalam dewa India, Shiva, dan begitu juga Rama dan lain-lain dalam Ramayana (sebaran ini dibincangkan dalam karya Mistikisme Bab 1 Menyebarkan Misteri-misteri Babel (No. B7 1)).

 

Hawila

Hawila ialah nama yang diberikan bukan hanya kepada anak lelaki kedua Kush, tetapi kepada seorang anak lelaki Yoktan, keturunan Sem (Kejadian 10:29; 1 Tawarikh 1:23), dan sekali lagi mengaburi perbezaan antara keturunan Ham dan Sem.

 

Letaknya “tanah Hawila” (Kejadian 2:11), yang nampaknya telah dinamakan secara retrospektif sempena salah seorang patriak ini, tidak boleh ditentukan dengan apa-apa kepastian (Gesenius meletakkannya dalam Lembah Indus). Nama Hawila atau Chaviylah (SHD 2341) bermakna bulatan atau lingkaran, dan ditulis Heuila dalam LXX. ISBE memberikan beberapa perincian tambahan.

 

Sebutan Hawila Kush dijelaskan oleh fakta bahawa suku-suku Arab pada satu waktu awal telah bermigrasi ke pantai Afrika. Konteks Kej 10:7 justeru menyokong keadaan di pantai Etiopia, dan nama itu mungkin dipelihara dalam kolpos Auali dan dalam suku Abalitai di sebelah Selatan selat-selat Babel-Mandeb. Atau mungkin bekas nama itu muncul dalam Aualis klasik, kini Zeila’ di Somaliland. Namun kejadiannya di kalangan orang Arab Yoktan (Kej 10:29) mengusulkan tempat di Arab.

 

Inskripsi Arab Selatan menyebut satu daerah Khaulan (Chaulan), dan satu tempat dengan nama ini ditemui di kedua-dua Tihama dan di Tenggara San’a’. Sekali lagi Chaulotaioi dan Chuwaila Strabo di Bahrein menunjuk kepada satu daerah di pantai Arab Teluk Persia. Tiada lagi identifikasi tepat dibuat.

 

Kita boleh lihat bahawa orang Ibrani Yoktan disalah anggap sebagai orang Arab di sini. Orang Arab berasal daripada keturunan Ketura dan orang Ibrani Yoktan daripada seorang patriak lebih awal. Campuran ini tidak boleh diabaikan kerana ada ramai orang Haplogroup I di kawasan itu; semua ini mungkin sama ada orang Ibrani atau Abraham, sebab Hg J terpisah daripada I dengan penanda-penanda S2 dan S22 yang sama dalam kedua-dua kumpulan.

 

Brown-Driver-Briggs (BDB) mengusulkan bahawa Hawila ialah: “satu daerah di Arab yang dihuni keturunan Ismael yang dinamakan sempena anak lelaki kedua Kush; mungkin daerah Kualan, di bahagian barat laut Yemen”.

 

Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa orang Semit dan Kushit dan Yafetit semuanya telah bergerak memasuki India dan juga menduduki kawasan-kawasan Barat laut dan Timur laut Afrika.

 

Sabta

Sabta ialah anak lelaki ketiga patriak Kush; namanya bermakna memukul (SHD 5454). Ada diusulkan bahawa suku ini bertalian dengan orang Hadhramis atau Hadramaut di timur Yemen, yang ibu kotanya ialah Shabwat purba (kini Sabota). ISBE mempunyai catatan berikut berkenaan lokasi Sabta atau Sabtah:

 

Satu tempat di mana Sabta mungkin boleh dicari di Arab Selatan. Ahli-ahli geografi Arab tidak memberi apa-apa padanan tepat nama itu. Al Bekri (i.65) mengutip satu baris puisi awal salam mana Dhu ‘l Sabta disebutkan, dan konteksnya mungkin menandakan satu situasi di Yemamah; namun perkataan itu mungkin bukan nama sebenar. Ini biasa dikenal pasti dengan Saubatha (Ptol., vi.7, 38) atau dengan Sabota di Pliny (vi.32; xii.32), sebuah kota perdagangan di Arab Selatan yang terkenal kerana perdagangannya dalam kemenyan dan, menurut Ptolemy, memiliki 60 kuil. Ini juga dikatakan daerah raja Elisarus, yang namanya amat menyerupai Dhu ‘l-Adhar, salah seorang “Tubba” atau raja Himyar Yemen. Satu lagi andaian ialah Saphtha di Ptolemy (vi.7, 30) dekat pantai Arab Teluk Persia.

 

Raema

Anak lelaki keempat Kush ialah Raema, yang merupakan bapa kepada S(y)eba dan Dedan (1 Taw. 1:9). RSV menggunakan kedua-dua ejaan dalam ayat yang sama untuk Raema, yang namanya bererti bulu tengkuk kuda (SHD 7484); dalam LXX ini diberikan sebagai Regma, yang juga kebetulan nama ibu kota orang yang dikenali sebagai Rhammanitae di selatan Oman. ISBE memberi gambaran singkat tentang Raema.

 

Dalam ratapan Yehezkiel atas Tirus (Yeh 27:22) suku Raema disebut bersama-sama dengan Syeba sebagai orang pedagang yang membekali penduduk Tirus dengan rempah, batu permata dan emas. Ini telah umumya dikenal pasti dengan Regina, disebut oleh Ptolemy dan Steph. Byzantr. Sebagai sebuah kota di Tenggara Arab di pinggir pantai Teluk Persia. Septuagint (Rhegma) sendiri mengandaikan tempat ini. Namun nama Arab kota itu yang ditunjukkan di sini dieja dengan “g” dan dengan itu menimbulkan kesukaran fonologi. Satu identifikasi lebih mungkin telah ditemui dalam Ra’mah Sabea di Barat daya Arab dekat Me’in di sebelah utara Marib. Me’in merupakan ibu kota kerajaan Minaea lama.

 

Kamus Alkitab Easton meletakkan keturunan Raema di Yemen dan bukan di Oman tetangganya.

 

Negeri Raema digambarkan ... sebagai satu negeri Semenanjung Arab, dan Syeba, anak Raema dan negerinya, yang penduduknya biasa dipanggil sebagai orang Sabea, dianggap berada di sebelah barat daya Semenanjung itu dan disebutkan sebagai Yemen.

 

Khususnya, orang Yemen berkulit hitam sama seperti keturunan kakek/datuk leluhur mereka, Kush, yang lazimnya diterjemahkan dalam Alkitab sebagai Etiopia, bermakna hitam. (penekanan ditambah)

 

Syeba dan Dedan

Kekeliruan juga telah timbul mengenai nama-nama khusus ini. Syeba dan Dedan ialah dua anak lelaki Raema (Kej. 10:7), dan juga dua anak lelaki Yoksan, bin Abraham melalui Ketura (Kej. 25:3). Namun seorang lagi Syeba ialah anak lelaki Yoktan dan dengan itu keturunan Sem (Kejadian 10:28). Syeba bererti tujuh dan juga satu sumpah (SHD 7614); Dedan  atau dedaneh (SHD 1719) bermakna tanah rendah.

 

ISBE memberi penjelasan lanjut dalam artikelnya tentang orang Sabaea, namun tidak dapat membezakan dengan memuaskan antara pelbagai suku ini dengan nama yang betul-betul sama.

 

Daripada semua pernyataan di atas nampaknya Syeba merupakan nama satu suku Arab, dan dengan itu berketurunan Sem. Fakta bahawa Syeba dan Dedan digambarkan sebagai keturunan Kush (Kej 10:7) menunjuk kepada migrasi sebahagian daripada suku-suku ini ke Etiopia, dan begitu juga asal mula mereka daripada Abraham (Kej 25:3) menunjukkan bahawa sesetengah keluarga terletak di Syria.

 

Sebenarnya Syeba ialah satu suku Arab Selatan atau Yoktan (Kej 10:28), dan namanya sendiri serta beberapa saudaranya (contohnya Hazarmaveth = Hadhramaut) merupakan nama-nama tempat di Arab Selatan.

 

Orang Sabea atau penduduk Saba atau Syeba, disebutkan sebagai para pedagang emas dan rempah, dan menghuni negeri yang terpencil dari Palestin (1 Raja 10:1 dst; Yesaya 60:6; Yer 6:20; Yeh 27:22; Maz 72:15; Mt 12:42), dan juga sebagai pedagang hamba (Yoel 3:8), atau mungkinpun penjaga/renjer gurun (Ayub 1:15; 6:19; banding CIS 84 3).

 

Di bawah subtajuk ‘Civilization’ dalam artikel yang sama, ISBE membuat beberapa komen menarik tentang status kaum perempuan di Syeba dan ratu mereka yang terkenal (lihat naskah Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)).

 

Kedudukan tinggi yang diduduki kaum perempuan di kalangan orang Sabea dicerminkan dalam kisah Ratu Syeba dan Salomo. Dalam hampir semua hal kaum perempuan nampaknya telah dianggap setara dengan kaum lelaki, dan telah melaksanakan fungsi-fungsi sivil, agama malah ketenteraan. Poligami nampaknya tidak diamalkan. Inskripsi-inskripsi Sabea tidak cukup tua untuk memberi apa-apa keterangan tentang ratu yang sezaman dengan Salomo, dan identifikasinya dengan Bilqis oleh orang Arab hanya disebabkan ratu itu  satu-satunya ratu Sabea yang dikenali mereka. Bilqis harusnya telah hidup beberapa abad kemudian daripada raja Ibrani itu.

 

Berserta Kush dan Mesir, kita memperhatikan daripada Yesaya 43:3 dan 45:14 bahawa Syeba/Seba akan “ditebuskan” pada masa depan, mewakili keselamatan yang menjelang bagi Bangsa-bangsa lain (lihat naskah Dua Saksi (No. 135)). Nota Bullinger kepada Yesaya 43:3 mengatakan berkenaan tiga bangsa yang disebut itu bahawa: “Semua itu diberikan kepada Persia sebagai wang tebusan (dari satu segi) untuk pelepasan Israel oleh Persia melalui para pengganti Koresh. ...Pada zaman Yesaya ketiga-tiga ini bersatu di bawah satu dinasti” (Comp. Bible).

 

Berkenaan Dedan, ISBE mempunyai catatan berikut:

 

Satu bangsa Arab yang dinamakan dalam Kej 10:7 sebagai keturunan Kush; dalam Kej 25:3 sebagai keturunan Ketura. Jelasnya, seperti Syeba (orang Sabaea) yang bertalian, mereka merupakan kaum campuran (banding Kej 10:7,28). Dalam Yesaya 21:13 kiasan dibuat kepada “kafilah-kafilah orang Dedan” di padang gurun Arab, dan Yehezkiel menyebut mereka membekali Tirus dengan benda-benda berharga (Yeh 27:20; dalam ayat 15, “Dedan” mungkin patut dibaca seperti dalam Septuagint, “Rodan,” iaitu orang Rodos). Nama ini nampaknya masih tertinggal di pulau Dadan, di sempadan Teluk Persia. Ini juga ditemui dalam inskripsi Min[aea] dan Sab[atea] (Glazer, II, 392 dst).

 

Nama Syeba (Sheba) juga ditemui dalam nama dewa Hindu Shiva (lihat naskah Mistikisme Bab 6 Asal Usul Sistem-sistem Agama India (No. B7 6)).

 

Struktur gabungan kumpulan-kumpulan itu di tiga kawasan Afrika, Arab dan Indus juga diusulkan oleh YDNA gabungan yang ditemui di situ bagi garis-garis keturunan Sem, Ham dan Yafet.

 

Sabtekha

Sabteka atau Sabtekha, yang namanya juga bererti memukul (SHD 5455), merupakan anak lelaki kelima Kush. Sebagaimana dengan suku-suku lain dalam kumpulan ini, lokasi bangsa-bangsa yang turun daripadanya tidak jelas. Satu cadangan ialah mereka mungkin boleh dikenal pasti dengan “Sabaiticum Ostium, orang Sabaea yang hidup di sekitar satu pelabuhan spesifik di Eritrea” (Wikipedia). ISBE, bagaimanapun, meletakkan mereka di Semenanjung Arab dan bukan di Afrika.

 

Banyak andaian telah dibuat berkenaan tempat yang dinyatakan di sini. Baru-baru ini Glazer (Skizze, II, 252) telah membangkitkan kembali cadangan Bochart bahawa ini harus dikenal pasti dengan Samydake di Carmania di Timur Teluk Persia. Ini nampaknya tidak berdasarkan apa-apa melainkan keserupaan luaran nama-nama itu; namun perubahan fonetik terbabit adalah sukar. Pihak lain telah memikirkan pelbagai tempat di Arab, ke arah Teluk Persia; namun data yang diperlukan untuk apa-apa keputusan memuaskan tidak ada sekarang ini. (ISBE)

 

Identifikasi ini akan perlu mengambil kira DNA Kush yang diketahui.

 

Nimrod

Nimrod disenaraikan berasingan daripada saudara-saudaranya sebagai anak-anak Kush (Kej. 10:8-10; 1 Taw. 1:10). Nama Nimrod (SHD 5248) atau Nebrod (LXX) bermakna penderhakaan atau yang berani (BDB).

 

Kejadian 10:8-12 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi; 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN." 10 Mula-mula kerajaannya terdiri dari Babel, Erekh, dan Akad, semuanya di tanah Sinear. 11 Dari negeri itu ia pergi ke Asyur, lalu mendirikan Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah 12 dan Resen di antara Niniwe dan Kalah; itulah kota besar itu. (RSV)

 

Buku Jasher memberi satu penjelasan mungkin untuk rujukan berasingan kepada Nimrod: bahawa dia anak kesayangan umur tua Ham (banding Ishak anak Abraham).

 

Dan Kush bin Ham, bin Nuh, mengambil seorang isteri ketika dia sudah tua, dan dia melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka memanggilnya Nimrod, sambil berkata, Pada zaman itu anak-anak manusia sekali lagi mula menderhaka dan melanggar terhadap Tuhan, dan anak itu membesar, dan bapanya begitu mengasihinya, sebab dia anak umur tuanya. (Bab 7, 23)

 

Dalam Legend: The Genesis of Civilisation, David Rohl menyamakan raja Sumeria, Enmerkar dengan Nimrod alkitabiah.

 

Mari kita perhatikan nama Enmerkar. Dalam kebanyakan kesusasteraan Sumeria nama Enmerkar ditulis En-me-kar. Dalam tek-teks sedikit waktu kemudian kita temui En-me-er-kar. Ini konsisten dengan perkembangan bahasa Sumeria bertulis yang mana ortografi lebih jelas untuk teks-teks kemudian dengan telitinya memasukkan semua konsonan yang boleh hilang dalam nama yang tentu tidak diekspresikan dalam teks-teks lebih tua. ...satu salinan Senarai Raja Sumeria, ditemui di Nippur dan diterbitkan oleh Amo Poebel pada 1914, memberikan En-me-er-ru-kar. Dengan itu, kita memang boleh menyebut nama itu sebagai Enmerukar.

 

Seterusnya ktia sampai kepada hal penting sekali. Empat suku kata En-me-ru-kar boleh diertikan sebagai satu nama dan satu julukan – sebaik saja disedari bahawa kar ialah perkataan Sumer untuk ‘pemburu’ (Akk. Habilu). Dengan itu kita dapat Raja ‘En-me-ru, pemburu’.

 

Nimrod dihubung rapat dengan Erekh – nama alkitabiah untuk Uruk – di mana Enmerkar memerintah [lihat Kej. 10:8-10]. Enmerkar mendirikan sebuah kawasan keramat besar di Uruk dan membina sebuah kuil di Eridu – sebanyak itu kita tahu daripada syair epik ‘Enmerkar dan Tuan Aratta’. Senarai Raja Sumeria menambah bahawa Enmerkar ialah ‘orang yang mendirikan Uruk’. Nimrod juga seorang pembina hebat, mendirikan kota-kota Uruk, Akad dan Babel. Kedua-dua Nimrod dan Enmerkar terkenal dengan kebolehan memburu mereka. Nimrod, sebagai cucu Ham, ialah sebahagian daripada ‘generasi’ kedua selepas banjir ... dan ini juga benar bagi Enmerkar yang direkodkan dalam Senarai Raja Sumeria sebagai pemerintah kedua Uruk selepas banjir (Ubartutu – (Utnapishtim) – Banjir – Meskiagkasher – Enmerkar). Kedua-duanya memerintah kerajaan-kerajaan mereka di tanah Sinear/Sumer. ...

 

Raja pertama Uruk selepas banjir dipanggil Meskiagkasher dalam Senarai Raja Sumeria. Kamu akan segera melihat nama Kush di sini, diselitkan dalam nama Sumeria yang lebih panjang itu. (Arrow Books Ltd, London, 1999, ms 205-210)

 

Justeru Nimrod atau Enmerkar mungkin merupakan raja Uruk/Erekh yang menggantikan bapanya, Kush atau Meskiagkasher. Dalam kesusasteraan epik Mesopotamia, Nimrod dipanggil berbagai nama seperti Enmerkar, Ninurta dan Ninus, sementara di Fenisia, Aram dan Mesir dia dikenali sebagai Reshep atau Reshpu, dan bagi orang Yunani, Orion, pemburu gagah perkasa.

 

ISBE, dalam artikelnya tentang Nimrod, menyatakan bahawa dia pada mulanya dilihat sebagai dermawan kepada penduduk tanah itu.

 

Pada zaman primitif Mesopotamia, seperti juga di Palestin, binatang-binatang liar begitu banyak sekali sehingga menjadi ancaman bagi nyawa dan harta milik (Kel. 23:29; Le 26:22); dengan itu raja sebagai dermawan dan pelindung rakyatnya memburu binatang-binatang liar ini. Penaklukan awal kota-kota Babel, atau persekutuan kota-kota itu menjadi satu kerajaan besar, di sini dianggap berasal daripada Nimrod.

 

Bagaimanapun, sebagai satu taip Iblis, yang juga sepatutnya membantu umat manusia, keangkuhan Nimrod meningkat bersama-sama dengan wibawanya dan pencapaiannya. Akhirnya, tepat serupa dengan Iblis, dia menderhaka melawan Tuhan Maha Tinggi; ini mempunyai akibat jangka panjang dan seringkali membawa maut yang serupa untuk manusia. Josephus menyatakan dengan ringkas bahawa:

 

...Nimrod, bin Kush, tinggal dan bermaharajalela di Babel, seperti yang kami sudah memberitahu kamu (A.J., Bk. I, vi, 2).

 

Istilah di sini tinggal dan bermaharajalela di Babel menunjukkan bahawa orang lain tidak begitu; dan, sesungguhnya, orang Kush merupakan suku pemburu-pemungut paling mengembara dan paling tersebar luas. Memang fakta mutlak bahawa kubur Raja Tutankhamen di Mesir mengandungi bumerang yang tentu dikenali dan digunakan oleh mana-mana orang Aborigine Australia dalam konteks pemburuan spesifiknya, sebagaimana dengan orang Dravidian India, dan terdapat pertalian-pertalian jelas dalam sistem pemburuan masing-masing. Namun orang Aborigine bukan pembina, sedangkan orang Mesir ialah pembina.

 

Seperti yang kita lihat di atas, orang Jepun dan Tibet juga datang daripada asal Haplogroup C sebagai Haplogroup D, seperti juga Haplogroup E di sekeliling Mediterranean. Ada perselisihan berkenaan sama ada kumpulan-kumpulan keseluruhannya mengikut jalan laut ke Jepun dan dari situ ke Asia dan Tibet ataupun mereka mengikut jalan darat. Nampaknya mereka mungkin telah melakukan kedua-duanya, berserta dengan orang Hg C. Sebab mereka tergolong dalam kumpulan-kumpulan bahasa Ural-Altai kemungkinan besar mereka masuk ke dalam India dan kawasan Steppe Rusia dari Afghanistan dan tersebar ke timur dari situ. Teka-teki yang tinggal ialah bagaimana pula orang Australia sampai ke Australia, sama ada dari India atau bergerak dari pulau ke pulau. Mungkin kedua-duanya, sebab RxR1 asas biasa di kalangan orang Dravidian sementara C asas tidak begitu biasa, dan C4 Aborigine Australia hanya ditemui di Australia. Hg F yang ditemui di sini nampaknya sebenarnya I1a1 Semitik sebagai F tidak diuji sepenuhnya. Bagaimanapun, ini diandaikan suatu pencampuran Eropah daripada penjajahan British.

 

Menara Babel

 

Daripada Kejadian 10:10-11 kita lihat bahawa Nimrod mendirikan empat kota di tanah Sinear atau Sumer, dan selepas itu masuk ke dalam tanah yang diduduki oleh Asyur, bin Sem, untuk mendirikan Niniwe dan tiga kota utama lain. Nimrod mungkin boleh dipandang sebagai pemula kota-negeri.

 

Kita perhatikan daripada Kejadian 4:17 bahawa Kain, bin Adam, mungkin pembina pertama kota, untuk anaknya Hanokh (Henokh, Enoch: KJV & RSV). Nampaknya berkumpul bersama dalam kota-kota bukanlah hasrat Tuhan untuk umat manusia (lihat Kej. 11:9); namun mereka yang suka memberontak sejak Kain seterusnya nampaknya berfikir sebaliknya dan dengan itu sengaja mengingkari Tuhan.

 

ISBE menyebut pendapat-pendapat berbeza mengenai pembabitan Nimrod dengan pembangunan kota-kota ini.

 

Sama ada pengasasan dan penjajahan Asyur (Kej 10:11) patut dianggap berpunca daripada Nimrod akan ditentukan oleh penafsiran teks itu. Versi-versi Inggeris Alkitab berbunyi: “Dari tanah itu dia (iaitu Nimrod) pergi ke Asyur, dan membangunkan Niniwe,” dsb., terjemahan ini memberikan perkembangan Asyur kepada Nimrod, dan nampaknya disokong oleh Mikha 5:5,6 (banding J.M.P. Smith, “Micah,” ICC, di tempat disebutkan.); namun American Revised Version, ruang tepi tertulis: “Dari tanah itu keluarlah Asyur, dan membangunkan Niniwe,” dan terjemahannya lebih tepat secara penafsiran dan tidak berkonflik dengan Mikha 5:6, jika “negeri Nimrod” dalam Mikha diertikan, bukan sejajar dengan, tetapi sebagai tambahan kepada, Asyur, dan dengan itu sebagai Babel (banding komentar-komentar Cheyne, Pusey, S. Clark, di tempat yang disebutkan.).

 

Teks mengenai pembinaan berambisi sebuah menara yang bertujuan mencapai langit diberikan dalam Kejadian 11.

 

Kejadian 11:2-4 Maka berangkatlah mereka ke sebelah timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana. 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan ter gala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." (RSV)

 

Dalam Antiquities of the Jews, Josephus mengembangkan kisah alkitabiah mengenai pemberontakan Nimrod dan pembinaan Menara Babel olehnya.

 

MENGENAI MENARA BABEL, DAN PENGACAUAN BAHASA

2. Maka Nimrodlah yang mengasyikkan mereka hingga memandang hina akan Tuhan. Dia cucu Ham, bin Nuh, seorang yang berani, dan amat gagah perkasa. Dia membujuk mereka untuk tidak menujukannya kepada Tuhan, seolah-olah melalui jalannya mereka gembira, tetapi untuk percaya bahawa keberanian mereka sendirilah, yang mendapatkan kegembiraan itu. Dia juga perlahan-lahan mengubah pemerintahan menjadi kezaliman, melihat tiada lagi cara untuk memesongkan manusia daripada takut akan Tuhan, melainkan mendorong mereka bergantung terus-menerus pada kekuatannya. Dia juga berkata dia tentu membalas dendam pada Tuhan, jika dia berniat membanjiri dunia sekali lagi; untuk itu dia akan membina satu menara yang terlalu tinggi untuk air banjir sampai dan bahawa dia akan membalas dendamnya pada Tuhan kerana membinasa nenek moyang mereka.

 

3. Maka orang ramai sangat bersedia untuk mengikut nekad Nimrod, dan menganggapnya kekecutan untuk tunduk kepada Tuhan; dan mereka mendirikan sebuah menara, tanpa mengira sakit, atau lalai bagaimanapun tentang pekerjaan itu: dan, oleh sebab banyak tangan yang mengusahakannya, menara ini tumbuh semakin tinggi, lebih cepat daripada yang disangkakan; namun ketebalannya begitu besar, dan begitu kukuh dibina, sehingga ketinggiannya yang amat tinggi itu, pada pandangan mata, kelihatan kurang daripada ketinggian sebenarnya. Ia diperbuat daripada batu bata yang dibakar, disimen bersama dengan tanah liat, diperbuat daripada bitumen (tergala gala), supaya tidak membenarkan air masuk.

 

Apabila Tuhan melihat mereka bertindak begitu gila, dia tidak memutuskan untuk membinasa mereka sepenuhnya, sebab mereka tidak bertambah bijak daripada kemusnahan semua orang berdosa sebelumnya; tetapi dia mengakibatkan kekacauan di kalangan mereka, dengan menghasilkan dalam mereka pelbagai bahasa, dan menyebabkan, melalui banyaknya bahasa-bahasa itu, mereka tidak dapat mengerti sesama sendiri.

 

Tempat di mana mereka mendirikan menara itu kini dipanggil Babel, disebabkan kekacauan bahasa yang mereka senang fahami sebelum itu; sebab orang Ibrani maksudkan dengan perkataan Babel, kekacauan. Sibyl juga menyebut tentang menara ini, dan mengenai kekacauan bahasa itu, bila dia berkata demikian: “Ketika semua manusia mempunyai satu bahasa, sesetengah mereka mendirikan sebuah menara tinggi, seolah-olah dengannya mereka akan naik ke langit, namun para dewa mengirim angin taufan dan menjatuhkan menara itu, dan memberi setiap satu bahasa khususnya; dan atas sebab inilah kota itu dipanggil Babel.” (Bk. I, iv)

 

Secebis fragmen Enmerkar and the Lord of Aratta Epic disimpan oleh Muzium Ashmolean di Oxford, England. Ini mengulangi kisah alkitabiah tentang kekacauan bahasa universal tunggal itu.

 

“Lalu Enki, tuan kelimpahan, yang perintahnya boleh dipercayai, tuan kebijaksanaan yang mengerti seluruh tanah, kepala para dewa yang diberikati kebijaksanaan, tuan Eridu, mengubah suara dalam mulut mereka, mendatangkan pertikaian dalam bicara Manusia yang sampai waktu masih satu.”

 

Subjek pengacauan bahasa-bahasa itu disebut ringkas dalam kertas Keturunan Ham: Bahagian I (No. 45A) di bawah tajuk ‘Petunjuk Bahasa’.

 

Bahasa-bahasa Kush

 

Yang berikut adalah daripada artikel Wikipedia mengenai pelbagai bahasa Kush, yang mencakupi sebahagian kecil daripada semua yang ada di benua Afrika.

 

Bahasa-bahasa Kush Timur terdiri daripada lebih tiga puluh bahasa daripada rumpun Kush dalam filum Afro-Asiatik. Bahasa Kush Timur dibicarakan terutamanya di Etiopia tetapi juga di Somalia, Kenya dan Djibouti.

 

Bahasa Kush Timur terpenting ialah Oromo, dengan kira-kira 21 juta pembicara. Bahasa-bahasa penting lain termasuk Somali (di Somalia, Etiopia, dan Djibouti) dengan kira-kira 15 juta pembicara, Sidamo (di Etiopia) dengan kira-kira 2 juta pembicara, dan Afar (di Eritrea dan Djibouti) dengan kira-kira 1.5 juta.

 

Dalam klasifikasi dalaman Kush Timur, pembahagian utama paling lazim adalah antara Kush Timur Tanah Tinggi dan Kush Timur Tanah Rendah. Omo-Tana Barat ialah cabang nyata, seperti juga dua cabang yang diwakili oleh Yaaku (pupus) dan Boon (terancam).

 

Bahasa-bahasa Kush Timur

·         Kush Timur Tanah Tinggi: Alaba (atau Alaaba); Burji; Gedeo; Hadiyya (atau Hadiya); Kambaata; Libido; Sidamo;

·         Kush Timur Tanah Rendah: Rendille-Boni (Rendille dan Boni); bahasa-bahasa Somali (Somali dan Af-Maay); bahasa-bahasa Saho-Afar (Saho dan Afar); Konso-Gidole (Konso atau Komso; dan Dirasha atau Gidole, Kidole, Diraytata); Oromo; Dullay (Bussa (terancam); Gawwada; Tsamai);

·         Omo-Tana Barat; (Arbore; Baiso; Daasanach; El Molo/Elmolo (pupus; semua pembicara telah bertukar kepada Elmolo-Samburu));

·         Yaaku (hampir lenyap; semua pembicara telah bertukar kepada Mukogodo-Maasai, hanya tiga pembicara fasih tinggal);

·         Boon (terancam, mungkin pupus).

 

Bahasa-bahasa Kush Tengah (mengikut Appleyard)

·         Selatan: Awngi – dibicarakan di barat daya Tasik Tana, yang terbesar, dengan lebih 350,000 pembicara; Kunfal – (rekod tidak lengkap), dibicarakan di barat Tasik Tana;

·         Agaw Utara:

·         Utara-Tengah;

·         Utara: Blin – dibicarakan di Eritrea di sekeliling kota Keren (70,000 pembicara);

·         Tengah: Xamtanga (juga dipanggil Khamir, Khamta) – 143,000 pembicara di Wilayah Amhara Utara.

 

Bahasa-bahasa Kush Barat

·         Qemant – hampir pupus, dibicarakan oleh orang Qemant di wilayah Qwara; Qwara – hampir pupus, dibicarakan oleh orang Beta Israel yang sebelumnya di wilayah Qwara, kini di Israel;

 

Transisi antara Barat dan Tengah?: Kayla – pupus, sebelum ini dibicarakan oleh sesetengah orang Beta Israel.

 

Bahasa-bahasa Afrika Barat daripada suku-suku Haplogroup B juga diperolehi daripada cabang utama, iaitu Kush Selatan.

 

Orang Kush Asia terbabit secara asas dalam kumpulan-kumpulan bahasa Ural-Altai, yang terdiri daripada suku-suku Ham dan Yafet dari Jepun sampai Finland dan Hungary dan selatan sampai Turki.

 

Orang Sumeria awal juga meluas ke dalam lembah Indus di Harappa dan Mohenjo Daro dan bercampur tetapi sama budayanya seperti orang Asyur dan orang Sumeria Purba (lihat Mistikisme Bab 1 Menyebarkan Misteri-misteri Babel (No. B7 1)).

 

Bahasa-bahasa Australia terdiri daripada lapan kumpulan berbeza yang memasuki Australia sebagai lapan gelombang etno-linguistik, dan mungkin berasal daripada gabungan pengembara Kush dan proto-Aryan. Mereka merupakan golongan pengembara terawal, dan memasuki Amerika Utara lebih dulu daripada semua golongan lain yang juga berada di situ. Kumpulan-kumpulan asas K memasuki Asia dan Australasia lebih dulu daripada Maori C2 Kush.

 

Diaspora Kush

 

Dalam History of the Negro Race in America From 1619 to 1880-nya, penulis berbangsa Amerika George Washington Williams menulis:

 

Adapun kesan-kesan banyak dan tak tersangkal untuk gerakan bangsa-bangsa Negro melalui Jepun dan Asia membuatkan kita menyimpulkan bahawa bangsa Negro mendahului segala sejarah duniawi ... Walaupun kebanyakan bangsa Negro terletak secara geografi di Afrika, mereka merupakan, dan bukan secara kecil-kecilan, suatu bangsa kosmopolitan. Pengembaraan mereka boleh dijejaki dari matahari terbit sampai matahari terbenam.

 

Tugu-tugu dan kuil-kuil, batu-batu kubur dan piramid, naik untuk menyatakan betapa tuanya bangsa-bangsa Negro ... orang jenis Negro merupakan orang paling purba, dan bangsa asli Asia, jauh ke utara sampai banjaran lebih rendah Pergunungan Himalaya, dan menunjukkan secara terperinci banyak fakta aneh yang tidak boleh ... dijelaskan sebaliknya.

 

Kesan peninggalan bangsa hitam ini masih ditemui di sepanjang banjaran Himalaya dari Indus sampai Indo-China, dan semenanjung Melayu, dan dalam bentuk campuran melalui seluruh negeri-negeri selatan sampai Ceylon. (G.P. Putnam’s Sons, New York, 1883, ms 18-19)

 

Apa yang tidak disedarinya ialah Haplogroup-haplogroup YDNA menunjukkan bahawa mereka bukanlah penetap asal Amerika Utara, sebagai C3, kerana kebanyakan orang Amerindian merupakan keturunan Yafet Q dan Q3 yang kemudian, dan C3 bercampur dengan mereka dari Alaska melalui Chippewa kepada orang Cheyenne, Apache dan Maya C3; namun mereka bukanlah majoriti. Amerindian Hg Q lebih berhubungan rapat dengan orang Celt dan Slav daripada hubungan mereka dengan Apache atau Cheyenne.

 

Dalam Histories, Herodotus mendakwa bahawa orang Colchis Pergunungan Caucasus merupakan keturunan Mesir (Bk. II, 104), walaupun mereka digambarkan memiliki rupa khusus Negroid.

 

Genesis Afrika ini banyak ditekankan oleh golongan Muslim hitam. Sesetengahnya ingin menggunakan teori Genesis Afrika ahli-ahli Evolusi untuk memajukan agenda mereka sendiri. Runoko Rashidi menambah:

 

Kita kini tahu bahawa manusia moden berasal mula di Afrika, dan bahawa semua orang moden pada akhirnya boleh menjejaki asal leluhur mereka balik kepada benua Afrika. Herodotus, bapa sejarah Eropah, menganggap Colchis, satu tanah yang terletak di sepanjang lereng barat Pergunungan Caucasus dekat Laut Hitam, sebagai satu koloni Afrika.

 

Dia bukan saja menunjuk kepada kulit hitam dan rambut ibarat bulu domba orang Colchis, tetapi juga kepada tradisi-tradisi lisan, bahasa, cara menenun, dan amalan penyunatan mereka. Santo Jerome, yang menulis ketika abad keempat, memanggil Colchis “Etiopia Kedua.”

 

Dua ratus tahun kemudian, Sophronius, patriak Yerusalem, menggambarkan suatu kehadiran “Etiopia” di wilayah sama. Malah hari ini, dalam daerah sama yang Herodotus maksudkan, tinggal satu masyarakat amat kecil, orang berkulit hitam dan berambut ibarat bulu domba.

 

Semenanjung Arab awal-awal didiami oleh orang Hitam. Satu ketika dulu berkuasa atas seluruh semenanjung itu, kehadiran orang Afrika dalam Arab awal boleh dijejaki dengan jelas sekali melalui orang Sabea. Sudut barat daya semenanjung itu merupakan kediaman purba mereka. Kawasan ini hari ini dipanggil Yemen. Dahulukala, wilayah ini menyaksikan bangkitnya tamadun dengan baik sekali disebabkan pertumbuhan kemenyan dan mur.

 

Kota Makkab dianggap satu tempat suci dan tujuan para penziarah lama sebelum nabi Muhammad. Muhammad sendiri, yang kemudiannya menyatukan seluruh Arab, nampaknya mempunyai garis keturunan Afrika yang menonjol. Menurut al-Jahiz, wali Kaaba suci, Abd-al-Muttalib, “memperanakkan sepuluh Tuan, Hitam seperti malam dan indah sekali.” Salah seorangnya ialah Abdallah, bapa Muhammad.

 

Menurut tradisi, Muslim pertama terbunuh dalam perang ialah Mihja—seorang berkulit Hitam. Seorang lagi orang Hitam, Bilal, merupakan tokoh sangat penting dalam perkembangan Islam sehingga dia dipanggil sebagai “sepertiga agama.” Ramai mualaf Muslim terawal merupakan orang Afrika, dan sebilangan umat Islam yang setia mencari perlindungan di Etiopia disebabkan permusuhan orang Arab pada mulanya terhadap ajaran Muhammad. Hubungan inilah yang menyebabkan Muhammad mengumumkan bahawa, “Sesiapa yang membawa seorang lelaki Etiopia atau perempuan Etiopia ke dalam kediamannya, membawa berkat Tuhan di situ.”

 

SUMBER: African Presence In Early Asia, Diedit oleh Runoko Rashidi & Ivan Van Sertima;

Wonderful Ethiopians Of The Ancient Cushite Empire, by Drusilla D. Houston, Al I. Obaba (Editor).

(diambil daripada http://www.cwo.com/~lucumi/runoko.html)

 

Nabi itu mendakwa dirinya keturunan langsung Edom dan Abraham namun dia tidak mendedahkan empat puluh generasi mula-mula (lihat naskah-naskah Keturunan Abraham Bahagian II: Lot, Moab, Amon dan Esau (No. 212B); Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C) dan Keturunan Abraham Bahagian IV: Keturunan Ketura (No. 212D)).

 

Para penulis lain telah menyokong penyebaran meluas keturunan Kush. Contohnya, Dr Richard Pankhurst telah menulis satu siri artikel bertajuk Great Habshis in Ethiopian/Indian History: History of the Ethiopian Diaspora, in India – Dengan pertalian sejarah dibuat antara orang Etiopia Kush dan orang India (lihat http://www.cwo.com/~lucumi/runoko.html).

 

Tema ini diikuti dalam artikel Wikipedia tentang tamadun India purba Meluhha.

 

Bernard Sergent (dalam Genèse de l'Inde, Payot, Paris, 1997) mendakwa bahawa orang Dravidian merupakan bangsa “Melano-Afrika” dari daerah Sahel Afrika, mengandaikan bahawa bangsa-bangsa ini bermigrasi dari situ, dan mengusulkan bahawa Meluhha mula-mula sekali bermaksud Etiopia, dan kemudian Lembah Indus. Penting sekali diperhatikan bahawa mulai milenium ketiga BC, Etiopia sendiri tidak pernah dipanggil sebagai Meluhha, tetapi sebagai Kush.

 

Dengan orang Madagascar kita temui sekurang-kurangnya dua garis keturunan Ham nyata yang dibawa bersama. Negeri pulau ini terletak hanya 250 batu (400 km) luar pantai timur Afrika, tetapi pengaruh utamanya nampaknya telah datang dari kepulauan Indonesia.

 

Dalam bab bertajuk ‘Malagasy Language as a Guide to Understanding Malagasy History’ dalam karya Phylogenic methods and the prehistory of languages (McDonald Institute for Archaeological Research, Cambridge, UK, 2006), Robert E. Dewar menulis yang berikut:

 

Satu kesimpulan nyata ialah populasi moden Madagascar mempunyai asal genetik penting di kedua-dua Afrika Timur dan Asia Tenggara. Sumbangan signifikan daripada Melanesia nampaknya tidak mungkin.

 

Pada 1951, Otto Christian Dahl mempertunjukkan satu hubungan rapat antara Malagasy dan Maanyan, satu bahasa yang dibicara hari ini di Borneo (Dahl 1951). Lebih terkini lagi, dia telah mengusulkan bahawa lebih tepat lagi menganggap hubungan leluhur Malagasy sebagai berhubungan dengan bahasa-bahasa Lembah Barito yang mana Maanyan ialah salah satunya (Dahl 1977).

 

Karya Dahl ... membuktikan, tanpa ragu-ragu lagi, kepulauan Asia Tenggara sebagai salah satu tanah air bahasa dan budaya Malagasy. Dahl ... kebelakangan ini (1991) telah menyemak anggarannya untuk migrasi mula-mula kepada kira-kira abad ketujuh AD.

 

Sesetengah populasi daerah Madagascar, khususnya sepanjang pantai tenggara, menjejaki asal mereka kepada migrasi dari Teluk Persia, dan terdapat bukti linguistik kuat untuk pengaruh Arab.

 

Bahasa Malagasy, walaupun tidak diragui berasal dari Indonesia, diketahui menunjukkan ciri-ciri yang mencerminkan hubungan dengan bahasa-bahasa Lautan Hindi Barat, dan khususnya dengan bahasa-bahasa Bantu termasuk Swahili.

 

Bukti jelas asal Afrika dan Asia, dari segi linguistik, budaya dan biologi, memang nyata bagi para pemerhati Eropah abad ketujuh belas [yang mula-mula menemui Madagascar pada 1500 CE]. (ms 13-17)

 

Orang Melayu sendiri berhubungan dengan orang China keturunan Yafet dalam Haplogroup O, tetapi orang Negrito yang lebih awal lebih mungkin dikaitkan dengan gerakan ini dan Indianisasi Asia Tenggara (lihat juga naskah Mistikisme Bab 9 Sistem-sistem Asia Tenggara (No. B7 9)).

 

Nubuatan-nubuatan mengenai Kush

 

Bullinger (The Companion Bible) merujuk kepada Kitab Suci dalam Yesaya 18 sebagai Beban Etiopia, ‘beban’ ketiga dalam satu siri tujuh.

 

Yesaya 18:1-7 Wahai! Negeri dengingan sayap di seberang sungai-sungai Etiopia [Kush], 2 yang mengirim duta-duta melalui laut dalam perahu-perahu pandan mengarungi permukaan air! Pergilah, hai utusan-utusan yang tangkas, kepada bangsa yang jangkung dan berkulit mengkilap, kepada kaum yang ditakuti dekat dan jauh, yakni bangsa yang berkekuatan ulet dan lalim, yang negerinya dilintasi sungai-sungai! 3 Hai semua penduduk dunia, hai orang-orang yang mendiami bumi! Apabila panji-panji dinaikkan di gunung-gunung, lihatlah; apabila sangkakala ditiup, dengarlah! 4 Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku: "Aku akan menjenguk dari tempat kediaman-Ku dengan tidak bergerak, seperti hawa panas yang mendidih waktu panas terik, seperti kabut embun di panas musim menuai." 5 Sebab sebelum musim buah, apabila waktu berbunga sudah berakhir, dan gugusan putik menjadi buah anggur yang hendak masak, maka TUHAN akan mengerat ranting-rantingnya dengan pisau pemangkas, dan menyisihkan carang-carangnya dengan memancungnya. 6 Semuanya itu akan ditinggalkan bertumpuk-tumpuk bagi burung-burung buas di pegunungan, dan bagi binatang-binatang di hutan. Pada musim panas burung-burung buas akan bermukim di situ dan segala binatang hutan pada musim dingin. 7 Pada waktu itu juga persembahan akan disampaikan kepada TUHAN semesta alam dari kaum yang jangkung dan berkulit mengkilap, dan dari kaum yang ditakuti dekat dan jauh, yakni bangsa yang berkekuatan ulet dan lalim, yang negerinya dilintasi sungai-sungai, ke tempat nama TUHAN semesta alam, yaitu gunung Sion. (KJV)

 

Petunjuknya di sini ialah mereka datang dari negeri yang dibahagikan sungai-sungai. Ini ialah negeri Abyssinia dan kawasan-kawasan Sudd atau Sudan. Ini dijelaskan oleh Yesaya dalam bab 1. Bangsa jangkung dan berkulit mengkilap bermakna berkulit halus (lihat RSV). Orang Sudan merupakan keturunan Kush yang berkekuatan ulet dan lalim, dan mereka akan dipimpin kepada pertaubatan walaupun mereka ditakuti dekat dan jauh (ayat 7). Dalam fasa akhir penjatuhan mereka ini mereka akan dibawa ke dalam Bait Tuhan dan dimualafkan. Tuhan akan melaksanakan ini dalam masa depan terdekat, dan Dia sedang melakukannya sekarang.

 

Yesaya 20:3-6 Berfirmanlah TUHAN: "Seperti hamba-Ku Yesaya berjalan telanjang dan tidak berkasut tiga tahun lamanya sebagai tanda dan alamat terhadap Mesir dan terhadap Etiopia, 4 demikianlah raja Asyur akan menggiring orang Mesir sebagai tawanan dan orang Etiopia sebagai buangan, tua dan muda, telanjang dan tidak berkasut dengan pantatnya kelihatan, suatu penghinaan bagi Mesir. 5 Maka orang akan terkejut dan malu karena Etiopia, pokok pengharapan mereka, dan karena Mesir, kebanggaan mereka. 6 Dan penduduk tanah pesisir ini akan berkata pada waktu itu: Lihat, beginilah nasib orang-orang yang kami harapkan, kepada siapa kami melarikan diri minta pertolongan supaya diselamatkan dari raja Asyur. Bagaimana mungkin kami terluput?" (RSV)

 

Teks in membabitkan penawanan Etiopia oleh Tartan (kepala panglima) Sargon II dari Asyur, tiga tahun selepas merampas kota Asdod orang Filistin. Seperti disebutkan dalam Yesaya 37:9, pergantungan Yehuda kemudiannya pada tentera upahan Etiopia sia-sia belaka.

 

Dalam Yeremia 38:6dst, kita lihat bahawa seorang ‘hamba raja’ bangsa Kush/Etiopia (Ebed-Melekh) menolong melepaskan nabi Yeremia daripada tempat tahanan susulan ramalan-ramalan malapetaka untuk Yerusalem yang tidak disukai dan dibuat terus-menerus oleh nabi itu. Sebutan Yeremia tentang watak kecil ini dalam sejarah Asyur baru-baru ini dibuktikan dengan penemuan sebuah tablet dalam rekod purba yang menyebut tepat orang yang sama. Ini membuktikan bahawa laporan alkitabiah itu ditulis pada waktu yang dinyatakan baginya, dan bukan buatan kemudian seperti yang dinyatakan sesetengah “sarjana” moden.

 

Mungkin satu-satunya kesudahan positifnya ialah, sebab dia telah melindungi seorang nabi Tuhan dan sendirinya percaya kepada Tuhan, sida-sida Etiopia atau Kush ini telah diberitahu oleh Yeremia bahawa dia akan diselamatkan daripada kematian dan kemusnahan yang bakal menimpa kota itu. Ini masih mungkin mempunyai signifikans nubuatan akhir zaman. Selain itu, daripada ini kita perhatikan bahawa Tuhan sering menggunakan orang yang paling tidak mungkin untuk menjalankan penyelamatan.

 

Yeremia 49:15-18 Sebab sesungguhnya, Aku membuat engkau kecil di antara bangsa-bangsa, dihinakan di antara manusia. 16 Sikapmu yang menggemetarkan orang memperdayakan engkau, dan keangkuhan hatimu, ya engkau yang tinggal di liang-liang batu, yang menduduki tempat tinggi bukit! Sekalipun engkau membuat sarangmu tinggi seperti burung rajawali, Aku akan menurunkan engkau dari sana, demikianlah firman TUHAN. 17 Edom akan menjadi ketandusan; setiap orang yang melewatinya akan merasa ngeri dan bersuit karena segala pukulan yang dideritanya. 18 Seperti pada waktu ditunggangbalikkannya Sodom dan Gomora dan kota-kota tetangganya--firman TUHAN--maka seorangpun tidak akan diam lagi di sana dan seorang manusiapun tidak akan tinggal lagi di dalamnya. (RSV)

 

Yeremia 46:1-10 Firman TUHAN yang datang kepada nabi Yeremia tentang bangsa-bangsa. 2 Mengenai Mesir. Terhadap tentara Firaun Nekho, raja Mesir, yang berkemah di tepi sungai Efrat dekat Karkemis dan yang dipukul kalah oleh Nebukadnezar, raja Babel, dalam tahun yang keempat pemerintahan Yoyakim bin Yosia, raja Yehuda: 3 "Siapkanlah perisai besar dan perisai kecil dan majulah untuk bertempur! 4 Pasanglah kuda, dan naiklah, hai pengendara-pengendara! Ambillah tempatmu dengan memakai ketopong, tajamkanlah tombakmu, pakailah baju zirahmu! 5 Mengapa kulihat mereka terkejut, mundur ke belakang? Pahlawan-pahlawan mereka terpukul kalah, lari kocar-kacir, tanpa menoleh; kedahsyatan dari segala jurusan!, demikianlah firman TUHAN. 6 Orang yang tangkas tidak dapat melarikan diri, pahlawan tidak dapat meluputkan diri; di utara, di tepi sungai Efratlah mereka tersandung dan rebah. 7 Siapakah ini yang meluas seperti sungai Nil dan yang airnya bergelora seperti sungai-sungai? 8 Itulah Mesir yang meluas seperti sungai Nil, dan yang airnya bergelora seperti sungai-sungai. Ia berkata: Aku mau meluas menutupi bumi, membinasakan kota dan penduduknya. 9 Majulah, hai kuda-kuda! Melajulah, hai kereta-kereta! Majulah berperang, hai pahlawan-pahlawan, hai kamu orang Etiopia dan orang Put yang memegang perisai, dan orang Lidia yang membentur busur! 10 Hari itu ialah hari Tuhan ALLAH semesta alam, hari pembalasan untuk melakukan pembalasan kepada para lawan-Nya. Pedang akan makan sampai kenyang, dan akan puas minum darah mereka. Sebab Tuhan ALLAH semesta alam mengadakan korban penyembelihan di tanah utara, dekat sungai Efrat. (RSV)

 

Berkenaan ayat 8 di sini, Bullinger berkata bahawa: “Mesir pada waktu ini begitu kuat sekali sehingga nubuatan Yeremia kelihatan tidak mungkin sekali terjadi” (Comp. Bible), dan menambah bahawa tentera upahan Etiopia membentuk bahagian utama angkatan tentera Mesir – bersama-sama dengan orang Libya.

 

Nahum 3 merujuk kepada kemusnahan Niniwe.

 

Nahum 3:1-19 Celakalah kota penumpah darah itu! Seluruhnya dusta belaka, penuh dengan perampasan, dan tidak henti-hentinya penerkaman! 2 Dengar, lecut cambuk dan derak-derik roda! Dengar, kuda lari menderap, dan kereta meloncat-loncat! 3 Pasukan berkuda menyerang, pedang bernyala-nyala dan tombak berkilat-kilat! Banyak yang mati terbunuh dan bangkai bertimbun-timbun! Tidak habis-habisnya mayat-mayat, orang tersandung jatuh pada mayat-mayat! 4 Semuanya karena banyaknya persundalan si perempuan sundal, yang cantik parasnya dan ahli dalam sihir, yang memperdayakan bangsa-bangsa dengan persundalannya dan kaum-kaum dengan sihirnya. 5 Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, demikianlah firman TUHAN semesta alam; Aku akan mengangkat ujung kainmu sampai ke mukamu dan akan memperlihatkan auratmu kepada bangsa-bangsa dan kemaluanmu kepada kerajaan-kerajaan. 6 Aku akan melemparkan barang keji ke atasmu, akan menghina engkau dan akan membuat engkau menjadi tontonan. 7 Maka semua orang yang melihat engkau akan lari meninggalkan engkau serta berkata: "Niniwe sudah rusak! Siapakah yang meratapi dia? Dari manakah aku akan mencari penghibur-penghibur untuk dia?" 8 Adakah engkau lebih baik dari Tebe, kota dewa Amon, yang letaknya di sungai Nil, dengan air sekelilingnya, yang tembok kotanya adalah laut, dan bentengnya adalah air? 9 Etiopia adalah kekuatannya, juga Mesir, dengan tidak terbatas; Put dan orang-orang Libia adalah pembantunya. 10 Tetapi dia sendiripun terpaksa pergi ke dalam pembuangan, terpaksa masuk ke dalam tawanan. Bayi-bayinyapun diremukkan di ujung segala jalan; tentang semua orangnya yang dihormati dibuang undi, dan semua pembesarnya dibelenggu dengan rantai. 11 Engkaupun akan menjadi mabuk, akan menjadi tidak berdaya; engkaupun akan mencari tempat perlindungan terhadap musuh. 12 Segala kubumu adalah seperti pohon ara dengan buah ara yang masak duluan; jika diayunkan, maka jatuhlah buahnya ke dalam mulut orang yang hendak memakannya. 13 Sesungguhnya, laskar yang di tengah-tengahmu itu adalah perempuan-perempua pintu-pintu gerbang negerimu terbuka lebar-lebar untuk musuhmu; api telah memakan habis palang pintumu. 14 Timbalah air menghadapi pengepungan, perkuatlah kubu-kubumu! Pijaklah lumpur, injaklah tanah liat, peganglah acuan batu bata! 15 Di sana api akan memakan engkau habis, pedang akan membabat engkau, akan memakan engkau seperti belalang pelompat. Sekalipun engkau berjumlah besar seperti belalang pelompat, berjumlah besar seperti belalang pindahan, 16 sekalipun kauperbanyak orang-orang dagangmu lebih dari bintang-bintang di langit, seperti belalang pelompat mereka mengembangkan sayap dan terbang menghilang. 17 Sekalipun para penjagamu seperti belalang pindahan dan para pegawaimu seperti kawanan belalang, yang hinggap pada tembok-tembok pada waktu dingin, namun jika matahari terbit, mereka lari menghilang, tidak ketahuan tempatnya. 18 Celaka! Alangkah terlelapnya para gembalamu, hai raja negeri Asyur! Para pemukamu tertidur, laskarmu berserak-serak di gunung-gunung, dan tidak ada yang mengumpulkan. 19 Tiada pengobatan untuk cederamu, lukamu tidak tersembuhkan. Semua orang yang mendengar tentang engkau bertepuk tangan karena engkau; sebab kepada siapakah tidak tertimpa perbuatan jahatmu terus-menerus? (RSV)

 

Kira-kira 60 tahun sebelum Nahum menulis nubuatan ini, sudah diketahui bahawa: “Thebes, ibu kota lama Mesir, dimusnahkan oleh Asyur kira-kira 663 B.C. Asurbanipal telah mencatatkan penaklukannya. ... Niniwe jatuh kemudian, sama seperti dinubuatkan Nahum” (nota dalam Comp. Bible).

 

Kush dimasukkan bersama bangsa-bangsa lain bila merujuk kepada kedatangan Mesias dan pemulihan Israel, dalam Yesaya 11:1 sampai 12:6, yang mana sisanya ditarik keluar daripada banyak bangsa termasuk Etiopia. Selain itu, seperti ditunjukkan lebih awal dalam Yesaya 43:3, Kush dan anaknya Seba, bersama-sama dengan Mesir, diberikan sebagai tebusan untuk Israel.

 

Kush atau ‘Etiopia’ juga disebut secara nubuatan dalam Yehezkiel 29:10 dan 30:4-9. Teks-teks ini dibincangkan dalam naskah Kejatuhan Mesir (No. 36): Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun. Seperti itu juga, teks-teks mengenai Kush atau Etiopia dalam Yehezkiel 30:4-9 dan 38:5 dimasukkan dalam naskah Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192).

 

Amos 9:7 "Bukankah kamu sama seperti orang Etiopia bagi-Ku, hai orang Israel?" demikianlah firman TUHAN. "Bukankah Aku telah menuntun orang Israel keluar dari tanah Mesir, orang Filistin dari Kaftor, dan orang Aram dari Kir? (RSV)

 

Apabila semua bangsa dibawa ke Yerusalem, orang Sabaea – sama ada keturunan Kush atau sebaliknya – akan akhirnya mengakui Allah Maha Esa dan memberi penghormatan kepada bangsa pilihanNya iaitu Israel, yang dalamnya semua bangsa akan dimasukkan.

 

Yesaya 45:14 Beginilah firman TUHAN: "Hasil tanah dari Mesir dan segala laba dari Etiopia dan orang-orang Syeba, orang-orang yang tinggi perawakannya, akan pindah kepadamu dan menjadi kepunyaanmu, mereka akan berjalan di belakangmu dengan dirantai; mereka akan sujud kepadamu dan akan membujuk engkau, katanya: Hanya di tengah-tengahmu ada Allah, dan tidak ada yang lain; di samping Dia tidak ada Allah! 15 Sungguh, Engkau Allah yang menyembunyikan diri, Allah Israel, Juruselamat. (RSV)

 

Kita lihat dalam Zefanya 2:12-13, para perajurit Etiopia terbunuh bersama-sama dengan musuh Asyur mereka. Lebih awal dalam teks itu, dan seolah-olah bercakap kepada Yehuda, namun dengan penerapan kepada setiap bangsa dan individu, Tuhan meminta mereka mencari perlindungan dan keselamatanNya.

 

Zefanya 2:1-3 Bersemangatlah dan berkumpullah, hai bangsa yang acuh tak acuh, 2 sebelum kamu dihalau seperti sekam yang tertiup, sebelum datang ke atasmu murka TUHAN yang bernyala-nyala itu, sebelum datang ke atasmu hari kemurkaan TUHAN. 3 Carilah TUHAN, hai semua orang yang rendah hati di negeri, yang melakukan hukum-Nya; carilah keadilan, carilah kerendahan hati; mungkin kamu akan terlindung pada hari kemurkaan TUHAN. (RSV)

 

Sesudah Bait didirikan kembali, dan kota telah damai, orang Kush akan berada di situ sebagai bangsa yang mengenali Tuhan mereka.

 

Mazmur 87:1-6 Mazmur bani Korah: suatu nyanyian. Di gunung-gunung yang kudus ada kota yang dibangunkan-Nya: 2 TUHAN lebih mencintai pintu-pintu gerbang Sion dari pada segala tempat kediaman Yakub. 3 Hal-hal yang mulia dikatakan tentang engkau, ya kota Allah. Sela 4 Aku menyebut Rahab dan Babel di antara orang-orang yang mengenal Aku, bahkan Filistea, Tirus dan Etiopia [Kush]: "Ini dilahirkan di sana." 5 Tetapi tentang Sion dikatakan: "Seorang demi seorang dilahirkan di dalamnya," dan Dia, Yang Mahatinggi, menegakkannya. 6 TUHAN menghitung pada waktu mencatat bangsa-bangsa: "Ini dilahirkan di sana." Sela (RSV)

 

Begitu juga, dalam Mazmur 68 kita lihat bahawa orang Kush satu hari nanti akan bersegera untuk membawa hadiah-hadiah ke Bait Tuhan di Yerusalem, dan untuk menghulurkan tangan mereka kepadaNya dalam permohonan dan doa.

 

Mazmur 68:20-35 Allah bagi kita adalah Allah yang menyelamatkan, ALLAH, Tuhanku, memberi keluputan dari maut. 21 Sesungguhnya, Allah meremukkan kepala musuh-Nya, tempurung kepala yang berambut dari orang yang tetap hidup dalam kesalahan-kesalahannya. 22 Tuhan telah berfirman: "Dari Basan akan Kubawa kembali, akan Kubawa kembali dari tempat yang dalam, 23 supaya engkau membasuh kakimu dalam darah, dan lidah anjing-anjingmu mendapat bagiannya dari pada musuh." 24 Orang melihat perarakan-Mu, ya Allah, perarakan Allahku, Rajaku, ke dalam tempat kudus. 25 Di depan berjalan penyanyi-penyanyi, di belakang pemetik-pemetik kecapi, di tengah-tengah dayang-dayang yang memalu rebana. 26 "Dalam jemaah pujilah Allah, yakni TUHAN, hai kamu yang berasal dari sumber Israel!" 27 Itu Benyamin, yang bungsu, yang berjalan di depan mereka, pemuka-pemuka Yehuda berbondong-bondong, pemuka-pemuka Zebulon, pemuka-pemuka Naftali. 28 Kerahkanlah kekuatan-Mu, ya Allah, tunjukkanlah kekuatan-Mu, ya Allah, Engkau yang telah bertindak bagi kami. 29 Demi bait-Mu di Yerusalem, raja-raja menyampaikan persembahan kepada-Mu. 30 Hardiklah binatang-binatang di teberau, kawanan orang-orang kuat, penguasa-penguasa bangsa-bangsa! Injaklah mereka yang mengejar perak; serakkanlah bangsa-bangsa yang suka berperang! 31 Dari Mesir orang membawa barang-barang tembaga, Etiopia [Kush] bersegera mengulurkan tangannya kepada Allah. 32 Hai kerajaan-kerajaan bumi, menyanyilah bagi Allah, bermazmurlah bagi Tuhan; Sela 33 bagi Dia yang berkendaraan melintasi langit purbakala. Perhatikanlah, Ia memperdengarkan suara-Nya, suara-Nya yang dahsyat! 34 Akuilah kekuasaan Allah; kemegahan-Nya ada di atas Israel, kekuasaan-Nya di dalam awan-awan. 35 Allah adalah dahsyat dari dalam tempat kudus-Nya; Allah Israel, Dia mengaruniakan kekuasaan dan kekuatan kepada umat-Nya. Terpujilah Allah! (RSV)

 

Amen.

 

q